Assalamualaikum dan salam penghulu hari…
Semalam kat kampung kakakecik ada program anjuran RISDA, kebetulan family kakakecik begitu “akrab” dengan Risda so mereka tempah pencuci mulut dengan kakakecik untuk meja VIP anggaran 30 orang..Kakakecik dah blank kepala otak nie nak wat dessert apa la yang sesuai..Kek Karamel mak cadangkan..tapi staf Risda nak puding saja…
Macam biasa la kan, tiffinbiru la menjadi tempat rujukan kakakecik…puding permata salah satu resepi yang menjadi pilihan kakakecik…jom kita semak resepi yang kakakecik dapat kat dapur tanpa sempadan…
PUDING PERMATA
Bahan A :
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2
Bahan B :
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)Cara membuatnya :
UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong...
Ini lah puding permata yang kakakecik hasilkan untuk tempahan Risda semalam..alhamdulillah respon yang positif kakakecik dapat..(apa yang mak kakakecik khabarkan la)
Comey tak puding permata pelbagai corak nie…1st time tau kakakecik buat puding dalam bekas macam nie…baru beli plak tu acuan nya..kira puding permata merasmikan la bekas acuan warna pink tu…
Okey, selamat mencuba semua…
Nyum3.. X tau pun namanya puding permata.. Hehe
ReplyDeletedapnye...bile nak wat tuk adik plak nih??hihi
ReplyDeletelapor pula tengok puding petang-petang ni... Kalau comel sangat, rasa sayanglah nak makan kak shida~.. heee
ReplyDelete