Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, May 27, 2013

Da Kawen Sepupu-sepupuku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah dalam tempoh dua hari, dua orang sepupu kakakecik selamat menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing-masing. Izzuan selamat menjadi suami kepada Syu pada Jumaat, malam Sabtu dengan sekali lafaz..DSCN4060

DSCN4062

izzuan syu

iwan

Najmeen selamat menjadi isteri kepada Azim pada Sabtu malam Ahad..(Kakakecik tak pergi pun majlis Akad Nikah nya sebab baru sampai balik dr Perak)

DSCN4088

najmeen

DSCN4092

Tahniah kepada mereka dan pasangan semoga masjid yang dibina akan kekal dan berbahagia hingga ke syurga.

 

psst : Najmeen sepupu sebelah ayah..Izzuan plak sepupu sebelah mak…

Sunday, May 26, 2013

Ateh Makan Angin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Malam nie Abang Din dan family bermalam kat rumah, malam pertama Irdina Izz Zahra tido di rumah tok di kampung..Alhamdulillah tak de buat perangai sangat. So, tadi tengah santai2 relax tengok masterchef berselang seli dengan bintang mencari bintang dan tangan godek buat riben untuk dilekatkan di paper bag hujung minggu nie, Abang Din ajak kuar makan sebab anak2 dia semua pakat lapar…

 

Ateh nya mula tu malas nak kuar order je burger tapi Abang Din ugut, nak makan kena pergi..xde bungkus…dengan kemalasan Ateh pun siap ala kadar…misi mencari makanan di Medan Selera Pendang depan Petronas…Afiq nak makan keow teow yang sedap…keow teow apa dia tatau.Abahnya kata Char Keow Teow…okey Angah dan Afiq nak makan char keow teow..ateh pun nak jugak la CKT..Athirah makan nasi ayam..Abang Din, diet..Air, ateh order limau ais…

 

Tapi, malam ini adalah malam makan angin ateh..sebab CKT depa mai anta 2 pinggan je..bila x sampai…pegi re-order pun tak de gak sampai…naik malas la…biar kan…Tup2 air plak sampai…order limau ais, yang di hantar limau suam.haaaaaai nak kena betul la..so anta balik air tu..gtau order limau ais…elok dah sampai limau ais…sedut la…gluuuuuuurp ni rasa apa nie, bukan limau ais..bagi la athirah dan abg din rasa air tu..depa pun rasa semacam…kakakecik dok pikir nak komplen atau tak..risau gak abg din marah…

 

Tapi…eh bape kali tapi nie…jadi Afiq ke…erm, abaikan…kakakecik pegi juga komplen tapi tak bawak gelas limau ais tu…pegi tanya..Adik, tadi order limau ais..tapi pasai pe x rasa limau ais pun..semacam je rasa…huhuhu..kelam kabut budak2 tu…bila buat lain baru rasa limau ais nya…kami agak dorang basuh gelas tu tak cuci, sebab ada rasa macam susu bila sedut lama2…tak suka betul…

 

Bila time bayar air, kakakecik mintak maaf la..sebab bukan nya apa yang dok komplen tu kakakecik nie peminum limau ais…kalau 1st time baru nak minum limau ais ok la kan..nie xpernah2 rasa limau ais macam tu rasa nya…selamba je kakakecik bagitau adik bancuh air tu….depa pun naik malu…sabar je la…Bab CKT lak, bila abang din nak bayar dia kira CKT 2, mee goreng 1…abang din kata la mana de mee goreng pun..order CKT 3…tapi sampai 2…haaaaaaaa….kan dah kena….myse

 

Memang kakakecik boikot la gerai air dan CKT tu….okey dah niat awal sebelum keluar umah nak makan burger je.nak singgah la beli burger depan KFC Pendang..burger jalanan je yang kakakecik layan..tapi..ramai plak yang menunggu…apa lagi terus balik…tak de rezeki kakakecik la malam nie..makan angin je di medan…huhuuhu

Thursday, May 23, 2013

Nasib Tiada Bom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pagi tadi macam biasa, keluar bilik nak pegi ke dapur akan tarik langsir sliding door…terkejut bukan kepalang lagi bila tengok pintu cermin terbuka..terus kakakecik panggil ayah, tapi ayah tengah solat. So, bagitau dengan mak..Nak sedapkan hati..kata dengan mak, ayah kot buka pintu tu…Mak kata ayah mana pegi lagi kawasan situ.

 

Demn….mesti malam tadi tak tutup nie…patut la masa dok tunggu kek masak jelas sangat dengar jiran depan umah tu dok sembang dan bertukang siapkan meja makan..Memang kakakecik dah g jenguk pintu tu malam tadi, tapi tak berani sangat la nak belek sebab kita dalam rumah bercahaya nanti jiran depan umah nampak kan..itu la camne la boleh tak perasan.

