Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, May 22, 2013

Bila Ayah Menjadi QC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kalau sebelum2 nie kakakecik menjadi QC kepada bunga-bunga daun getah yang mak hasilkan..tetapi untuk bunga-bunga tisu yang kakakecik hasilkan untuk dijadikan bunga pahar di QC oleh ayah. Tak kan la kakakecik nak QC sendiir hasil kerja kakakecik..Hehhee…Tak de la kakakecik lantik ayah menjadi QC, kebetulan masa tengah mencuba atur aksesori untuk bunga tisu tu ayah ada. Apa lagi ada la komplen daripadanya.

DSCN3981

Apa yang ayah komplen tentang bunga tisu kakakecik? Tu haaaaaaaa, gunting tak sama.. Kakakecik kekonon nak cover line, menjawab la “Ayah, tu nama nya seni kalau gunting tak sama” heheheh tapi malam tadi masa dok buka-buka kan kelopak tarik tisu kakakecik gunting la mana kelopak yang tak sama…Kang tak pasal2 ayah komplen lagi. Untung jugak kan ada QC tak bertauliah nie.. terima kasih ayah.

DSCN3993

Alhamdulillah dah siap pun bunga tisu yang akan dijadikan bunga pahar untuk majlis 2 minggu lagi…last minute punya keje…baru ada semangat skit..Bunga dah siap..riben untuk diletak bawah bunga tak siap lagi..baru siap riben A untuk bahagian bawah sekali. Kemungkinan riben di bawah bunga tu akan ditukar sebab riben yang ada tak cukup la..malas dah nak g beli kat SSF or Rainbow, cilok riben mak je la. Hehhee..sekali lagi untung mak ada banyak stok riben.

 

pssst : Sue, sori kak xdan nak snap picture or video untuk tutorial buat riben, battery camera habis..sabar ye tunggu minggu depan

Tuesday, May 21, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah hampir 1 tahun kakakecik tak buat kek pisang…pertama kali buat nya tahun lepas time Masterchef Selebriti dan untuk kali ni pun kakakecik buat pada musim masterchef selebriti ke-2..Kalau tahun lepas buat sampai hancus…tapi Jumaat lepas, di sebalik nya. Memang amat memuaskan hati dan memuaskan tekak nie..Kena dengan selera kakakecik.

 

Kebetulan masa tahlil arwah Tok Su Wang malam Jumaat tu, banyak la pisang nya, Kakakecik dah aim nak mintak skit pisang tu..Hehhe, dengan muka tak malu kakakecik mintak dan ambik plastik isi pisang2 yang lebih. Dah nak rosak sebab Kila dah potong2 dah berhitam, kalau buat kek mesti ok sangat la kan…

 

Balik umah, terus mencari resepi, nak resepi yang kek tu bila masak dia warna hitam, kelarai dia banyak…sebelum nie kakakecik dah jumpa resepi yang berkenan tapi terlupa ambil resepi nya…terpaksa la mencari lagi. Tapi Allah mempermudahkan bila empunya resepi tu ada komen di entry Bersatay Semeling..So, apa lagi terjah la ke blog Suka Duka Kehidupan untuk salin resepi kek pisang yang kak Fizah buat masa hari mengundi aritu. Terima kasih Kak Hafizah Mohamad atas perkongsian resepi kek pisang tu.

kek pisang kukus2

Kek @ Apam Pisang Kukus
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

kek pisang kukus

Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

DSCN3945

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain / aluminium foil supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

 

Selamat mencuba ya kawan2..

Rezeki Kami dan Bukan Rezeki Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sibuk ke sana ke mari membeli barang untuk majlis perkahwinan dan ke rumah sedara menjemput ke kenduri. Dua minggu berturut-turut2 jugak setiap kali ari jumaat malam sabtu Mak Cik tido di rumah, sekatil dengan kakakecik. Dan dua kali jumaat jugak kami ke Alor Setar.

 

Kalau Jumaat 10hb kami ke Alor Setar untuk beli barang hantaran dan brown paper bag. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk membeli apa yang dirancang. Minggu lepas sekali lagi ke Alor Setar untuk membeli mug untuk diberi kepada Mentara/Orang buat kerja. Tetapi bukan rezeki kami..rak mug yang Giant offer sebiji 99sen tu hanya tinggal beberapa biji sahaja tu pun mug yang dah rosak..Huhuhu..Dah memang bukan rezeki kami kan..Terpaksa call Adik Ilah di Perak untuk pergi tengok mug tu di Giant Sunway. Nasib baik ada..Syukur Allah memudahkan urusan kami.

 

Masa di Mydin, kakakecik tunjuk kat Mak Cik, “Chik tengok paper beg yang kita beli minggu lepas dah tak de, tinggal skit je lagi…nasib baik kita mai minggu lepas” Alhamdulillah Allah menggerak kan hati kakakecik ke Mydin minggu tersebut.

 

Tetapi, di saat akhir nie lace manik yang untuk di pasang kat langsir tak cukup lagi 4-6 meter. Puas mencari di Nagoya SP, Alor Setar dan Ipoh dah takde stok design yang dah beli tu. Mau tak mau kena cari design lain yang bersesuai..Harap ada la yang berkenan untuk dipasang di langsir tu. Moga Allah mempermudahkan nya.. Ameen

 

 

pssst: lepas nie nak buat persiapan untuk diri sendiri lak walau belum ada calon..buat siap2 nanti ada terus leh langsung…tak payah kelam kabut..bole kan…gegeh x kakakecik