Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sabtu minggu lepas, kakakecik rasa bahagia dan seronok sangat bila dapat jamu sedara adik beradik dan sahabat yang kunjung ke rumah untuk menikmati laksa air tangan sendiri..Ada laksa kuah lemak..ada laksa kuah asam pedas..pilih je mana satu yang nak makan..Yang menjadi pilihan tentu la laksa kuah lemak…bertambah2 orang tu makan sampaikan mamanya terkejut..ada jugak yang langgar pantang semata2 laksa yang kakakecik buat..terharu nya…
Syukur Alhamdullilah, mak pun nampak semakin sihat bila rumah penuh dengan sedara mara..Macam la ramai sangat kan..tapi dari tengahari hingga ke malam la rumah penuh..Bermula tengahari tu Kak Ja anak beranak sampai, pastu Finaz dan Mama nya datang untuk temubual mak tentang bunga daun getah..Lewat petang, Mem Besar KBU: CIK GKSB plak sampai…lepas maghrib Abang On anak beranak…Pak Su anak beranak…Selepas isyak Pak Lang anak beranak…penuh riuh rumah dengan dorang semua..
Dah pakat balik semua..baru Abang Din anak beranak sampai dari Perlis..memang rasa macam hari raya plak hari tu..Laksa pun 4 peket habis..Yang best nya tu..bila masing2 dah kenyang makan laksa..dok pulun makan keropok lekor, keropok ikan dan buah2…Alhamdulillah seronok kan dapat kongsi rezeki dengan orang lain..
p/s : untuk mencuba laksakuah asam pedas boleh refer entry laksa utara..ada resepinya. Manakala untuk laksa kuah lemak..boleh ke entry laksa kuah lemak pendang mai…selamat mencuba ye
kira pantang makan laksa. kena pantang sebab kata mama laksa tak elok untuk orang lepas bersalin makan.
ReplyDeletekakak pantang sampai anak dia umur setahun setengah, baru dia berani makan