Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, September 29, 2011

Dari Sedenak Ke Gemas, Kajang, Sri Pentas & Ampang

Assalamualaikum….

Sudah kenyang di Sedenak…kami rombongan Mek Senah meneruskan perjalanan kembara aidilfitri ke Gemas…ke rumah keluarga Along Usop…memenuhi jemputan dari mak along….perjalanan yang agak mencabar jugak la dengan pemanduan along yang TERHEBAT itu…kami sampai rumah along dalam pukul 9.00 malam…Mee Kari dah siap untuk dihidangkan kepada kami…

umah along dengan sopan along senduk kan kuah mee kari untuk tetamu..habis 1 bekas tu kami semua makan

mee kariMee Kari mak along yang sedaaaaaaaaaaaaaaap….tp akak x dapat nak tambah sebab bahan2 dalam kuah dah habis…huhu

Sambil makan mee kari ni..kami disajikan dengan cerita-cerita yang menghiburkan daripada mak dan mak cik along yang sporting…. “HE YAAAAAAAAAAAAAAAA…lawak la cikgu nie” masih teringat lagi aksi mak along….:)

Hampir 1 jam kami di rumah along..kami mintak izin untuk berundur memandangkan kami akan pergi melawat Iffah di Kajang…Kami sampai di rumah Iffah pukul 11.48 malam, sori Iffah kami sampai lewat dan thanks sanggup tunggu kunjungan kami…2 hari kami berkampung di rumah Iffah…di Seri Iman…kami kusyuk mendengar cerita tentang kejadian yang menimpa Iffah…dan melihat gambar-gambar (kaum hawa sahaja) sewaktu dan selepas kejadian…terasa gerun melihat nya….selepas nie shida kena berhati-hati ok…

Pukul 1 pagi lebih kami balik dari umah Iffah dan terus ke Sri Pentas untuk memberi bekal yang dikirimkan oleh Tan Sri kepada retis Media Prima…sepanjang perjalanan dari kajang ke sri pentas…shida tido sahaja…sedar2 dah sampai ke area sri pentas….hahahaha..sabo je la kan…di luar kawasan sri pentas kami borak dan bergambar dengan retis yang berbaju melayu pink…dalam pukul 3.00 pagi kami semua bergegas ke Ampang untuk check in hotel yang telah dibooking…tapi alangkah hampa nya bila bilik yang kami booking telah diambil orang…nasib baik  Ehsan Hotel masih ada bilik kosong (1 bilik untuk perempuan dan 1 bilik untuk lelaki)…kalau tak tido dalam kereta la kami…

Dah siap check in apa lagi masuk bilik tido laaaaaaaaaaaa..siang nanti nak g beraya lagi kat rumah sapa tunggu entry berikut nya

nadhNadh sedang check out…..

*** UPDATE : Gambo Nadh tu masa check out…thanks sunah coz gtau..al maklum la cmra kamu kan

Beraya di Sedenak

Assalamualaikum…..

Pertama kali shida memohon kemaafan kerana hampir 2minggu shida tak update entry…dan jangan bosan jemu sekiranya entry berikutnya selepas ini adalah entry2 yang tertunggak..mesti ada yang dah baca dari entry sahabat2 shida yang lain…

Perjalanan shida dari utara ke selatan  dan tengah tanahair bermula pada 16 September….dengan PHS shida ke Penang untuk ambil Nadh..dan seterusnya ke rumah Aima di Lunas, Kulim…Kami bertiga bajet akan bergerak dalam pukul 10 malam..tetapi apabila shida bertemu dengan mak aima…borak punya borak sampai jarum jam berkumpul…pukul 12 tgh malam…masa di rumah aima…mak dah kol tanya kat mana..bila bagitau masih di Kulim..mak dah mcm nak bising hehehe..sebab risau anak dara dia ke KL tengah malam…

