Pada petang Jumaat, 1.3.13 kita rakyat Malaysia dikejutkan dengan 2 anggota dari Unit 69 Komando PDRM terkorban selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina. Kedua-dua jenazah adalah Insp Zulkifli bin Mamat dan Koperal Sabaruddin bin Daud..Al-Fatihah,semoga roh kedua-dua anggota ini dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama para syuhada dan orang-orang yang soleh.
Kedua-dua arwah adalah pejuang negara dan mereka diletak sebaris dengan orang yang mati syahid.
Bila dapat tahu berita nie, terus kakakecik kol Dik Ilah bertanyakan tentang ini..dia pun tak tahu sangat lagi..Tapi Shahir dah kol kawan2 nya yang pergi ke sana semua nya tak dapat. Kalau nak diikutkan, adik ipar kakakecik (Shahir, suami Dik Ilah) yang juga salah seorang anggota komando 69,sepatut nya pergi juga ke sana tetapi dikecualikan memandangkan ayahnya baru je meninggal dan dia masih cuti...Sahabat2nya semua dah ada di sana...adakah kemungkinan Isnin nanti bila naik kerja, Shahir akan ke sana jugak? Walau apa pun diharapkan semua nya dapat dipulihkan dengan segera.
Mak kata, walaupun Shahir tak pergi, tapi kawan2 nya ramai di sana dan anggota yang meninggal tu jugak 1 kem seolah2 ahli keluarga kita je yang meninggal...Kebetulan tadi online FB acct Fb yang family, nampak dik ilah post status mendoakan keselamatan kepada sahabat2 suami nya yang berjuang di sana
Sekali ternampak Isha, sahabat Dik Ilah masa di Jerantut dulu komen, bagitau salah sorang tu adalah abang kepada biras dia. Rupa2nya Insp Zul tu adalah biras Isha
Cepat-cepat kakakecik bagitau mak yang salah seorang anggota terkorban tu adalah biras Isha...kepada Isha dan keluarga,kami ucapkan salam takziah semoga keluarga Isha tabah dalam ujian Allah ini...
Kepada anggota yang masih bertugas berjuang sekarang kami sekeluarga mendoakan semua nya selamat dalam perjuangan mereka mempertahankan kedaulatan negara dan keadaan di sana terkawal, kembali aman. Tahniah kepada pewira negara kita yang berjuang hingga hujung nyawa dan yang sedang berjuang, kuatkan semangat kerana ramai yang mendoakan kalian
Kepada anggota yang masih bertugas berjuang sekarang kami sekeluarga mendoakan semua nya selamat dalam perjuangan mereka mempertahankan kedaulatan negara dan keadaan di sana terkawal, kembali aman. Tahniah kepada pewira negara kita yang berjuang hingga hujung nyawa dan yang sedang berjuang, kuatkan semangat kerana ramai yang mendoakan kalian
Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi
Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti
Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya
Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti
Al-Fatihah , semoga ditempatkan bersama golongan Shuhada
ReplyDeleteal fatihah ..
ReplyDeletemendoakan keselamatan dorg yang masih berjuang kat sana, mendoakan sepupu yang berjuang kat sana pun dilindungi amin.
ReplyDeleteAl Fatihah