22.06.1989 - 01.02.2013
Coretan Terbaru KakakeciK
Saturday, February 2, 2013
Al-Fatihah : Ahmad Baihaqi bin Abu Khori
22.06.1989 - 01.02.2013
Monday, January 21, 2013
Isteri Tak Pandai Tapi Kena Rajin
Monday, December 10, 2012
Ulat Tiket
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kakakecik nak luahkan ketidak puasan hati kakakecik apabila ke Stesen Bas Ekpress Sungai Petani..Sabtu lepas kakakecik bersama dengan adik ilah selepas balik dari makan kenduri di Sg Kob Kulim, kami pergi ke stesen bas ekpress SP sebab nak hantar Shahir (suami adik ilah) yang nak balik ke Ipoh, Perak. Memandangkan kami dari Kulim so terpaksa la naik bas dari SP tak kan nak naik di Shahab Perdana Alor Setar..dah jadi patah balik..nak naik di Kulim tatau plak stesen bas nya..Ini adalah kali pertama bagi kami berurusan menaiki bas ekpress dari stesen sp nie..apabila sampai je ke kawasan stesen tu ada sorang mamat bertopi berkaca mata menggamit kami, tetapi kami tidak endahkan kerana disangkakan orang jaga parking…so cari parking kat kawasan tu memang susah skit..setelah 1 pusingan kuar semula baru ada parking..Shahir parking je la kat situ..
Sementara menunggu Shahir pegi beli tiket bas ke Ipoh, kakakecik dan adik memerhati gelagat sekumpulan mamat2 nie..oooh baru tau yang mamat gamit kami awal tadi yang pada jangkaan kami adalah orang jaga parking adalah ULAT TIKET..setelah memerhati kami dapati kumpulan ulat tiket ni membahayakan dan mengancam keselamatan orang..mana tak nya…nampak je motor or kereta masuk ke kawasan stesen bas tu terus digamit dan ditahan nya…di tengah2 laluan masuk plak tu..kalau tak sempat tekan brek memang dorang la yang jadi mangsa…kalau plak tetiba kereta berduyun2 tetiba kereta depan brek terkejut mesti akan bercium cium la kereta di belakang nya…yang kakakecik dan adik pelik kenapa la ulat tiket tu beria-ia sangat…bukan nya ada bas lagi pun di stesen tu…bukan nya orang tatau nak p beli di kaunter…lain la kalau kaunter takde boleh la dok wat pulun macam tu..dah tu sanggup lari ke sana ke mari ligan kereta motor…sabar je la…keselamatan depa tak pikir dah..wat penat badan je sebab xde sapa pun layan depa…
(tiada kena mengena dengan tajuk entri tetapi ada kena mengena dengan isi entry)
Yang paling kakakecik geram tu bila ada seorang perempuan naik motor..masuk ke stesen bas tu..ada sorang mamat nie dah tanya..budak perempuan nie dah angkat la cermin helmet dia tu..bagitau apa tatau la pada sangkaan kakakecik myb bagitau yang dia dah beli tiket ke apa…tapi yang tak puas hati tu ada lagi sorang mamat tunggu di depan skit dan tahan budak perempuan ni di tengah jalan dan pegang handle motor dia…waaaaaaaaah ni dah melampau…memang cari nahas nie..kasar jugak la perbuatan mamat tu…
(ainur sorfina geram nie…jaga-jaga korang semua)
Bila dorang nie ke arah kereta kami..kakakecik rasa macam nak je snap gambar dorang…sekali tinted kereta adik tak cukup gelap..dia ternampak kakakecik pegang kamera…so dengan mengada-ngada nya 3 orang mamat ni buat la gaya peace bagai nya….geram punya pasal kakakecik buka tingkap tanya ”hey, apa yang ampa buat macam tu ye..dok tahan2 orang..bahaya tau dak..satg ambik gambar ampa baru tau kot bawak masuk metro” dorang masih lagi dengan aksi mengada terhegeh2 tu…ingat kakakecik teringin sangat nak snap picture dorang tu..kakakecik pun tengok2 la gambar yang ambil masa kenduri kawen kawan adik ilah..sekali ada sorang mamat tu ketuk tingkap sambil dok bebel apa ntah,kakakecik wat isyarat x dengar..malas nak layan tapi riso jugak dorang wat kasar nanti bahaya plak..so buka la tingkap skit..tanya kenapa nya…mamat tu tanya..”awat ambik gambar kami tadi?” kakakecik jawab..”bila masa aku ambik gambar ampa..jangan dok perasan sangat la” (jarang kakakecik beraku aku nie) mamat tu tak puas hati “tadi ni dok hala kamera kot kami” hahahahha kakakecik gelak “ish, ish jangan dok perasan la…tengok ada ka gambar ampa dalam nie..orang nak tengok gambar sendiri perasan lak dok ambik gambar depa” hahahhahaha..sambil kakakecik tunjuk gambar2 yang ada dlm kamera kakakecik tu…malu kot budak tu..terus blah…kalau dia buat hal lagi tau la apa kakakecik nak buat…berani sangat ke kakakecik nie takde la…suruh je shahir tunjuk kad polis dia…senang cite…
p/s: harap pihak yang berkenaan dapat la banteras ulat tiket yang mengganggu perjalanan pengunjung untuk mendapatkan perkhidmatan selesa dan ia jugak boleh mengancam keselamatan pengunjung yang menaiki kenderaan.