Kami bertiga sampai ke RnR Sg Buluh di awal pagi, shida dan aima memberi peluang kepada driver kami si Nadh untuk melelapkan mata dan menghilangkan kepenatan drive..dia tido memang dah tak sedar apa…pukul 6.40 pagi kami bergerak ke Shah Alam untuk menjemput Amalina di Uitm Shah Alam…perjalanan diteruskan ke Balakong bukan untuk menjemput blogger tapi shida nak beli barang keperluan membuat decoupage…walaupun GPS problem, Hp Nadh habis bateri, akhirnya kami berjaya sampai ke Mutifilla Sdn Bhd..itu pun setelah nadh kol tauke kedai tu…thanks Nadh…sori kalau menyusahkan…

Dari Balakong kami terus ke Kolej Za’aba, UKM…agak2 korang sapa plak yang kami akan ambil ye…untuk beraya ke Sedenak…yeaaaaaaaaaaaaah betul Along Usop dengan bantal bucuk nyer….Nadh mesti suka sebab dah ada teman sejantina hahahhaa..kalau tak dia sorang2 je lelaki…

ucuk along Along dengan ucuk nyer…

Alhamdulillah….17 September 2011, Jam 2.00 petang adalah hari dan detik yang sukar dipercayai kerana shida dan sahabat blogger memijak teratak blogger masakan yang hebat…CMG Adnan Ibrahim (Dapur Tanpa Sempadan- Tiffin Biru) di SEDENAK….dengan PHS plak tu…(mak ayah sebenarnya anak dara mak ayah nie bukan pergi KL je….tapi sampai ke JOHOR….itu la mak ayah tatau sedenak tu kat mana..hehe)..perancangan kami (Sunah, Aima, Amalina, Nadh, Along) untuk beraya di buat semasa mini gath pada Julai 2011 yang lalu…terharu sangat2 CMG Adnan Ibrahim menerima kehadiran kami dengan hidangan yang menyelerakan dan sedap-sedap belaka…terutama Asam Pedas Ayam dan Puff..makan dah tak pandang yang lain…senyap sunyi time makan….strwbery cheese cake shida merasa skit je tp sedap jugak….shida tak makan cheese….makan strwbery je

***NAK TENGOK APA YANG DIHIDANGKAN KLIK SINI

Eh eh bukan shida, along, nadh, aima dan amalina je beraya kat umah CMG Adnan IbrahimSunah, Azila  Aji (housemate Sunah) dan Adik Keroro sampai awal lagi dari kami….Cikgu Azaref jugak datang beraya bersama-sama kami kat umah CMG…Biasanya setelah selesai makan-makan tu…mesti ada sesi menyembang dan bergambar kan (nak tengok gambo banyak klik DI SINI )….masa nie memang happening sangat2…dengan lawak jenakan CMG yang buat kami semua tak kering gusi…dah tu orang mintak balik awal tak kasi…kena tunggu jam berbunyi..dari pukul 4 petang sampai la pukul 5 petang…waaaaaaaah nampak sangat CMG susah nak lepaskan kami balik..mesti tak puas borak-borak dengan kami kan….tiffin

bergambar kenangan bersama tiffin biru

Dari Sedenak kami meneruskan kembara aidilfitri ke Gemas…rumah Along Usop…

 

 

pssssst : jangan lupa baca next entry

Tuesday, September 13, 2011

Biskut Kacang Sepat

KCG SPT

Biskut kegemaran kak ipar no. 2 dan mak…sebenarnya shida tak plan nak buat biskut kacang sepat nie…sebab malas nak beli tepung naik sendiri…beli 1 kotak tapi guna sikit saja..rugi je rasa..sebab biskut2 lain x guna tepung naik sendiri…tetapi memandangkan kak ros opismate kak ja beli tepung naik sendiri yang dia sendiri tatau nak wat apa…so shida gtau dia yang shida ada resepi biskut yang menggunakan tepung naik sendiri…sekali dia hantar tepung dan ceri untuk shida buat..kira nya kak ros bagi tepung dan shida buat pastu bagi kat dia la…eh eh kan kak ros bagi ceri kenapa plak gambar di atas tu letak coklat chip…hahhaha..ini sebab ceri dah habis..coklat chip masih ada skit lagi baki dari kek lapis…tamau bagi kosong atas biskut tu…coklat chip la jadi mangsa…kalau yang ini hanya ada di IPOH..rumah adik ilah…..dia punya idea so dia punya la 1 tupperware yang ada coklat chip…

BAHAN-BAHAN :

