Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sibuk ke sana ke mari membeli barang untuk majlis perkahwinan dan ke rumah sedara menjemput ke kenduri. Dua minggu berturut-turut2 jugak setiap kali ari jumaat malam sabtu Mak Cik tido di rumah, sekatil dengan kakakecik. Dan dua kali jumaat jugak kami ke Alor Setar.
Kalau Jumaat 10hb kami ke Alor Setar untuk beli barang hantaran dan brown paper bag. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk membeli apa yang dirancang. Minggu lepas sekali lagi ke Alor Setar untuk membeli mug untuk diberi kepada Mentara/Orang buat kerja. Tetapi bukan rezeki kami..rak mug yang Giant offer sebiji 99sen tu hanya tinggal beberapa biji sahaja tu pun mug yang dah rosak..Huhuhu..Dah memang bukan rezeki kami kan..Terpaksa call Adik Ilah di Perak untuk pergi tengok mug tu di Giant Sunway. Nasib baik ada..Syukur Allah memudahkan urusan kami.
Masa di Mydin, kakakecik tunjuk kat Mak Cik, “Chik tengok paper beg yang kita beli minggu lepas dah tak de, tinggal skit je lagi…nasib baik kita mai minggu lepas” Alhamdulillah Allah menggerak kan hati kakakecik ke Mydin minggu tersebut.
Tetapi, di saat akhir nie lace manik yang untuk di pasang kat langsir tak cukup lagi 4-6 meter. Puas mencari di Nagoya SP, Alor Setar dan Ipoh dah takde stok design yang dah beli tu. Mau tak mau kena cari design lain yang bersesuai..Harap ada la yang berkenan untuk dipasang di langsir tu. Moga Allah mempermudahkan nya.. Ameen
pssst: lepas nie nak buat persiapan untuk diri sendiri lak walau belum ada calon..buat siap2 nanti ada terus leh langsung…tak payah kelam kabut..bole kan…gegeh x kakakecik
selalu mcm tu tau kalau nk beli tambah ja mesti dh habes stock
ReplyDeleteayat hat last tu...errr...errrr...btl ke xde ni?
ReplyDeletekahwin sape ni kakakecik?
ReplyDeletedorg selalu simpan paper bag tue kak. masa kira beli dlu pun xckup. tnye kt pekerja dia. bru dorg bwk keluar. dorg simpan pasal x ckup tmpt. hihihi
ReplyDelete