 

Sudah dua kali kakakecik jadi macam nie…kalau 2bulan lepas tido tak tutup tingkap bilik..langsir je tutup…sama jugak kes macam sliding door nie..langsir tutup..nasib baik dah pasang grill..kalau x ntah apa yang hilang…ish, kalau de orang niat jahat dah boleh lempar bom kan ke dalam umah kami nie. Alhamdulillah, tak de apa yang berlaku…

Jom Memasak : Kek Pisang Versi Bakar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kek Pisang..13 tahun lalu setiap kali balik kampung mesti akan beli kek pisang yang dijual kat gerai2 di Puduraya..bukan 1 biji beli tapi 2 biji yang panjang tu. Tak main la yang pendek2 tu tak cukup tak puas makan. Tapi sekarang ni dah lama tinggalkan KL…so nak dapatkan kek pisang yang sedap tu susah la..kat Kedah ni tatau di mana jual..

 

Kalau di entry Kek Pisang Kukus kakakecik de bagitau yang masa tahlil umah arwah Tok Su kakakecik ada bawak balik pisang kan..Memang da bajet nak buat 2 biji…1 biji yang kukus dan 1 biji lagi bakar. Kakakecik cuba try test guna resepi yang sama tapi kakakecik bakar. Sebenarnya kakakecik lebih suka kek yang ada garing di tepi sekeliling kek…berebut2 la kami sekeluarga..semua pakat nak yang tepi..tengah2 sapa nak makan..Adik Pikah la makan..dia x suka yang garing tu..pelik btul adik tu…

 

Ok resepi nya masih sama..nak share jugak ke…ok la bila x share di sini ada pulak yang mintak/tanya nanti..baik kakakecik share siap2…hehehe…

kek pisang

 

Resepi : Kek Pisang Versi Bakar
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Olahan : Kaedah membakar

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

DSCN3971

Rezeki sama-sama kita kongsi, dah ambik pisang kat umah Tok Su, kena la bagi kek nya kan..

kek pisang bakar

Sudah jatuh cinta dengan kek pisang ini…kelarai dia pun nampak elok je…rasa kakakecik tips nak bagi kelarai tu nampak banyak..kita kena biarkan pisang yang dilenyek tu..eh dilenyek plak..dilecek..lenyek n lecek x sama ke?…Rasa kakakecik la kalau biar pisang tu akan bertukar warna ke hitaman…lepas ni nak cuba buat biarkan ia lebih lama sebelum adun dengan bahan-bahan lain….

 

Selamat Mencuba..

 

p/s : thanks kak hafizah atas pekongsian resepi nie.shda dah olah versi kaedah memasak nya dr kukus ke bakar

Wednesday, May 22, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis # Design Ke-2 Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3983

Di minggu-minggu terakhir persiapan majlis, tetiba printer HP laserjet kakakecik buat hal plak..baru dok puji kata xde wat sangat..elok bila nak 100 keping terakhir printer dah tak leh sedut kertas..habis toner dok keluar..Alahai kena pegi repair la..tunggu minggu depan je la hantar repair..

DSCN3984 

So, printer laserjet tak boleh sedut kertas,mau tak mau kena fikirkan alternatif lain. Nasib baik ada printer deskjet canon, extra tank…boleh la print color kan…Apa lagi, guna pakai design pertama yang memula kakakecik plan la..Print out design atas kertas A4 dan pelekat kat paper bag tu..

DSCN4000

Plan awal memang nak buat design macam nie..tapi fikirkan kos kertas dan masa terbuang begitu.Tu yang boleh print out terus atas paper bag macam yang sebelum nie. Nie, dah terdesak sangat 73 keping je lagi paper bag yang tak leh sedut print keluar.Boleh la guna design nie..lawa jugak kan..(pooraah puji hasil kerja sendiri). Dah tak boleh guna design nie untuk deco paper bag sendiri..hehehe..

 

--> D.I.Y Brown Paper Bag #design 1 by kakakecik

 

psst : kos repair printer boleh kot ye claim dengan pengantin dan kerja2 pelekat nie nanti serah kpd Kak Teh adik pengantin lelaki la buat…hehe

Bila Ayah Menjadi QC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kalau sebelum2 nie kakakecik menjadi QC kepada bunga-bunga daun getah yang mak hasilkan..tetapi untuk bunga-bunga tisu yang kakakecik hasilkan untuk dijadikan bunga pahar di QC oleh ayah. Tak kan la kakakecik nak QC sendiir hasil kerja kakakecik..Hehhee…Tak de la kakakecik lantik ayah menjadi QC, kebetulan masa tengah mencuba atur aksesori untuk bunga tisu tu ayah ada. Apa lagi ada la komplen daripadanya.

