Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, June 29, 2010

KurSus unTuk ProMosi BaRanGan & MeMbiNa WebSite Part 1

~~cuba untuk menghapdate blog walau sibuk dgn masuk kan pict2 bunga yang mak wat dlm web 1nita~~

seharian arinie shda kat CAS UUM...shda join ksus 1nita, ksus mempromosi produk atau perkhidmatan kat internet...1nita nie adalah projek pembangunan e-usahawan UKM(eKom) dengan kerjasama .my Domain Registry...Shida n kawan2 dr Pendang terlepas slot "Pengenalan 1nita"...tp rasa shida le 1nita nie walau disebut "satu nita" ada maksud disebalik "1nita"...kalau 1 english one...wan...so WANITA...1nita...tul x...hehe...1nita akan 1platform untuk wanita mempromosi kan produk di atas talian...1klik je sume de..bak kata DAtin Norizan...1nita mcm Mydin, Tesco n etc...hehehe


Slot arini lebih kepada teori..penerangan tentang Internet Marketing..Kepentingan Iklan...selepas lunch baru masuk lab utk akses ke web 1nita....So kat lab shda dah konpius sama da nak promosi kedai shda or mak nyer produk....TAPI shda lebih kepada utk mempromosikan produk mak...iaitu produk kraftangan daun getah


TETAPI


Alangkah sedihnya....sebab tenet kat UUM slow...so nak akses ambik masa, so dah daftar dgn 1nita...apa g layan FB la..hehehe...Balik kedai baru wat yg mak nyer...sebab esok dorg nak tgok...
nie le keje shda td..keje d kedai le....hehehee



Produk my Mum dlm web 1nita......


ok la nak balik rehat...esok masih de bengkel utk hari ke2...bye..tata...jom shoping kat 1nita

Monday, June 28, 2010

~sHiDa..LaiN KaLi BaWaK BeKaL~

~~~padan muka kamu shida....tu le len kali bawak bekal....nie myusahkan orang je.....tak kecian ke kat perut ke???????????????


Uit apa nie shda bebel sendiri....hahaha...ye le shida nie....dah tau perut tu bela hantu raya tamo bawak bekal...sekali lapar...pandai lak wat status kat ym...kihkih....lepas nie kena ada stok megi cup n makanan ringan nie....tak pun masak kat umah utk 2x makan..hehehhee....


Pagi td...lewat pagi le kul 11 lebih shda dah makan pulut sambal...pastu kul 2 gtu makan nasi lemak...tetiba kul 4.30 perut mintak di isi....konon2 leh tahan la....tp.............perut terus menyanyi keroncong utk di isi makanan....Plan baik nyer.....kol my sis..dgn harapan mtk dia belikan shda makanan...mee grg ke...kol xjawab....


Kol abg ipar plak tanya dok mana....sekali apa jawapan nyer....g ambik adik...adik arini 1st day dia wat LI kat MODENAS gurun...HAMPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA sekali hampir nk nanges je bila lapar tak de plak makanan harapan musnah.....


TAPI kan...dlm 15minit gtu...ada cust dtg..budak nie selalu dtg kedai...so mtk tolong dia belikan makanan kat psrya seberang jalan sana.

roti coklat gardenia + cheezels



nyum nyum cheezels.....


Tengah sedap layan cheezels ada plak cust dtg nak print, so terpksa stop n layan cust dlu....ok nak sambung makan cheezels

Sunday, June 27, 2010

~K.O.S.O.N.G = 0~


arini shda rasa xde mood..jiwa rasa 0..tatau nape..rasa sedih pun..masuk room pun x chat sgt..byk park id...kena shda knp nie....apa pun mmg shda tak nak mcm nie...shda tak nak emo..tak nak perasaan menguasai diri shda....tetiba td sebak n nangis sorg2....adakah shda akan jadi mcm 5tahun yg lalu....

"ya allah tolong lah hamba mu ini....aku tak berdaya untuk berterusan begini..."

