Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, July 15, 2013

Jom Memasak : Kuih Babau

Assalamualaikum dan Salan Sejahtera,

   

Masuk hari ke-6 sudah kita berpuasa, alhamdulillah kakakecik masih lagi puasa penuh..takde ponteng lagi walau semalam dah nyaris2 ponteng sebab penat/athma menyerang..huhu..Okey berbalik kepada tajuk entry nie, kuih babau. Pasti ada yang tertanya2 apa benda la kuih babau tu..macam mana la rupanya yer..sedap ke..Yang boleh kakakecik bagi tau,memang sedap. Kuih nie menjadi kuih tradisi family kakakecik bila bulan posa..kegemaran kami anak cucu..kalau buat kuih nie setiap hari pun tak pe..Tapi jenuh la nak melenggang,hehe.

babau2

Sabtu lepas, memandangkan kami berbuka puasa reramai di rumah. Mak buat sekilo setengah tepung gandum. Anak-anak Pak Lang tak biasa makan lagi..Ye la yang biasa buat kuih nie mak, mak cik dan mak ngah sahaja. Tapi, beberapa tahun kebelakangan nie Kak Munirah da pandai buat. Anak-anak pun suka. Kalau nak balik berbuka di rumah, awal-awal lagi telefon tanya ada buat babau tak..kalau tak de buat mintak buat kan..Dan hari sabtu aritu jugak Kak Tie telah belajar untuk buat setelah hampir 13 tahun menjadi menantu mak. Sebelum nie Abang On nak makan balik makan di rumah yang kami buat je..Hehe..Eh, Kak Tie rasa tergugat kot Kak Munirah dah pandai wat, sampaikan si Afiq anak Kak Munirah sampai je rumah tok, terus tanya Angah dia..pandai ke buat tu..Mak kami pandai..hahahaha..sabar je dengan budak2 kan…

 

Tak nak cerita banyak la…kakakecik just nak kongsi resepi kuih tradisi keluarga kami nie mana tau boleh menjadi ilham/idea ibu-ibu kakak-kakak adik-adik di luar sana untuk buat menu berbuka kan…

Resepi Babau Kakakecik

Bahan Untuk Kulit :

  • Tepung gandum
  • Telur
  • Air
  • Secubit Garam


Bahan untuk Inti :

  • Ubi Kentang
  • Isi Daging / Ayam
  • Tauge
  • Daun sup
  • Cili besar
  • Serbuk kari
  • Garam secukup rasa
  • Bawang & Halia utk menumis
  • Kulit kayu manis

**Telur untuk dicelup

** Minyak untuk menggoreng

 

Cara Membuat Inti :
Kentang potong dadu serupa nak buat inti karipap.macam tu jugak isi daging / ayam potong kecil2.Panaskan kuali/periuk. Tumis bawang, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, garam secukup rasa dan sedikit air. Biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan ubi kentang, daging / ayam dan sedikit air lagi. Apabila kentang dah empuk..masukkan daun sup, tauge dan cili besar...Bila dah masak. Ketepi biar ia sejuk.

 

Cara2 Membuat Kulit :
Kisar tepung yang telah dicampur dgn telur, air dan garam (telur sebiji pun ok, air tu bergantung kepada tepung yg diadun - agak boleh lenggang..jgn terlalu pekat nanti kulit terkoyak). Panaskan kuali dan sapu minyak seperti nak wat ketayap gulung or telur dadar...so lenggang la tepung mengikut saiz yg suka....(nak tau tepung dah masak or belum...tepi2 kulit tu akan renggang dr kuali).

babau sebelum

*** lenggang sekeping, letak inti dan gulung..Buat sampai habis adunan. Bila dah habis gulung. Boleh la menggoreng. Sebelum tu kulit yg telah siap digulung n taruk inti dicelup telur....goreng sampai kekuningan.Angkat toskan.Sedia di makan..

babau

 

P/S : UNTUK STEP BY STEP BUAT KUIH BABAU BOLEH KE ENTRY KAKAKECIK PADA TAHUN 2010 ---> http://adishshida.blogspot.com/2010/08/babauapa-tuekuih-la.html

 

pssst : Syuhada isteri Izzuan pun dah belajar buat kuih nie..hehe

8 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply]

sedapnya, tapi malas plak bab nak melenggang

hanalia aziz said... [Reply]

Saya pernah makan kuih nie.. mmg sedap.. x cukup satu atau dua... bleh lah try lepas nie.. Tqvm..:D

Unknown said... [Reply]

tak pernah makan pun..nak kena cari ni kalau balik pendang nanti..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Seri Kandi Tanah Jauhar riso nanti jalan terlebih lenggang ye akak hahahaa..memang sedap pun..cuba wat mana tau kna dengan selera akak sekluarga

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Impian dulena oooh ye ke..makan di mana tu...sedap kan...boleh la cuba buat nanti..

aDisH.sHidA said... [Reply]

@diana awak.kat pendang nie hanya kat umah shida je la ada, takde orang jual rasanya..hehe

cik Anggur said... [Reply]

mcm sedap je

Lydia Miza said... [Reply]

Tak pernah jumpa inikan pula mkn