Monday, July 22, 2013

Jom Memasak : Bubur Som Som

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
IMG_20130722_184131
Apa menu berbuka korang tadi???ooo, beli ke buat juadah berbuka tu..kakakecik petang tadi hanya buat bubur som som. Yang lain-lain tu bihun sup, nasi goreng putih, lepat liat inti mak yang buat. Hajat di hati nak buat nasi daging..dah siap beli semua perkakas nya..tapi mak bagitau esok aje la buat..hari nie buat sup tulang…sebab tulang dari semalam lagi rebus…Okey kakakecik tak kisah ikut je…

Memandangkan tekak nie teringin sangat nak merasa menikmati bubur som som..tergoda dengan hasil bubur som som yang kak Yatie buat..Seingat2 kakakecik la pertama dan terakhir makan bubur somsom nie pada tahun 1998…lama kan…masa umo belasan tahun..itu pun makan time bulan posa la di rumah Mak Teh Kak Niroh di Bukit Mertajam…masa tu mana la nak ambik tau sangat apa benda yang makan tu…main telan je…
IMG_20130722_184155
Sekarang ni baru la tau…apa yang kakakecik makan dulu tu orang panggil bubur somsom..eh bubur som som nie sama tak dengan lompat tikam..tadi masa anta ke umah Ngah Nah dan Tok Cik..depa dok tanya apa benda yang kakakecik bagi..jenuh gak la nak terang..bila bagitau bubur somsom dikatakan mereka lepat somsom..last2 bagitau je ala2 lompat tikam tapi dalam resepi tu tulis bubur som som..tak cukup dengan itu siap pesan simpan dalam peti ais..makan sejuk2 baru sedap…
Screenshot_2013-07-22-01-50-09Screenshot_2013-07-22-01-50-38
Okey jom semak resepi yang kakakecik ambik dari blog kak Yatie Sinar Kehidupan..pulun print screen simpan dalam hp…senang je kan sekarang nie…
Resepi : Bubur Som Som
Bahan-bahan A
  • 100 g tepung beras-(kakakecik ikut kak Yatie guna 1 cwn)
  • 100 g tepung jagung-(pun sama ikut sukatan kak Yatie iaitu 1 cwn)
  • 1,750 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan pandan paste
  • 2 helai daun pandan-disimpulkan
SIRAP GULA MELAKA :-(ini kakakecik main taram je)
  • 500 g gula melaka
  • 1/4 cwn gula pasir
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara Membuatnya :
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan dulu.
  2. Satukan kesemua bahan2 A, tapiskan dan masukkan ke dalam periuk dan gaul rata.
  3. Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup, guna api sederhana dan sentiasalah di kacau rata.
  4. Bila dah masak,tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  5. Sajikan bersama sirap gula melaka
IMG_20130722_184248
Kakakecik buat tadi dapat la dalam 15 bekas comel2 tu…sanggup p beli hahaa….wana pink lagi tau acuan tu…dapat la agih ke rumah Ngah Nah dan Tok Cik…1 rumah dapat 3 ketul..hehee…berkongsi rezeki…




5 comments:

  1. cantik halus mulus je bubur som2 kakakecik...tq sudi cuba...tak tahan siap beli acuan comel tu...cayalahhhhhhh dik..

    ReplyDelete
  2. kira tak ingt pernah makan ke x. tapi nanti nk try buat la yg ini. nampak mcm menyelerakan

    #ape aje yang akak masak nampak tak menyelerakan semua pun seleraaaaaaaa hihihih :p

    ReplyDelete
  3. salam..

    1st time dengar bubur som som ni.. mcm menarik.. rasa apa agaknya.. hurm..

    kak adish shida nak mohon kebenaran iklan dekat sini.. boleh? :)

    Adakah SIMPANAN anda mencukupi?

    Pendidikan ANAK anda
    Simpanan untuk PERSARAAN
    Simpanan untuk KES KECEMASAN
    Modal untuk PERNIAGAAN
    Mengerjakan HAJI & UMRAH
    Pembiayaan PERUMAHAN/KENDERAAN

    http://deenazmee.blogspot.com
    https://facebook.com/deenazmee
    https://twiter.com/deenazmee

    ReplyDelete
  4. Lonpat tikam lain. Hijau dia x lemak. Dia ada dua lapisan. Hijau dan putih. Bubur sum sum ni biasanya org jawa yg buat. Terutama bila lps kenduri kawen org jawa jamu sedara mara dgn bubur ni konon nak bg pulih dr letih kenduri. Lbh kurang gitu la adat jawa zaman dulu.

    ReplyDelete
  5. nih kalau sejuk2 mesti best kn k shida~hhuuu..nk try jgk laaa

    ReplyDelete