Thursday, December 6, 2012
Pad Printer Penuh!!!!!
Hari ni agak kelam kabut jadi nya di tempat keja..semalam off sebab pegi alor setar settle kan mana yang patut…so banyak kerja perlu diselesaikan hari ni…dah tau keje banyak kakakecik gatal tangan dok tambah ink kat external tank printer canon tu…sekali nak print alamak color dah tak okey..ada garisan..demn….
terpaksa la setting semula..elok da setting sekali..dok nak naik plak lampu alarm..kejap2 naik 2, 7 dan E…huuuuuh apa plak masalah printer nie…
So cuba nak test print….tup tup kat windows, naik mesej ini
Alamak..pad printer ni dah penuh dan bocor…nak kena tukar pad baru la…huhu..printer pun kena pakai pad jugak rupanya..tak pasal-pasal kena masuk hospital la canon MP145 nie…Sabtu nanti la pergi servis dan tukar padnya…tatau la kena berapa untuk servis nie..harap2 tak mahal mana la ye…dan kalau boleh nak siapkan hari yang sama jugak..malas nak g alor setar selalu…
psssst : agak-agaka kalau printer pakai pad herba avail agak2 okey tak..hahahaa…
Wednesday, October 17, 2012
Kucing Oh Kucing
Assalamualaikum dan Selamat Petang,
Petang nie rasa nak bebel pasal kucing la..seminggu nie kakakecik agak tertekan dengan 3 beranak kucing yang ada kat kawasan kedai nie..jiran kedai dia boleh bawak mai ibu kucing dan 2 ekor anak kucing ke kedai dia…memang la comey je kucing2 tu..tapi yang kakakecik geram tu pandai je dia bela…tuptup kucing tu boleh plak mai melabur kat tempat kakakecik…tak pasal2 terpaksa menghidu wangian yang semerbak harum nya…3 tempat minggu lepas…cirit plak tu..uwaaaaaaaaaaa sabar je la…jenuh la nak cover dengan dedaun dulu bagi pelaburan nya kering..x kan nak buang cair2 tu…tak sanggup cheq..termuntah situ je..lagipun macam nak hormat la tuan yang bela tu….
Tetapi Ahad aritu tuan kucing tu tak buka kedai…apa lagi kakakecik proses la buang kesan pelaburan, sambil tu dok bebel la dengan jiran sebelah kedai nie..dorang pun dok hangin sebab kucing tu elok dorang buka pintu kedai je…cepat2 dia masuk..tuan kedai x masuk lagi kucing dulu…tengah kami dok bebel jiran kepada jiran yang bela kucing tu muncul..dia tanya kakakecik dok marah bebel apa dengan anak kucing tu….apa kakakecik jawab….xde la nak marah ke bebel…nie ha…dok berak merata….dia pun terkejut….heehhe
Semalam bertambah2 la hangin, rasa kakakecik si ibu nya plak melabur kat tepi kereta tau la kat situ simen lantai nya rosak..so ada la tanah pasir untuk ia korek sembunyi pelaburan nya….tuan nya pun dah tutup kedai…kakakecik ambik penyedok dan penyapu tuan kucing tu dan buang pun dekat2 kawasan rumput kedai dia…bukan nak buat jahat..tapi itu je jalan terbaik.tempat terbaik untuk buang najis kucing tu…kawasan kakakecik semua nya bersimen..hehehe
pssst : kakakecik memang penakut dengan kucing dan benda berbulu..
