Assalamualaikum…kakakecik masih lagi mengemas rumah CNQ dengan menyajikan resepi puding…maaf la ye…mungkin akan ada 3 entry jom memasak berturut2..memandangkan malam khamis yang lepas 3 dessert kakakecik buat untuk program di kampung..RISDA tempah…1st time kakakecik dapat tempahan untuk jamuan, utk Pengarah Bhgn Pembangunan RISDA, YB makan lak tu,jenuh jugak la kan nak pikir dessert yang bersesuaian…
Puding Pelangi Marble (PPM)nie kakakecik jumpa masa jalan2 ke blog kak Ummi Zaihadi…ada 3 entry PPM nie yang kak Ummi post…memang SAH SEDAP la kan PPM nie…jom kita semak resepi PPM..
PUDING PELANGI MARBLE
Bahan:-
13 paket agar2 serbuk 675 ml air 225 gm gula pasir 65 gm butter 4 biji telor saiz sederhana 1/2 tin susu cair 1 sudu makan tepung kastad 1 sudu teh esen vanila pewarna & perasa yang dipilih (kakakecik letak strwberry,pandan, oren)Cara-cara Membuatnya:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
Bahagikan adunan + pwarna ke dalam 3 mangkuk berasingan.
Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
Dessert yang dihasilkan oleh kakakecik untuk jamuan program semalam…Opss sebelum terlupa…kakakecik nak bagitau maksud SANGGA tu apa dia…menurut komen Kak Ummi di FB..(setelah puas kakakecik nak pahamkan maksud nya..tebalkan muka tanya je kak Ummi di ruang komen…hehhe..alhamdulillah kak Ummi memberi maksudnya)
sangga dengan buku tu = sengetkan loyang dengan di alas sebelah dengan buku/sangga dgn apa2 dlm 2 inci +-, kiranya kedudukan sebelah tinggi gitu...then baru tuangkan adunan layer by layer eh..sehingga habis..baru alihkan alas buku tu...loyang diratakan kedudukan semula..baru corak tu akan terikut2, boleh iring2kan sikit adunan tu agar corak berkedudukan sama gitu.. boleh faham ke..harap membantu yea.
Terima kasih kepada CMG Adnan Ibrahim dan Kak Ummi Zaihadi…alhamdulillah dengan resepi2 yang dorang kongsikan kakakecik dapat hasilkan dessert nie…
No comments:
Post a Comment