1 cawan marjerin

1 cawan gula halus

1 biji telur kuning

3 cawan tepung naik sendiri

5 sudu besar tepung jagung

1 sudu esen vanilla

2 sudu susu pekat manis

ceri : hiasan

kacang shangton : letak dlm adunan

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar marjerin dan gula sehingga kembang.. masukkan susu dan putar lagi sehingga kembang
  2. Masukkan kuning telur, esen vanilla
  3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung sedikit demi sedikit.
  4. Sekiranya lembut tambahkan tepung
  5. Di dalam adunan masukkan kacang shangton dan letak dalam acuan yang berbentuk kacang sepat ataupun perahu
  6. Hias dengan ceri

SELAMAT MENCUBA

Tart Gulung / Nenas

TART

Tart Gulung berintikan jem nenas yang dibuat sendiri sememang adalah biskut terakhir yang akan di buat menjelang raya…tart gulung ini shida belajar dari seorang mak sedara kawan baik masa study dulu..Mak Tie memang buat tart gulung untuk dijual..seingat ingatan shida 2 tahun berturut-turut, setiap kali ramadhan shida dan kawan baik (G) akan pergi ke seremban…pergi berpuasa di rumah Mak Tie..tetapi sebenarnya  dan secara tidak langsung tolong mak tie buat tart gulung…upah yang kami dapat sorang 1 tupperware tart gulung dan biskut mazola…sambil tolong tu usha usha la cara mak tie membuat tart gulung…dari membuat jem hingga membuat adunan…alhamdulillah..sekarang dah hampir 10 tahun tart gulung mengikut resepi Mak Tie menjadi antara BISKUT WAJIB di rumah shida…tetapi kerja-kerja menekan adunan menggunakan acuan samprit hanya KAK JA dan DIK ILAH sahaja..shida letak jem dan gulung n bakar…

BAHAN-BAHAN :

500 gm butter

1 bekas blender kering gula halus

1 kg tepung gandum

6 sudu minyak mazola

1 sudu esen vanilla

1 biji telur

Jem Nenas

 

CARA-CARA MEMBUATNYA :

  1. Pukul butter dan gula (jangan sampai terlalu kembang)
  2. Masukkan telur, minyak mazola dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan
  4. Terap adunan menggunakan acuan samprit dan letak jem nenas..gulung dengan teliti.
  5. Bakar dengan suhu 150C

** SHIDA TAK SAPU TELUR DI ATAS PERMUKAAN NYA..

UPDATE…..memandang Lydia Miza menanyakan tentang inti nya….sebenarnya jem nenas tu shida buat sendiri…shida selalu guna buah nenas yang separuh masak kekuning…shida akan kupas kulit (eh eh mak yang kupas ) dan buang dia punya bulu hidung tu…shida akan potong memanjang dan potong seperti nak buat rojak(tidak senipis buat rojak la tebal dlm 2 inci) shida akan blender buah nenas dengan memasukkan air (setengah daripada bekas blender basah). Blender sehingga hancur dan masukkan sebahagian daripadanya dlm kuali dan sebahagian lagi untuk baki nenas seterusnya…masukkan nenas yang telah dipotong di dalam bekas blender yang masih berbaki nenas yang dikisar sebelum ini..ulangi sehingga nenas habis..shida jugak kisar 2 potong betik masak untuk dimasukkan bersama-sama nenas yang telah dikisar tadi.

Biarkan nenas masak di atas api perlahan dan bila agak kering masukkan sedikit gula batu. Gula kasar mengikut kesesuaian..bergantung kepada citarasa masing-masing..selalu shida buat utk 2 biji nenas yang sederhana dekat2 1/2kg gula…

Biskut Hati..

HATI

2 Hati Menjadi Satu..2 Warna Menjadi 1 biskut…Biskut hati…biskut kegemaran keluarga shida jugak dan perlu buat tiap2 tahun…menggunakan acuan khas…shida belajar dari Mak Cik (adik mak) sejak 15 tahun dahulu..

