Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini dia kek kedua eh kek yang pertama kakakecik buat semalam, tapi kek nie jadi kek kedua masak walau proses penyediaan nya adalah yang pertama. Kakakecik pun tatau sebenar-benarnya kek nie di panggil kek gula hangus atau pun kek sarang semut. Tak pun dah dok konpius sangat satg kakakecik panggil kek sarang lebah kot..lagi mudah kan..
Hampir setahun juga dah nie kakakecik tak buat..last buat time nak kasi suprise kat adik di UKM. Dek tergoda dengan hasil kek sarang semut Ayu Citarasa Rinduan buat kakakecik pun nak jugak buat. Dah tu dah lama kak Tie dok nak makan. Nak umpan dia lunch di umah semalam, kakakecik janji akan buat kek gula hangus nie…
Resepi..masih kekal resepi lama..kakakecik buat 2 adunan.. So resepi yang akan dikongsi nie kakakecik letak 2 adunan siap2…sesuai muat je untuk loyang 8inci..
RESEPI KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
- 2 cawan gula
- 2 cawan air panas
- 4 sudu besar mentega
- 8 biji telur A
- 2 cawan susu pekat
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu soda bikarbonat
- 1 sudu esen vanilla
Cara Menyediakannya:
- Gula digoreng dengan api sederhana besar.
- Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..seeloknya tutup api dan standby tudung periuk risau terpercik)
- Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan. Biarkan gula hangus betul2 sejuk.
- Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
- Tuangkan esen vanilla. Kacau.
- Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
- Sediakan loyang 6” yang telah digris/disapu mentega/marjerin sekeliling nya..Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
- Panaskan oven dengan suhu oven 160 °c. Bakar selama 60 minit atau shingga masak apabila dicucuk dengan cake tester/lidi ia tidak melekat. Sekiranya masih melekat tanda belum masa dan lebihkan masa membakar nya.
Alhamdulillah ini hasil kek gula hangus nya yang telah diperap 3 jam..menjadi pun sarang nya..risau jugak tak menjadi. So, kakakecik cadangkan korang buat adunan kek nie waktu pagi selepas sarapan, elok tengahari lepas masak or lunch dah boleh bakar..tak de la membazir masa tu..Hehehe..
Selamat Mencuba
Lg lama perap lg cantik sarang kn kak?
ReplyDeletedh lama nk buat tapi takut tak jadi.....mau tak mau kena cuba jugak la nmpk nya....geram tgk sarang menjadi elok
ReplyDelete