Monday, October 15, 2012
Memasak..Bukan Alasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Memasak…ada yang ambil mudah je dengan bab masak memasak nie..ada je alasan itu ini akan di beri bila sentuh bab memasak..tak reti la..tak pandai la..kalau alasan itu diberi dah tak boleh nak pakai dah…pergi je mana2 kedai buku,..bermacam2 buku resepi ada jual di pasaran..agak risau terbeli buku lain…zaman it semua nya di hujung jari..google, taip aje resepi apa nak menu apa nak masak..terpampang pilih je resepi mana satu yang agak kena selera…(tu kat sidebar SANTAPAN tu pun ada je blog2 masakan) EH…eh..kalau arini masak tak menjadi..jangan la putus asa..belajar dari kesilapan..bukan semua yang jadi chef kat luar tu lahir2 mai dah pandai masak..kan kan..hehehe
Resepi dah ada…tapi tak sempat la masak…macam2 benda nak kena buat itu ini..nak masak nasi mudah je..rice cooker ada…basuh beras..letak air..sukat la..pakai jari tu…petik tekan suis…biar je situ…nak bakar ikan..xperlu lagi pelekat api..hidupkan api biar sampai jadi bara….pemanggang ajaib kan da..beli labur je RM130.00 boleh guna berulang kali…nak buat sup takut tak sempat…pressure cooker ada…beli je…labur duit semua menjadi…jangan melabur duit di kedai2 makan..tak kan setiap ari sampai usia senja nak makan nasi di kedai je…huhuhu
Mesti ada jugak yang dok kata….alahai makan berdua je tak berbaloi nak masak..kalau agak tak berbaloi buat la dalam kuantiti yang kecil..tak perlu nak membazir..biar masak tu simple tapi kena selera….mahu plak yang dah kawen tu…tak kan nak biar suami makan di luar selalu kan…sayang kan suami kena la pandai jaga perut nya…jangan sampai buncit dah la…dengan masakan nie akan mengikat kasih sayang antara kita…tak kira la suami ke, anak ke, sapa aje…yang penting IKHLAS ketika memasak dan amalkan ayat pengasih ini..jangan dok masak sambil dok bebel menyumpah itu ini…
psst: dah 2 hari kakakecik malas masak…badan tak sihat…
p/s : mak kata bab masak...jangan bagi banyak alasan la..macam2 skrg ni ada..mudah je..kita yang wat ia jadi susah
KUKU
KUKUPUNYACINTA...KUKUPUNYA CERITA…eh eh nyanyi plak kakakecik…
Kuku boleh dikategorikan salah satu anugerah yang diberikan untuk melengkapkan jari jemari..cuba bayangkan kalau jari tangan dan jari kaki kita tak mempunyai kuku…alhamdulillah 10 jari tangan dan 10 jari kaki kakakecik semua nya berkuku…bentuk apa tatau la plak..elok sempurna je letak nya…
KUKU di jari nie tak pernah akan panjang…kalau seminggu tak potong rasa semacam je..selalu nya kakakecik akan potong 2minggu sekali..pada hari Isnin dan Khamis/Jumaat..apa yang kakakecik ingat masa zaman sekolah dulu, di waktu perhimpunan pagi Ustaz Bakar ada bagitau sebaik2nya kita potong kuku pada hari2 tersebut dan cara potong kuku pulak hendaklah la bermula dari jari telunjuk tangan sebelah kanan dan berakhir dengan di ibu jari tangan kanan. Manakala untuk kaki plak..bermula dengan jari kelingking kanan dan berakhir dengan jari kelingking kiri…sejak daripada itu la begini la teknik/cara kakakecik memotong kuku.
Yang berkuku panjang tu tak rimas tak terasa terganggu ke? Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Nak nak plak yang perempuan tu dengan nak memasak nya…camne nak buat kerja dapur kan..Risau kuku tu kuning erk bila terkena kunyit…alahai sayang sangat kuku tu kan…ada je yang terlebih sayangkan kuku tu..dok saja saja dok gigit kuku sampai “kulup”..sabar je la…
OPPS..kakakecik pernah tau tanya sorang perempuan indon selesa ke berkuku panjang..dia simpan kuku panjang sebelah kiri..dia kata okey je…tapi laki dia xberapa suka..huhu..eh macam2 tau yang kakakecik dipikirkan bila pandang orang berkuku panjang..mulut nie bukan leh dok diam..nasib baik perempuan tu kenal rapat dengan family tu yang berani tanya..hehhe..