DSCN3981

Apa yang ayah komplen tentang bunga tisu kakakecik? Tu haaaaaaaa, gunting tak sama.. Kakakecik kekonon nak cover line, menjawab la “Ayah, tu nama nya seni kalau gunting tak sama” heheheh tapi malam tadi masa dok buka-buka kan kelopak tarik tisu kakakecik gunting la mana kelopak yang tak sama…Kang tak pasal2 ayah komplen lagi. Untung jugak kan ada QC tak bertauliah nie.. terima kasih ayah.

DSCN3993

Alhamdulillah dah siap pun bunga tisu yang akan dijadikan bunga pahar untuk majlis 2 minggu lagi…last minute punya keje…baru ada semangat skit..Bunga dah siap..riben untuk diletak bawah bunga tak siap lagi..baru siap riben A untuk bahagian bawah sekali. Kemungkinan riben di bawah bunga tu akan ditukar sebab riben yang ada tak cukup la..malas dah nak g beli kat SSF or Rainbow, cilok riben mak je la. Hehhee..sekali lagi untung mak ada banyak stok riben.

 

pssst : Sue, sori kak xdan nak snap picture or video untuk tutorial buat riben, battery camera habis..sabar ye tunggu minggu depan

Tuesday, May 21, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Kukus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah hampir 1 tahun kakakecik tak buat kek pisang…pertama kali buat nya tahun lepas time Masterchef Selebriti dan untuk kali ni pun kakakecik buat pada musim masterchef selebriti ke-2..Kalau tahun lepas buat sampai hancus…tapi Jumaat lepas, di sebalik nya. Memang amat memuaskan hati dan memuaskan tekak nie..Kena dengan selera kakakecik.

 

Kebetulan masa tahlil arwah Tok Su Wang malam Jumaat tu, banyak la pisang nya, Kakakecik dah aim nak mintak skit pisang tu..Hehhe, dengan muka tak malu kakakecik mintak dan ambik plastik isi pisang2 yang lebih. Dah nak rosak sebab Kila dah potong2 dah berhitam, kalau buat kek mesti ok sangat la kan…

 

Balik umah, terus mencari resepi, nak resepi yang kek tu bila masak dia warna hitam, kelarai dia banyak…sebelum nie kakakecik dah jumpa resepi yang berkenan tapi terlupa ambil resepi nya…terpaksa la mencari lagi. Tapi Allah mempermudahkan bila empunya resepi tu ada komen di entry Bersatay Semeling..So, apa lagi terjah la ke blog Suka Duka Kehidupan untuk salin resepi kek pisang yang kak Fizah buat masa hari mengundi aritu. Terima kasih Kak Hafizah Mohamad atas perkongsian resepi kek pisang tu.

kek pisang kukus2

Kek @ Apam Pisang Kukus
Sumber  :- fiza-sham.blogspot.com  & shw.ulampegaga /diana

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 8 biji pisang emas (sederhana besar- kakakecik masuk kan dalam 10 biji sebab kecik2 pisang emas tu)
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak- kakakecik guna minyak jagung)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

kek pisang kukus

Cara-caranya :-

1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

DSCN3945

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain / aluminium foil supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

 

Selamat mencuba ya kawan2..

Rezeki Kami dan Bukan Rezeki Kami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sibuk ke sana ke mari membeli barang untuk majlis perkahwinan dan ke rumah sedara menjemput ke kenduri. Dua minggu berturut-turut2 jugak setiap kali ari jumaat malam sabtu Mak Cik tido di rumah, sekatil dengan kakakecik. Dan dua kali jumaat jugak kami ke Alor Setar.

 

Kalau Jumaat 10hb kami ke Alor Setar untuk beli barang hantaran dan brown paper bag. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk membeli apa yang dirancang. Minggu lepas sekali lagi ke Alor Setar untuk membeli mug untuk diberi kepada Mentara/Orang buat kerja. Tetapi bukan rezeki kami..rak mug yang Giant offer sebiji 99sen tu hanya tinggal beberapa biji sahaja tu pun mug yang dah rosak..Huhuhu..Dah memang bukan rezeki kami kan..Terpaksa call Adik Ilah di Perak untuk pergi tengok mug tu di Giant Sunway. Nasib baik ada..Syukur Allah memudahkan urusan kami.

 

Masa di Mydin, kakakecik tunjuk kat Mak Cik, “Chik tengok paper beg yang kita beli minggu lepas dah tak de, tinggal skit je lagi…nasib baik kita mai minggu lepas” Alhamdulillah Allah menggerak kan hati kakakecik ke Mydin minggu tersebut.

