Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, April 9, 2014

Kek Karamel Pelangi : Happy Birthday Syaza

 

syaza

Tempahan daripada Ana Pokok Asam untuk besday anak perempuan nya..Sebenarnya nak hanya nak makan kek karamel aje..tapi dah alang2 birthday Syaza so deco2 la skit…Nampak meriah plak kek karamel nie dengan kelilingnya dipagari biskut jejari bersalut coklat dan di atas nya ditaburi coklat warna warni ala2 M&M…nak guna kitkat dan M&M mahal sangat..hias agak patut padan dengan bajet customer je :)

Jom Memasak : Pavlova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pavlova!!! erm bukan kesukaan dan kegemaran kakakecik..sebab apa semuanya berasaskan warna putih…hehe kakakecik memang tak makan benda alah berwarna putih..kalau makan pun kena tengok cara dan rasanya dulu…pavlova memang sah2 reject awal lagi..Aiman kata pavlova nie macam mashmallow…ye ke?

 

Habis tu dah tak makan awat p wat plak…ooh nie nak memenuhi hajat permintaan kakak ipar kakakecik sorang tu..dah berulang kali tanya reti buat tak pavlova..dia teringin sangat sejak tengok program masakan di TV…Kak Tie, cheq nie buat tu tak pernah tapi kalau resepi ada boleh je buat..tak salah mencuba kan..kebetulan buah strawbery dan anggur masih ada lebih..

 

Okey..nak buat tu kakakecik ON..tapi memandang whipping cream tak de stok dan kedai bakery di Pendang pun tutup ari Jumaat, so kalau Kak Tie nak makan juga..kena p beli di Alor Setar la..hahaha Kak Tie pun ON je..kakakecik ikut jugak tapi Kak Tie yang driver nya..kekonon nak beli whipping cream je..biasa la dah masuk kedai bahan bakery ada je benda lain dia nampak yang nak beli..grrrrr…abaikan kisah itu…

pavlova

Resepi pavlova nie kakakecik google je..rata2 sama je resepi nya

RESEPI : PAVLOVA

Bahan-bahan untuk membuat meringue pavlova:

  • 4 putih telur
  • 1 cawan gula halus (tapi ramai yang kata manis so kakakecik kurangkan jadi 3/4 cawan)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh esen vanilla

*** BAB PUTIH TELUR jangan sampai ada sikit pun kuning telur....kalau ada kuning telur tu memang tak jadi...so kena hati-hati... pastu bekas mixer ke yang besi putar tu ke semua kena kering...takleh ada air sikit pun...lap kering-kering dulu ye...

Untuk Topping

  • 1 cawan whipping cream (kakakecik beli jenama rich’s) – pukul hingga kembang dan kental
  • Buah2an segar seperti strawbery, kiwi, peach, anggur, dan buah2 yang ada la.hehe

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  2. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata.
  3. Sediakan loyang yang telah dialas baking paper dan lakar bentuk bulatan.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit..Turunkan suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit hingga warna coklat keperangan, guna api atas bawah...kena pastikan bahagian luar dah garing dan bahagian dalam dah masak... kadang tu luar dah garing tapi dalam tak masak pulak... ada pulak tu kadang dalam dah masak tapi luar masih tak garing... kalau masih tak garing korang tambahkan lagi masa...
  5. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  6. Pavlova dah sejuk..alihkan atas pinggan yang sesuai dan tuang/ pipe la whipping cream yang telah diputar tadi. Hias/susun dengan potongan buah2 segar

Monday, April 7, 2014

Jom Memasak : Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah lama kakakecik simpan peram resepi kek karamel coklat moist nie, tak dibuat pun kek nya..Bila tengok Sunah dan Kiera buat nampak macam sedap je..Kebetulan jumaat pakat kami adik beradik berkumpul..ada di rumah mak, so kakakecik pun terasa nak mencuba juga la buat kek karamel coklat ini..Lagipun sorang kak ipar kakakecik tu mintak buat kan pavlova dia teringin benar nak makan..Okey memang cantik sangat la..pavlova guna telur putih dan kek karamel coklat nie plak ada lebihan telur putih yang tak akan digunakan..tak baik membazir kan..

 

Resepi kakakecik print scrn je dari blog Kiera, bawak hp ke dapur..sambil wat sambil tengok..memang hp kakakecik tu bekerak jugak la.. kihkih..nasib la kan

kek karamel coklat

RESEPI : KEK KARAMEL COKLAT MOIST

# Karamel

  • 2 sudu besar gula pasir.

- Masak atas api. cairkan gula pasir dalam loyang 8x8, ratakan gula ke seluruh permukaan loyang. dah siap biarkan seketika.

 

# Puding Karamel

  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (putih + kuning)

- kacau semua bahan-bahan kat atas perlahan-lahan, jangan sampai berbuih. guna whisk supaya bahan mudah larut dan sebati.

- tapis bahan dan tuang atas karamel yang dalam loyang tadi.

- bakar puding karamel menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C  selama 15 minit. sementara tue siapkan kek coklat moist pulak.

**********

# Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar atau susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak

- satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api. kacau perlahan-lahan guna whisk agar bahan mudah larut dan sebati. guna api perlahan. bila semua bahan dah larut. tutup api dan biar dia rehat sekejap.

# Bahan B

  • 3/4cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

- semua bahan di atas di ayak

# Bahan C

  • 4 biji telur : Blender je..mudah kan.

