Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012
HARAM Hukumnya Lelaki Pakai Inai...
Assalamualaikum…selamat petang..sekadar peringatan sesama kita…lepas nie tak perlu la ye lelaki-lelaki di luar sana pakai inai..samada untuk majlis akad nikah ke persandingan…Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.
LELAKI yang memakai INAI di JARI adalah HARAM kerana ia menyerupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan Mazhab Syafie.
Mazhab Hambali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.
Manakala Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.
Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.
Jom kita dengar renung sama2 apa ustaz azhar idrus bincangkan mengenai isu ni…
Jom Memasak : Rendang Udang Kiera Sakura
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Resepi rendang udang nie kakakecik cilok dari kiera sakura…dah 2 kali dia buatkan untuk event KBU…so masa dok makan2 tengahari Jumaat kat Bukit Perak…kakakecik tanya cara2 nak buat nya…dia bagitau la bahan2 dan langkah2 buat rendang udang yang menjadi kegemaran nya…kalau nak lebih detail p rempuh blog Kiera Sakura…
Plan nak buat semalam..tetapi elok kakakecik masuk dapur je, tengok2 mak dah siap buat gulai(kari) ikan..awal mak masak semalam sebab menantu dari Ipoh nak balik…kakakecik tapau je la..arini baru kesempatan mencuba rendang udang..tetapi kakakecik derhaka sedikit step nya…HAHHAHA..melampau tak kakakecik…tak kisah la janji sedap kan (sedap ke)
RENDANG UDANG KIERA SAKURA
Bahan-bahan :
200gm Udang
3 sudu cili kisar/cili boh
1 biji bawang besar**
2 ulas bawang putih **
1/2 inci halia **
1 batang serai **
1 cawan santan
1 keping asam gelugur (hiris halus)
daun kunyit (hiris halus)
1 sudu serbuk kunyit
garam (tumbuk bagi halus lagi)
Cara-caranya:
- Kisar bahan-bahan bertanda **
- Letak kuali atas dapur tapi jangan pasang api lagi.
- Masukkan udang atas kuali, bahan blender, santan (sampai hapus udang), cili kisar, asam keping, garam, serbuk kunyit, daun kunyit.
- Gaul kesemua bahan tersebut hingga sebati. Baru pasang api.
- Kacau hingga kering,klu xnak sampai kering pun blh janji kuahnya dah masak.
pssst: sebenarnya kakakecik derhaka kat bahan2 tu…kakakecik masukkan cili padi 2 biji dlm bahan kisar…1 lagi kat step ke4..bila dah gaul semua bahan-bahan tu pasang api…sebelum ia kering, kakakecik kuarkan udang sebab tak nak bagi udang terlampau kecut…nanti hilang plak kemanisan nya…elok nak kering kakakecik masukkan semula udang dalam kuah nya….HAHHAHA
Thanks kiera atas resepi rendang udang nie…
Monday, March 26, 2012
Rahsia Kakakecik di Dapur Telah Terbongkar
Assalamualaikum…dan salam sejahtera
Petang Jumaat selepas berkelah lepak santai di dalam air di Bukit Perak bersama Kiera, Wany, Jucy dan Pakcu…rahsia kakakecik didapur telah terbongkar…habis la rahsia2 kakakecik yang simpan selama nie..Nasib baik si Kiera dan Jucy je yang membongkarkan nya, Wany terpaksa balik awal…depa berdua itu pun dah riuh…Sebenarnya Jumaat tu kakakecik tunaikan hajat permintaan Kiera untuk sama2 membuat kek karamel…gelabah jugak la kakakecik di dapur bila ada orang lain memerhati kan apa yang kita buat…serius kakakecik tak biasa masak dengan orang luar…selalu msak sorang2, tak pun dibantu oleh adik2 dan kakak.
Masih kakakecik ingat…time nak asingkan kuning dan putih telur tak menjadi…Kiera siap gelak besar kat kakakecik…nak kena la tu….kakakecik tak wat kek karamel pink yang dia nak baru tau…silap tak ugut petang tu…mau gak nangis budak tu…
Ketiga-tiga gadis ini lah yang membongkar rahsia kakakecik di dapur…dah bongkar rahsia kakakecik..suruh plak kita yang snap pict dorang lokasi di dapur…..tak de tempat lain ke hampa nak posing…sabo je la…(motif nak tayang baju baru KBU) tahu la baju kakakecik kena hantar semula sebab kesilapan saiz (saja nak mention kata berat badan dah naik..46kg dah…rahsia nya makan la kek setiap minggu)
Gadis dari Perak, Kiera sedang khusyuk mengasingkan 12 biji telur putih dan kuning untuk membuat kek karamel…time nie kakakecik dok pulun wat kek pandan yang adik2 nak makan….nasib baik ada pembantu si kiera nie…Jucy….tukang tengok je la..HAHAHAHA..dia teruja tengok adunan kek pandan…hijau yang memikat…
Kek pandan yang menjadi rebutan…resepi KLIK DI SINI…
Meringue….cantik putih gebu….suka tengok walau ada bau telur…bila dah campur adunan kek nanti hilang la bau telur tu….jangan risau ye Kiera..