GANGGUAN MAKHLUK HALUS

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil

  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
sumber : http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/index.php

SIHIR / PUKAU/ SANTAU (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:

  • Memutuskan hubungan anak dan ibu.
  • Memutuskan hubungan anak dan ayah.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
  • Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
  • Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
  • Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:

  • Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
  • Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
  • Enggan memohon maaf.
  • Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
  • Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
  • Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

  1. Asamara cinta yang keterlaluan.
  2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
  3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
  4. Sukar mengawal cinta.
  5. Rindu bayang yang berlebihan.
  6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
  7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
  8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:

  • Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
  • Mencuba dan ingin tahu.
  • Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
  • Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
  • Melariskan peniagaan.
  • Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:

  • Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
  • Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
  • Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:

  • Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
  • Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
  • Seperti kain / api berubah menjadi burung.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:

  • Binggung dan lupa sesuatu.
  • Kacau dalam perbicaraan.
  • Mata kuyu (moyok).
  • Tidak boleh tenang di satu tempat.
  • Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
  • Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
  • Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:

  • Suka berseorangan / menyendiri.
  • Tidak bercakap / pendiam.
  • Tidak suka berjumpa orang.
  • Fikiran meracau / terganggu.
  • Selalu pening.
  • Selalu lesu dan tidak bermaya.
  • Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:

  • Selalu mengalami mimpi ngeri.
  • Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
  • Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
  • Selalu was-was.
  • Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?

Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:

  • Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
  • Saraf tersumbat.
  • Lumpuh salah satu anggota tubuh.
  • Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
  • Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?

Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

  1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
  2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
  3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan

Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:

  • Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
  • Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
  • Melihat pelamar bermuka hodoh.
  • Banyak berfikir (fikiran melayang)
  • Selalu gelisah waktu tidur.
  • Selalu rasa sakit di perut.
  • Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:

  • Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
  • Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:

  • Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
  • Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
  • Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
  • Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
  • Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
  • Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
  • Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
  • Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
  • Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:

  • Hembusan asap rokok.
  • Tenungan mata.
  • Perbualan.
  • Minuman
  • Handphone (percakapan dan sms).
  • Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:

  • Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
  • Mencuba kehebatan ilmu.
  • Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:

  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

~dUsUN BuaH di TePi JaLaN~


sekarang musim buah, dusun doyan bagi kami sekeluarga kat tepi jalan.....sape nak buah doyan pegi le...tp kena bayar la....wakakka....semalam shda kat dusun doyan berpayung tepi jalan...pilih nyer pilih beli le 3bj doyan balik pulau g ooooooooooooo, sekilo rm 4.00 (3bj tu 3kilo...rm12.00 tp shda pujuk merayu mintak kurang dpt le rm10.00) beli kat psr malam kat area umah....masa tu dah kul 8.40 mlm...egtkan xde dah org jual..alhmdlah masih ada lagi org jual doyan...masa pilih tu dah gtau dgn pak cik tu..tak nak doyan kawen(klon) nak doyan kg....kihkihkih..sebab kat umah dah de doyan kawen....


kes beli doyan ni, adik ilah le nak makan...pastu pesan suruh beli....kat umah dah de tp mak takut tak cukup sebab mak pgil pak hassan- org indon yang wat rumah n kak hah dgn anak2nyer...wat makan2 skit....walau kami xde dusun tp kami still leh menjamu org lain....diharap rezeki kami sekeluarga bertmbh lagi.....tak salah kita berkongsi rezeki dgn org lain kan.....balik sampai umah apa g terus suruh ayah buka kan doyan nak makan dgn pulut...nyuuuuum dap nyer...xde plak pic masa shda makan doyan+pulut+santan....



abg mie penuh gaya tolong buka kan doyan utk adik2 ipar


cun xulas2 doyan nie....doyan balik pulau tau


hahahhaha...akhirnya tgal kulit n biji aje.....

Thursday, June 24, 2010

~kEciaN aDiK~



Salam....
post kali nie agak sedih n sebak skit bg shda...bg korang tatau le kan.....post nie nak cite sal adik shda...adik bongsu shda...adik shda baru je lepas oprate sebab buah pinggang dia sebelah kiri bengkak....


