Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, May 28, 2010

LepaK Day's

Salam....

mengepost dr bkt jelutong....G,tqvm coz bg kshda guna lappy walaupun tenet free...kurang2 leh gak kshda on ym,on fb n jengok2 blog my frend....

arini ari yg betul2 lepak.....lepak atas katil...tido dr kul 9.30pg sampai kul 1 lebih..almaklum la pg td sampai s.alam kul 5.30pg gtu..1st kaki nie jejak bus station s.alam...awal nyer mmg cuak jugak takut salah tempat....alhmdlah shda tak salah tempat..kalau salah pun antara klang or s.alam je....yg shda cuak sebab terjaga je dr tdo...nampak tol setia alam....msj gtau g kata dah sampai tol setia alam....then bas masuk bus station...nasib baik aku tak bangun dr seat...tgu je driver nak maklum kan kat mana....driver jerit gtau "KLANG, KLANG"....ok klang yer dlm hati ku....tp bila aku tgok tket bas yg telah ditukarkan oleh amoi yg nak dok seat aku...aku dah panik skit....knp klang tambang mahal dr s.alam...yg aku tau klang jauh pd s.alam....dalam hati n pikiran dok pk dah lepas ke s.alam...aku tgok seat tak byk 0 pun....aku tenangkan diri sendiri...bila bas kuar dr klang baru nampak signboard s.alam....alhmdlah....hahhhaa...


Tgu g dtg ambik....malas nak ggu g bangun awl...so gtau dia tak pe lepas subuh t dtg ambik..so shda tgu kat bus station tu 2jam jugak le...kul 7.30 g sampai dgn aini..bfst roti canai dulu sblm balik umah mak chaq(mak aini)aini n g sepupu....lepas borak2 tgok pic aini g oversea...mata dah tak larat nak celik...masuk bilik, apa g tidoooooooooooooooooooooooo...sampai le kul 1...lama nyer...mau tak...awal2 tak on aircond....juz kipas..berselimut konon sejuk...sekali dah 2-3jam tdo dah panas....on aircond sedap lagi tdo nyer.....terjga on lappy G...aini n g masih g tdo.....myb dorg letih...aini plak slsma....tak nak ggu dorg.....shda on9 ym n fb....


Yang lawak nyer....lepak nyer pasal....lunch kul 5.30ptg....nie pun masih kenyang...mak chaq dok pgil suruh makan pasembor plak.....tp dah tak leh masuk.....plan nak g umah mcNa kat wangsa maju pun tak jadi coz ujan..mlas nak kuar la....ok lah all nak siap2 g seksyen 7..G nak lawat student dia nak g umrah...pastu dia nak bawak g icty...ok bye2.....

Thursday, May 27, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan


~ Kebahagiaan Dalam Perpisahan~

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti


Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)


Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Wednesday, May 26, 2010

S.a.B.a.R


Salam to all.....

Dalam hidup nie kita sebenarnya kena byk bersabar....sabar dlm segala hal..al maklum lah dlm kehidupan seharian kita nie byk sgt benda2 yg timbul yg wujud utk menguji kesabaran kita....Shda sendiri kdg2 tak sabar dlm kehidupan nie....klu leh nak je benda tu cpt stle...nak itu ini cepat....smpaikan semalam masa otw ke penang....dok borak2 usik anak kakak(aiman) yg baru umo 4 tahun....nie dialong shda ngan aiman :

shda: aiman, aiman cam x jalan nak g sekolah cu?aiman : tau...terus je......(sambil tunjuk jalan)shida : lagi aiman, dah sampai ke..aiman : ateh....jgn kalut2...sabar....

(ambik ko shda kena sekali dgn aiman si budak kecik yg petah ckp n egt sana sini, terkedu kami dlm keta tu)





I'allah shda akan belajar menjadi sabar...sabar dlm segala hal..tak kira la masa memandu ke..menunggu giliran ke...melayan peel cust ke orang lain ke....mcm jugak org yg kaki pancing kena byk bersabar semasa memancing ikan di laut atau di kolam pun....shda kena berjanji dengan diri shda sendiri yang shda tak nak lagi terburu2 dlm melakukan sesuatu keputusan...sebab kdg2 keputusan tindakan yg terburu2 tanpa kesabaran nie akan mengundang masalah...masa tu baru le kita pk keputusan yang telah dibuat dgn berpk terlebih dahulu....benda dah jadi tak boleh nak kata apa g....menyesal pun dah tak guna...


