Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, February 15, 2016

Shopping di LAZADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selepas lunch.eh selepas lunch hour tapi diri sendiri tak lunch pun tadi, kakakecik jamu mata je tak jamu perut pun..hahaha..sebab pe kakakecik kata jamu mata sebab dok tengok barang2 yang dok idam2 selama ni di Lazada dan Go Shop.. 

Memang nak sesangat dah barang tu sejak tahun lepas..so tadi dah ternampak TRIO Steamer di Lazada agak murah berbanding di Go Shop, apa lagi terus la nak membeli. Time nak beli dah klik itu ini keliru plak nak pilih yang dijual dan diurus sendiri oleh Lazada atau dari Seller. Kalau dari Seller harga RM214 tak ada caj penghantaran dan barang dijangka akan dapat pada 19-22hb, yang LAZADA plak harga RM214.90 dan ada caj penghantaran, barang dijangka sampai awal sehari dari seller, dan katanya boleh COD huhuhu.


Mau tak mau terpaksa post di FB tanya rakan2 yang mana biasa beli di Lazada..Alhamdulillah dengan bantuan pendapat dan pandangan depa, kakakecik pun beli la Trio Steamer yang seller jual sebab harga lebih murah banding yang diurus jual oleh Lazada dan yang Lazada tu pun sebenarnya tak boleh COD di kawasan kakakecik..kena bayar online banking juga..Kita kena la harus bijak memilih dan pandai membeli kan..Kena jimat...takpe la memana pun janji barang tu sampai nanti untuk dijadikan koleksi Kekda Kitchen..hehehe..


So sesapa yang nak beli tu boleh la ke LAZADA sementara dok murah tu.


psst : duit BR1M cepat la masuk nak cover balik duit bayar steamer tadi

3 comments:

Muslimah Optimis said... [Reply]

senang la nak melapis kek lapis kukus dalam ni.. besaq tu saiz dia

Kira Sakura said... [Reply]

Tambah lagi satu collection :)

nur athirah hassin said... [Reply]

wahhh mcm best je ni... xde steamer lg ni..