Ha…..dorang siap gilir2 lagi untuk putar adunan kek….saja nak dera dorang…padahal da je stand untuk mixer nie….(agak2 nie gambar bergaya lebih or betul2 dorang tgh wat keja)
Antara lapisan Pink,Coklat dan Pandan Oren mana lagi cantik…kalau nak tau yang pink tu mesti la hasil tangan kiera…oppps tangan kami bertiga…kakakecik wana coklat kot, jucy wana cream….yang pandan oren tu kakakecik lapis sorang2…jucy siap puji lagi kata cantik..kembang hidung yang tak mancung nie…
Memandangkan sorfina jengah tengok aunty auntie dia buat kerja di dapur..so kena nak kidnap utk bergambar…eh eh kenapa sorfina buat muka mcm tu kat auntie kiera….hehehhee
Sementara menunggu kek dalam oven tu masak…kiera n jucy buat lawatan mengejut ke bengkel mak…selongkar habis kotak2 bunga mak…sekali bunga matahari menjadi rebutan…Konon2 dorang nie nak jadi Kiera Lulu dan Jucy Lulu la…berbunga matahari yang mak hasil kan dari daun getah…sorang nak pose konon macam gambar syok sendiri amik dr atas..sorang nak dengan 3 kuntum bunga…macam berminat nak jadikan bunga pegang masa majlis hari bahagia je…kalau berminat bagitau akak erk.
Kiera takut2 nak bergambar dengan pokok bunga “harum sundal malam” hahahahaa….saja kakakecik bagitau nama tu..sebab bunga tu wangi bila malam2…Okey dah azan maghrib la..jom masuk…kek pun dah nak masak tu…ye haaaaaaaaaaaa..sampai pukul 8.30malam jugak la kiera n jucy kat umah kakakecik…semata2 untuk kek karamel..sebelum balik sempat jugak la dorang jamah sekeping 2 kek karamel…kakakecik tapaukan setiap sorang 1/4…cukup ke tidak…
Pembahagian kek karamel strawberry, coklat vanilla…setiap 1 rumah dapat 1/4 sama adil kan..
Kek Karamel permintaan syakira…..syok la tu ada wana pink..sori kiera akak terajin plak lapis setiap warna nie 1 senduk..so tak menjadi la macam kiera nak akak buat sebelum nie..
Kek Karamel…pilih nak yang mana 1…kalau nak yang perasa PANDAN OREN ke SINI dan kalau yang STRAWBERRY COKLAT VANILLA di SINI…
pssst: seronok bila memasak nie….lagi seronok kalau apa yang kita buat tu orang suka…suka makan…rasa bersemangat je kan..alamak ada orang tanya mana kek dia..janji nak kasi time birthday nya aritu..ingatkan dia lupa….nak kena buat la nie…
Sunday, March 25, 2012
Selepas Lebih 20 Tahun, Kini Ku Jejaki Semula Dengan KBU
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Setelah hampir melebihi 20 tahun kakakecik tidak menjejak kan kedua-dua belah kaki kakakecik ini ke satu tempat peranginan di Pendang…akhirnya Jumaat lepas..kakakecik kembali menjejak kan sepasang kaki ini ke Bukit Perak…bukan Bukit Merah ye Dek Nasz…Bukit Perak bukan di Perak tetapi di Kedah dalam daerah Pendang…kawasan air terjun yang tak berapa nak terjun…
Semua ini adalah unplan…semua nya hanya kebetulan…Pakcu buat status di KBU…panas2 nie mandi air terjun best jugak…pastu Kiera plak gtau kalau tak balik kg (ipoh) boleh tak dia nak datang umah kakakecik untuk buat kek karamel…kakakecik on je dengan kiera…tup tup petang khamis tu Jucy post status di KBU..yang dia malas nak balik SP..so dia tanya la sesapa nak lepak dengan dia..masa dia post status tu Pakcu dan Wany ada di kedai Kakakecik…dan kakakecik plak tengah oncall dengan Kiera pasal Baju Tshirt KBU…apa lagi,terus suggest mai Pendang la…sanggup tu Kiera tangguh basuh baju kemas rumah semua ke hari Sabtu..sebab nak datang berkelah dengan kami adik beradik KBU…walaupun tak ramai tapi tetap best…
