Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Satay Semeling…biar betul ang nie Kak Shida nak p Semeling makan satay…itu kata Dik Ilah bila dia ajak keluar makan satay di Pendang tapi kakakecik ajak p Semeling..
Semeling..kat mana tu…ada ke satay waktu2 malam macam nie…Ini plak pertanyaan Abang Mie bila call bagitau tukar tempat nak makan satay…
So malam Selasa tu, kakakecik terpaksa la jadi pandu arah..tak pandu pun…tunjuk arah je untuk ke Semeling..sebab kakakecik sorang je yang pernah pegi sana…kan pernah review sebelum nie JJCM Satay Semeling. Nak pekena satay sangat pukul 9 malam baru bergerak dari Pendang..mau tak mau dekat pukul 10 baru sampai…Masing2 pakat cuak riso kedai satay tu dah tutup..kalau tak buka dorang suruh kakakecik belanja satay di tempat lain…Tat Nasi Ayam ke apa ntah…
Fuuuh nasib baik masih buka lagi time kami sampai tu walaupun pakcik kedai tu dah lipat2 alas meja dan susun meja kerusi nya..Dik Ilah cepat2 suruh kakakecik turun tanya dah nak tutup ke apa…Kakakecik kelam kabut turun dari kereta nasib baik tak jatuh dalam longkang..ingkatkan semua nya bertutup longkang tu..huhuhu…Weeei, buka lagi la..pakcik tu kata yang luar je dia kemas…hehe…tu haaaaaa ada 1 tong lagi satay dia…Tapi rasa2 kakakecik kan..kalau kami tak singgah makan tu mesti pakcik tu dah tutup kedai dia time tu sebab nya…satay yang kami makan tak ada dah bawang dan timun..hahahaha..bara api dah tak berasap sangat…
Abaikan Aiman yang tengah merajuk….Kan…hanya ada satay dan kuah nya sahaja…untuk malam tu kami makan 30 cucuk satay ayam, 10 cucuk satay daging, 2 penyepit kepak ayam…dapat la 4 ketul, dan 1 peyepit hati ayam…ada 5 ketul kot….Opss..terlupa nak bagitau, selain apa yang kami makan nie..ada jugak bontot ke cenonet ayam, dada ayam yang telah di bakar..nasi himpit (ketupat nasi) pun ada tak termasuk dalam pakej harga satay ye…kira lain itu…kami ambik seketul malam tu untuk auni makan..sorfina dan aisya tido..aiman wat perangai tak mau makan…
Menyelerakan kepak ayam tu..walau tak elok di makan..nak jugak makan…dah le 4 ketul je ada..kami nie 5 orang…so gegurl kena la kongsi..hehe…kena jaga driver…Berapa semua nya yang kami makan nie…Hanya RM24.50..tapi adik tu kasi diskaun RM24.00 sahaja..makan tak habis kami tapau…kakakecik sampai demam keesokan harinya…kalau tak demam tak da maknanya nak makan meggi tomyam ala chef pepagi buta dan tido sepanjang hari…
p/s : lepas nie finaz suruh gtau awal2 kalau nak g semeling..dia nak sediakan satay yehaaaaaaaaaaa
psst : tetiba teringat kesedapan dan kelembutan Satay Wak Radol di Johor…5 bulan lalu makan bersama dengan Aima dan Sunah..ntah bila dapat ke sana lagi…
pertama kali dengaq semeling ni...haish...org kedah x habih teroka lagi ni...ha ha ha...sate dia nampak sedap...kepak pun sedap...hero tu merajuk sbb x suka makan sate kot...=)
ReplyDeletebesarnya satay dia
ReplyDeleteterasa kesedapan nya smpi ke sini
ReplyDeletetp kt semeling tue memang sepanjang jalan byk sgt org jual satay kan kak. kira ngn nadh smpi terkejut la
ReplyDeleteMurahlah harga satay tu 😋
ReplyDelete