Al-kisahnyer mcm nie.....selama nie adik dok sakit2 perut sakit belakang...dekat 2tahun jugak la(since dia masuk psp)...bila g klinik Dr. kata gastrik...bg ubt gastrik...tp tahun nie (sem 3) dia kerap sgt2 sakit..sampai kena extnd kuiz n class...sampai kan PA dia dok p anta klinik....so bila dah kerap sgt sakit..shda suruh dia balik kg...utk wat ultrasound(scan mcm org ngadung)...abg mie kebetulan g penang..g amik adik kat hostel...balik nak g Poliklinik Pakar Puteri kat Tandop...closed plak...adik balik semula hostel sebab dah nak final sem..dia balik ari ahad ptg...


Hari selasa (18mei) : Adik kol mak awal-awal pagi kata sakit lagi...so mak ajak shda g ambik adik...adik nak suruh bawak g memana klinik kat penang je sebab dia de kuiz aritu....tp shda suruh dia gtau lect kata nak balik kg nak g check dia nyer sakit...so pgi tu kul 11.30pg shda sampai tol pendang..tukar dgn ayah...adik n mak nek keta ayh g pakar puteri...


Poliklinik Pakar Puteri: Dr. scan..tgok2 buah pinggang adik bengkak 12.8cm...so doc wat surat refer dgn HSB...mak mintak ubt tahan sakit pun Dr. tak bg dah..dia suruh g hosp je...kat HSB, jupe Dr...dorg tanya sejarah keluarga samada de x sakit gni...xde...Dr pelik sebab selalu nyer jarang kena org muda...selalu umo 40 tahun ke atas...ini adik baru 20 tahun dah kena... dorg check darah n air kencing....dpt result dorg suruh dtg semula esok sebab nak wat apmnt dgn Dr. pakar....


Esok nya, seawal jam 8pg mak n ayah dah de kat hosp utk tetap date jupe Dr. pakar....dorg bgi minggu berikut nyer..tp adik tak boleh sebab masih final exam..adik mtk hujung bulan mei...tak dpt, PENUH..so dorg bg hujung bulan JUNE...hujung bulan nie la....


TAPI....bila adk balik je dok umah lepas final dia makin sakit leh kata setiap ari...so kami sume suruh dia g semula SOPD HSB....14 June lepas adik g dgn ditemani oleh YEEN..Bf dia le sapa g....so dapat le tarikh yg terdekat iaitu 16 June....ari Rabu last week utk jupe Dr. pakar....kul 10pg....


16 June 2010....kul 10++ mak ayah adik dah sampai HSB...SOPD....biasa la kan hosp kerajaan..bukan nak leh ikut time...kul 1lebih gak baru adik dpt jupe Dr Pakar....Dato' Dr. R R Naidu,check n terus tahan n masuk wad...4B....16 june tu jugak la wat xray sume..so, bermula la episod adik bermalam di HSB..katil num 23 wad 4B....dia relax je le..sebab leh gerak sana sini g....


17 June 2010...shda g hosp sebab nak jupe dia seblm g johor n anta barang2 yg adik pesan sebab mmg tak bawak apa2 le..egtkan tak kena tahan...shda g 10.45am adik tak de d katil..tanya nurse...dia gtau wat ultrasound utk tentukan bengkak sebab pe buah pinggang adik tu....petang tu baru tau keputusan..bengkak sebab air....Dr kata cmne pun kena oprate...mak tanya jugak xde cara lain ke selain oprate n dah tahap mana sakit adik...Dr kata xde cara lain dah sebab bengkak pun dah besar kira tahap bahaya jugak....Dr jugak de gtau masalah adik nie semula jadi sebab pundi kencing dia sempit(kecik)...so, operation akan dibuat secepat mungkin....shda egt sempat la kan balik dr johor...sekali masa kat jhor mak kol gtau wat ari sabtu.....tiket shda dah amik...adik shda yg sorg g dah bising2 sebab shda tak balik....shda mmg sedih n pk jugak...tp redha je...harap2 adik takde pe2 yg merbahaya...