 

Tetapi, di saat akhir nie lace manik yang untuk di pasang kat langsir tak cukup lagi 4-6 meter. Puas mencari di Nagoya SP, Alor Setar dan Ipoh dah takde stok design yang dah beli tu. Mau tak mau kena cari design lain yang bersesuai..Harap ada la yang berkenan untuk dipasang di langsir tu. Moga Allah mempermudahkan nya.. Ameen

 

 

pssst: lepas nie nak buat persiapan untuk diri sendiri lak walau belum ada calon..buat siap2 nanti ada terus leh langsung…tak payah kelam kabut..bole kan…gegeh x kakakecik

Monday, May 20, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Brown Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sekarang kakakecik tengah sibuk uruskan persiapan majlis kahwin. Bukan majlis kahwin kakakecik ye, tapi majlis kawen sepupu kakakecik yang agak rapat antara kami. Mak dan Makcik(mak bakal pengantin) adalah dua beradik perempuan 1 mak 1 ayah. Mak kakakecik seperti tok bagi sepupu (anak2 makcik). Mak cik sebelum kahwin memang duduk dengan mak, kenduri kawen makcik dulu pun buat di rumah mak. So, sendiri pikir la bagaimana rapat nya kami.

 

Memandangkan bakal pengantin duduk nun jauh di Melaka, susah la nak uruskan apa yang patut. Sebagai kakak sepupu  yang baik dan sementara belum kawen nie boleh la tolong skit mana yang mampu. Salah satu nya adalah paper bag untuk tetamu. Memang dari awal perancangan lagi kakakecik dah bagitau Mak Cik dan Pak Cik..paper bag untuk orang ramai, takpe cheq uruskan..

Picture 216

Untuk majlis sepupu nie kakakecik siapkan 2000 paper bag..brown paper..beli kat Mydin. Murah je..RM3.10 sepeket yang ada 100 keping tu. Kalau beli tak sampai 10 peket RM3.20..Dah sediakan 2000 keping, kena la beli 20 pekat. Total keseluruhan duit yang keluar untuk paper bag adalah RM62.00. Plan awal nak letak dolly paper..tapi bila di congak congak…dolly paper mahal..sekali ganda harga paper bag. So, kakakecik decide print out je design ke atas paper bag tu. Alhamdulillah printer laserjet HP kakakecik nie boleh print tak de buat kelaku sangat…Syukur sangat2. Dah siap print pun 1500. ada lagi 500 yang menunggu giliran.  

Picture 229

Kakakecik ada wat 2 design untuk print out atas paper bag nie..design pun guna word je..saiz untuk paper bag nie adalah A5..

Picture 233

Simple je design nya..nanti di dalam paper bag ni akan isi gula2, muffin dan jajan. Dan dilekatkan riben kat atas lipatan bag tu. Riben pun belum cukup 2000 lagi…Grrrrrrrr..InsyaAllah mampu siapkan sebelum majlis,2 minggu lagi..

Sunday, May 19, 2013

Auni Myrza : Sudah Kering

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hampir 2 minggu berbalut dan berulang alik ke hospital, alhamdulillah tapak tangan Auni yang melecur sudah pun kering.

AUNI

Alahai…kecian nya Auni mesti dia tak selesa kan dengan tapak tangan nya macam tu. Nasib baik lecur nya tak sampai ke isi. Hanya terkena bahagian kulit sahaja.Erm, kalau terkena isi mesti lambat lagi kan ia kering.

 

P/s : bagi yang tak tahu dan semestinya tak baca lagi kisah bagaimana tangan Auni melecur boleh ke Burns Unit, HSB

Thursday, May 16, 2013

Spontaneus Thursday

 

“Mak dah kasi warning la…huhuhu”

BerSatay Semeling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Satay Semeling…biar betul ang nie Kak Shida nak p Semeling makan satay…itu kata Dik Ilah bila dia ajak keluar makan satay di Pendang tapi kakakecik ajak p Semeling..

 

Semeling..kat mana tu…ada ke satay waktu2 malam macam nie…Ini plak pertanyaan Abang Mie bila call bagitau tukar tempat nak makan satay…


So malam Selasa tu, kakakecik terpaksa la jadi pandu arah..tak pandu pun…tunjuk arah je untuk ke Semeling..sebab kakakecik sorang je yang pernah pegi sana…kan pernah review sebelum nie JJCM Satay Semeling. Nak pekena satay sangat pukul 9 malam baru bergerak dari Pendang..mau tak mau dekat pukul 10 baru sampai…Masing2 pakat cuak riso kedai satay tu dah tutup..kalau tak buka dorang suruh kakakecik belanja satay di tempat lain…Tat Nasi Ayam ke apa ntah…

 

Fuuuh nasib baik masih buka lagi time kami sampai tu walaupun pakcik kedai tu dah lipat2 alas meja dan susun meja kerusi nya..Dik Ilah cepat2 suruh kakakecik turun tanya dah nak tutup ke apa…Kakakecik kelam kabut turun dari kereta nasib baik tak jatuh dalam longkang..ingkatkan semua nya bertutup longkang tu..huhuhu…Weeei, buka lagi la..pakcik tu kata yang luar je dia kemas…hehe…tu haaaaaa ada 1 tong lagi satay dia…Tapi rasa2 kakakecik kan..kalau kami tak singgah makan tu mesti pakcik tu dah tutup kedai dia time tu sebab nya…satay yang kami makan tak ada dah bawang dan timun..hahahaha..bara api dah tak berasap sangat…

