Assalamualaikum….
Entry masak-memasak lagi…kali ini shida nak kongsi Puding Jagung yang shida buat pada hari khamis malam jumaat yang lepas (janji dengan Ady nak buat sama-sama pada hari Khamis…Ady wat puding berkuah kastad berjelly)…saja buat malam untuk makan di kala tengahari esok nya….pergggggggggggggh memang meleleh la makan puding jagung sejuk yang baru dikeluarkan dari peti ais di waktu tengahari…
Resepi Puding Jagung nie dah lama shida ambil dari blog HaSue..sememangnya shida dah lama nak buat…bila ada resepi yang mudah macam yang dikongsikan oleh HaSue….shida mencuba la….alhamdulillah puding nie simple je cara membuat nya….jom kita check resepi yang dikongsi oleh HaSue…
Bahan-bahan :
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara :
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.(hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat : shida guna butter sebab marjerin xde hehehee)
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
Nak tengok ke rupa puding jagung shida buat tu….alahai malu nyer….
Puding Jagung yang pertama kali shida buat…
Walaupun puding jagung yang shida buat agak lembut tetapi mak suka…mak sebelum-sebelum nie tak makan puding jagung..bila anak dara dia buat…mintak lagi buat nya….mak nie kan pandai betul ambil hati anak dara dia…eh eh bukan makn je suka..boleh di katakan 1 family kot suka…sebab nya…masa shida n mak kat bengkel dok wat kraftangan untuk jualan….bila masuk je dalam rumah buka peti ais…puding jagung ni dah tinggal separuh bekas….nasib baik dorang tinggal kan jugak…kalau habis dorang makan…meraung shida…hehehhe…bukan sebab x dapat makan…tapi x smpt shida nak snap picture nyer…..
Resepi Asal oleh HaSue --------------> PUDING JAGUNG
pssssst: terliur plak shida tengok puding jagung nie…nak kena buat lagi nie….tak puas makan la ari jumaat lepas..(banyak jugak resepi kek lapis dlm blog HaSue…nanti nak cuba la)
wah nmpak sedap ni hehe :)
ReplyDeletemarjerin n butter tu berbeza...kot guna marjerin jadi lebih keras sikit kot no?
ReplyDeletethanks kakakecik...
ReplyDeletemesti buat hujung minggu depan !
nyum2...sedapnyer.mkn sejuk2 mmg best
ReplyDelete@iMBobo nampak pun dah sedap kan..kalau makan lagi sedap nie hehee
ReplyDelete@Sunah Sakura mungkin jugak la kot....so malam nie akak nak cuba guna majerin lak
ReplyDelete@cycys urw cycy....try erk
ReplyDelete@Lydia Miza(Aidyl Azim) tahu x pe miza....sedaaaaaaaaaaaaaap sampai nak wat kali ke2
ReplyDelete@IBU GEBU cukup ke sepotong je,..hehehee
ReplyDelete