**********

# Cara-cara Buat :

  1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara selang seli dan gaul dengan whisk sampai sebati.
  2. Tuang adunan dalam loyang karamel yang dah siap bakar tadi.
  3. Bakar menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama sejam atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
  4. Dah masak sejukkan kek. biar kek merenggang sendiri dari loyang. Dah renggang terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba

 

psst : Memang moist..tapi itu la kakakecik ni dah tak boleh terima lagi kek karamel..huhu..

Kek Karamel Pelangi : Hantaran Tunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bulan lepas kakakecik mendapat tempahan kek karamel pelangi daripada SHA untuk dijadikan hantaran tunang nya. Jenuh jugak kakakecik memikir kan camne nak hias kek karamel nie..tak kan nak biar kosong je kan..mana sesuai untuk dijadikan hantaran…

Alhamdulillah hasil carian di google kakakecik mendapat sedikit sebanyak idea untuk deco kek karamel tersebut..Dengan pendapat daripada sahabat2 baik kakakecik di alam maya dan juga bantuan daripada family…Thanks semua…sangat-sangat menghargai kalian..
 sha1
Cubaan hiasan pertama…simple dan sweet je nampak..tapi disebabkan nak cover lidi pencucuk di buah peach sahabat kakakecik memberi cadangan letak kan buah anggur or kiwi..Kiwi tak de so kakakecik letak anggur je la..
sha
Ini la hasil nya..semoga memenuhi kehendak SHA…selamat bertunang SHA & ZUL..terima kasih kerana sudi tempah dengan kakakecik..

Ada yang berminat nak tempah kek karamel ala2 begini??? Boleh email ke shida5062@gmail.com
(COD Kawasan Pendang dan sekitarnya sahaja)

Thursday, April 3, 2014

Misi Mencari Buah Peach

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Satu minggu nie asyik memikir je design untuk deco kek karamel yang ditempah oleh seorang customer untuk dijadikan hantaran tunang.. Pada awal perancangan kakakecik akan beli bunga kecik2 gumpaste dan menggunakan fondant untuk tulisan nya..Tapi agak mengecewakan bila kakakecik dapati fondant tak sesuai untuk di letak kan atas kek karamel..

 

Mati akai jugak la kakakecik 2-3malam untuk membuat memikirkan alternatif lain..Nak guna bunga readymade gumpaste pun tak berani jugak risau mencair..Dah beli pun bunga nya..simpan je la ye..untuk next projek..

 

Alternatif terakhir adalah menggunakan buah untuk menatarias nya…Kakakecik ke tesco untuk misi mencari buah peach, anggur dan strawbery.. Puas mencari buah peach tak jumpa..Anggur ada, strawbery pun ada..Buah peach je tak de..huhuhu…Alhamdlah rezeki kakakecik dapat strawbery cameron last stok RM1.75 untuk 200gm(ada la dalam 10 biji dalam 1 pek tu) terus sambar, anggur tanpa biji RM6.99 rasanya..banyak jugak..

16-manfaat-buah-persik-bagi-kesehatan

Malam selepas misi mencari buah peach tak jumpa tu..kakakecik pun cerita la dengan mak, p tesco tadi cari buah peach..mak tanya buah peach tu camne..kakakecik pun google la..ooo macam buah epal bentuk dan warna nya..masa di Tesco tu belek setiap label di bahagian buah2an segar…

 

Habis la sahabat2 kakakecik dok ngadu pasal idea deco kek karamel nie..hehe..tak ketinggalan dengan MyBFF YM, Serai Wangi..nak tau ke apa kami borak kan.janji tau jangan gelak..kalau gelak tak nak share hehe

 

AS : buah peach sini xde, tu yg nak letak anggur..pastu kiwi kalau murah boleh la beli

SW : dlm tin shida, peach tu, xde ke?

AS  : OOH PEACH DLM TIN KE, egt nk beli yg buah sebiji, hahahaa

SW : peach tu..mana2 semua pakai yg dlm tin..hehe..

 

huhuhu baru kakakecik tau buah peach orang dok guna tu dalam tin rupanya..hahaha..katanya serai kalau yang sebiji2 fresh mmg payah laa...kecuali supermarket omputih yg mahal2 tu..Opps bukan kakakecik sorang je yang tatau buah peach tu dalam TIN….ada kawan AL yang dok mencari jugak buah peach bahagian buah di tesco nie..

Noraliaa Farhana Mohd Ali hehe comel je kak shida...mcm kwn al dulu la...die nak masak ape tah...brape kali taw die gi tesco n giant...tp slalu tade...pastu ckp "aliaa asal ta jumpe buah peach...ke mmg naseb aku bile pegi abes"...spai la bile gi sesame al tny nak beli peach ke ta...br al taw slame ni die cari bahagian buah...hehehe

Okey…dah tau buah peach dalam tin, haruslah pergi cari kan..di kedai bahan bakery pendang ada 1 jenis je..dah tu tin besar n mahal..kebetulan semalam pegi serdang dan selama..balik tu singgah la TESCO extra seberang jaya, haaaa ambik bersusun…bertingkat2 plak tu..pilih je mana yang nak…kakakecik ambik yang “ayam brand” sebab semua buah peach dlm tin tu tak de logo halal jakim…ada logo halal biasa tu…kakakecik pilih ayan brand coz keluaran brunei hehehe…

peach

Pssst : harap2 menjadi projek mendeco kek karamel esok..dan memenuhi kehendak pelanggan yang tak kisah deco apa janji comel dan menarik…Thanks kepada pcm, ayu citarasa rinduan, finaz, wany, aima, serai yang bagi pendapat atas persoalan dari kakakecik mengenai projek deco ini…