Tuesday, July 23, 2013

Penuhi Permintaan #Menu Berbuka 14 Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berbuka14

Sehari lagi kita akan melangkah ke separuh berpuasa di bulan Ramadhan…tup tap tup tap dah hari ke 14 kita berpuasa. Pagi 14 Ramadhan juga kakakecik sekali lagi semput..ini kali ketiga untuk bulan puasa tahun nie…Tak sempat makan ubat pun pagi tadi sebab semput datang saat terakhir waktu kecemasan…huhuhu.Alhamdulillah mampu bertahan sehingga petang walau badan amat tak bermaya…pergi kerja jugak tapi tak de banyak cakap..huhuhu..

IMG_20130723_192805

Okey la berbalik ke menu berbuka untuk 14 Ramadhan…menu lebih kepada untuk memenuhi permintaan. Nasi daging kakakecik buat untuk penuhi permintaan mak yang tak dapat makan nasi daging sabtu lepas.. Dapat jugak kakakecik penuhi apa yang mak nak makan…mungkin ia tak de sesedap di pasaran tapi Ali bertambah la hehehe…Eh, tak kan nasi daging kosong je kan…ada jugak buat air asam tomato dan gulai daging+batang pisang…kakakecik nak wat gulai campur kentang mak tak nak, nak batang pisang. Sejibik macam yang abang on beli…huhuhu..mak nie..

IMG_20130723_193028

Babau plak mak buat untuk penuhi permintaan anak saudara nya, Ali…sanggup tu Ali pegi beli tauge semata-mata nak suruh Long dia buat babau…dan dia pun berbuka di rumah kami.

IMG_20130723_193044

Buah melaka, mak buat di setengah jam terakhir apabila sedar hanya sejenis kuih sahaja yang ada…ikutkan kakakecik nak buat kuih lopeh, tapi mak kata dah tak sempat..Yang paling cepat dan mudah buah melaka je la…pewarna pun hijau tak mau nak hijau sebab mak just guna pandan paste yang kakakecik guna untuk buat kek…

 

pssst : apa menu berbuka korang 14 Ramadhan…

4 comments:

  1. ingatkan sardin roll tadi. hihihi. tingin lak sardin roll nak buat la esok ke jap lagi ke.

    kalau buah melaka tue pakai air pandan memang jadi kaler cam tue ek kak? kira ritu pun pakai air pandan kaler cam tue. takde kaler ngancam ijau nya

    ReplyDelete
  2. Shida,

    Cuba try buat ni...crab stick hat merah tu, buh cream cheese philadelphia sikit, balut dgn kulit popia and goreng...makan dgn sos. Sedap!!! Kalau suka cheese la...

    ReplyDelete
  3. owh..babau namanya~isi sayur ke?hehee..dah mcm roti sardin ja tgk..

    ReplyDelete