Tuesday, April 9, 2013

Jom Memasak : Puding Roti Karamel

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Picture 125
Malam tadi selepas menunggu 2 biji kek karamel yang ditempah oleh Farah dibakar, kakakecik bertungkus lumus plak cuba membuat 2 jenis puding untuk dirasa oleh orang pejabat kakak, kira nya food testing  (dessert) macam tu la, hehehe. Dorang nak tempah puding untuk 30 orang pada Khamis esok lusa. Memandangkan kakakecik tak berapa biasa buat puding, so apa lagi mengetest dulu la kan..

Salah satu puding yang menarik minat dan selera kakakecik untuk mencuba adalah puding roti karamel. Kenapa puding roti dan tak try buat puding karamel je. Kakakecik pernah dah buat sekali dulu dulu nie tapi ada bau telur so rasa macam tak best je..Lagipun bila tengok blog Kak Yatie Sinar Kehidupan..banyak plak puding roti yang dia pernah buat..Apa lagi kakakecik pun copy paste dan beli la barang-barang nya petang semalam dan malam nya cuba buat..
 Picture 120
Resepi : Puding Roti Karamel
Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat -
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan. (Kakakecik masak terus gula hangus dalam loyang yang hendak digunakan)
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam).
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
Selamat Mencuba

2 comments: