Assalamualaikum dan salam sejahtera…salam tahun baru 2012…
Kita semua sudah pun melangkah ke tahun 2012…dan di hari terakhir tahun 2011 dan awal 2012 banyak benda yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga…ini adalah penyebab kakakecik tidak online… boleh jugak dikatakan minggu hospital bagi kami sekeluarga
31-12-2011 hingga 01-01-2012 : adik kakakecik telah selamat melahirkan bayi perempuan seberta 3.0kg pada 3.03pagi di Hospital Tunku Bainun, Ipoh…tahniah utk shahir dan dik ilah..semoga dengan kelahiran BABY SORFINA…akan menyerikan lagi kehidupan korang…jadilah ibu n abah yang terbaik..
03.01.2012 hingga 06.01.2012 : 03.01.2012 lebih kurang pukul 9.30malam mak mengadu gelap mata dan x boleh bangun… keadaan agak kelam kabut dan abg on terpaksa mendukung mak untuk dibawak ke PMC……mak seolah2 tidak sedar dengan apa yang berlaku kepadanya…di PMC, doktor memberitahu darah mak naik agak tinggi dan kedua-dua tangan mak kebas (air tidak dapat ditambah pada awalnya) tetapi dengan urutan kasih sayang keluarga…akhirnya air dapat ditambah pada jam 12tgh malam..syukur alhamdulillah….setelah air dapat ditambah…abg on kol memberitahu mak terpaksa di tahan di Ward sebab doktor takut mak akan jadi di rumah yang boleh menyebabkan stroke…mak pernah kena stroke pada 5-6tahun lepas…pada malam tu kak ja, abg on dan abg din jaga mak di wad…kakakecik dan adik tidak dapat pergi menemani mak kerana kami dipertanggungjawabkan untuk temankan adik kakakecik yang baru melahirkan bayi…sepanjang berada di PMC…tekanan darah mak tidak stabil…kejap ok kejap naik..tp banyak yang naik..dengan keputusan darah yang diambil..kolestrol mak jugak tinggi 7.4, selepas nie mak kena control pemakanan nya..tiada la masakan berlemak setiap hari ye mak…walaupun kakakecik sndiri selesema dan badan x berapa nak sihat…kakakecik 2 malam jugak jaga mak…sebab keciankan kak ja yang masih alami alahan di awal kandungan…1malam jaga dengan adik dan 1 malam lagi jaga dengan anak buah…di petang jumaat selepas Dr. Chan datang untuk membuat pemeriksaan, kami semua membuat keputusan untuk mintak bawak balik mak petang tu jugak memandangkan keesokan harinya adik plak nak kena masuk wad dan keadaan di dlm wad tersebut tidak selesa…tidak boleh rehat/tidur sepenuhnya…sekarang mak di rumah…rehat sama2 dengan adik yang berpantang dan baby Sorfina…khamis nie 12hb mak kena pergi check-up semula…
07.01.2012 hingga 08.01.2012 : adik kakakecik yang bongsu plak kena masuk wad di HSB untuk membuat pembedahan kecil seperti sebelum2 nie…tetapi alhamdulillah pembedahan kecil yang sepatutnya dijadualkan harini tidak jadi buat setelah doktor pakar bincang…adik hanya perlu menaggalkan stand yang dipakai sebelum ni pada awal September 2011…semalam 08hb lebih kurang jam 10pg adik dimasukkan ke dewan bedah untuk prosrs mengeluarkan stand dan pada jam 8.30mlm tadi jugak adik discharge…dapat la kakakecik dan adik tengok final masterchef….puas kakakecik menunggu kata putus para doktor yang merawat adik dari pukul 2.00ptg hingga 8.30malam… 6minggu akan datang adik terpaksa pergi ke Hosp Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut berkaitan sakit nya…
pssst : doa2kan adik, mak , sunah dan kakakecik sendiri cepat sembuh n sihat
bila datangnya ujian bermakna Dia sgt kasihkan kita...
ReplyDeletesemoga akak dan keluarga cepat sembuh.. Amin
penatnya.bermalam2 di hospital
ReplyDelete