Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jumaat, di kampung kakakecik ada majlis bacaan Yassin kaum ibu. Bergilir-gilir ikut sapa yang nak ambik buat di umah nya. Minggu ni Mak Nyang ambik untuk buat bacaan Yassin. Untuk jamuan makan dia ada buat bihun sup dan sampingan nya adalah jemput-jemput sayur serta apam beras. Apam beras hasil air tangan kakakecik la..
Alhamdulillah, menjadi apam beras kakakecik walaupun ada yang mekar senyum ada yang malu-malu tak nak senyum dan siap pada waktu nya iaitu sebelum majlis bermula. Untuk majlis bacaan yassin nie kakakecik buatkan 4 adunan daripada resepi asal yang diambil di blog kak Yatie Sinar Kehidupan, kalau resepi PCM Adnan Ibrahim 8 adunan la.hehe, sebab nya yang PCM 1 cawan tepung dan nasi sejuk. Yang kak Yatie 2 cawan.Sama je sukatan cuma yang PCM dia buat setengah adunan daripada yang Kak Yatie. Nak guna yang mana pun boleh, janji menjadi kan hasilnya…
Kakakecik start proses penyediaan pukul 10, terlewat sejam daripada plan. Hehe. Nasi sejuk Mak Nyang bagi. Kakakecik just sediakan gula, yis dan tepung. Kakakecik start mengukus pukul 1.30 macam tu. Sejam jugak la untuk mengukus semua tu. Siap guna 2 pengukus lagi yang kecik dan besar. Risau tak sempat siap.
Seperiuk dapat, eh tak de la nie sebelum kacau selepas 3 jam diperap..Bila kacau jaid setengah periuk je.. Bagi nampak ceria dan comel kakakecik buat 4 warna, putih asli, kuning, hijau dan pink. Nampak comel dan sweet sangat kan.
Comel kan terutama yang warna pink nie.
Hasil untuk empat adunan yang kakakecik buat. 2 tray untuk dihantar ke umah Mak Nyang, yang dalam pinggan tu simpan untuk makan-makan di rumah (rezeki Mak Teh dan Pak Teh petang tadi dorang datang rumah) dan yang dalam tupperware tu nak bagi kat Kak Azie (saja sedekah sebab kak Azie ada tempah kek karamel malam tadi)
Memandangkan bekas lompang plastik yang ada tak banyak mana, so kakakecik selongkar guna bekas lompang kaca.Klasik habaq mai….dan hasil apam nya amat memuaskan hati. Tapi yang ada kat umah pun tak banyak..dalam 10 biji macam tu je. Erm, cuma satu je bila nak keluarkan apam panas-panas tak boleh sangat la sebab kaca ka panas..Kalau yang plastik slamba badak je la keluarkan dan ‘hawin lempar’ dalam bekas. Yang kaca buat macam tu habis berderai la. Satu g bekas kaca nie berat tau.
p/s : Untuk resepi apam beras nie boleh ke entry apam beras/apam nasi
psst : Mak Nyang nak lagi minggu depan untuk majlis Yassin di rumah kawan nya.
haiiih....bl la nk rjin mcm k.shida ni xtau... ^^
ReplyDeletebila nak mai KL ni nak tempah kek caramel ni....shireen buat letak kaler je, tak letak perisa.....pastu shireen buat kadang cun, kadang tak huhuhuhuhu
ReplyDeleteyang kaler kuning tue pun nampak comel kak. suka kira tgk
ReplyDeletegebunyaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecomeinye bekas kaca tu...hahahaha...tetiba rasa fobia ngan apam beras ni...time pantang ritu makan apam ni Aisyah jadi kembung, xmo susu terus awin bengkak susu...huhuhu sakit ooooo
ReplyDelete