Wednesday, April 10, 2013

Jom Memasak : Puding Lapis Jelly

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Picture 131
Bertemu lagi kita, terima kasih kerana sudi singgah ke blog kakakecik yang tak seberapa nie. Di entry semalam, kakakecik de kongsi resepi puding roti karamel kan. Pada malam yang sama jugak, kakakecik ada buat 1 lagi jenis puding untuk food testing di PPK Pendang Selatan, iaitu Puding Lapis Jelly. Resepi puding lapis jelly nie pun kakakecik dapat dari blog kak Yatie Sinar Kehidupan.
   Picture 129
Resepi : Puding Lapis Jelly
Bahan-bahan
  • 1 cwn tepung kastard
  • 4 cwn air
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn gula
  • 1 kotak instant jelly perisa rasberry/strawberry/limau
  • fruit cocktail-toskan airnya
Cara-cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang yang disukai. Biarkan sejuk sebentar.
  3. Masak instant jelly mengikut cara pada bungkusan dan tuangkan adunan jelly diatas permukaan puding dan taburkan fruit cocktail yg telah ditoskan tadi..Sejukkan.
  4. Picture 130
Puas jugak la nak mencari fruit cocktail dan instat jelly kat Pendang nie. Kakakecik beli je campuran buah-buahan yang telah ditinkan dan instant jelly tu kakakecik beli serbuk agar2 jenama bunga raya perasa strawberry.

Adunan nie dapat la 2 bekas tupperware 4 segi biasa tu dan 2 bekas kaca 4segi tepat ni, 1 bekas tupperware untuk Kak Ja bawak g opis (testing food) dan 1 tupperware lagi kakakecik bagi kepada Farah coz dia dah 5biji tempah kek karamel daripada kakakecik dalam tempoh 1 bulan nie…Bagi opismate kakak dikatakan adunan puding tu kurang manis..so, lepas nie nak buat kakakecik kena lebihkan sedikit gula..pastu buah-buahan tu kena bg adunan jelly sedang2 keras baru letak..so tak de la tenggelam macam tu..hehe

Semalam kakakecik sempat borong 7 kotak instant jelly kat giant, 2 balang nata de cocoa…malam nanti kita memuding ye..jom sesapa sudi temankan kakakecik..80 bekas untuk tempahan esok..alhamdulillah rezeki..Eh,persoalan nya untuk 40 bekas yang saiz nya 2.5inci tinggi berapa adunan ye kena buat?

p/s : instant jelly nie sama ke dengan serbuk agar2



4 comments:

  1. Perghhhhhh... meleleh ayaq liuq chek tengok puding jelly tu.. Delicious!

    ReplyDelete
  2. kalau serbuk agar2 rasa dia keras skit kan kak mcm agar2 biasa. kalau serbuk jelly rasa dia mcm jelly eskrim kepci tue kan? kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. kalau serbuk agar2 rasa dia keras skit kan kak mcm agar2 biasa. kalau serbuk jelly rasa dia mcm jelly eskrim kepci tue kan? kan kan kan?

    ReplyDelete