psst : sukasangatperhatijaridankukuorang
Thursday, October 4, 2012
Marah…Senyum Dulu Boleh
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Manusia…biasa la kan tak kira jantina, umur mesti akan ada je rasa sakit hati, geram dan dendam..seterusnya akan mencetuskan api kemarahan..tapi kita kena la pandai mengawalnya..tak kan suka hati main sembur je…ye tak..tak pasal2 nanti kena sembur semula terduduk kot…
Kalau la rasa nak marah sangat tu kan..apa kata cuba tanya kat diri tu, kenapa nak marah sangat nie..besar sangat ke masalah tu dan akan selesai ke masalah tu kalau kita marah…erm, apa tak dapat jawapan nya…makin membuak-buak marahnya ye dan tak boleh tahan sangat dah…cuba la buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan tu…yang perempuan dapat pergi shopping hilang la amarah tu..yang lelaki…kalau yang kaki jenis layan game tu…pergi la main game..lepas perasaan marah kat situ..jangan dihempuk nya alat permainan tu dah le…yang paling utama jangan anggap masalah tu adalah masalah…buat bodoh je..jangan dok pikir sangat..kalau dok pikir setiap minit setiap jam memang boleh meletup…
Opps memang tak tahan sangat dah..marah la..kalau itu yang boleh kan hati dan jangan lupa sebelum nak lepaskan amarah tu senyum dulu boleh tak..bukan nya sebab apa..senyuman boleh membuatkan kita akan lebih tenang dan segar..dan yang penting beristighfar la banyak-banyak..bagi sejuk hati tu..tak de la nanti kuar perkataan yang tak sepatutnya…
pssst : jangan melepaskan marah anda tak tentu pasal…pikirkan hati orang lain sama.jangan strees sangat, kakakecik lak kalau tak tahan sangat geram marah sangat2 sampai leh nangis tu..huhu
Wednesday, June 27, 2012
TM Hutang Kakakecik
Assalamualaikum dan Selamat Petang…
Sambil asyik buat kerja..sambil online tapi line macam sengal je..kejap ada kejap takde…sabar aje la…dah hampir sebulan kot macam nie…nak kol 100 pun macam dah naik malas…tetapi arini terajin plak kol sebab gara2 TM hutang Kakakecik…
Eh bukan kol sebab nak tanya pasal hutang TM tu…tapi nak report kesengalan line..tapi operator teknikal macam ntah…opps tak baik kutuk…abaikan dia….
Sebenarnya tengahari tadi agak mengejutkan bila dapat bil TM…jumlah bayaran –RM 118.30..uit camne leh minus nie…TM Hutang Kakakecik…bila tengok item bayaran RM 520.00….haiiiiiii aritu bayar RM250.00 tunai…camne plak leh jadi RM520.00 nie…dorang silap type ke apa…lain la kalau kakakecik bayar guna cek mungkin la jugak kakakecik yang tersilap tulis ke apa….
Pikir punya pikir….tak tembus tembus….terpaksa la tengok bil yang sebelum nie….last bayaran kakakecik RM270.00 by cek pada 30 Mei 2012…bayaran sebenar-benar kena bayar RM270.75…kira nya kakakecik hutang TM la 75sen…
Tetiba teringat yang tengah bulan aritu pergi TM Point..Ntah camne masa pergi TM Point Astar untuk buat bayaran akaun penamat satu lagi..kakakecik dok ingat tak bayar lagi akaun yang aktif guna nie…pergi la bayar RM250.00 pulak.. pada 16 Jun 2012….
Demn…patut la sampai je bil tadi jumlah bayaran kakakecik RM520.00 dalam tempoh lebih kurang 2 minggu…HAHAHAHA..terlebih belanja la bulan nie…aduuuuuuuus..sabar je la..so, 2bulan la guna tanpa kena pikir bab bayar…sebab dah terlebih bayar…
pssst:line masih sengal walau dah bayar lebih….tasuketasuke
moral of story: lain kalai bayar bil tu refer la bil yang dapat jangan suka hati je g bayar
Sunday, June 17, 2012
Macam best jugak…..Boleh angkut sana sini
Sunday, June 10, 2012
Kereta Korang Ada….
Kereta korang ada ke macam empunya kereta nie ada…hehehe..apa yang dia ada…
(mintak maaf tuan kereta…baru perasan tak boleh snap picture hahahaha)
Persona PJW sapa tatau la…parking sebelah menyebelah dengan kereta abg kakakecik kat RNR Tapah awal pagi Rabu lepas..
kakak ipar kakakecik “Eh, betul ke kereta dia tu ada wifi semua tu” sambil jenguk ke kereta sebelah…
Kakak iparku…itu hanya sticker la..tapi mungkin jugak ye kan…sapa yang tau..tuan kereta tu je..
pssst:silaptakonwifi cubateraitesttengokhahaha
Tuesday, May 22, 2012
Tak Perlu Rungut….Ikhlas Sudah
Assalamualaikum dan selamat hari lahir kepada saudara Nadzri…semoga sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYa..
Bicara pasal merungut dan ikhlas nie timbul bila last week kakakecik pergi berurusan dengan 1 pejabat badan berkanun..memang agak mengecewakan dengan layanan dan mutu perkhidmatan staf pentadbiran di satu bahagian jabatan tersebut…dengan hanya 2 keping surat (4 salinan) kakakecik terpaksa menunggu lebih dari 1jam..ok tak kisah la kan..tapi agak pelik apa yang lama sangat..hanya nak buat surat sahaja…dan menambah kekeliruan dan kebingungan fikiran kakakecik apabila dia datang serah surat 4 salinan tu…ayat nya kepada kakakecik lebih kurang macam nie la“nie saya dah tolong tau kelip(staplerkan) surat nie..kalau x saya bagi sekeping2 je” Ya Allah, kakakecik bersuara tetapi hanya di dalam hati… “perlu ke ko nak bagitau yang benda memang kerja ko…setakat stapler 4 salinan surat tu je pun, dah sememang nya surat jabatan ko untuk jabatan lain..stapler je la…xkan itu pun masalah…rugi sangat ke setakat bullet 4 tu” … Apa pun kakakecik hanya balas “TERIMA KASIH, oh ye ke?”