DSCN3913

Abaikan Aiman yang tengah merajuk….Kan…hanya ada satay dan kuah nya sahaja…untuk malam tu kami makan 30 cucuk satay ayam, 10 cucuk satay daging, 2 penyepit kepak ayam…dapat la 4 ketul, dan 1 peyepit hati ayam…ada 5 ketul kot….Opss..terlupa nak bagitau, selain apa yang kami makan nie..ada jugak bontot ke cenonet ayam, dada ayam yang telah di bakar..nasi himpit (ketupat nasi) pun ada tak termasuk dalam pakej harga satay ye…kira lain itu…kami ambik seketul malam tu untuk auni makan..sorfina dan aisya tido..aiman wat perangai tak mau makan…

DSCN3912

  DSCN3915

Menyelerakan kepak ayam tu..walau tak elok di makan..nak jugak makan…dah le 4 ketul je ada..kami nie 5 orang…so gegurl kena la kongsi..hehe…kena jaga driver…Berapa semua nya yang kami makan nie…Hanya RM24.50..tapi adik tu kasi diskaun RM24.00 sahaja..makan tak habis kami tapau…kakakecik sampai demam keesokan harinya…kalau tak demam tak da maknanya nak makan meggi tomyam ala chef pepagi buta dan tido sepanjang hari…

 

 

p/s : lepas nie finaz suruh gtau awal2 kalau nak g semeling..dia nak sediakan satay yehaaaaaaaaaaa

 

psst : tetiba teringat kesedapan dan kelembutan Satay Wak Radol di Johor…5 bulan lalu makan bersama dengan Aima dan Sunah..ntah bila dapat ke sana lagi…

Wednesday, May 15, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dalam tempoh tak sampai sebulan je lagi, InsyaAllah majlis akan berlangsung..Bukan je bakal pengantin yang menghitung hari dan riso berdebar, kakakecik yang konon-kononya dikatakan oleh bakal pengantin adalah “WP” majlis nya pun naik riso, mahu nya tak sebelum pilihanraya masing-masing sibuk…persiapan apa pun tak de buat lagi..kalau ada pun hanya 30% sahaja…Tapi, dah tekad dalam hati, selepas je PRU#13 akan bermula la persiapan majlis nya..semoga Allah permudahkan…

 

Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik pergi beli brown paper bag dan barang-barang untuk membuat hantaran. Macam biasa la hasil kerjasama antara kakakecik dan Kak Ja..Dalam masa 1 hari dekorasi bekas hantaran dan siap pun. Beli barang hari Jumaat, pagi Sabtu kakakecik deco bekas hantaran, petang Kak Ja balik dia la gubah bunga. Hasilnya tengok la gambar di bawah..

Picture 227

Erm…tak nampak ye hasil kerja nya…okey okey saja la nak kasi suprise bakal pengantin…blurkan…jenuh dia menilik.. Kakakecik dan Kak Ja hanya mendeco bekas dulang hantaran daripada pihak perempuan masa bertunang dulu. Opps terpaksa black white coz tak nak bakal pengantin perempuan tahu warna nya..jahat tak? alahai tunggu je minggu depan tengok bila dah de depan mata ye…jangan marah syu…

 

#bakal pengantin lelaki jangan riso..semua beres.siap ongkos je ye..hehe

Tuesday, May 14, 2013

Meggi Tomyam Mamee Chef

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

DSCN3919

Pepagi dah telan meggi tomyam…apa ke he nya nie kakakecik ooi…nasi lemak 2 bungkus dok ada tak mau makan..ntah la tekak nie xdapat nak telan je nasi lemak…tekak terasa pahit nak telan air liur pun perit…

 

DSCN3921

Konon makan meggi tomyam jenama mamee yg chef punya tu boleh la keluarkan peluh..eh memang dah kuar peluh nie..mecurah2 je keluar nya..tapi tekak nie masih lagi perit..kepala terasa berat lagi…

Sunday, May 12, 2013

Masterchef Selebriti : Pak Nil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik pengikut tegar program masterchef..tak kira yang selebriti or yg biasa…untuk season selebriti kali nie tak berapa excited sangat nak tengok..tp bila tengok ada Pak Nil kakakecik tak nak terlepas menonton nya..

Tapi..malam nie Pak Nil menarik diri kerana ibu nya tengah sakit..Bagi dia.ibu nya lebih penting.Pak Nil..buatkan kakakecik telah mengalir air mata…sebak habaq mai…kakakecik memang suka program PakNil..kalau dulu Pop Kuiz…tom tom bak pun kakakecik tengok ok..

