Sunday, December 4, 2011

Jom Memasak : Pau Ayam dan Kacang Yang Gebu SeGebu-gebunya

Assalamualaikum…masak masak masak masak….itu la keje shida buat kalau hari jumaat dan sabtu (kalau x kemana la)….shida akan mencuba sesuatu yang shida teringin nak makan..macam jumaat lepas shida buat pau..2 jenis plak tu..…shida memang suka makan pau…dah lama kepingin nak buat pau sendiri bila tengok amalina si lesung batu buat pau kaya (dok req pau ayam x dapat2 lagi nie) dan si awin puteri katek plak buat pau daging berkerepot katanya….so alang-alang dah beli tepung pau…shida pun cuba la buat..resepi pau nie mcm biasa la shida dapat dr blog CMG Dapur Tanpa Sempadan….ada 2 entry resepi pau CMG..Pau Sardine dan Pau Ayam yang shida cilok…dan shida derhaka dalam pembikinan pau kali nie…shida gabung tambah tolak bahan-bahan 2-2 resepi tersebut..tapi memang puas hati la hasilnya…memang gebuuuuuuuuuuuuuuuu sangat-sangat .

PAU AYAM shida buat di waktu petang hari Jumaat….jom kita semak resepi nya yang shida derhaka sedikit dari resepi asal….abang on (abg num 2) kata “TAK BOLEH MASUK MASTER CHEF” sebab nya inti sikit…ceeeeeeeeeeeeeeh..orang lain semua puji kata dah ok…dia boleh komen pasal inti..itu no hal la bro…

 

PAU AYAM

BAHAN-BAHAN INTI :

3 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan


BAHAN DOH PAU :

500 gram tepung pau
1/2 cawan gula halus
1 camca besar shortening
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

 

pau

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. pau ayam
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

 

PAU KACANG MERAH..

 pau kcg 

Pau Kacang Merah shida buat disebelah malam hari Jumaat..ini pun atas permintaan family masa tengah makan pau ayam…mak n ayah kata kalau pau kacang sedap jugak nie….kebetulan teringat kacang merah ada di dapur dan tepung pau pun masih berbaki 500gm….shida penuhi je la permintaan mak ayah….pau kacang merah pun salah satu pau kegemaran shida….pau kaya je shida tak makan…hahahahaa…Inti Kacang Merah  shida buat sendiri…mudah sahaja…tapi amik masa yang agak lama nak bagi kacang betul-betul empuk…bila dah empuk tu masukkan gula pasir dan gula batu…bila semua nya dah sebati..lenyek2kan la kacang merah tersebut…

 

Selamat mencuba

3 comments:

  1. AKAK,NAK JUGAK PAU TUH.FEVERET =(

    ReplyDelete
  2. wahh sedap.terliur tgk pau shida.tp tak mampu nak buat.mmg takda masa

    ReplyDelete
  3. jeles la tengok licin aje...

    tapi awin tak letak pun shortening tu...hahahahaha

    ReplyDelete