Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dua hari kakakecik berada di Kangar, Perlis untuk menguruskan anak-anak buah disebabkan ummi mereka sarat mengandung menunggu hari untuk melahirkan anak yang kelima..abang pulak ada audit di syarikat nya…so, kakakecik sebagai mak saudara yang belum berkahwin dan belum mempunyai komitmen dipertanggungjawab kan untuk urusan ini.
Dua hari di sini 2 kali jugak kakakecik menguli tepung untuk membuat pizza…sekali adun setengah kilo…seronok tengok anak2 abang makan pizza yang ateh mereka buat..alhamdulillah…walaupun simple takde apa yang special topping nya…yang spesel sebab ateh buat dengan penuh kasih sayang…auuuuuuuw…malam tadi dinner pizza…petang nie minum makan petang dengan pizza plak..
Resepi kakakecik google petang semalam…terlupa link resepi nya…mohon halal ye tuan punya resepi…
BAHAN DOH :
- 500 g tepung roti
- 250 ml air suam
- 1 pkt yis segera (11gm)
- 1 camca besar gula halus
- 1 camca teh garam halus
- 4 camca besar mentega
- 1 camca teh bread softerner
- 1 camca teh bread improver (x letak sebab xde)
- 1 camca oregano (dalam entry tu dia kata suka bau dia bila di bakar)
CARA MEMBUATNYA :
1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.
2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....
Kakakecik just ambil resepi doh sahaja…topping kakakecik just main campak2….letak je apa yang suka…mula2 sapu sos tomato..pastu letak la sosej, daging burger, cheese mozarella, tabur lada hitam..done..
Afiq…habis 1 keping pizza saiz 6 inci dia makan sebelum ke kelas fardu ain petang tadi..balik kejap lagi mesti dia tanya lagi..dia memang penggemar pizza..balik sekolah tadi pun dah tanya..bila kita tak buat dia kata “ Ateh, kata nak buat pizza” Alamak ateh x ingat afiq ada kelas fardu ain…kelam kabut ateh membuat nya..sempat jugak la dia makan..lewat 15 minit hari nie dia ke kelas..gara2 makan pizza.
psst : pcm Adnan Ibrahim pun wat pizza jugak petang nie..tak sabar nak tengok pizza dia…mesti meletop
berselera afiq mkn
ReplyDeletebuat sendiri lagi puas kan kak ;)
ReplyDelete