Pagi tu seawal jam 7.15pg kakakecik dah masuk dapur…nak sediakan sarapan pagi untuk mak ayah dan adik2 serta masakkan lauk untuk bawak ke Bukit Perak…untuk family bfst pagi tu kakakecik buat nasi lemak..alhmdlah sempat pun masak sebelum mak dan ayah pergi kursus haji..untuk KBU, masak lemak kari sardin, sambal belacan dan nasi putih… Pukul 10.45 jugak la baru kami bergerak ke Bukit Perak..kecian Pakcu dok tunggu di sana…sampai awal kot dia..kami mintak maaf ye Pakcu, Wany tersesat masa nak mai umah kak…ingatkan ikut jalan kampung cepat sampai kan Wany..sekali sesat..xpe jadikan ia sebagai pengalaman…Kakakecik memang dah tatau jalan ke Bukit Perak nie…simpang nak ke sana tahu la..lokasi tempat tatau..teruk tak…hahahaha..masa p dulu zaman budak2…la dah dewasa kan…
Ok ok tak mau melalut banyak…jom kita layan gamba kami berlima di Bukit Perak…
rezeki kami berlima di tengahari jumaat lepas…Sedap kan..ada ikan kembung bakar, masak lemak kari sardin, rendang udang, telur dadar, sambal belacan dan ulam…
kakakecik dan kiera menggunting ikan…masa nie dok tahan geli je sebab tak biasa basuh ikan tanpa menggunakan air paip..selalu basuh cucuh air…huhuhu…Sedap nya ikan kembung tu..lemak manis…tanpa garam..bakar tawar…pakcu macam biasa la lelaki tunggal kena la pelekat hidupkan api jadikan bara…berpeluh2 pakcu…
Sementara tunggu ikan masak di bakar..bergambar dulu…gambar atas tu kakakecik mengipas bakal mempelai..sekali tengok macam budak2 main pengantin..hahaha…air kat atas nie jernih..bersih..nampak batu2 nya…
Ikan dah masak….tunggu lagi..makan la….makanan versi Pot Luck..pakat2 bawak sorang sejenis 2..jucy bawak sandwich, keira : rendang udang, wany : roti sosej, kentang goreng dan keropok ikan, pakcu : ikan tamban kering (dibakar) dan ulam, kakakecik : Masak lemak kari sardin, nasi, sambal belacan..ops air mineral dan air kuib syakira n jucy beli..air oren kakakecik bawak sebotol je..hehehe
Bila dah kenyang…nak berendam la…kami tak mandi pun…just lepak2 sembang2 dlm air je..haha…sedar tak sedar dah pukul 3 petang…dengan seluar baju basah nie kami semua balik..hahaha tanpa salin pakaian….sampai umah kakakecik semua pakat mandi..oppps pakcu balik kuala nerang la…
Thanks Jucy, kiera, pakcu dan wany…melapangkan masa jumaat lepas dan mengembalikan kakakecik ke Bukit Perak…mana yang tak dapat pergi tu..sila nangis sampai basah erk..hahahaha
Jom Memasak : Kek Pandan Ori Punya
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Dah lamaaaaaaaaa daaaaaaaaaaaaaah adik-adik kakakecik dok sebut2 dorang dah lama tak makan kek pandan..teringin sangat nak makan…al maklum la sejak2 gila dok wat kek lapis dan kek karamel, kek pandan yang sebelum nie kakakecik selalu buat pun dah tak terbuat…jumaat lepas, sampai je rumah dari berkelah dengan adik2 KBU di Bukit Perak… terus adik n adik ilah “ kak shida, kami lapaq kek pandan la”… “p la amik daun pandan, kalau nak kak buat” adik dengan bermalasan pergi la ambik daun pandan kat umah mak ngah..orang suruh amik secekak je…dia hentam amik 2 cekak…banyak sangat kot adik…
Alhamdulillah bukan saja menjadi rezeki adik2 serta keluarga kakakecik tetapi jugak rezeki Syakira dan Jucy yang dok tengok kakakecik buat dan mereka pun dah jatuh cinta dengan kek pandan nie…mudah saja cara membuatnya…jom kita semak resepi yang kakakecik peroleh daripada mak sedara “mak su zah” sejak dari tahun 1995 dulu…eliani dan ezwani sepupu kakakecik pun suka kek pandan nie…dorang dah try buat..tp guna paste pandan dan pewarna hijau..so dah tak ori la kan..kakakecik masih lagi mengekalkan ori nya dengan menggunakan daun pandan…
KEK PANDAN
Bahan-bahan :
250gm marjerin (kakakecik guna mentega)
200gm gula kastor
5 biji telur gred A (memandangkan kakakecik xde telur gred A..kakakecik buat jumaat lepas masukkan 6bj telur gred C)**
250gm tepung gandum (tapi kakakecik guna tepung kek sebab nak habiskan tepung kek yang ada)*****
1 sudu teh serbuk penaik****
