Wednesday, October 19, 2011

Jom Memasak : Laksa Utara

Assalamualaikum….hari ini shida nak kongsi resepi Laksa Utara…atas permintaan Adinda Amy dan memenuhi selera Puteri Katek yang mengidam nak makan laksa utara di kala hujan membasahi bumi…

Sebenarnya family shida lebih mengemari laksa kuah lemak ala-ala johor (letak santan dan kari) TETAPI shida nie ngada lebih suka 2-2 jenis kuah laksa….memandangkan mak tak berapa pandai nak buat kuah laksa utara…so terpaksa la shida buat sendiri….ingat lagi…shida belajar buat kuah laksa nie dengan kakak ipar 10 tahun yang lepas…thanks kak niroh…sekarang nie kalau teringin nak makan laksa di waktu malam pun shida akan buat (kalau ada ikan nya la)…

lksaLaksa tengah malam….tanpa telur rebus tapi awin kata bawang perlu ada..penting

Jom kita semak bahan-bahan yang shida guna dalam membuat laksa utara….

Bahan- bahan :

1 pkt laksa

1 Kg ikan selayang / kembung (shida lebih suka guna ikan selayang sebab banyak isi)

10 –15 tangkai cili kering ***

5 biji cili padi (ikut kalau nak pedas tambah la) ***

3 biji bawang besar ***

2-3 ulas bawang putih **

5-10 keping asam gelugur

Garam dan Belacan secukup rasa

Daun Kesom & Bunga Kantan

 

Bahan Hiasan (ulam-ulaman) – Daun salad, daun selom, timun, bawang besar, cili api yang telah dipotong halus….hirisan limau nipis dan telur rebus. (shida suka pucuk janggus dan pucuk putat..memang sah sah orang kampung kan)

 

Cara Membuatnya :

  1. Laksa direndam dlm tempoh 1 jam…dan rebus..toskan apabila laksa dah betul2 masak / kembang (nak pastikan laksa tak liat semasa di makan…amik 1 –2 urat laksa masuk kan dalam piring yang di isi air…cuba putuskan..kalau susah nak putus tanda laksa tersebut belum masak…jika mudah diputuskan itu tanda nya laksa tersebut sudah masak dan tidak liat)
  2. Rebus ikan yang telah dibersihkan. Masukkan sedikit garam dan 3-4 keping asam gelugur.(asam gelugur ini simpan utk dimasukkan ke dalam kuah)
  3. Kisar bahan-bahan yang bertanda ***
  4. Ikan yang telah direbus di asingkan isi dan tulang..Simpan air rebusan ikan.
  5. Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan tadi.
  6. Kisar tulang dan tapis (ambil air nya sahaja)
  7. Masukkan bahan-bahan *** yang telah dikisar tadi bersama-sama dengan isi ikan dan air tapisan tulang…sekiranya air rebusan ikan masih berbaki..masuk kan juga air rebusan ikan tadi…sekiranya air tidak mencukup..tambah dengan air biasa…TETAPI jangan terlalu cair..
  8. Masukkan asam gelugur, garam, belacan secukup rasa
  9. Masukkan daun kesom dan bunga kantan
  10. Biarkan ia mendidih dan masak…
  11. Sedia dihidangkan

 

p/s : jika kuah meruap tanda nya tak cukup rasa…so cuba rasa garam or asam yang tidak cukup tu..selamat mencuba..

24 comments:

  1. wahh sedapnyer..lama sgt2 tak buat laksa.miza hantu laksa tau shida

    ReplyDelete
  2. sama macam laksa kelantan.kuah dia diperbuat dari ikan

    ReplyDelete
  3. part meruap sbb xcukup rasa tu baru sy tau.

    ReplyDelete
  4. nak terai weekend ni lah!!!! slurppp!!!

    ReplyDelete
  5. melelehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..sabar jee lahh..

    ReplyDelete
  6. ooo,,kami tak letak bawang putih,,klu ada otak udang lg sedappppp,,nyumyum

    ReplyDelete
  7. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    x sanggup tgk ni kak!
    aduhai
    sebb laksa utara peveret
    sy org utara
    hehehehehe


    akak!
    salam kenai!=]

    ReplyDelete
  8. sedapnya laksa. saya tak reti buat laksa, tapi kalau tak letak belacan takpe ke, alergik dengan belacan la.

    ReplyDelete
  9. @Lydia Miza(Aidyl Azim) eh eh orang baru bersalin kena berpantang tak boleh makan laksa lagi

    ReplyDelete
  10. @haniesaad selalu nya mcm tu la...mak selalu kata apa yang tak rasa tu bla meruap

    ReplyDelete
  11. @Mat Gebu bila tansri nak wat laksa nie...cer buat....

    ReplyDelete
  12. @missina x biasa pun letak otak udang...hehehee

    ReplyDelete
  13. @aimie amalina alolololo//kira ok la nie akak jamu mata hehee

    ReplyDelete
  14. @eiela boleh aje...tp rasa nya myb kureng ummmmph

    ReplyDelete
  15. wpun tanpa telur terliur gak tgk tu....hehehehe seb baik dah tempah laksa 2 bungkus ngan kawan kat sini

    ReplyDelete
  16. wahhh....best ni..nak share di blog boleh??

    http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com/2011/10/resepi-laksa-utara.html

    terima kasih shida!!!

    ReplyDelete
  17. ade yg kte laksa penang kene msuk nenas skali... ntah kira pn xtau..hihi

    ReplyDelete
  18. akak, buatkan untuk saya!!! hahaha~

    ReplyDelete
  19. @kiera'sakura

    a'a laksa penang letak nenas sebagai ulaman dan letak otak udang dlm kuah nya

    ReplyDelete
  20. @Sunah Sakura

    nanti datang kedah akak buatkan utk kamu erk

    ReplyDelete