Pada pendapat kakakecik..benda yang remeh macam tu pun dia dah merungut…ikhlas kah dia dalam melakukan kerja nya..sedangkan kerja yang dilakukan nya itu sebagai sumber pendapatan nya…Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi. Ikhlas memang sukar dinilai kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.Ikhlas merupakan kedudukan yang tinggi selepas Iman.Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Sesiapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas maka secara automatik keikhlasannya terbatal.Tiada sesiapa yang berhak mengaku ikhlas. Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Contoh-contoh yang dikatakan mengaku ikhlas;
- Membantu seseorang sambil berkata, "Ambillah, saya ikhlas membantu awak nie."
- Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak, "Saya tolong awak ini memang dengan ikhlas tetapi saya kecewa sedih sangat kerana awak menolak pertolongan saya."
Dalam melakukan sesuatu kerja/perkara yang dipertanggungjawab sebaik-baik dan seboleh-bolehnya lakukan lah dengan seikhlas hati..kerja itu satu amanah..tak perlu nak merungut itu ini dan “bilang sama orang lain” tak pasal-pasal buat malu muka sendiri je..dah sememangnya itu kerja yang kena buat…
moral of story : lakukan apa jua kerja tanpa mengharapkan pujian ataupun nama….lakukan la dengan seikhlas hati..insyaAllah lagi besar ganjaran yang Allah akan berikan…
Thursday, May 17, 2012
12.05.2012 Bersama Anak-anak Pak Yusof
Assalamualaikum…dan selamat petang,
Walaupun masih kelenguhan bahu nie…nak jugak update blog…tak nak nanti orang kata cerita dah basi baru nak up entry..sebelum ia menjangkau 1 minggu baik kakakecik update sementara xde keje nie…(baru je siap keje..tunggu customer datang ambik je)…
12 Mei (sabtu) selepas lepak makan borak tido di rumah Lydia Miza, kakakecik mintak tolong adik Lydia Miza (Farah) untuk hantar kakakecik ke Cheras..walaupun Farah sendiri tak berapa nak tahu..tapi dia tetap usaha nak hantar kakakecik ke rumah Gee..(#Eh Farah aritu kita silap jalan tau, nasib jumpa apartment kawan akak tu)..Gee adalah sahabat baik kakakecik zaman study dulu..memang dah jadi kewajipan kalau pergi KL mesti jumpa dia..dah lama jugak kakakecik tak lepak2 dengan dia…bila dah jumpa tu macam-macam la yg diborak,yang mengantok pun hilang…
Petang tu Gee plan ngan adik2 nya nak p makan-makan di luar, The Curve dan PV…niat di hati nak jugak ajak Gee n adik2nya ke Jln TAR dan Sogo, tetapi terpaksa dilupakan sebab dah lewat petang baru kami kuar…so, terus pergi cari kedai makan…Gee bawak kami ke AU5, Keramat…dinner kami di PAA Seafood malam tu kakakecik pun tak pasti sapa yg sponsor, antara Adik, Angah or Gee sendiri..apa pun thanks ye korang belanja kak Shida…
Satay ayam yang sangat sedap..lembut je isi nya…kuah pun sangat2 sedap…harga pun secucuk 60 sen tak mahal mana kan
Ikan Kembung 3 Rasa Secret Receipe…
Tomyam Campur tanpa Daging
Nampak je sikit kan….tapi kami semua makan tak habis…bukan x sedap..tapi kenyang..banyak sangat makan satay yang sedap tu..
Tak putus2 pelanggan datang ke PAA Seafood…sentiasa penuh
Opps..masa makan2 nie Gee ada jugak calling2 Bakal Raja Sehari tanya lokasi dorang, kebetulan Aini n Mak Chaq ada dekat2 area AU, dapat la kakakecik jumpa Mak Chaq dan Aini..Aini dah nampak lain, seri bakal pengantin kan..Mak Chaq macam biasa akan bagi petua2 untuk anak2 dara nie..hehehe..Thanks Mak Chaq..