dik ilah yg sanggup ambik EL utk jaga adik kat wad


20 June 2010-Ahad...shda kat jb....adik dibawa masuk ke dewan bedah....Dr gtau akan masuk kan tuib sebab saluran kencing adik sempit....kalau tebuk kat belakang area pinggang akan mengambil masa yg lama utk pilih...nie sume adalah alternatif sebab adik akan praktikal..sepatutnya adik daftar utk praktikal isnin 21hb tu...tapi Dr de gtau mak....kalau masukan tiub nie tak ok mmg akan tebuk la....adik akan dibius separuh bdan je sepatutnya..tetapi tatau la adik ketegaq cmne sgt...bius separuh tak jalan...3x buh ubat dia dok sakit stu...tak kebas apa pun..so Dr bius 1 badan....dr mak cite hampir 3-4jam jugak adik kat dewan bedah....adik plak cite yg dia sedar2 dr bedah tu terus nangis sebab dia tatau nak gambarkan perasaan dia masa tu...sedih sgt2 kata nyer.....adik kata dia muntah 2x....myb effect ubat bius kan....dr detik itu ada la tiub dlm tubuh badan adik...dr buah pinggang ke pundi kencing....kena pakai selama 6bulan...ada pakai selama 3x....so adik akan berdepan 2x lagi dewan bedah...

mak yang setia temankan adik....
sampai skrg walau d umah...makan nak mak suap....



budak sakit leh peace peace g...
~senyum paksa je dik~


21 June 2010- shda ambik keputusan utk tak buka kedai sebab nak g tgok adik kat hosp...sekali mak kol myb adik dah boleh kuar arini...mak pesan makanan...kul 1 shda sampai HSB....dah xde pe g kat tangan adik...kihkih..tak boleh la shda nak snap pic orang sakit.....tp dia tak de simpan jam tangan khas..kihkihkih..kul 4 ptg gtu nurse pgil utk stle bill...tp adik stdnt tak kena bayar....FOC.....pastu bukan terus leh balik sebab nak kena tgu hard copy xray adik utk di bawak ke Hosp Pulau Pinang...tarikh akan ditentukan nanti.....ke san utk wat radiokactive samada tiub yg dimasuk kan tu kedudukan betul or x.....



adik yg keletihan kemengantukan...
tido di sofa...katil full..
~tgu hard copy xray
~

Ok la...di sini shda nak gtau apa yg adik TIDAK BOLEH MAKAN SEPANJANG HAYAT..kena kosongkan....
  • segala jenis seafood
  • belacan,cencalok, budu
  • ikan masin, ikan kering, ikan bilis
  • papadom
  • segala jenis daging (lembu, kambing, kerbau)
  • usus2 bhgn dlman
  • petai, jering
  • jeruk n asam2
Yang BOLEH MAKAN....
  • ikan kembung (tanpa kepala, ekor n telur)- 1ekor 1hari
  • sayur2an
  • ayam seketul 1hari(ketul kecil tanpa tulang)
  • ikan tenggiri
  • telur 2-3 bj seminggu
  • air 3.5liter
  • ikan sungai
So...kami dok usik2 dia kecian sgt2 kat adik kan tak leh byk benda....sabar yer dik.....i;allah ada penawar nyer..kita usaha t....kuatkan semangat yer adik

~Terima kasih kepada semua nurse dan JP kat ward 4B HSB, doktor2 yang merawat dan menjalankan pembedahan kepada adik~

~jOHoRE tRiP 19 & JuNe 2010-Part 2~

~Sambungan Part 1~

20 JuNe 2010 (aHad)

Kul 7.30 dah siap mandi sume dengan tudung n baju yang tak beriron,malas nak g ketuk pintu bilik kema nak pinjam iron yg pija bawk...rasa mcm mggu kema plak t...masih awl g kan...dorg balik lewat pagi sebab g karok...siap sume kemas barang2 turun ke lobi...ada azrin dok sorg2 kat depan 7e...so shda lepak dgn dia smntara meen n tatai beli bfst kat 7e....shda mcm biasa le tak biasa sgt bfst awl pgi....bila sume dah turun kami check out...kat tune hotel kena check out kul 10am sharp...kalau hotel2 lain biasa nyer kul 12-2pm kan....hehhehehe



Hala tuju seterusnya ke umah sez...danga view aprtmnt, dekat je dgn tune hotel..apa tujuan ke aprtmnt sez n family inap...bukan nak g meminang sez le...tp de BBQ..selain de ayam yg belum dibakar...hehehhee...ada g menu lain(agar2, bihun goreng, nasi impit, satay goreng n kuah kacang)....ayam tu kena bakar sama2 le..baru best kan...kecian sez...sebab malam masak2 utk kami...yg special nyer ada cupcakes....M10 g...so sweet...tak sanggup rasa nak makan,sayang sgt2..mmg shda tak makan k..shda ambik bawak balik...kihkihkih...sez shda org 1st curik erk...tp curik ke sebab ala n yg lain2 nampak shda ambik...hehehee...