Daun pandan (dipotong-potong) **anggaran dlm 15-20helai..(ikut suka nak letak banyak mana…kakakecik selalu letak 1 bekas blender)
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. (tapi aritu kakakecik tak lenser dan alaskan pun tin dengan kertas sebab kiera dah buang kertas mentega, hahahaa, kakakecik sapu je tepung jenuh jugak adik kakakecik nak tanggalkan kek tu) Satukan tepung dan serbuk penaik - diayak. Ketepikan. Telur dan daun pandan dikisar menggunakan blender (TANPA AIR) – tapis dan ketepikan (dulu kakakecik pernah tersilap blender guna air..rugi 5biji telur tau) Putar mentega dengan gula hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan kelajuan, masukkan telur+daun pandan yang telah ditapis. Putar lagi hingga kembang dan sebati. Masukkan tepung dan serbuk penaik sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang adunan dalam tin dan ratakan. Bakar 35 - 40 minit atau hingga kek masak. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi atau cake tester, jika keluar bersih tanda kek anda sudah masak. Sejukkan kek atas jaringan. (adik kakakecik jenis suka makan panas2 so tak sempat la nak sejukkan hehehehe) Selamat Mencuba
psssst : jucy dan kiera pun dah jatuh cinta dengan kek pandan nie…jucy siap kata nak cuba buat dan nanti boleh bagi kat mak mertua dia tiap2 minggu lagi
Thursday, March 22, 2012
Spontaneus Thursday # 9
22 Mac
“Awak….selamat hari lahir..saya doakan awak dipanjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik2…hidup bahagia bersama keluarga tersayang serta senantiasa dirahmati dan diberkati olehNya…”
kalau 8 tahun lepas boleh la saya bagi something…tapi sekarang hanya doa dr jauh saja saya mampu kirimkan utk awak
Wednesday, March 21, 2012
Monday, March 19, 2012
Tauchu….Terasa Jakun Nya Diri Ini
Assalamualaikum…
Tengahari hari ini..kakakecik sedikit merasa diri ini JAKUN…sebab nya sebelum kakakecik lunch (awal tak kakakecik lunch, pukul 12.30 dah lunch..gara2 tak bfst pagi tadi) godek2 la dapur tanpa sempadan…dok cari resepi mee rebus..teringin nak belajar buat mee rebus…mee kari…bila kakakecik jumpa resepi Mee Rebus Cik Ani…salah satu bahan nya..adalah TAUCHU…alamak…terus terpikir…mana nak beli tauchu nie…camne lak rupanya…parah la macam nie…kalau tak letak nanti x sedap mee rebus tu…
macam biasa la kan…kalau tatau kita jangan malu bertanya…so kakakecik tinggalkan komen kat entry CMG…sambil tu search la jugak kat google camne rupa Tauchu..tak nampak sangat camne…aduuuus…search kat web la…mana tau ada sapa2 yang baik hati cerita tentang Tauchu nie…alhamdulillah ada pun…thanks Kak Wana Potret Kasih yang kongsikan sedikit info tentang TAUCHU…
Tapi….kat pendang nie..kedai mana ada jual erk..kebetulan time tu kakakecik ada sorang customer yang pernah buka kedai makan dan gerai yong tau fu….sekali lagi dengan muka selamba tak malu nya…kakakecik menanya “kak ton, kak ton…tauchu tu macam mana…kat mana ye ada jual tauchu tu?” HAHHAHAHA gelak dalam hati…jawapan Kak Ton “tauchu tu dalam botol, kat kedai cina dalam pekan pendang tu ada…kat pasaraya pun ada, nak buat apa tu” senyum simpul nya kakakecik..“erm nak buat mee kuah”…kak ton dengan baik hati nya bagitau…" jangan letak banyak tau..tauchu tu masin”…okey kak ton..terima kasih banyak2…muaaaaaaaaaaaaaaaaaaah (eh eh tak cium dia pun la)
Selama nie kakakecik ingatkan tauchu nie macam kekacang..kan ia dari kacang soya…tatau lak dia dah diperam dan di botol kan..Okey lepas nie boleh la kakakecik pergi cari TAUCHU…rupa nya yang dalam botol…kalau x jumpa botol macam nie jgn berat mulut tanya tauke kedai ye kakakecik…
Sunday, March 18, 2012
Laksa Ikan Sekoq…Tambah Free..