Bahan-bahan :

250 gm marjerin

250 gm gula icing

2 cawan tepung jagung

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung ubi

1 sudu teh baking powder

1 biji telur

Serbuk koko

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar marjerin dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur dan telur memutar dengan kelajuan perlahan
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga sebati
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Satu adunan di uli bersama serbuk koko dan satu adunan dibiarkan plain
  5. Untuk mendapatkan bentuk hati yang bergeriji masukkan adunan dlm acuan (paip icing) dan potong.
  6. Sedia di bakar dengan suhu 150C sehingga kekuningan.

 

Selamat mencuba

Aidilfitri 1432 : Hari Raya Pertama

Assalamualaikum….adik

Walaupun hari ini sudah pertengahan syawal belum terlambat utk shida abadikan kenangan aidilfitri pada tahun ini..Hari Raya Pertama seperti tahun-tahun sebelum ini..shida akan beraya di rumah mak dan ayah (selagi tak kawen la kan bila dah kawen kena ikut en suami) dan beraya ke rumah wan, pak ngah, pak nyang, pak su dan saudara mara terdekat sebelah mak…

Tahun ini agak meriah walaupun tanpa abg din (abg sulung) sekeluarga yang beraya di Ipoh…kemeriahan aidilfitri tahun ini dikongsi dengan penambahan sorang adik ipar (suami dik ilah) yang baru kali pertama beraya dengan keluarga kami dan kehadiran Umar sekeluarga (anak angkat mak ayah dari nigeria)

 mumdadMak dan Ayah

makayahSingle Mingle bergambar dengan mak ayah

kak jaMak Ayah bersama Kak Ja Sekeluarga

dikilahDik Ilah dan Shahir

kamiMak Ayah bersama dengan 4 anak perempuan nya serta menantu n pasangan cucu

fmly1Kami Sekeluarga Tanpa Anak2 Lelaki Mak Ayah…Habis Manja la ye Kak Ja lentok kat bahu Abg Mie

umaraisyaMak Ayah dengan Umar, Aisha dan Ibtisam

umah mak ngah

Beraya di Rumah “Darling” + Mak Ngah

wan

Kami bersama dengan Wan (sebelah Mak)…wan dok perleceh kamera cheq..awat kamera ampa x kuar cahaya pun…sekali dah rosak wan…. huhuhuhu..sob sob

 

Memandangkan bekalan elektrik terputus pada hari raya tersebut..kami semua mengambil keputusan untuk keluar beraya…tak ketinggalan rumah sepupu mak (Lang Dah), Adik Mak (Pak Nyang, Pak Su), Mak Teh (Batu 18, Guar Chempedak) dan seterusnya membawa Umar untuk jumpa kawan-kawan UIAM yang datang beraya di rumah keluarga angkat mereka di Kg Sedaka Tengah, Yan…

Selepas Maghrib, shida, adik, aiman, aisya yang menumpang kereta suami isteri yang baru pertama kali sambut raya bersama-sama (Dik Ilah dan Shahir) balik ke Pendang dan singgah beraya di rumah keluarga BF adik..Zairul Azreen..makan nasi tomato…memang sedap..(sebenarnya kami dah pergi petang raya tetapi ramai saudara mara yen..so kami tak jadi masuk beraya rumah dia)

Hampir jam 10.30 malam kami 3 beradik balik ke rumah itu setelah dipaksa balik sebab nak main bunga api…

Jom Memasak : Saya Gila Melapis…

Assalamualaikum…

Mesti ada yang perasan Shida pernah wat kek lapis dan menangis kerana kek lapis…shida tak salahkan Sunah…tetapi shida berterima kasih kepada Sunah kerana beliau yang menyebab kan shida GILA MELAPIS…Baru-baru ini shida ada buat kek lapis choco chip untuk bagi adik beradik KBU yang berkumpul di CKT Permatang Pauh merasai kek lapis kakakecik mereka buat…untuk kali ini sehabis2nya shida derhaka…shida hanya wat setengah adunan…jom semak resepi derhaka shida daripada resepi asalnya


Bahan-Bahan:

250 gm mentega

75gm gula

1/2 sudu besar ovellette

5 biji telur saiz besar

1/2 tin susu pekat manis

130 gm tepung Hong Kong

50 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)

coklat chip

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco
  5. Dengan menggunakan loyang 4" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama : plain (tabur coklat chip) dan lapisan kedua : coklat 
  6. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  7. Setiap lapisan shida menggunakan 2 senduk kecil kerana untuk menampakkan coklat chip. kalau x percaya jom tengok gambo di bawah

chocochip

** MAAF KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..GUNA HP..KAMERA DAH ROSAK**

Wednesday, September 7, 2011

Almond London

AL

Almond London satu lagi biskut terbaru bagi shida…terbaru bermaksud yang 1st time shida buat sendiri…kalau sebelum ini shida tempah sahaja…tetapi bila dah setiap hari dok lepak kat blog CMG…rasa rugi jugak la kalau x mencuba 1-2 resepi yang dikongsi oleh CMG dengan pembaca tiffinbiru dot com…macam jugak jejari coklat dan kek lapis, almond london telah menarik tumpuan shida untuk mencuba buat julung kali nya….tetapi shida tak berapa nak yakin untuk buat sendiri sebab shida tak pernah-pernah buat sebelum ini..dengan muka tak malu..jejari shida menaip msj kat FB Adnan Ibrahim tanya pasal cara/tips membuat almond london…alhmdlah cmg adnan ibrahim tidak lokek berkongsi tips dengan shida…so setelah yakin dengan tips2 yang diberikan oleh CMG….maka begitu la rupa almond london yang shida buat sendiri tahun ini…kalau orang lain di luar sana menggunakan cup warna hitam, tapi shida guna color merah dan pink…nak bikin kelainan la konon..hahhaa…tapi apa pun alhmdulillah almond london mengikut resepi CMG ini memang betul-betul sedap dan memenuhi citarasa shida dan keluarga…(kak ja makan tanpa salut coklat pun dia kata sedap….mcm biasa senyum simpul la shida)….eh eh awin puteri katek pun ada wat almond london la…tapi kalau tengok rupa tu bukan almond london…cer klik kat SINI

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega berkualiti tinggi
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan dan ayak)
70 g gula aising
1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla
150 biji badam berkulit (kurang lebih)


BAHAN HIASAN :
300 gram coklat masakan
1/3 camca teh lemak sayur
Badam cincang secukupnya, dipanggang harum

CARA MEMBUATNYA :

  1. Badam tadi digoreng hingga kuning keemasan. Tuang minyak dalam kuali, masukkan badam tadi dalam minyak sejuk. Hidupkan api sederhana dan biar badam tergoreng secara perlahan2 hingga kuning keemasan, kacau sekali sekala. Angkat, toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Sejukkan.
  2. Putar mentega, gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan kuning telur dan putar hingga rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh yang lembut. Bulat2 kan doh dan rehatkan sekejap, tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Ambil secubit doh tadi, balutkan pada sebiji badam, bentukkan bujur dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit atau kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.
  4. Cairkan coklat masakan dengan kaedah double-boiler, masukkan lemak sayur, kacau rata. Ambil sebiji almond london togel tadi, letak dalam paper cup kecil, sudukan 3/4 camca teh coklat cair tadi sehingga menyelimuti almond london. Susun dalam loyang pembakar. Buat lagi dan susun rapat2 seperti dalam gambar diatas. Tabur sedikit badam cincang sementara coklat masih cair. Biar coklat mengeras dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba untuk semua...

 

psstttt… sebenarnya ada cerita di awal pembikinan almond london ini..tapi biar la rahsia antara shida dan keluarga….wat malu je kalau shida cerita di sini…

Menangis Kerana Kek Lapis…

Assalamualaikum….

Kerana kek lapis shida mengamuk di malam raya ketiga…dah la mengamuk di rumah..mau tau mengamuk…balik je dari beraya di rumah sahabat time belajar dlu di taman mahsuri, bdr darulaman….terus terjah peti ais…buka2 je…dah tak nampak kek lapis yang shida buat sendiri dan yang shida beli dengan sunah…tanya mak…mana habis kek lapis nie…mak gtau td kakak ada jamu ipar dia….tu diaaaaaaaaaa eh x kan habis semua tu dia jamu..mak suruh pergi cari kat ruang tamu mana tau masih ada baki nya…shida pun dengan sebal pergi la ke ruang tamu…tetapi alangkah kecewa nya…kat 2-2 meja yang hidang biskut raya tak ada pun sekeping kek lapis..yang ada kek coklat sahaja…