Malam masih muda, relax la kan…apa barang balik umah awal-awal…macam perancangan petang tadi, kami pergi The Curve..1st time kakakecik sampai sana…tapi alangkah kuciwa nya..kebanyakan kedai dah nak tutup…padan la kami sampai pun dah kul 9.30 lebih…xpe tak kisah semua tu..janji kenal tempat yang bernama THE CURVE
Bergambar sebagai bukti yang kakakecik dah sampai The Curve..Hehehehehe
Sekarang tengah hot drama bersiri Seindah Sakura kan…yang berlatarkan Eiffel Tower…kebetulan kat ruang legar The Curve tu ada replika tower nie…dah kita nie tak pernah pergi Paris, so dengan replika pun jadi la kan untuk bergambar…tapi menara nie setiap hari kakakecik pegang, Gee pun sama pegang setiap hari..kan kan..sebab kami ada Keychain EiFFel Tower yang Aini bagi last year…
Kakakecik dengan Gee dan Adik
Kecian time Angah nak bergambar lampu Eiffel tower tu tak menyala la plak..hehehe
Sejam jugak la kami ber4 lepak kat kat The Curve…dah naik bosan..kami kuar ronda2 kotaraya…best tengok KL waktu malam…bercahaya je…
Tak dapat pergi PV…amik gambar pun jadi la…hehehhe
Gee nie dah boleh dianggap sebagai GPS la..walau bukan orang KL hanya kerja je di sana..x sampai pun 10 tahun lagi…tapi dah cekap dia…tabik spring la Gee…yang lawak nya time dia bawak kami ronda2 tu Kakakecik dan Angah teruja bila kami lalu jalan yang hampir dengan Menara KL…tak pernah kot tengok Menara KL jarak dekat… Gee, tanya nak naik ke…aiiiiiiiish wat pe nak naik dah malam2 nie..lain kali je la yer..hehehee…
Kami sampai rumah b4 pukul 12 malam…masing2 dah penat ngantok…borak-borak sampai tertido…
pssssssssst: terima kasih yang tak terhingga kepada Gee yang sudi bawak kak shida ke sana ke mari, bagi tempat tinggal, hidangkan makanan..walau x sempat nak jamah sangat pagi tu…thanks Adik n Angah yang menceriakan perjalanan kita ronda2 KL…nanti kita lepak2 lagi yer…Angah cepat buat blog…hehehe
Wednesday, May 9, 2012
Ubat, 100 Plus dan Air Zam-zam
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sok sek sok sek….sambil sedut tarik nafas risau air hidung menitis…(sabar la yer..apa nak tolong lap..boleh boleh sambil hulur muka)
2 hari lepas kakakecik dah rasa x sedap badan..sejuk panas semua ada…jangkit dari mak dan abg on la nie..dorang la pembawa virus nie…mood pun melayang ke laut…jangan nak harap la muka nie nak senyum…hehhe..masa hari kejadian tu kakakecik tak makan ubat lagi…stok ubat semua ada kat mak makna nya di rumah la ye…so, malam tu baru boleh makan ubat tu pun dah pukul 11.45mlm..baru mak n ayah sampai umah dr tengok tok yang sedang sakit (doakan tok kakakecik cepat sembuh ye)
Semalam dan malam tadi…rajin kan diri lagi makan ubat selesema dan paracetamol…
Tetapi hari nie kakakecik tak makan ubat pun..bukan sebab takut makan ubat ke apa…tetapi rasa badan pun dah rasa sihat…ubat kakakecik dah ambil dari mak..simpan dalam handbag.. yang nak jadikan ceritanya, kakakecik ni seorang prihatin dan baik la sangat kan..ada sorang customer nie mai dengan bawak tuala dok sok sek depan kakakecik…terus kata dengan dia… “oppps nanti kena plak dengan saya,dah la baru baik je nie”, Customer tanya la…makan ubat apa… “alamak lupa la, kejap tengok ada x ubat dalam bag nie…nasib baik ada..so bagi la kat customer nie…prihatin tak kakakecik…hehehehe..sebelum tu dia tegur jari kakakecik yang berinai nie.. “aiii, dah berinai…kenduri bila nie” boleh plak dia dok tegur kot tu..
Elok sejam dua lepas tu..kakakecik plak rasa semacam badan dan kepala nie dah mula pening, dok bersin je…ubat dah xde..yang ada paracetamol je… “air kosong” ada…tapi saja dok wat status di FB tanya boleh x makan ubat dengan air 100+ rakan2 blogger ada yang memberi respon kata lagi bagus makan ubat dengan 100+ ada yang suruh buh garam lagi dalam tu…Ya Allah oooi, depa nie dah la 1st time nak makan ubat bukan dengan air suam, air 100+ plak tu….erm, telan jugak la paracetamol dengan air 100+..sedap jugak..tapi yang x best nya dok rasa tercekik je ubat tu x lepas..habis gak air 100+ tu setengah botol (balance yang semalam)…
Jangan tertipu dengan ubat tu..kakakecik makan sebiji je..yang sebiji lagi tu makan semalam….
erm egtkan ultraman boleh tolong kakakecik..rupa2nya tak pun dia dok situ je..
Tup tup Doktor Farhana Norsham “Sebaiknya makan ubat dgn air kosong. Jgn kurangkan effectivity ubat.” Farhana Norsham Air gas bg ubat kurang efektif.