Assalamualaikum…selamat hujung minggu bagi negeri2 selain Kedah, Kelantan dan Terengganu..
semalam, kakakecik melepas hajat di hati untuk makan laksa..Laksa Ikan Sekoq dah tu kalau nak tambah Free…waaaaaah sah-sah makan kat umah kan macam nie…ops korang silap…sebenarnya kakakecik pergi ke gerai makan di alor setar nie…boleh dikatakan pemes la jugak gerai laksa nie…alang-alang dah bawak “Che Ah” jalan-jalan tu…kami teringin la jugak nak merasa laksa ikan sekoq nie..dok dengar ramai kata sedap…SEDAP ke..
Laksa ikan sekoq…laksa nya tak banyak mana pun…tu yang nak kena tambah…TAMBAH PERCUMA…kalau malu macam kakakecik pakai makan yang dlm pinggan tu je la…sapa yang makan pedas tu kena la mintak cabai potong..sebab dlm laksa nie dia memang tak letak cabai (cili padi)..Sedap tak korang tengok laksa ni…apa tak jelas…nak gambar lagi jelas…nak zoom dekat macam tu ye… ha tunggu apa lagi…tengok la gambar bawah nie…..terbentang ikan sekoq dia…
SEDAP tau…tak yah nak habaq…memang niat di hati kakakecik nak tambah..tapi sifat “kemaluan” tu menebal…so tak tambah la…dah tu di akhir suapan kakakecik dah sendawa… “alhamdulillah” memang jenis kakakecik mcm nie..kalau dah “argggggggh” memang tidak sama sekali akan tambah makan… “berhenti sebelum kenyang…makan sebelum lapar (dah lapar tapi x makan2 lagi nie)”
Tengok pinggan kami bertiga..boleh dikatakan licin..tinggal tulang ikan sahaja…yang 1 pinggan tu garfu dok mintak nak tambah lagi..tapi dia pun malu…ntah bila tatau dia belajar malu…bagus la tu…dah anak dara kan…mamat2 kat meja belakang tu pun tak tambah…kalau kita yang anak dara nie tambah mesti malu kan…(poraaaaaah ayat tak leh blah)..
Sempat lagi kakakecik ambil gambar nie sebagai bukti yang TAMBAH FREE…dah tu siap lagi tanya abang di meja bayar…harga sepinggan dan tutup hari apa…Gerai nie tutup hari SELASA..korang jangan plak dok mengidam nak makan laksa nie ari Selasa ye…hari lain buka dari pukul 11.30 pagi…siap sedia siap2 duit..sebab laksa nie sepinggan RM3.00…selain laksa, kat gerai nie jugak ada rojak, ABC, Cendol, jagung bakar…
satu lagi kakakecik nak gitau..mesti korang suka punya la….kalau kita makan 5 pinggan…pinggan ke-6 Free..PERCUMA…PERCUMA lagi…kakakecik dah dapat 3 cop..so ada lagi 2 cop untuk makan FREE…Macam-macam cara kan tauke gerai nie nak menarik minat dan perhatian peminat laksa…kakakecik pun tatau la bila nak p lagi..sapa2 nak p tu roger2 la ye…boleh la kita makan sama…merasai kesedapan dan kenikmati laksa ikan sekoq nie…memang tak akan menyesal punya la…
Che Ah…terima kasih belanja makan laksa sekoq…sedap kan…cer tengok pinggan CheAh…memang makan PERCUMA la kakakecik semalam…
Kembar Kecik dan Besar…CHE AH dan CHE KAH (adik) dorang nie kembar tapi lain mak lain ayah la…tarikh lahir sama di tahun yang sama..banyak jugak la persamaan budak 2 orang nie…memang sesuai la jadi kembar…thanks adik n che ah jadi peneman kakakecik makan laksa semalam…
pssst : mesti ada yang tatau lokasi gerai nie kan…gerai nie kat Jalan Gangsa, Mergong…area Perumahan Awam Mergong dan Taman Utama....dekat dengan selekoh….jalan nak ke Chin Hin Motor dan Toyota Mergong..kalau gak pandai2 la korang google map..HEHEHEHE
Friday, March 16, 2012
Jom Memasak : Kek Karamel Dwi-Warna BIDAN TERJUN
Assalamualaikum…lintas langsung dari Kangar, Perlis
KEK KARAMEL DWI-WARNASelamat mencuba
Bahan bahan:
GULA HANGUS
2 @ 4 sudu besar gula
** taburkan gula pasir dalam loyang . Jadikan gulakan gula hangus. Ratakan pada keseluruhan loyang supaya kek tak melekat pade loyang
Bahagian atas ( karamel )1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
** Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau dengan perlahan dan sebati, jangan sampai berbuih. Ketepikan
Lapisan kek (A)140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
** campurkan air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih, dan masukkan gula..pukul lagi hingga kembang
** Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit, pukul lagi hingga sebati
** Ketepikan
Meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tartar
**Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi, masukkan cream of tartar dan pukul hingga kembang dan bila diterbalikkan bekas, telur tidak akan jatuh)
Campurkan A dan B..KACAU DENGAN TANGAN(spatula)..kaedah kaup balik, apabila sudah sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan setiap bahagian dengan warna yang disukai atau campurkan dengan perisa yang disukai. (kakakecik bahagikan kepada 4 adunan, 1-Pandan paste, 1- Oren, 1-Bluberry, dan 1 bahagian lagi coklat.
