Coretan Terbaru KakakeciK

Wednesday, September 24, 2014

Jom Memasak : Potato Fritters

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  potato fritters

Pedia plak potato fritters nie kan…senang cite coq kentang sagat, yang telah menjadi viral di group FB Resepi Ringkas…Dan sememangnya kakakecik gila kentang tak lagi kalau tak cuba buat..Gigih beli kentang dan telur semata-mata nak buat potato fritters nie..

bhn

Resepi nya yang seperti mana depa kongsi di group RR :

Bahan-bahan :

  • 3 biji ubi kentang
  • 1 biji telur
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • lada sulah
  • daun bawang
  • garam secukup rasa
  • cabai besar (ini kakakecik sendiri tambah untuk penyeri nya)

Cara-caranya :

  1. Ubi kentang dikupas kulit dan disagat
  2. Satukan ubi kentang dan bahan-bahan lain (tepung jagung, tepung gandum, telur, lada sulah, garam, daun bawang). Gaul sebati
  3. Panaskan minyak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikan dan tunggu hingga masak keperangan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Sedap dimakan dengan sos pencicah.
  6. Goreng dalam minyak panas..

 

Selamat mencuba

9 comments:

Cik Sue said... [Reply]

wahhhh kita pun suka kentang,hantor la sini skit huuhuu kita gaduh ngan dapur dah sebulantak masuk dapur memasak dengan proper hehehehhe...

Diana Rashid said... [Reply]

terkejut saya bila resepi ni jadi viral pulak..padahal dah berapa tahun boleh kata ni la resepi malas saya setiap pagi jamu kat anak dan suami..hahahah

Tihara said... [Reply]

nampak rangup
ermm sedapnya
tak try pun lagi :)

ummi aqilah (LM) said... [Reply]

Nyum3.. Fav saya ni

Kira Sakura said... [Reply]

nak try buat la weekend nanti hihihihi

Muslimah Optimis said... [Reply]

lama beno xblogwalking singgah-singgah baca blog orang..

nak menulis pun malas.. guano ni

Ania said... [Reply]

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

LadyBird said... [Reply]

Bolehlh dcube nnti.. salam knl awak..

nadrah sakinah said... [Reply]

tq sbb share resepi...😊😊😊