Terus masuk bilik…kol adik blogger si wany..…shida tak de niat pun nak nangis masa kol tu…just kol nak gtau yang kek lapis dah habis…tetiba terus sebak…setelah pikir shida hanya makan sekeping dua…pastu egtkan nak jamu dek nasz dan aima yang akan datang beraya pada hari ke-3 keesokan harinya…tetapi bila shida gtau kek lapis habis di rumah terus mengalir laju je air mata ini….wany siap pujuk lagi…xpe esok wany bawak….masa tu terharu sangat2…dah boleh senyum….melawak…

Tapi..senyum itu tak lama…bila ady ambil telefon dari wany….kes shida tuntut kek lapis oreo…ady plak tanya..kenapa sedih je nie…uwaaaaaaaaaaa..shida nangis sekali lagi….tak malu nya shida….arghhhhhhhhhhh tak kisah la…sebelum2 nie pun shida dah biasa nangis..dorang dah tahu yang kakakecik depa nie sensitif….

kek lapis 

Keesokan harinya…raya ke3 wany datang beraya di rumah..bawak kek lapis pandan choc berry..bukan sepotong 2 tapi setengah dari yang dia beli dengan Sunah….shida potong skit utk simpan bagi aima dan dek nasz…tetapi wany nie betul2 baik hati dia bagi je semua kek lapis tu kat shida….sayaaaaaaaaaang wany ketat2…insyaAllah nanti kak buat kek lapis kak bagi wany ye….

Thanks wany….

 

pssst : bukan sahaja kol wany..tp sms sunah jugak melaporkan kejadian ini…huhu

Kek Lapis Coklat Chip Derhaka

KEK LAPIS

Ya Allah macam shida tak percaya tahun ni shida buat kek lapis bukan kek gulung yer..ini kek lapis yang kena melapis setiap lapisan tu…ini pun sebab teringin sangat2 nak mencuba buat kek lapis..memandangkan Sunah dan cmg Adnan Ibrahim mencabar untuk orang kedah buat kek lapis resepi orang sarawak…so shida rasa cabaran dorang berdua nie sebagai semangat untuk shida membuat kek lapis sarawak…tetapi shida hampir putus asa bila fikir barang-barang yang diperlukan tak ada..egatkan kat pendang tak de jual barang2 bahan kuih raya…sekali ada jiran bagitau kedai MADA hadapan Pejabat MADA Pendang ada jual barang keperluan…pagi khamis shida terjah kedai tersebut…beli la segala bahan untuk membuat kek lapis..

Resepi asal kek lapis coklat chip nie adalah resepi kek lapis pandan choc berry..tetapi shida tak de loyang 8 x 8…so shida buat 2 versi kek lapis menggunakan loyang 4 x 8…1 adunan…leh dapat 2 kek lapis…kek lapis strawberry tapi itu tidak menjadi sangat lapisan nya sebab guna oven yang tak boleh set api atas bawah….hanya kek lapis coklat chip ini sahaja yang ok bagi shida…hahahahaha…dah le sambil melapis boleh dok sms tanya sifu kek lapis..thanks sunah…

 

psssssssst : ada cerita yang lucu bagi dorang tapi sedih bagi shida..berkenaan kek lapis

Wordless Wednesday #10 : AidilFitri 1432H

kami

Biskut Jejari Coklat

JEJARI

Assalamualaikum….perggh 1st time shida buat biskut mengikut resepi CMG Adnan Ibrahim….shida terTARIK dengan kecomelan Jejari Gebu CMG…eh eh kecomelan Biskut Jejari Coklat CMG…tahun nie shida nak buat penambahan dalam koleksi biskut raya yang akan dihidangkan kepada tetamu..so shida rasa jejari coklat ini boleh menarik perhatian kanak-kanak…tapi alangkah terkejut nya shida..bukan kanak-kanak yang tertarik tetapi bapak budak yang tertarik…dah tu masa jejari togel…tak de celup coklat n tabur gula-gula warna-warni…dia dah amik 3-4 jejari makan…kata nya sedap…senyum simpul la shida bila abg on abang num 2 yang kuat mengKRITIK bab makanan puji biskut jejari tu sedap…Thanks CMG Adnan Ibrahim..