- Tapis dan masukkan karamel dalam loyang gula hangus (loyang saiz 8” atau 9”)
- Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan secara berselang seli..kakakecik mulakan dengan 1senduk adunan pandan, 1 senduk perasa oren di atas perasa pandan, 1 senduk bluberry atas lapisan adunan oren dan 1 senduk adunan coklat atas adunan bluberry ..dan begitu la seterusnya diselang seli sehingga adunan habis)
- Panaskan oven selama 10 minit
- 45 minit pertama guna api bawah dan 15 minit lagi api atas dan bawah pada suhu 180 darjah
- Bakar kek dengan kaedah double boiler dan gunakan air panas. (RUJUK DI SINI)
- Setelah masak biarkan 10-15minit, kek akan perlahan-lahan merenggang dari tepi loyang dan terbalikkan kek akan keluar dengan sendirinya dari loyang
- Sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam dalam peti ais sebelum dipotong
Dah habis dah jom memasak untuk harini…nak pergi tolong adik buat aiskrim malaysia…dan rehat2 kan badan (dipaksa drive utk balik kjap lagi)
Jom Memasak : Puding Pelangi Marble
Assalamualaikum…kakakecik masih lagi mengemas rumah CNQ dengan menyajikan resepi puding…maaf la ye…mungkin akan ada 3 entry jom memasak berturut2..memandangkan malam khamis yang lepas 3 dessert kakakecik buat untuk program di kampung..RISDA tempah…1st time kakakecik dapat tempahan untuk jamuan, utk Pengarah Bhgn Pembangunan RISDA, YB makan lak tu,jenuh jugak la kan nak pikir dessert yang bersesuaian…
Puding Pelangi Marble (PPM)nie kakakecik jumpa masa jalan2 ke blog kak Ummi Zaihadi…ada 3 entry PPM nie yang kak Ummi post…memang SAH SEDAP la kan PPM nie…jom kita semak resepi PPM..
PUDING PELANGI MARBLE
Bahan:-
13 paket agar2 serbuk 675 ml air 225 gm gula pasir 65 gm butter 4 biji telor saiz sederhana 1/2 tin susu cair 1 sudu makan tepung kastad 1 sudu teh esen vanila pewarna & perasa yang dipilih (kakakecik letak strwberry,pandan, oren)Cara-cara Membuatnya:
Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
Bahagikan adunan + pwarna ke dalam 3 mangkuk berasingan.
Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..
Dessert yang dihasilkan oleh kakakecik untuk jamuan program semalam…Opss sebelum terlupa…kakakecik nak bagitau maksud SANGGA tu apa dia…menurut komen Kak Ummi di FB..(setelah puas kakakecik nak pahamkan maksud nya..tebalkan muka tanya je kak Ummi di ruang komen…hehhe..alhamdulillah kak Ummi memberi maksudnya)
sangga dengan buku tu = sengetkan loyang dengan di alas sebelah dengan buku/sangga dgn apa2 dlm 2 inci +-, kiranya kedudukan sebelah tinggi gitu...then baru tuangkan adunan layer by layer eh..sehingga habis..baru alihkan alas buku tu...loyang diratakan kedudukan semula..baru corak tu akan terikut2, boleh iring2kan sikit adunan tu agar corak berkedudukan sama gitu.. boleh faham ke..harap membantu yea.