ini lah cupcakes M10 yg menjadi buruan


Jelesi tgok dorg mandi...shda tak boleh join dorg....sebab kembar dengan sez...kami kan kembar vantot...aunty visit...kihkihkih....so tgok je dorg bermain2 dlm pool tu...pada masa sama shda pk kan ttg adik..sebab adik oprate pd ari yg sama..tak kan shda nak enjoy2 sedangkan adik kat dewan bedah....kalau kawan2 tgok shda mcm moody tu bukan sebab pe k...sebab byk benda pk...(pasal adik t shda cite k)



shda n safi atilia


apa aksi nie...ala, emy n tatai


peace...no mr_peace k


dania...comey pun nak join gak pose


Bila dah sume dah enjoy mandi manda..ujan plak turun...so apa g kami sume berpindah ke gazebo utk gedik santai bergambar beramas mesra.....kul 3pm bermula episod perpisahan utk kami sume....sedih nak pisah dgn kawan2...walau ada yg baru pertama kali jupe,tp dah mcm lama jupe...dah mesra....terutama kak fia...nanges.....shda dah plan kak fia org terakhir shda nak jupe sebelum gerak balik..sebab gegurl 1st person yg shda jupe...dah peluk cium bg pesanan, dah membuatkan shda sebak...ini kan plak kak fia....ok la sume....apa pun kita enjoy kan...biasa la adat bertemu mesti de pisah nyer..i'allah kita akan jupe lagi t.....



wif mama qis from sgpore


apa yg suka sgt tu kembar vantot ku



bye..bye

~jOHoRE tRiP 19 & JuNe 2010-Part 1~

Salam....

Pekabar sume.....maaf shda pinta coz seminggu jugak shda tak update blog nie....sebenarnya byk benda shda nak kongsi dgn uols...TETAPI....kerja agak jelesi sama shida..so tak dapat nak menaip di blog kesayangan shida nie....arinie...dah xde dah keje nak wat...apa g shda nak mula nak memblog....


19 & 20 June baru2 nie...ari sabtu n ahad shda g Jhore...nie merupakan kali ke3 shda ke sana....shda g bukan saja2 pegi je k, pegi sebab join kawan2 kat Room M10 ke majlis kawen aboy kat BP.....

19 JuNe 2010 (saBTu)
Shda n meen kul 6pg dah gerak dr Subang...slmber dtg ambik kami n g ambik tatai kat petronas saujana sg buloh....dlm keta dok risau da kami nie terlewat....sebab dorg janji kat umah pija kul 8pg....kami plan tak nak g umah pija sebab takut sesat t lewat lak...tp meen kol hazu(rockepit) dia tgu kami kat tol nilai....so bila sampai tol nilai..upe2nya kema nyer keta belum sampai lagi..egtkan kema(serai,safi n zura) dah de kat umah pija....tp dorg g lewat....:)) seb bek g kan....


Sampai umah pija...toki n family dah de..masuk2 umah pija dah terbau nasi lemak n dah siap terhidang di ats meja...pija time tu masih g dok iron baju....kami wat mcm umah sendiri....sementara kami sume bfst pija n yg lain2(kema, safi n zura) solek le apa g kan..hehe.....apa pun pija...tqvm kerana sediakan bfst utk kami sume....sedap nasi lemak tu...bila lak nak wat soto...hehehe...