Alamak doktor farhana masuk lewat untuk mengomen…kakakecik dah makan ubat dengan air 100+ pun….xpe xpe ada je sebotol lagi “air kosong” tu…memandangkan kakakecik tercekik ubat tu….dok minum la “air kosong” yang bawak dari rumah….masa dok minum, dok rasa pelik dah…awat air nie lain je rasa…dah tu botol nie wangi je… sekali dah dekat setengah botol minum baru perasan dan teringat “air kosong” tu adalah air zam zam yang Pak Tam Zuraidi bagi…dia baru balik dr wat umrah…aduuuui wat lawak betul la…kepala biol kot masa tu…x kisah la..harap mujarab nya air zam zam tu kakakecik akan cepat sembuh…
thanks awin sms tanya kan khabar akak…cayunk awk ketat…
Thursday, May 3, 2012
Gerak Hati…Six Sense
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Di kedinginan hujan hari nie kakakecik sekadar nak berkongsi tentang Gerak Hati…Mesti pernah kan hati kita memberitahu sesuatu yang kita sendiri tidak tahu akan kepastian nya samada betul atau tidak…kita seperti merasakan sesuatu dan kita asyik memikirkan hal tersebut…dan apabila ditanya memang betul…ia betul-betul terjadi…kita bukan la seorang tukang tilik mahupun bomoh, tetapi ini lah yang dinamakan six sense…gerak hati…indera ke-6…Sesungguhnya gerak hati ini adalah sesuatu yang menakjubkan yang dianugerah diberikan oleh Yang Maha Esa kepada hambaNya. Namun, ada yang mendapatkannya sepanjang masa, dan ada sesetengahnya yang mendapat sekali sekala mengikut situasi yang dilalui…tetapi jangan tak percaya ada jugak orang yang pernah dapat langsung tau…macam dia tu..hehehe… “betul ke awak tak pernah lalui pengalaman gerak hati nie…saya selalu la jugak la…boleh katakan sentiasa”
Gerak hati nie macam talipati tak ye aima…rasa2 nya macam sama aje…apabila sesuatu yang kita rasakan terjadi memang akan membuat kita senyum dan macam terkejut je…(kalau yang kita rasa tu baik2 la kan)…contohnya bila kita rindu seseorang, kerap mengingatinya, dan tetiba kita mendapat panggilan atau sms daripadanya…seolahnya dia begitu mengetahui bahawa kita merinduinya…macam sampai je perasaan kita nie kepada nya…Oh ye, sebenarnya apabila kita mengingati seseorang nie, kita sedang mengalirkan satu arus kepada orang yang berkenaan, ia akan mencari sasarannya. Kadang kala arus ini akan sampai dengan mudah,(macam yang dialami je nie) ada kalanya sangat susah hingga mengambil masa yang lama bahkan ada yang terus hilang dipintas oleh arus lain yang lebih kuat…tidak mustahil semua ini akan berlaku dalam hati dan diri kita kan…itu la terjadi bila kita sedaya upaya mengingati nya, tetapi orang berkenaan tidak memberi respons langsung kepada kita…
Siapa yang paling kuat gerak hati nya…cepat teka…orang buta adalah golongan yang paling kuat gerak hatinya terutama yang buta sejak lahir berbanding yang buta sebelum celik sebagaimana biasa…kakakecik masih lagi ingat arwah Lang Lie, saudara kakakecik yang buta masa mak kakakecik masa sekolah…tetapi arwah bukan buta sejak lahir..kalau dulu kakakecik dan orang lain terpikir jugak…macam mana la arwah boleh sahaja jalan pergi ke rumah sedara2 nya hanya menggunakan sebatang tongkat…walaupun ada rumah sedara di atas bukit yang perlu arwah panjat tangga…sedangkan tiada siapa yang memberitahu…memimpin tangan nya untuk ke sana ke mari…ini lah yang di namakan gerak hati..gerak hati la yang memberitahu…menyatakan hala tuju arah panduan nya… begitu besar anugerah yang berikan kepada hambaNya…buta mata tak semestinya buta hati…
Erm…tetiba nak senyum plak kakakecik bila baca 1 artikel pasal gerak hati nie… “yang mana kita boleh mengalirkan arus kasih sayang untuk diberi perhatian, iaitu seorang wanita boleh menyalurkan arus cintanya kepada sesiapa yang dikehendakinya melalui pemikiran yang kuat ditolak oleh doa padu lagi berterusan, dengan harapan moga-moga arusnya sampai dan jodoh pun sampai…” boleh cuba la kan…eh bukan ke tengah buat dan mencuba ke arah tujuan ini..hehehe
pssst : sekarang ni dah ramai family kakakecik yang dok baca dalam diam…abg on pun dah pandai baca blog kakakecik pastu bila jumpa dok ulang ayat yang ada dlm entry kakakecik..sabar je la yer
Monday, April 30, 2012
CIMB : Kalau Tak…..Puas Juga Nak Menunggu
Agak-agak bape lama la ye perlu kakakecik menunggu giliran urusan di CIMB di pagi Isnin, 30 April 2012…ingatkan pergi sebelum pukul 10 pagi tak perlu la menunggu lama…konon tak ramai orang la kan…sekali Ya Allah ramai nya…tu yang tak suka pergi bank hari Isnin..mau2 arini plak hari terakhir di bulan April…
Tetapi nasib kakakecik agak bernasib baik…Abg On..abg kakakecik yang nombor 2 ada di dalam bank tu..dia la yang tolong kakakecik terus berurusan di kaunter…dia kan dah lama berurusan dengan CIMB Bank so staff bank tu dah kenal la dia…alahai kakakecik just nak bayar PERKESO…RM 13.20 je….tak kan nak tunggu lama2 kan…mintak maaf la ye customer lain yang menunggu tu… yang datang lebih awal kakakecik…
Terima kasih Abg On tolong adik ang nie..dlm masa 10 minit selesai semua nya….banyak ang cash cheque tadi no…hulur mai skit kat adik ang sorang nie..