Nie shda nak kongsi sedikit secara ringkas jenis-jenis sabar dari Kitab Risalatul Mu'awanah oleh Al-Imam Abdullah Al-Haddad (dr pembacaan shda kat web). Menurut beliau, kesabaran boleh dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah :


1) Kesabaran untuk membuat ketaatan
2) Kesabaran dalam menahan diri dari kemaksiatan
3) Kesabaran atas perkara-perkara yang dibenci
4) Kesabaran atas nafsu dan syahawat


Beliau juga, dalam salah satu majlis, telah menerangkan bahawa sesungguhnya mereka yang menerima ujian pada zaman ini terbahagi kepada tiga golongan :

1) Golongan yang redha dan bertenang menghadapi ujian. Ganjaran untuk mereka adalah diangkat darjat mereka.2) Golongan yang gelisah menghadapi ujian tetapi tidak membantahnya. Ganjaran untuk mereka pula adalah dihapuskan dosa.3) Golongan yang gelisah dan membantah pula ujian yang dihadapi. Mereka akan mendapat kemurkaan dan balasan yang buruk.

Shida n kawan2 egtlah setiap kali sesuatu yang kurang baik menimpa/ terjadi kepada kita, pasti ada hikmah di sebaliknya...Sekiranya ada orang mengambil kesempatan ke atas diri kita, kita kena yakin Allah akan memberi ganjaran yang lebih menarik kepada kita jika kita redha ke atas kejadian itu...... Oleh itu, kita kena le sabar dan redha.....








p/s : moral of story.....Itu baru budak kecik
dah tau erti sabar...ini kan plak kita yg dah
umo dah puluhan tahun....aiman aiman...
aiman terima kasih kerana mengingatkan
ateh erti kesabaran...cyg aiman..
muuuuuuuuuuuuuuaaaahh

Tuesday, May 25, 2010

AdaKaH Shida Jadi pEmanDu BErHemah


Salam All.....

Hahahha arini shida jd pemandu berhemah.....ye ke shida nie....kenapa plak kamu kata arinie kamu jadi pemandu berhemah.....Nak tau ke sebab per.....wakakka....shida memandu mengikut HAD LAJU yang ditetapkan kat hway.....110kmj....tara percaya ke....jom kita zoom kat bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
c c
betul x shda drive 110kmj jer....
pstttt.............
tp kalau tgok betul2 mcm lebih skit je 115kmj myb ler..(ala jgn gtau pak trafik or jpj tau)
plzzzzzzzzzzzzz

nie ha.....had laju yg ditetapkan...110kmj....


Tapi kan shida...kamu nie mana leh dikira pemandu yg berhemah sebab kamu tidak memakai tali pinggang keselamatan....pastu dok snap pict lak masa drive...kalau jadi apa2 masa tu camne....Ok lah....shda nak teruskan perjalanan arini ke penang...ambik adik...tatau le bapa yg shda drive jap g.....rasa nyer tak ikut had laju yg ditetapkan dah....k bye2....c u later


Hati Yang Kau Sakiti


Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa
Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti
Ku menangis…
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah….
Kau sakiti…


P/s : lagu nie betul2 menyentuh perasaan menikam menusuk sanubari

Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Monday, May 24, 2010

BiCara Hati



Assalamualaikum.....lewat petang baru ada idea utk memblog..itu pun sebab sez rungut tak de sapa update blog....sori ye sez.....petang2 senja nie....shda terpk tentang setia n curang....post sblm nie...sal cemburu...arini lak setia n curang...


SETIA....satu nilai yang sangat2 penting dalam perhubungan & kehidupan seharian kita sebagai insan di muka bumi. Namun begitu, kesetiaan sering disalahtafsir dan disalahguna. Sebenarnya kesetiaan ini penting kerana ia merupakan asas kepada kepercayaan..Itu le selalu org kata bila lunturnyer kesetiaan maka akan berlaku lah kecurangan...pabila berlaku kecurangan pincang lah hubungan yang dibina..


Dalam kita berkawan, kita mesti setia dengan kawan kita sendiri kan, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara kita dengan seorang yang lain.Tetapi shida pk juga kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Kita tak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga.