Dah kenyang makan nasi lemak..lbh kurang jam 9am, kami sume gerak dr umah pija(Nilai) ..5biji keta....shda bersama dgn meen, tatai n driver tentunya slamber....Hazu(pija+dania, serai), Kema(safi, zura + si sabrina), Yun(seri n nonie), Toki n famiykira sepanjang perjalanan ke BP kami konvoi le...best jugak...meen ngan pija siap leh borak2 tulis2 kat cermin keta..kelakar tgok gelagat dorg...Tapi biasa la kan..shda letih sgt2 tertido jugak le 2-3x sepanjang perjalanan tu...kami turun ikut yong peng...dlm perjalanan tu ada plak org jual durian rasa mcm nak suruh slmber berenti je kat stu.....kalau shda ngan family mmg dah berenti agak nyer...hehehe....


Kami sampai BP...kul bape ntah time tu x pasan le....park jap kat depan kedai tinted pekan BP....tetiba nampak sez dgn tuna dtg...dtg ambik kami le kan...dorg sampai awl g coz tuna jd pengapit..tu le 1st shda jupe sez n tuna....sez dtg kat keta bersalam2an...nak g kat tempat meen n yg lain lepak seberang sana segan la...sebab tak biasa kan...sori le tuna yer kalau shda n tatai tak g kat tempat korang lepak tghri tu...segan siuuuuuuuuuuuuuut...hahahhahaa...so usha2 dr dlm keta je le...

Misi seterusnya semesti ke rumah pengantin..umah ABOY....sampai2 je pakat dok kalut siapkan kotak hadiah...si aboy plak dok tgok mana aci aboy tgok hadiah awal2..hehehe...hadiah tu kami share ramai2...ok ABOY SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT...DUNIA N AKHIRAT...insya'Allah..

Sebahagian daripada rombongan M10 @ Majlis Aboy


Makan dah kenyang...lepak2 le sementara tgu pengantin pompuan tiba,myb kami sampai awl sgt so lama nak menunggu...xde port nak lepak..dok je tenggek bawah pkok n sandar2 kat keta sampai le pengantin tiba...sebab nak bergambar bersama pengantin kan...dah stle sume..kami gerak ke BP Mall...nak jupe kak nur setia.....

4 dara pingitan wat ikon 8-> kat BP Mall (bukan dara pungutan k)


Kul 4.30pm kami meneruskan perjalanan ke JB..ujan mengiringi perjalanan kami ke sana....otw tu sempat jugak si tuna singgah beli putu bambo kat tepi jalan....meen beli 2bekas....sedap..tp sedap g putu bambo kat psr malam Shell BBB.hehehhe

Putu Bambo(tatau nama tmpt yg jual tu)


Sampai JB dah nak maghrb..kami nginap di Tune Hotel Danga Bay....shida sebilik dgn meen n tatai..walau pada awl nyer dorg bg zura seblik dgn shda n tatai...meen mintak tukar sebab senang skit kami 1keta dok 1bilik...apa pun kawan2 yg ada yg terasa hati k....


Room 323@Tune Hotel Danga Bay JayBee
~Nie le katil setidur shda n tatai~

Rehat santai baring sume dah dalam bilik..kul 9pm kumpul kat lobi g dataran bandaraya....setahu shda awl dorg kat nak g makan kat stulang..tatau plak last minute dorg nak g dataran...Adakah sebab shda yg nak makan otak2? kalau sebab shda, shda mintak ampun mintak maaf ye kawan2 sume...sebab shda tatau apa pun...mau2 lak otak2 tak de,tak de rezeki kita utk makan otak2...kat dataran nie jual seafood steambot je....Masa makan kat dataran...ada kawan2 yg nak makan nasi...so dorg plan lepas makan kat dataran nak g stulang semula nak makan nasi...terpulang la pd masing2 nak ikut ke x...kami berpecah...yun g lepak danga...shda, meen, tatai n slmber pusing2 JB, the zon n stulang....meen n tatai tido je...apa la minah 2org tu...hehhehe...memandang slmber kami nyer driver dah ngantok...kami ambik keputusan balik blik...dia nak tido sebab myb penat drive n bgn awl pagi kan..meen konon nak tgok bola..so bayar le utk sewa Tv..RM9.99 utk 24 jam..kat tune hotel nie sume berbayar...aircond kena bayar, tuala pun sama gak..hehehe....meen nak tgok bola..bola la tgok dia...dia masuk bilik dalam sejam dah hanyut berdengkur....tatai plak on9..sampai kul bape tatau le...shda teman tatai on9 jap pastu dah tak leh terus mintak izin tdo....sori tatai tak leh teman gpun bg peluang kat tatai nak on9..kihkih...ok..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Aksi 2 minah yg dok belakang..