 

Semoga mak Pak Nil cepat sembuh…Pak Nil memang anak yang baik.

 

 

psst : tak sangka Pak Nil pandai memasak…masakan nya selalu mendapat komen yang baik2 dari juri

Burger Kampung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tekanan membuat kerja yang tidak memberi respon..kalau bagi respon pun agak lambat….tekanan ooooo…sakit sangat kepala nie…tekak pun tetiba lapo..padahal dah makan sebelum maghrib tadi..

 

So…apa lagi Angah anak MakSu ada kat umah..suruh la dia pegi beli burger kat kampung ni..dan semestinya jangan letak mayonis..kalau tak..kakakecik pun akan jadi macam mr.excel…not responding..hehehe…

burger

Kakakecik lebih suka burger kampung..burger jalanan…sedap dan murah..RM1.80 je, kalau burger kat Mcd ke Burger King ke..mintak maap la ye…tak mampu nak telan…

Tuesday, May 7, 2013

Tolak Ansur dan Timbang Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Kita hidup bermasyarakat di muka bumi nie perlu la ada sifat bertolak ansur dan bertimbang rasa..jangan nak pikir untuk kesenangan diri sendiri je..tanpa memikirkan hal orang lain..nak senang cerita buat sesuatu nak mudah sahaja…


Macam malam semalam..kakakecik hantar adik untuk naik bas ke Kajang di Pendang…memandangkan Pendang belum ada stesen bas ekspres,so bas Mara Liner dan Cosmic akan ambik penumpang di deretan kedai bersebelahan Petronas Pendang, kalau bas Persada, Kejora naik kat Stesen Teksi. Kenapa tak ada stesen bas ekpress? ( mungkin lepas nie mintak Tok Man buat stesen bas ekpress di Pendang). Sekarang kat Pendang hanya ada 2-3 syarikat bas je yang menyediakan perkhidmatan bas dari Pendang ke destinasi area KL. Dah stesen bas yang berplatform tak xde lagi..parking pun mesti la tak de kan..kalau ada pun tak banyak..Malam semalam memang ramai sangat orang yang naik / tunggu bas…parking penuh..so kakakecik decide nak parking di dalam kawasan petronas..sekali ada la sebuah kereta iswara nie..parking erm..camne ye nak bagitau..kiri kanan nya lebih banyak.kalau dia parking betul2 boleh masuk sebiji kereta lagi..(EH, sebiji ke sebuah ye penjodoh bilangan untuk kereta...rasa nya kereta..tapi untuk ayat last nie rasa macam lebih sesuai n suka letak sebiji kereta, hehe..mintak ampun cikgu BM)


Bila tengok tuan kereta masih ada…kakakecik pergi la dekat kereta nya dan mintak dia alihkan sedikit kereta dia…nak tahu apa reaksi pakcik tu…dia buat muka blur dan derrrk je..Kakakecik tanya, “Kereta tu kereta sapa, kereta pakcik ke?” Dia mengiyakan…So, kakakecik sekali lagi mintak dia alih sedikit kereta tu..Dia jawab…depan tu tong sampah…alahaaaaaaaai…pakcik oooi tong sampah tu bukan penuh sampah nya…setakat parking keta je pun..bukan nya nak hidu..yang pakcik dok luar kereta tu boleh lak…(ni kakakecik kata dalam hati je la). Bila dia jawab depan tu tong sampah..anak dia menyampuk ‘Ayah, dia nak parking..alih sikit je pun..boleh la dia masuk parking” Last-last pakcik tu masuk kereta dan alih kereta dia…yang akhirnya kereta dia dah tak dok depan tong sampah lagi…kalau sebelum tu kereta dia betul2 di depan tong sampah..


Kakakecik, adik dan kak cik yg dalam kereta nie..nak tergelak pun ada..eh memang dah gelak pun kat dia…hehehhe….ok kakakecik bukan jenis yang tak reti nak ucap terima kasih…Bila adik kuar nak beli jajan di Mesra Petronas..kakakecik suruh adik ucapkan terima kasih kat pakcik tu…Nie lagi satu hal..pakcik nie bila adik ucap terima kasih dia leh wat bodoh…bini dia yang kata sama-sama…tak paham betul la dengan pakcik tu….psiko ke apa…


p/s : jangan terlalu mementingkan diri sendiri



PRU13: Selesai Sudah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

PRU 13..selesai pun sudah…keputusan pun seluruh Malaysia dan dunia dah tahu..namun baru hari nie kakakecik berkesempatan untuk update stori mori untuk pilihanraya buat kali ketiga bagi diri kakakecik..Pukul 7.30 pagi kakakecik dah bergerak kuar dari umah untuk ke tempat pembuangan undi…waaaaaaaah awal nya..tapi kakakecik masuk mengundi dalam pukul 8.30 pagi macam tu..Awal tu pergi buat persiapan tempat bertugas sepanjang PRU13 untuk PDM yang kakakecik kena jaga…