Dalam konteks percintaan dan hubungan sesama insan...Bukan shda nak kaitkan ttg setia curang nie dgn sesapa...Selalu masa berkawan ya ampun sume nyer baik, tak de cacat cela nyer.....bak org kata kentut pun wangi lah....sebelum dapat memang kita dok ingat dialah yg terbaik..tapi bila dah dapat menjadi hak milik masa tu baru sedar kekurangan...masa nie baru akan wujud masalah...so, masa bercinta masa bertunang kita jangan lah jadi hipokrit...konon nak tunjuk baik...jadilah diri kita sendiri jgn jadi diri org lain utk menjadikan kita nie insan terbaik kpd pasangan kita..biarlah dia terima kita sebagai diri kita sendiri bukan org lain...



Masa bercinta jgn la kita menaruh harapan setinggi gunung everest, harapan pada pasangan tu biar la berpada2 supaya kelak hari kita xkan sasau..dok teregat je si dia..tapi apa kan daya kan kita manusia biasa kdg2 tak boleh nak lari dr sume nie..sayang punye pasal kan..masalahnya apabila kita terlalu mencintai, terlalu menyayangi, terlalu mengasihi pasangan kita...kita tak akan percaya kecacatan yang ada pada pasangan kita...Kadang2 orang gtau sampaikan itu ini tp kita mana nak percaya kan...sampaikan apa yg mak ayah tegah nasihat larang pun tak diendahkan...buat tatau je...so bila dah terjadi baru nak pk...


Terpikir ke tak kita...kenapa biarkan luka lama semakin lama? Kenapa biarkan rindu menjadi semakin parah? Kenapa biarkan air mata itu mengalir tanpa henti kian berderai? Kenapa kita biarkan kesepian, kekosongan itu terus mencengkam diri? Ini sume kerana kita tak pernah berhenti merindui nya pada keindahan yang pernah dicipta bina bersama....


Dengan itu, shda sendiri mengingati diri shda berpada2 lah dalam menyayangi, menyintai, mengasihi dan mempercayai pasangan sewaktu di alam percintaan..bukan apa apabila terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi kita akan berkorban apa saja...sanggup je berkorban kadang2 yg tak sepatutnya dikorban kita korbankan....Pengorbanan yang tak bertempat inilah yang akan membawa padah pada diri kita selalunya ler kan....




CINTA menjadikan kan manusia nie BUTA....
BUTA MATA & BUTA HATI...dengan itu, seelok-eloknya semasa bercinta jadikan seseorang untuk tempat bertanya...Allah SWT sentiasa di samping kita, Nabi sentiasa diingati, mak ayah ibu bapa tak pernah dilupkan, kuatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri adalah diutamakan....InsyaAllah sekiranya sume nie berada di puncak d dahului, apa pun masalah yang wujud yang menimpa kita dalam mengharungi cinta dapat di atasi dengan mudah. Kita tak mungkin akan bunuh diri mencederakan diri sendiri kerana Allah SWT sentiasa ada di mana jua kita berada, tak mungkin dikorbankan yg tak sepatutnya kalau kita mengingati Nabi, tidak mungkin kita akan menderhaka sekiranya kita ingat mak ayah ibu bapa yang membesarkan kita selama ini, dan tidak mungkin kita akan kecundang kalau kita penuh dengan ilmu dan tidak mungkin juga akan sengsara apabila dihimpit masalah cinta kalau kita sayang diri kita sendiri..

Ingat lah kawan!!...Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik apabila menghadapi kesusahan, manakala jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah.. So pikir-pikirkan lah yang mana 1 kita akan pilih dan lalui dalam mengharungi kehidupan dan percintaan...


Sunday, May 23, 2010

grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrHHHHHHHHHH

sori all...


ptg ni shda tensen sgt...dah lama shda pendam....geram betul le bila org tak leh nak hargai pengorbanan keikhlasan yg kita buat.....bukan nak mintak lebih pun...kurang2 ucap le terima kasih.....sebelum ini bukan main baik nyer....HAMPEH betul le org mcm nie....


kenapa.....

kamu nak jadi PENIPU ke....
kamu nak jadi orang MUNGKIR JANJI ke...

kamu nak orang BENCI kamu ke....


