Coretan Terbaru KakakeciK

Thursday, March 27, 2014

Jom Memasak : Agar-agar Kering Berperisa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Di musim kemarau panas terik molek rasanya kalau buat agar-agar kering. Idea untuk jadikan agar-agar kering sebagai Doorgift kenduri Aidy tercetus pabila Jumaat seminggu sebelum majlis, kakakecik dengan mak dan kak Ja ke rumah Mak Teh ada balang2 kaca yang dihias belum terisi dan mak teh tatau nak isi apa dalam balang tu..

agar2 kering

So, bila bagitau Dik Ilah dia cadang isi agar-agar kering..Tanya dia mana nak beli, dia suruh beli di Pekan Rabu Alor Setar, bape kilo kan nak beli untuk 30 balang..Dia kata, apa kata ang buat je..ang kan pandai..cheh sempat lak dok puji kak dia nie.. Kakakecik memang tak pernah buat..tengok orang buat pun tak pernah.. Apa lagi terus google cari resepi agar-agar kering..Dapat la 2-3 resepi yang hampir sama. terus SMS mak untuk beli barang2 nya. Alahai apa la sangat barang-barang untuk buat agar-agar kering ni kan…agar-agar tali dah memang wajib,gula batu jugak diperlukan (fungsi nya tatau gak, mayb untuk bagi kilat kot)

 

Resepi : Agar-Agar Kering

Bahan-bahannya :

  • 30 gm agar-agar tali
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 cawan air
  • Perasa/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-caranya :

  1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
  3. Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
  4. Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.

  5. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. (yang ni kakakecik tersilap p potong comel2 gitu hehe)
  6. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.

   agar2

Opps…agar-agar kering resepi pertama kakakecik tidak mendapat kelulusan MyMum..dia kata kurang manis..dan kakakecik potong nipis n kecik..So, kakakecik buat lagi guna resepi yang sama just gula tu kakakecik lebih kan..cakap orang tua yang berpengalaman dulu-dulu kena dengar gak..hehe..tak pasal2 kena perli dengan mak..ye la mak hanya gtau buat agar2 kering nie kena manis dan keras..sukatan nya ngak ada..dah la tak pernah tengok mak buat pun sebelum nie..hahaha..mak kata dia dok wat zaman dok di kampung dulu..hooo aloooh memang tak pernah tengok sungguh la macam tu…kihkih

jemur

Yang best tu elok je sudah masak agar-agar, hujan turun dengan lebatnya…tak dapat la jemur…Alhamdulilllah ari Isnin baru boleh jemur betul-betul, Ahad sebelum tu pun redup je cuaca..mak ayah jenuh dok angkut jemur n bawak masuk balik talam bila nak hujan..

 

p/s : nak buat agar2 ni kena banyak2 sabar, sebab agar-agar nie kena jemur dulu bagi kering dan keras dan jemur kena alih2kan supaya kering elok semua nya..nasib baik yang nie mak yang buat..mak kan dah pro..”dah jual berkilo-kilo pun agar2 nie” hehe

Wednesday, March 5, 2014

Jom Memasak : Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rvc1

Huuuuurm…hampir bersawang jugak la rumah maya kakakecik nie..baru 6 entry sahaja yang ada bagi 2014..mood kureng sikit nak sembang2 di sini memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..memang banyak jugak dengan sharing di rumah maya nie…Mohon mood yang ntah hilang ke mana itu datang kembali bersama kakakecik…

 

Okey okey tak nak bebel panjang lah…petang semalam tadi kakakecik bosan di kedai..Syafinaz suruh balik awal buat red velvet yang tak kesampaian kakakecik nak buat sehari sebelum itu dek kerana susu full cream yang kakakecik beli untuk buat kek tu telah diminum oleh Aisya.. So,petang semalam kakakecik berusaha usung HP ke dapur baca resepi..main print scrn je resepi x sempat nak print out..Hahaha…

 

Resepi nya kakakecik peroleh daripada Zalin Zalina dan IrmadiLondon…sebelum2 ni kakakecik memang ada belek resepi2 red velvet nie tapi tak yakin nak buat..tapi bila tengok entry Zalin Zalina ada step by step rasa macam mudah dan senang je nak buat nie.bahan2 pun tak banyak sangat…Cuma tang topping tu je la mahal skit sebab guna cream cheese dan whipping cream..dan sah2 kakakecik tak makan…

rvc

Resepi : Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1/2 sudu kecik garam halus
  • 2 sudu kecik serbuk koko

Bahan B -campur dan kacau sebati. Biarkan 10minit sebelum digunakan

  • 240 ml susu full cream
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 3 sudu kecik pewarna merah(kakakecik guna red bright jugak mcm ZZ)

Bahan C

  • 113 gram butter –dipotong kecil
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan D

  • 1 tsp cuka masakan
  • 1 tsp baking soda

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul butter selama 2-3 minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. Kacau bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik
  5. Masukkan bahan A (tepung)  dan bahan B (susu) secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  7. Susun bekas cupcake dalam dulang..Paip kan adunan... kakakecik guna sudu je untuk masukkan adunan dalam bekas cupcake..Kalau guna bekas cupcake ni letak adunan separuh aje..kurang daripada separuh pun takpe.. ikut suka korang...
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit..ini bergantung kepada oven masing2 ye.
  9. Selepas menutup suhu oven, kakakecik biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

rvc2

Topping - Cream Cheese Frosting.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting

  • 250 gm Cream Cheese
  • 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
  • 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese

  • Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam peti ais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...
  • Paipkan atas cupcakes guna nozle yang berkenan..kakakecik tak de nozle bagai so just masukkan dalam plastik bag dan paip deco comot2 dan tabur manik halus warna warni..

 

rvc3   

Alhamdulillah hasilnya kakakecik puas hati dan kakakecik telah jatuh cinta dengan rasa red velvet nie…Ini la pertama kali kakakecik buat dan merasai kesedapan nya..Seronok habaq mai…Dan kek ni jugak lulus ujian cipta rasa untuk dijadikan hantaran majlis tunang Sabtu nanti..Senyum lebar la kakakecik :)

 

Selamat Mencuba