Assalamualaikum dan Selamat Tengahari..
Kek Gula Hangus yang menjadi cemburuan Kiera kerana dia buat kek nie tak boleh teropong kata nya…Jumaat lepas kakakecik buat 1 adunan je..untuk bawak ke umah Hanie Saad dan selebihnya untuk family makan…macam biasa la sekali hadap dah habis..tak sempat nak bawak balik untuk Aina..Sabtu, esok nya sebelum buat Lontong..kakakecik siap kan dulu adunan kek nie..plan nak buat 2 adunan sahaja..bila kak Tie sampai je umah mak..dia suruh buat lebih dia nak jugak..so, suruh la dia pegi beli telur, tepung dan susu lagi…yang ada kat umah cukup untuk 2 adunan je…banyak kan kakakecik buat kalau tak menjadi dan tak boleh teropong melopong la kakakecik dengan 2 tin susu pekat dan 16 biji telur…rugi kot…alhamdulillah menjadi dengan cantik nya…dapat la kami sekeluarga makan dan hantar ke adik..konon nak suprise kan dia…tapi disebaliknya yang terjadi…ini adalah kali ke3 kakakecik buat…1st buat di entry INI..
yang ini kek gula hangus hari jumaat punya..untuk hanie saad..
Jom kita semak resepi kek gula hangus…resepi nie dah tak ingat dah ambil dari mana…kepada empunya resepi mintak maaf dan mintak halal ye..terima kasih atas perkongsian resepi tersebut..untuk 4 adunan nie kakakecik kakakecik guna 1 loyang 9” dan 1 loyang 7” so memang cantik ketinggian nya
RESEPI KEK GULA HANGUS
Bahan-bahan:
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 2 sudu besar mentega
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Menyediakannya.
- Gula digoreng dengan api sederhana besar.
- Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas. (Hati2 masa nie..seeloknya tutup api dan standby tudung periuk risau terpercik)
- Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.
- Kemudian, pukul telur sampai kembang & pekat.
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
- Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak.
- Tuangkan esen vanilla. Kacau.
- Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul sebati.
- Sediakan loyang 6” yang telah digris/disapu mentega/marjerin sekeliling nya..Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
- Bakar selama 60 minit di mana suhu oven 160 °c.
-Selamat Mencuba-
Sepatutnya ini lah kek gula hangus yang adik dapat..nampak tak tupperware kat belakang tu..kecian adik tak berani nak makan kek yang dipos sebab risau sakit perut..4 hari baru dapat..adik cepat balik nanti kak buat untuk adik…
Dan tak sangka sama sekali..kek yang 4 adunan ni habis malam tu jugak..nasib baik kakakecik dah potong siap masuk dlm tupperware untuk bagi kiera..kalau tak melepas jugak la dia nak makan..Eh, mak dan kak ja mintak buat lagi malam tadi..gila ke apa..pukul 8 baru mintak buat..nak bakar pukul 12 malam ke..sabar je la…
pssst : esok apa plan erk..masak or jalan2 ke perlis..rindu perlis…
2 comments:
ingat nak buat jugak tgk ni tapi oven pulak xde...hurmmm.... nextime lah
p/s : ni kalo abi ni konpem nama lain pulak jadinye
kihkihkih nasib dpt makan kalau tak kempunan hihihi
Post a Comment