KAMU NAK JADI APA SEBENARNYA HAAAAAAAAAAAAAA.....


aku paling benci orang menipu, orang yg pandai tabur janji tp habuk pun xdak....sudah le weiiiiiiiiiiiii jgn nak main2 le....tgu le apa kan berlaku


Allah maha mengetahui...kalau ko tak terima balasan di dunia...di akhirat ko akan rasai seksaan nyer.....

psttttttttt......Apa pun shida...banyak2 bersabar n berdoa....

iNgiN MeNciNtai daN diCinTai


Aku ingin ikuti kata jiwa hati remaja
Aku sedang rindu pada malam ku bersamamu
Kalbuku mengerang norma-norma hilang
Yang ada hanya rindu

Aku tak bisa jelaskan mengapa bisa begini
Aku slalu terdengar suara-suara yang merayu
Rangkaikan hatiku bersamamu
Di malam ini
Ku ingin

Reff:
Aku hanya ingin mencintai
Aku hanya ingin dicintai
Walaupun banyak yang menentangku
Ku hanya ingin bahagia


Thursday, May 20, 2010

YaNg tEriNdaH



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Monday, May 17, 2010

PeSaNan dAri SeoRanG SaHaBat

Salam.....

Ni post yg ke4 utk arini....Apa nie shda byk sgt post ko arini.....Ntah le myb arini adalah ari yg membosankan....Lewat pg td shda de le dok pm2 dgn some 1....Sahabat alam maya.....sekarang banyak masa shda habis dengan nyer...mcam2 kami kongsi....alhmdlah shda suka sgt....banyak nasihat yg dia bagi utk diri shda.....Antara nyer:
  • Jangan terlalu emosional..jangan biarkan nafsu mengawal diri kita..kena kuatkan diri kita sendiri
  • Ingat lah bila kita melebihkan manusia di hati kita, sukar untuk kita mendapat keredhaan Allat SWT. CINTAI ALLAH SWT LEBIH DARI SEGALANYA....hati itu lebih kan Allah SWT...lebihkan ALLAH SWT dalam bercinta supaya apabila kita cintai manusia itu tidak melebihi cinta kita pada ALLAH SWT. Cintai manusia dengan senyuman..terapkan dalam diri..
  • Apa2 yang berlaku kita boleh bersedih tapi jangan berlebih2....ingat Allah SWTsentiasa..jgn lebih mengingati manusia daripada Allah SWT

Mayb kawan2 terpk sapa le kawan maya shda ini...biar la rahsia antara shida ngan dia...kalau dia baca post ni....dia akan tau....apa pun terima kasih kepada sahabat maya shda yg byk bg semangat n nasihat..kalu dulu dia selalu hepikan shda....skrg dia byk bg nasihat...alhdmlah atas segalanya2...kita sesama insan di muka bumi tak salah utk saling menegur kesilapan or memberi nasihat kepada sahabat2 yang memerlukan....sume orang ada salah silap..tapi tak salah kalau sorg2 tu berubah ke arah kebaikan...n sedar akan khilaf n kealpaan nyer sebelum ini....kita jangan tak percaya ok...jika sorg yg seblum ini kita pandang rendah...pandang sebelah mata...org itu lah yg akan lebih baik dari kita......bg shida sapa pun mereka...shda tak kisah asalkan dia memberi keselesaan kepada shida....sayang kamu

CinTa SeMpuRNa

PeNeBuS DoSA

Salam.....

Penebus Dosa...........
dengan sepotong roti adalah entry shda utk dikongsi bersama kawan2..



Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy'ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa, lelaki itu berkata kepada puteranya : 

"Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti"


Zaman dulu, di sebuah tempat ibadat ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan Allah SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat ibadat itu kecuali pada hari yang ditetntukannya. Bagaimanapun, suatu hari dia digoda olehs eorang wanita sebelum bergelumbang di dalam dosa selama 7 hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan Allah.


Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai ke sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin, kerana keletihan dia tertidur di pondok berkenaan bersama dengan kumpulan fakir msikin itu. Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam.


Pada satu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka. Bagaimanapun, seorang daripada fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu.


Bertanyalah fakir miskin itu : "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?"

Individu berkenaan menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya sudah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang."


Mendengar ungkapan individu yang membahagikan roti, lelaki yang bertaubat itu mengambil roti diterimanya dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokan harinya, dia meninggal dunia.


Di depan Allah SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan oleh lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa 7 malamnya. Ternyata hasil timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat tersebut. Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama 7 malam ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannnya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat kalahkan perbuatan dosa tersebut.

Kepada anaknya, Abu Musa berkata : 

"Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu."