Driver yg berhemah..~Din aka SLAMBER~

~to be continued PART 2~

Wednesday, June 23, 2010

~xde apa2 pun~

salam...

tak de pe pun...shda sebenarnya banyak benda nak kongsi dgn kawan2..
tp banyak sgt keje yg menghimpit diri ini...
i'allah esok ke bila2 shda free shda menaip kat sini k....
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu..

Bye

Wednesday, June 16, 2010

~Apa Korang AKan Rasa Yer~


Salam....

Hari yang mendung arini...kena ujan plak....basah kuyup....Tapi itu x bermakna arini shda muram ok....arini ada sesuatu yg mengejutkan shida.....Korang mesti nak tahu kan apa yg mengejutkan shida tu....

Alkisah nyer mcam nie...shda de acct GIRO BSN
dulu kan dpt biasiswa masa sekolah kena ada acct BSN GIRO....tanpa card.....so shda malas la sgt nak berurusan dgn BSN selepas habis stdy..last update Jan 2006...


Arini...shda wat keputusan nak closed acct GIRO BSN nie....siap isi borang pengeluaran wang..tanda penutupan akaun..bhgn rm tak isi..biar 0 je...g kaunter, teller tu check2 dia tanya nak kuarkan sume ke..sebab ada RMxxxx.xx

uiiiiiiiiiiiiiiit masa tu shda dah TERKEJUT...bukan g TERKEJUT BERUK tatau dah terkejut apa....mana plak mai RMxxxx.xx nie...sedangkan sebelum nie ada RMxxx.xx je.....suruh le akak teller tu wat terperinci nak tgok tarikh n amaun yg sebenar2nya.....sekali tak boleh da........

Ini la buku akaun GIRO yang ke bape ntah..
Tinggal kenangan...dah kena gunting..
bak kata akak teller.."ambik simpan wat kenangan"


Kalau korang apa yg korang akan rasa dr 3 angka dlm acct tup2 bila nak closed acct ada 4 angka????

Akak teller tu tak bape bg shda closed acct tp shda kata dah tak berurusan dgn BSN....gpun malas nak byk buku bank nie...so akak tu kata kalau nak CLOSED ACCT tp RMxxxx.xx tu wat SIJIL PREMIUM..untung2 ada rezeki 26nie dapat cabutan ke.....tak ke REZEKI nama nyer..lepas nie kalau nak tukar cash pun leh..kalau x nak pun tak pe....biar kan sijil tu....



Sijil Simpanan Premium Milik Shida....
Berkuatkuasa Mulai 16 Jun 2010..Xde luput2..
ikut suka nak simpan sbg sijil or nak tebus ke tunai selepas 1 1/2 bulan


Hehe...itu la kejutan shda di pagi ari di jam 11pagi...BSN Kota Sarang Semut yang baru beroperadi 2minggu....harap2 ada rezeki g lepas nie...AMIN

*****Update : baru je td dlm kul 8pm sambil shda wa keje...shda teregat sal rmxxxx dlm acct shda nie..shda de ambik pruBSN, ada sekali aritu BSN silap bank in cek shda ke dlm acct BSN nie...bukan acct PruBSN...amaun nyer shda tak egt..wakkakakaa

Tuesday, June 15, 2010

~Aunty Visit~

Erm...knp yer bila aunty visit sure mood tarak ok....
