Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Setiap minggu sekurang-kurang 2kg tepung gandum akan jadi mangsa uli kakakecik untuk dijadikan pau sambal dan donut. Alhamdulillah, family suka dan jatuh cinta dengan donut dan pau sambal kakakecik buat. Ye la buat dengan kasih sayang mesti la sedap di makan..walaupun hanya letak yis, tepung, air, gula, garam dan minyak. Yang penting buat dengan ikhlas dan beri kasih sayang yang lebih semasa mengulinya.Eh, kakakecik uli sekejap je pastu mixer yang tolong ulikan..hehe..mana larat nak uli dengan kudrat yang kakakecik ada nie..xmampu cheq
Tengahari semalam selepas buat laksa, adik Ilah call tanya bila nak datang rumah nya. Dia bagitau, Shahir suami nya balik dan nak makan tengahari bersama-sama kakakecik dan Mak. Erm…..sempat lagi kalau nak uli donut nie. So, kakakecik pun terus uli doh dan frozen kan.
Niat di hati untuk berikan sedikit kepada Kiera Sakura…iye la dia kan mengandung..kecian plak kalau dia tahu kakakecik buat..mengidam nanti sapa susah..lagipun dia de komen dan bertanyakan pasal pau frozen tu, kakakecik jual ke?
Kakakecik pun call Kiera, tapi dia tak jawab..SMS je la..tanya dia kat mana, Penang or Perak? Nasib baik dia kat Penang, umah mertua nya..dapat la singgah bagi donut dan pau sambal frozen tu. Kalau dia balik Perak pun, kakakecik boleh je bagi kat umah nya. Kalau kita dah niat nak bagi tu..kena la bagi kan..rasa tak syok lak kalau tak dapat tunaikan… Malam tadi singgah la kat Rozel Seberang Jaya untuk bagi pau sambal dan donut yang tak banyak mana tu kepada Kiera. Eh, dah nampak bulat perut Kiera. Adakah kak orang pertama yang melihat nya selain suami kamu dan Dek Li?
1kg tepung semalam, kakakecik macam biasa la tak akan buat donut sahaja tapi kakakecik akan buat donut dan pau sambal. Sekarang nie kakakecik lebih suka pau sambal banding donut. 1kg tu jugak la agihkan kepada 5 bekas. 1 bekas untuk di rumah, 1 bekas untuk bawak ke rumah Dik Ilah, 1 bekas untuk Kak Ja, 1 bekas untuk Kak Hah dan 1 bekas lagi untuk Kiera Sakura.
Kepada Finaz, sori akak tak dapat lagi bagi donut dan pau untuk kamu. Next time akak buat datang Pendang ye.
p/s : RESEPI—> RUJUK ENTRY DONUT GEBU 1 KG
CA pun buat donut gak semalam... lebihnya frozenkan
ReplyDeletebestnyaaa dapat tengok perut kiera...eh!! hahahah~
ReplyDeleteRajinnya KakaKecik... 1kg tpg..byk tu nak kena uli.... rajin...rajin...
ReplyDeleteRajinnye. Bleh tak bagi resepi pau sambal dan cara2 nak frozenkan kuih2 nie? Berapa lama ye boleh simpan.
ReplyDeleteThanks for sharing ;-=)
Waaa... Bilalah saya nak rajin macam akak ni.. eheh.. ~
ReplyDeleterajin aih...
ReplyDeletekami suka mkn kuih tp x suka buat :p
arghh jeles.... nk usap2 perut kiera xdpt lg ni hahaha
ReplyDeletehihihihi mekasih akak sudi singgah bagi kak kira ngn baby nie. :D sedapppppppppppppppppppp tapi sbb mkn xingt ape terus lupa nak tangkap gambar huuuuuuu ;(
ReplyDeletea'ah akak la KBU pertama yg tengok hihihi