Terima kasih kepada CMG Adnan Ibrahim dan Kak Ummi Zaihadi…alhamdulillah dengan resepi2 yang dorang kongsikan kakakecik dapat hasilkan dessert nie…
Jom Memasak : Puding Permata
Assalamualaikum dan salam penghulu hari…
Semalam kat kampung kakakecik ada program anjuran RISDA, kebetulan family kakakecik begitu “akrab” dengan Risda so mereka tempah pencuci mulut dengan kakakecik untuk meja VIP anggaran 30 orang..Kakakecik dah blank kepala otak nie nak wat dessert apa la yang sesuai..Kek Karamel mak cadangkan..tapi staf Risda nak puding saja…
Macam biasa la kan, tiffinbiru la menjadi tempat rujukan kakakecik…puding permata salah satu resepi yang menjadi pilihan kakakecik…jom kita semak resepi yang kakakecik dapat kat dapur tanpa sempadan…
PUDING PERMATA
Bahan A :
300 ml air
200 ml susu cair
125 g gula
2 camca besar serbuk koko
1 camca besar serbuk agar2
Bahan B :
500 ml air
400 ml susu cair
250 g gula
10 g serbuk agar2
1 1/2 camca besar tepung kastard*
3 camca besar air*(*disatukan)Cara membuatnya :
UNTUK AGAR2 COKLAT :- Masak gula dengan susu hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau hingga sebati. Masukkan serbuk agar2, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tapis ke dalam loyang dan biarkan betul2 keras. Kemudian potong kecil2. UNTUK PUDING PERMATA :- Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastard dan serbuk agar2. Masak sambil dikacau hingga pekat. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan taburkan potongan agar2 coklat tadi. Biar sejuk baru dipotong...
Ini lah puding permata yang kakakecik hasilkan untuk tempahan Risda semalam..alhamdulillah respon yang positif kakakecik dapat..(apa yang mak kakakecik khabarkan la)
Comey tak puding permata pelbagai corak nie…1st time tau kakakecik buat puding dalam bekas macam nie…baru beli plak tu acuan nya..kira puding permata merasmikan la bekas acuan warna pink tu…
Okey, selamat mencuba semua…
Wednesday, March 14, 2012
Mengimbau Kenangan : Ais Krim Malaysia
Assalamualaikum…dan selamat petang rabu…arini rabu…genap la seminggu kakakecik dan adik buat ais krim malaysia…ais krim batang tu…yang macam perasa ada…kami buat perasa jagung,bandung dan milo…malam tadi buat perasa milo dan santan+kacang…malam2 pun semangat je kupas kelapa dan kukur…adik dengan penuh keyakinan..x apa “nyok” bagi cheq kukur….sekali baru boleh sejemput dah tanya…Dah cukup ke…adik nanti x lemak la….jawapan nya kakakecik la habiskan..alahai malas nak kukur sebiji…sebelah je la…gpun kacang pun tak banyak…sambil kukur sambil tu rebus kacang dan air gula merah…
Air bancuhan santan, gula kakakecik yang buat…adik ilah dia nak bancuh air milo…malam tadi hanya buat 2 jenis nie je…nak buat asam boi…asam nya tak de…tengok2 la kejap lagi beli plastik n asam boi…kalau sebelum nie adik asyik dok p beli kat umah jiran je..sekali beli rm2.00…dapat la 20 batang..ada sekali tu dia beli RM3.00…dari situ la timbul nak buat sendiri..lagi puas..rasa pun cukup semua…
Dapat 44 batang jugak la..pagi nie awal-awal lagi kakakecik dah bfst ais krim santan..nyum nyum…sedaaaaaaaap…dik jan sepupu kakakecik siap dok tanya lagi malam tadi…buat aiskrim nak jual ke…ish kalau nak jual dik jan nak beli ke….mau dia gtau kawan-kawan dia habis la kami kempunan nak makan….tapi kalau ok boleh jugak buat bisnes nie…freezer ada je kosong tak guna2 lagi sejak kakakecik beli bulan lepas…adik pun dok saja je kat umah…buat bagi cukup rasa dan lembut gebu mesti budak2 suka kan…jual 1 batang sekupang tapi balik modal ke..nie plastik kecik..kalau plastik besar jual 2kupang budak2 lak x cukup nak beli nanti…
pssst : sapa ada petua bagi ais krim nie gebu selain bancuh guna air panas…sebab dah 2x buat guna air panas mendidih pun x gebu sangat….x kan nak kena guna susu tepung kot
Tuesday, March 13, 2012
Pasembor…Bukan Pasembor Mamak
Assalamualaikum dan selamat senja nan merah…