BAHAN-BAHAN ADUNAN :

125 gram mentega
1/2 camca teh esen vanilla
30 gram gula aising
130 gram tepung gandum*
15 gram tepung beras*(*disatukan dan diayak)


BAHAN HIASAN :

150 gram coklat masakan, dicairkan secara kaedah double boiler*
1/4 camca teh lemak sayur*(*disatukan dan kacau rata)
Gula2 manik secukupnya

CARA MEMBUATNYA :

  1. Putar mentega gula aising dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bulat bersaiz 1 cm. Paip ke dalam dulang pembakar berbentuk jejari sepanjang 5 cm, kemaskan dan buat hingga siap. (shida tatau la guna muncung saiz berapa…dah tu bergerigi plak..almaklum la pinjam yang mak ngah punya aje…janji jadi jejari)
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 minit, sejukkan atas jaringan. Kemudian celup 1/3 bahagian biskut dalam coklat cair, tabur gula2 manik hiasan, biar coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

** SHIDA BUAT 2 ADUNAN

Biskut Badam Chip Versi Derhaka

BADAM

Biskut Badam salah satu KUIH RAYA WAJIB dibuat setiap tahun…tapi untuk aidilfitri kali ini shida derhaka kepada resepi asal da tu ia adalah biskut pertama yang shida buat…kalau sebelum2 nie shida cuma buat BISKUT BADAM…tahun nie memandang rasa coklat rice yang dibeli banyak..dan shida rasa macam menarik jugak kalau letak coklat rice ni…so shida suka suki masukkan dalam adunan biskut badam mengikut resepi asal seperti yang tahun-tahun sebelum ini…tak kisah la derhaka ke apa..janji mak suka…shida x pernah pun makan biskut badam yang shida buat..teruk kan…yang pasti shida puas hati kalau mak dan ayah suka..sebab biskut badam adalah biskut kegemaran mak dan ayah…shida yang buat sahaja…makan nya tidak…

 

BAHAN-BAHAN :

250 gm mentega

250 gm gula perang

350 gm tepung gandum **

100 gm tepung jagung **

2 biji kuning telur

300 gm badam kisar

1 sudu teh bikarbonat soda **

badam hiris sebagai hiasan (shida guna badam kisar je)

** 50 gm coklat rice ** VERSI DERHAKA

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan bikarbonat soda ( ** ) ayak bersama-sama, apabila rata, masukkan badam kisar – asingkan adunan
  2. Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang
  3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, pukul hingga kembang
  4. Masukkan tepung yang telah diayak de dalam adunan mentega dan gula
  5. Uli dengan tangan hingga sebati
  6. DERHAKA *** masukkan coklat rice
  7. Biarkan adunan selama 15 minit
  8. Canai dan terap mengikut acunan yang bersesuaian
  9. Hias dengan badam hiris

 

Selamat mencuba

Biskut Mazola / Kacang

MZOLA

Biskut Mazola atau  biskut kacang adalah biskut yang paling mudah bagi shida…mudah sangat ke…ye la..just campurkan tepung gandum, gula icing dan kacang tanah yang telah dikisar halus…gaul bersama dengan minyak mazola..biskut mazola…biskut kegemaran sepupuku yang manis si ezwani dan si anak buah sulung…fitri…shida setiap tahun akan buat biskut mazola..resepi ini shida dapat dari buku resepi mak…

BAHAN-BAHAN :

2 mangkuk kacang tanah (kisar halus)**

2 mangkuk tepung gandum **

1 mangkuk gula halus **

2 biji telur kuning (hiasan)

minyak mazola ikut lembut

 

CARA MEMBUATNYA :

  1. Gaul kesemua bahan di atas ( ** ) hingga sebati
  2. Masukkan minyak mazola..ikut lembut..gaul hingga sebati
  3. Bentuk kan adunan mengikut citarasa..ada yang terap ada yang gentel2..
  4. Sapu kuning telur di atasnya, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C hingga kuning keemasan.