Thursday, February 28, 2013

Jom Memasak : Kek Karamel Anna Qawina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Malam tadi kakakecik buat 2 biji kek karamel dan untuk kali ini kakakecik cuba menggunakan resepi daripada Anna Qawina..Bahan-bahan dalam resepi nya sama jugak dengan resepi kek karamel yang kakakecik pernah buat sebelum nie..Just ada sedikit perbezaaan kat bahagian karamel nya..

 

Sebenarnya dah lama pun kakakecik ambil resepi nie tapi duduk bersusun kat situ je la tak mencuba pun..kebetulan semalam tengok stok susu pekat pun banyak..apa lagi kan ni la masa nya nak mencuba resepi kek karamel Anna Qawina..Apa pun jom kita tengok resepi Anna Qawina nie

DSCN2629

Resepi : Kek Karamel AnnaQawina

A. Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang dan masak atas api perlahan..biar gula hancur dan warna tukar menjadi perang
  • Ketepikan dulu - gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu

B. Bahagian Atas (Karamel)

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)

C.  Lapisan Kek

  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak masak
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah) – tapi kakakecik tak letak pun

D. Merinque

  • 6 biji putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar

Cara-cara :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jangan bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak. (C+D+pewarna, perasa)
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

 

DSCN2681

Rasa nya alhamdulillah sedap jugak…tak manis sangat…sedang2 je manis nya..tapi walau apa pun bagi kakakecik kalau buat sebiji je kek karamel nie macam rugi la plak kan…utk 1 adunan perlu guna 1 cawan susu cair dan 1 cawan susu pekat, 1 cawan bersamaan dengan 200 ml, iaitu setengah tin susu, so bila pakai setengah je setengah lagi simpan xleh lama macam susu cair tu..hehe…lagipun susu pekat dengan sekilo gula mana murah lagi..hehe..sedangakn utk adunan sebelum nie just letak 70gm gula dan 1 tin susu cair …1 tin susu cair  tak sampai pun RM3.00 hehe…Tapi, kalau buat 2 biji sekali gus macam kakakecik nie berbaloi la jugak..hehehe..tak perlu susah2 nak sukat gula..main tuang 1 tin susu pekat  dan 1 tin susu cair…

 

Kalau sapa teringin nak buat kek karamel nie..cuba la ye..kakakecik dah selalu, sampaikan nak makan pun x de selera dah..sekeping je akan akan..

3 comments:

  1. lama tak mengkaramel.

    serius.. u niaga mmg rugi kan..
    klu u makan sendiri.. klu xmanis mcm shida dh buat..
    ianya sgt bbaloi.

    thannks ana sbb bagi idea pd kawan ayu...

    ReplyDelete
  2. sy da cube buat ikut resepi ni sebijik2, tp adunan kek sy x terapung ats karamel... ape silap sy? seolah2 puding susu karamel tu x mengeras walaupun da dibiarkn lama dengan gula hangus tu..... plz reply as soon as possible. TQ

    ReplyDelete
  3. @Anonymous terima kasih kerana sudi mencuba resepi kek karamel ini...

    saya tak pasti masalah awak nie setelah kek masak tu yang tak mengeras ke camne...tp saya cuba membantu mana yang saya tahu..

    adunan puding (susu,telur & gula) ditapis ke atas gula yang telah dicairkan..sesudah tu lapis/tindan2 kan adunan kek hingga habis...masa nak bakar tu pastikan guna teknik dabelboiler...air tak boleh kering nanti puding akan cair...

    harap dapat membantu...awak cuba lagi ye..jangan putus asa...

    ReplyDelete