PASEMBOR…sinonim dengan MAMAK kan…tapi kakakecik nie jenis “geli” skit nak makan mamak2 masak…sehari dua nie dok mengidam teringin sangat nak makan pasembor..kebetulan kat ujung kedai nie ada kedai makan baru buka…setiap ari dok nampak la signboard banner dia mee rebus, mee goreng, pasembor sejak seminggu yang lalu…semalam mmg dah plan nak beli la pasembor n mee rebus bawak balik umah…
Nak dijadikan cerita…minggu lepas ada nampak adik customer ni makan di kedai ujung tu..so, smalam dengan ringan mulut tak malu tanya la.. “dik, makan apa kat kedai tu mgu lepas”…"mee rebus n pasembor” jawab adik tu…kakakecik tanya lagi “sedap tak?”(senyum je masa tanya nie)..adik tu jawab apa.. “mee rebus sedap la jugak…tapi pasembor dia manis..kuah dia tu” demmmm masa nie dah putus harap 40%…masih lagi 60% keinginan untuk membeli tu… TETAPI…di lewat jam waktu bekerja…sorang lelaki muka ala mamak masuk kedai kakakecik.. “adik numbur fax sni bape, kami kedai ujung sana nak pakai pkerja asing..so imigresen nak no. fax” dalam hati ni… “ALAMAK….MAMAK la plak tukang masak dia” dah 0% la kakakecik nak beli makanan kat kedai dia…HUHUHU
Arini…sanggup tak makan nasi..makan megi goreng ganja je….sebab dok nampak mee kuah kat umah..arini ada mesyuarat kat umah, so ada tempah mee kuah..dok plan nak makan mee kuah tu je la…sekali adik ilah kol tanya nak balik pukul bape…huhuhu..dia nak tukar kereta..kakakecik pesan suruh dia beli makanan…PASEMBOR DAUD depan balai polis pendang…(nie mamak…tp dah biasa makan pasembor dia dari umur belasan tahun) so ok la…FRUST nya bila adik sms…dah habis pasembor daud…sekali lagi kakakecik pesan beli cucur udang..dorang plak tatau nak ambil jemput2 or keping besar…yang best tu adik gtau ada pasembor kat situ..ramai gak yang beli dekat gerai tu..kakakecik suruh je la dia beli,cuba je la…kalau xmencuba mana tau sedap ke idak kan..
Mai sini kakakecik persembahkan PASEMBOR bukan PASEMBOR MAMAK…
Pasembor yang dibeli oleh adik…RM 2.50 sebungkus…gerai depan CIMB Pendang…sedap ke?
Pasembor nie orang kata nak tau sedap ke tidak kat KUAH tu kan..so agak2 korang tengok kuah pasembor adik kakakecik beli tu sedap tak? apa nak makan sama…jauh la makan sama..kalau dekat memang kakakecik ajak makan sama dah…tapi korang makan telur rebus dah la ye…sebab yang lain kakakecik dah makan..HAHAHHA…tak percaya tengok la gambar di bawah tu…
Amacam nampak sangat la kan yang kakakecik nie lapaq…sabo je la…sampaikan 2 orang adik kakakecik hanya boleh tumpang 1-2 suap..sekali dorang dok online..pusing belakang..dah habis tinggal telur aje…Alhamdulillah kakakecik dapat jugak makan pasembor..sampai sakit kepala nie tahan lapaq…ok lah kakakecik dh nak balik…dengan harapan masih ada mee kuah dan ais krim malaysia yang adik buat semalam…
pssst: teringat kenangan zaman stdy dulu…kakak senior tanya nak makan pasembor tak..nak la sekali dia bawak balik ada mee dlm tu…hahaha..tu nama nya Rojak Mee..bila dah kenal gerai2 di pasar malam BBB shell..selalu beli pasembor kat gerai RODA IMPIAN..ada lagi ke mak cik pakcik jual pasembor ni
Monday, March 12, 2012
Ainur Sorfina..dah pandai
Assalamualaikum……sekarang ni Sorfina ada kat umah…..dah makin berisi budak bab bab tu…geram je…dah tu sekarang nie dah pandai borak- borak dengan kita….dia siap bagi respon lagi…pagi2 sebelum datang kerja mesti kakakecik akan pegi jenguk dia..main2 acah borak dengan dia dulu…(alamak video tak de plak)
Tapi kan sorfina skrg ni bukan je pandai borak-borak dengan kita….pandai dah isap jari…opps bukan je jari..sekali tangan dia nak masuk..jom kita layan video nie..
Bukan main lagi kan dia dok pulun masuk jari-jari dia…siap bunyi chuuurt chuuurt chraaaaaaat lagi…kalah kakak aisya dia…kalau kak aisya nya isap ibu jari tapi sembunyi di sebalik tuala busuk nya….sorfina nie tak malu la…
Nuklear Scan..DTPA Scan di Hospital Pulau Pinang
pssst: sejuk tak sanggah kat jabatan perubatan nuklear nie..siap bagi selimut masa kat bilik menunggu…dengan kakakecik sekali la amik selimut…xtahan jugak sejuk nya..keluar lepak tepi tangga