Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, May 29, 2012

Jom Memasak : Laksa Kuah Lemak Pendang Mai

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

LAKSA

Macam biasa bila hari cuti jumaat sabtu..kakakecik akan masak untuk makan-makan…bukan hari lain x masak..hari lain masak utk diri sendiri je…masak yang simple macam arini just buat ayam masak merah utk lunch(EH belum lunch lagi) dan roti telur untuk sarapan…Jumaat baru2 nie kakakecik buat laksa kuah lemak..adik kakakecik mintak buat dari jumaat minggu lepas lagi tapi kebetulan mak ngah buat kenduri akikah cucu nya ada buat laksa jugak tapi laksa utara la (kuah belacan)…ikan memang mak dah beli la untuk kakakecik buat..tersimpan aja la peti ais tu…malam jumaat baru2 nie baru la rebus untuk buat kuah laksa…

 

Jumaat 25hb aritu pukul 9pagi dah tong teng kakakecik sorang diri kat dapur…bermula dengan rebus laksa yang dah rendam dimalam hari….asingkan isi n tulang ikan, kopek dan mesin kelapa untuk buat kuah…bila semua dah siap…ish rasa mcm ikan tak cukup je isi nya..dah tu laksa pun laksa besar…kakakecik suka laksa kecik…terus siap2 pergi kedai..beli ikan, timun, laksa dan ikan untuk masak tengahari…alhamdulillah pukul 12 tengahari semua dah siap…laksa dan lauk pauk untuk makan tengahari…

 

Rehat2 la menunggu ketibaan aima dan dek nasz…tup2 dapat mesej dari dek nasz bertanyakan status aima nak ke rumah kakakecik…alamak…ingatkan dorang dah nak sampai..rupa2nya tak dapat apa2 respon dari aima lagi…kol, msj semua tak jawab…sekali ambik ko aima..kakakecik anta msej kat semua nombor yang aima pernah contact kakakecik..termasuk nombor mama nya…sabar je la kan…tetapi alangkah kuciwa nya bila bas dari kulim ke sp or alor star dah tak de time tengahari tu…so tak dapat la aima dan dek nasz merasa laksa kuah lemak kakakecik buat kali kedua…rezeki Cik GKSB dan sedara mara kakakecik aje la laksa tu…2 bungkus setengah jugak la laksa yang kakakecik rebus habis..puas kami makan berulang sampai ke malam dan keesokan harinya….PUAS….

 

Alamak bebel panjang plak…jom semak resepi laksa kuah lemak pendang mai nie…

LKSA

RESEPI  LAKSA KUAH LEMAK

Bahan-bahan :

  • Laksa kering
  • 2kg ikan selayang / kembung
  • 1kg santan (kakakecik anggar kan sebab kakakecik guna 2 biji kelapa)
  • 4 biji bawang besar dan bawang putih
  • 3 peket rempah kari ikan
  • 3 kuntum bunga kantan
  • Daun kesum
  • Serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Asam keping/asam gelugur


Cara memasak:

  1. Rebus laksa kering sampai lembut
  2. Toskan laksa biar habis semua air
  3. Rebus ikan sampai masak
  4. Setelah sejuk, buang tulang dan blender isi ikan
  5. Blender bawang besar dan bawang putih
  6. Campurkan bawang blender dengan rempah kari
  7. Panaskan bahan kisar sampai masak
  8. Masukkan isi ikan yang telah diblender
  9. Masukkan santan dan panaskan sampai mendidih
  10. Masukkan garam secukup rasa, asam keping,bunga kantan, daun kesum
  11. Biar mendidih

Bahan hiasan:

  • Bawang besar di potong melintang
  • Cabai melaka dipotong halus
  • Daun selom dipotong halus
  • Limau nipis
  • Salad dipotong halus (kakakecik guna pucuk putat)
  • Telur Rebus


Hidang la…sedia untuk dimakan…jangan lupa baca bismillah dan doa makan

 

 

pssst : Cik GKSB makan bertambah2…kecian aima, dek nasz dan kazen2ku NEZ…nanti akak wat lain erk utk korang…xpun raya nanti la..dah x lama nak raya kan..xpun mai berbuka puasa kat umah kakakecik….

16 comments:

Eny Yusnizar said... [Reply]

ada eh laksa lemak... ingt laksam je pakai santan :D

Eny Yusnizar said... [Reply]

oh ye teringat laksa kat wah to guan star prade pun jenis laksa lemak jugak..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

hihi rezeki....memang bertambah2 makan...wat muka tak malu ja sebab sedap sgt

kakchik@ella said... [Reply]

pandainya kakakecik masak laksa. KC sejak kawin kan, tak penah masak laksa sendiri. makan yg orang masak je. tak berbalo sebab famili kecik kami cuma 3 orang jer.

Iffah Afeefah said... [Reply]

terliur da ni

Iffah Afeefah said... [Reply]

terliur da ni

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Eny Yusnizar

family shda mmg makan laksa kuah lemak macam nie..kalau laksam tak letak serbuk kari tapi letak lada dan halia....warna putih kekelabuan mcm tu..


oh ye...tatau plak..awk dok astar ke

aDisH.sHidA said... [Reply]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

HAHHAHA..memula..alamak terbanyak plak letak laksa nie...tapi habis jugak makan yg 1st tu..sembang malu2 kucing tanya nak tambah lagi boleh..boleh je la..tambah je...lagi habiskan yg pu3...heheh..

sedap ke biasa je kot...alhamdulillah...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@kakchik@ella

rajin tu adalah skit2 bila teringin nak makan..semua benda jadi rajin..hehhee...shda pun tunggu time ramai orang..kalau x panggil la sepupu sepapat jiran mai makan..rezeki dorang kan

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply]

nak jugak!

CiK LiYzA ^^, said... [Reply]

nih yg wat ngidam nk mkn laksa kuah lemak..org pendang ja yg jd wat 0o0..kna blek kg la kalo nk makan nih~

CiK LiYzA ^^, said... [Reply]

huhu..dan2 ngidam nk makan~org pendang ja yg wat jd kan kak...nk kna blek kg jgk dah nih..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Iffah Afeefah

Cuba la buat iffah....

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Lydia Miza(Aidyl Azim)

kalau kamu nak kena mai kedah la..nanti shda buatkan tuk kamu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@CiK LiYzA ^^,

alamak ibu ngandung ngidam....lariiiiiiik jauh2...a;a tu la pasal org pendang je buat rasa nya kuah lemak mcm nie...mai pendang roger2 la

Anonymous said... [Reply]

@aDisH.sHidA tak jadi kari/gulai ke..???