Picture 203

Alhamdulillah, urusan proses pembuangan undi kakakecik hanya mengambil masa lebih kurang 10-15minit sahaja..tak perlu beratur panjang..dari semakan di barong hingga ke bilik membuang undi.. di barong, tempat semakan saluran dan nombor siri, pada awal nya kakakecik hanya bagi ic tapi kerani spr mencari-cari je terus kakakecik bagitau saluran dan nombor siri kakakecik, hehehe memang kakakecik ingat pun saluran dan nombor siri, lagi mudah kerja dorang dan tak perlu kakakecik tunggu lama..masa itu emas..

Picture 210 

Bila sampai je kat bilik tempat pembuangan undi..hanya ada 2 orang sahaja yang beratur…lagi cepat nie..tapi nak tunggu giliran tu berdebar sangat-sangat..bila sampai giliran kakakecik berdoa dan melangkah kaki kanan masuk ke bilik saluran 3 tu, dengan harapan agar kakakecik membuat pilihan yang betul dan tidak mahu menjadi salah seorang yang menyebabkan undi rosak..hehe

Picture 196

Yaaa…kakakecik sudah pun menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia..kami semua 1 keluarga dah layak mengundi..Adik-adik dan abang yang duduk luar Kedah pun bersemangat balik kampung untuk mengundi..Kak Ja yang di hospital sebab Auni melecur tapak tangan pun doktor bagi balik..kalau Auni kena lagi tahan pun xpe sanggup je Adik dan Mak Su pergi gilir tolong jagakan Auni..Janji tak hilang 1 undi..

 

Sepanjang hari PRU13 tu, kakakecik memang sibuk menjalankan tugas yang diamanahkan setiap 2jam sekali hanya sempat rehat setengah jam dalam tempoh 2 jam tu..tak sempat nak pandang dan beramah mesra dengan orang kampung yang datang mengundi..maaf jugak kepada sorang dua sahabat kampung yang kakakecik kenal nama dan beramah mesra di group fb kampung tapi tak cam muka mereka di realiti..nasib dorang tegur kalau tak memang tak tegur sapa la kita kan..hehhee…dan mohon ampun dan maaf jugak kepada adik2, abang2, kakak2, makcik pakcik, tok wan semua yang mana nak buat semakan dan segala urusan sepanjang PRU13 tu kakakecik ada sedikit nampak tegas, garang dan ‘cengei’ orang kedah kata..maaf ye..

  Picture 211

Erm, dan semestinya sapa yang mengundi tu masing2 pakat nak tengok jari yang kena calit…ada yang cantik calit nya..ada yang comot..ada jugak yang dok pertikai kata dah basuh keluar…tapi keluar pun tak habis kan..masih ada sisa warna di sekeliling kuku tu…macam kakakecik dah hari ketiga masih lagi ada kesan nya…nampak comot lak kuku n jari telunjuk ku..huhu

 

Walau apa pun, keputusan telah pun diketahui..rakyat yang memilih..kalah atau menang kita semua kena terima jangan nak tunjuk protes…tunggu 4-5 tahun lagi kita memilih semula…

 

psst : petang tu sebelum maghrib baru balik rumah sebab nak tau jugak la keputusan di PDM sendiri menang atau kalah dan malam tu berjaga sampai pukul 3 pagi, tertunggu2 keputusan bagi N19, P11 yang kawasan kakakecik pangkah serta negeri Kedah Alhamdulillah syukur dengan keputusan yang diperolehi……berbaloi dan terasa hilang penat letih sepanjang tempoh sebelum pilihanraya..

Monday, May 6, 2013

Auni Myrza : Burns Unit HSB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3869

Selamat pagi….Apa Khabar? Kami sekeluarga semuanya sihat kecuali Auni Myrza..Anak buah kakakecik yang ke-12 anakanda kepada Kak Ja dan Abang Mie yang kemungkinan sekarang tengah menahan sakit di Burns Unit Hosp. Sultanah Bahiyah…

 

Mesti ada yang tertanya2 apa yang berlaku kepada Auni kan…petang semalam sebelum Maghrib kakakecik ada buat kek butter untuk makan-makan di rumah..dan kek yang kelima kakakecik buat semalam….Setelah setengah jam kek di dalam oven, Kak Ja anak beranak baru sampai di rumah…Auni ditinggalkan di kawasan di mana oven kakakecik selalu beroperasi…Kakakecik sibuk di dapur untuk merebus laksa…so, kakakecik tak perasan Kak Ja letak Auni area situ..yang ada Achiknya, Tok Ngahnya, dan Sorfina…Chu Pikah pun baru je duduk situ gamak nya…

