Assalamualaikum…di entry jom memasak kali ini kakakecik nak share resepi kek lapis pandan ceri yang dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan eliani pada sabtu 31hb disember lalu…sebenarnya 3 jenis kek lapis kakakecik buat untuk dijadikan doorgift…pandan ceri adalah salah satu daripada nya…seperti kek lapis blue berry jugak..kakakecik masih mengekalkan adunan asas kek lapis (pada pemikiran kakakecik la) yang menggunakan 10biji telur gred A, 500gm, mentega, 260gm tepung hongkong, 100gm horlicks, 1 tin kecil susu pekat, 150gm gula halus dan 1 sudu ovellate.
Jom kita semak resepi kek lapis pandan ceri yang kakakecik buat baru2 nie…
Bahan-Bahan:
- 500 gm mentega
- 10 biji telur saiz besar (gred A)
- 150 gm gula
- 1 sudu besar ovellette
- 1 tin susu pekat manis
- 260 gm tepung Hong Kong
- 100 gm horlicks
- 4 sudu teh pes pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
- ceri yang telah dipotong dadu secukupnya
Cara-cara Membuatnya:
- Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
- Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
- Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh pewarna hijau dan pes pandan
- Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
- Lapisan pertama – plain…bakar menggunakan api atas bawah…Lapisan kedua…tabur ceri yang telah dipotong dadu…dan masukkan adunan plain. Bakar menggunakan lapisan atas sahaja.Antara kedua-dua lapisan plain akan diletakkan ceri…
- Lapisan ketiga dan keempat..Hijau…
- Ulangi proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
pssst : sori baru dpat update entry…byk sangat benda berlaku di awal tahun 2012
sedap, sedap n sedap!
ReplyDeleteboleh tempahlah gini.leh kasi murah kan.huhu
ReplyDeletemakin kreatif..nyum2 sedap
ReplyDelete