Malas sgt2...
Lenguh sana sini...
Mood lari habis...


Arini...
Aunty visit....
Sepatutnya shda kena g MRSM Kepala Batas, Penang
Ada taklimat utk ushwan Anjuran MARA
tetapi....aunty visit nyer sal....shda tak dpt pegi...
Malu jugak nak gtau Cikgu Joe alasan tak dapat pegi..
Seb bek Cikgu Joe...paham...


Kat kedai plak....
memang tak de mood nak wat keje....
seb bek gak keje tak byk walau ada 2-3 keje patut kena wat
cust tak ambik g...
I'allah esok akan shda siapkan


Kalau korang(pompuan) ler...bila aunty visit....cmne korang alami???
Macam shda ke...
Ke teruk lagi....

~CeLebRate BesdaY MyRza Son~

Happy Birthday Aiman....
arini aiman genap 4 tahun...
Happy Belated Besday Aisya....
2bulan yg lepas aisya genap 1 tahun..

Malam td Abg Mie..sorg2 je abg ipar shda....banjer kami pizza.....Sori le bro n sis....rasa nyer awl2 korang plan nak g anak beranak je kan....tp shda jahat...muka tak malu nak ikut dorg....kan pe dah lama x kena garlic bread+soup n kepak ayam kat pizza tu....jgn marah yer bro....Kes nie kan apa...my sis kol nak pinjam my cmra...shda tanya nak g mana..nak g alor star...so nak wat pe cmra...nak g pizza kata nyer..besday aiman...mysis tanya nak ikut ke...apa g....SETUJU...terus.....wakaka....


Lepas maghrib kami gerak ke alor star....ujan renyai2 time tu...hala tuju pertama...abg mie g BSN...apa g kuarkan rm le....kueng2...bape byk kuar abg mie....tak kan skit je kot...pastu g FAiry....egt nak beli kek kat stu...sekali kek ben10 xde.....aku bisik2 dgn abg mie ajak g kedai Kek Sayang....harap2 ada le...alhmdlah ada pun kek ben10....walau kecik tp janji budak aiman tu suka....Suka kan aiman....sampai ke arini dok gila bayang dgn cake ben10 n pict dia mlm td....


RM dah kuar..Kek dah ada....apa g PIZZa le tempat seterus nya....ujan dah lebat gila time tu...seb bek de payung dlm keta dik ilah....


Pilih seat yg agak terpencil sebab si aisya tu aktif sgt...tak leh dok diam..Kami oder Sensasi SET 4.....yg de 2 Sensasi Delight Pizza (1 Extra Chicken n 1 Garlic Butter Chicken Pizza), garlic bread 1..kami tambah 1..jadi 2 le...mushroom soup dorg bg 2, air pepsi 2...tambah g oder..milo ice 3...ice cream utk aiman (double delight),Large Hut'sPlatter. Biasa la kan pizza nie...bg side order dulu..yg ringan2 anta..piza last sekali....shda pun pelik...knp ye..apa motif dorg...wakakaka...

Jom layan pic kami malam td....dik ilah, t-ah jgn jeles k....


Menu malam td.....


Aksi Aiman ngan kek ben10 nyer


Aiman pabila dapat makanan


Aisya yg genap 1 tahun 2 bulan semalam....


Aisya n Aiman



Ayah n Ibu.....




Ateh n Chu....Tumpang Sekaki bukan Semulut k



Licin....Alhmdlah



Bungkus utk angah n t-ah

Begitu episod abg mie banjer makan pizza aka clbrte besday anak2 nye...sekali shda terlupa gtau mak g alor star...kul 11mlm tak sampai umah...mak dah suruh pak nyang kol....pg td kena perli le dgn mak...maaf ye mak tak sengaja..

p/s: shida len kali apa pun gtau mak tau....jgn bg mak risau :P
happy birthday aiman..semoga aiman jd anak yg baik2...jgn nakal2