 AUNI

Ntah la di mana silap nya…kami sedikit alpa, terleka….Auni merangkak ke oven dan melekap kedua-dua belah tapak tangan nya di atas oven yang panas…Tetiba, Mak Ngah menjerit AUNIIIIIIIIIIII terus ambik Auni…Ya Allah Auni……masa nie masing-masing dah tatau nak buat apa..kelam kabut je jadi nya…kakakecik yang ada di dapur….hanya mampu hulurkan minyak masak sahaja….adik pikah cepat-cepat g ambik losyen, kakakecik suruh adik ambik bio-oil jugak….curah je kat atas tapak tangan Auni….Auni, merauuuuuuung je….dia kan baru 7 bulan mana nak tahu bagitau apa-apa…tapi mesti Auni sakit sangat-sangat..Kecian Auni….

  Photo0378

Kami “taktorah” lagi nak buat camne…Auni masih dok nangis…menyusu pun tak nak..rupa2nya di lengan sebelah kiri ke kanan ntah, kulit dah melecet..kami tak perasan…huhuhu…Mak suruh pegi je klinik…bila ke klinik…dorang suruh ke hospital…malam tadi tengah orang lain sibuk berkonvoi…berkempen di hari terakhir…kakakecik dan mak ke hospital..hantar barang utuk Kak Ja dan Auni…hajat di hati nak jenguk keadaan Auni tetapi tak dapat tengok…InsyaAllah petang nie setelah selesai tugas-tugas sepanjang PRU13, Ateh akan pegi tengok Auni….

 Photo0379

pssst : Auni yang sememangnya amat berminat dengan oven Atehnya dan apa jua wayar-wayar serta kertas..Apa pun di hati kecil ateh ini ada rasa terkilan jugak…mungkin salah ateh…ateh harap tangan auni tak teruk sangat dan cepat sembuh….

 

**AUNI DAH BOLEH BALIK PADA HARI MENGUNDI TAPI KENA BERULANG PERGI HOSPITAL SELAMA 3 HARI UNTUK CUCI TEMPAT YANG MELECUR..

 

(ENTRY DI TAIP SEBELUM KELUAR MENGUNDI 5 MEI-SEMALAM..HARI NIE BARU SEMPAT PUBLISH)

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi

Assalamualaiku dan Salam Sejahtera,

 

5 Mei 2013 : Pru13…Selamat Mengundi kepada semua warganegara Malaysia yang layak mengundi dan mahu membuang undi mulai jam 8 pagi beberapa jam sahaja lagi…Kakakecik tido tak lena malam tadi..hampir jam 3 pagi baru terlelap…asyik-asyik terjaga…ntah la kenapa asyik memikirkan PRU13 ini…Tak sabar nak kena calit gamaknya…memandangkan ini adalah kali pertama penggunaan dakwat kekal…Semoga urusan pembuangan undi kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT….jangan dok wat kelam mata plak bila nak pangkah tu..tak pasal-pasal nanti jadi undi rosak…hehehe…harap2 tak de la begitu…

 

pssst : DUN tempat kakakecik 4 penjuru…

Saturday, May 4, 2013

Rezeki : Kek Karamel PRU13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Esok, 5Mei..Hari pembuangan undi PRU13..Dalam sibuk2 orang lain berkempen berkonvoi ber apa lagi ye…yang berkaitan PRU13..kakakecik pulak sibuk dengan mixer dan oven..bermain dengan tepung dan telur..Alhamdulillah minggu lepas…kakakecik mendapat sms daripada sahabat adik dan jiran kampung untuk tempah kek karamel sempena PRU13..rezeki jangan ditolak kan..hehe

 

Kakakecik dah set la pagi nie nak buat 2 biji kek karamel yang ditempah Ina untuk di bawak balik ke Perlis…ingatkan yang Kak Nina nak ambik esok..tup2 pagi tadi kak Nina dah sma tanya..kek dia dah siap ke ? Alamak, hari nie kak Nina nak ambik kek tu…kakakecik check semula inbox..sekali memang sms kak Nina tu bagitau dia nak hari Sabtu…kakakecik yang tersilap paham…Tapi apa pun sempat jugak kakakecik buat pagi tadi…sebelum pukul 12 tengahari tadi dorang dah datang ambik..

kek kk nina

Sekarang menunggu panggilan/sms daripada Ina untuk pickup kek di Tol Pendang…sementara tu nak jugak lelapkan mata dan rehatkan badan seketika..

 

pssst : ada orang suruh kakakecik buat kek je esok hari x payah kuar mengundi..tapi hari nie dah buat…malam nanti buat lagi..kecian dengan mak bila tengok kek karamel yang ina tempah tu ada pandan oren…si adik ilah plak nak kek biasa…fuuuuuuuuuh mampukah kakakecik?