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Salam

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang Ulama yang muliaJika hari ini seorang Peguam menang bicaraJika hari ini seorang Penulis terkemukaJika hari ini siapa saja menjadi dewasaSejarahnya dimulakan oleh seseorang Guru yang biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca
....."Guru Oh Guru"Usman Awang.....
~~~SELAMAT HARI GURU~~~

Untuk semua cikgu-cikgi di seluruh Malaysia tak kira di bandar or di desa.....khususnya utk cikgu yg penah mengajar shida bermula dr Tadika KEMAS Kg Asam Jawa, SKPP, SMKSI, SMKP, lect2 di UKM n tenaga pengajar di GMAS....terima kasih atas segala tunjuk ajar bimbingan yang diberi dicurahkan kepada shda...


Kadang2 bila bersendirian shda terpk....betapa berat nyer tanggungjawab yang harus dipikul oleh seseorang insan yang bgelar CIKGU....tak kira le cikgu tadika ke, cikgu sek keb ke, sek men ke...tak kira jugak subj apa yg diajar nyer....rasa nyer shda sendiri tak terpikul utk menjalankan tanggungjawab tersebut....dulu mak ayah pernah suruh shda jadi cikgu....sampai le sekarang...tp shda rasa tak boleh utk shda jadi cikgu....sebab kita nak jadi cikgu ni kena byk sabar...apa yg penting keikhlasan kita utk mendidik anak bangsa utk menjamin masa depan keluarganya dan juga negara....



Teregat jugak shda kenangan2 semasa di belajar dulu....masa tu darjah 3 or 4 kalau tak silap shda....yg pasti shda egt nama cikgu tu...CIKGU NORAZAM...cikgu praktikal....dia ajar matematik...pa yg shda kena....hehhehe...malu nyer....kena ketuk kepala kat papan hitam sebab lambat jawab soklan matematik...hahhaha....apa le shda ni...tp walau apa pun...CIKGU NORAZAM tetap dalam ingatan shda sampai skrg...2tahun lepas dia ada dtg kedai...tgok muka dia terus tanya ni CIKGU NORAZAM ke....dia mengiya kan....bygkan lah dah berbelas tahun kami tak jupe....tp shda masih egt beliau....biar la beliau tak egt sapa shda tp yang penting shda masih egt beliau....siap shda cite g apa yg shda kena olehnya....lawak tul...

Nie masa sekolah menengah lak....CIKGU HANITA, ajar khb masa tu form 2...kan ada bab kena bljr akaun kan...kawan2 egt x....yg dijadikan cerita n kenangan ni....boleh plak shda ni dok tulis debit krdt kat akaun yg sama...tak pasal2 kena piat kat pusat...sakit ooooo...tp sebab sakit tu le shda terus egt n minat dgn akaun....tp apa kan daya masa form 4 tak dapat nak masuk jurusan akaun kat SMT...apa pun minat masih berterusan hingga skrg..

Eh2..korang ni knp dok gelak2 pulak tu....ooooo gelak baca apa yg berlaku dgn shda erk...eleh korang pun mesti ada kenangan kisah dengan cikgu gak kan...tambah2 dak2 lelaki kena denda la...kena tangkap sebab merokok la..tul tak...jom le kita sama2 kongsi....walau apa pun apa jua yg cikgu kita wat kepada kita bukan utk apa..hanya untuk menjadikan kita insan yang berguna ke arah kebaikan.......TERIMA KASIH yang tiada nilai nyer kepada sume cikgu yang pernah mengajar shida.....jasa cikgu2 akan shida kenang hingga akhir hayat....shda doakan cikgu sume mendapat rahmat daripadaNYa...hidup lebih diberkati dan dimurahkan rezeki....


Bila murid duduk..cikgu berdiri!Murid dtg naik BMW 7 siri...cikgu dtg naik motor buruk road tax pun dah mati! Murid pi belajar sampai PHD...cikgu baru berkira-kira nak sambung degree...Namun begitu..di dunia cikgu berbakti,semoga di akhirat syurga tempat kita kekal ....
Yang Menghafaz itu Guru Sejarah
Yang Cakap Berbunga2 Itu Guru Sastera,
Teratur Ayatnya Cikgu BM la tu,
Gelap Kulitnya Guru Pendidikan Jasmani,
Sopan Orangnya Guru Sivik,
Alim Orangnya Guru Agama,
Guru Yang Pelik, Guru Pendidikan Seni,
Power Cakapnya Guru Besar,
Tak Pemarah Guru Kaunseling,
Banyak Tuisyennya Guru BI
Banyak Claimnya Cikgu SPBT,
Tera Kira Duit Guru Ekonomi,
Walau Siapapun Anda...
SELAMAT HARI GURU
JASA BAIK ANDA TETAP DALAM INGATAN