Tuesday, April 17, 2012
Kenangan Lama…Perlu Ke Ingat?
Oh kenangan
Kenangan mengusik jiwa
Ku terhempas...
Jauh di sudut mata
Jiwa kian terpisah
Makin sengsara...
Oh sesalan
Sesalan datang meragut
Hati pedih...
Tak mungkin dapat dilupa
Segala yang kita bina
Hancur akhirnya...
( korus )
Sampai masa ku teringat
Segala pahit menikam rasa
Hening semalaman
Ku di pusara
Cinta airmata
Oh semalam ku terbenam
Di lubuk asmaraku
Yang jauh ku kembara
Jauh perjalanan
Jauh destinasiku
Namun tidak kesampaian
Ke arah tujuanku...
KENANGAN lalu..perlu ke kita ingat ??
Kenangan boleh membuatkan kita senyum bila mengingati nya…
Kenangan jua boleh menyebabkan kita muram resah bila imbau kembali…
Kenangan lalu yang meninggalkan kesan perit dalam hidup sebelum ini seboleh2nya kita hendak hapuskan dari kotak ingatan..tetapi apabila kita nak lupuskan ia semakin kuat dia menerjah ke minda kita..memang sukar untuk kita melupakan kenangan lalu…terutama kenangan tersebut dengan orang kita sayang kasihi…
Kenangan lalu juga boleh kita ingat jadikan ia sebagai garis panduan, iktibar dan pengajaran kepada kita di masa akan datang…menjadi titik tolak untuk hari2 yang bakal kita tempuhi…supaya kita tidak akan mengalami natijah yang sama..menjadikan kita lebih matang untuk mengharungi kehidupan..namum kebanyakan kita lebih kepada trauma…takut, ketat kan hati yang degil tu…
Tetapi kan..kalau kenangan yang manis-manis yang boleh buat kita senyum sorang bila kita kenang-kenang tu macam menjadi masalah jugak..mau orang kata kita nie gila bila nampak kita tetiba senyum sorang-sorang..hehhe..tak de maksud di sini, andai kenangan manis lalu kita masih ingat walaupun kita telah mempunyai 1 hubungan yang baru kita bina..tidak kah ini mendatangkan masalah kepada hati dan perasaan apabila kita asyik ingat kenangan kita dengan insan yang terdahulu yang bukan lagi menjadi hak milik kita..lagi teruk si pasangan dok membandingkan antara yang baru dah lama…aduuuuuuuuus parah jugak macam nie kan..
Sememangnya kita akan mengambil masa untuk melupakan sesuatu tu…mungkin makan masa tahun… tapi kita kena kuat....kalau dulu x kuat...tak mampu..akan nangis bila di kenang2kan..saat2 nya...tapi sampai bila nak macam tu...kehidupan perlu diteruskan...kena kuat jugak..kalau kita tak kuat camne nak teruskan kehidupan dan mengecapi kebahagian akan datang...Biar lah orang nampak kita nie happy senyum sentiasa dan nampak kuat je...itu hanya luaran nya...dalaman, tiada siapa yg tahu...diri kita sendiri yang tahu..tak salah kita hepikan diri sendiri...utk siapa utk kita sendiri jugak...
Walau apa cara nya sekali pun..andai kita telah membina 1 hubungan dengan insan lain..belajar la menerima pasangan kita seadanya…tak semua orang adalah sama…tak perlu banding dengan orang lain..jadi lah diri kita yang sebenar..jangan hipokrit…tetapi kita boleh berubah untuk kebaikan dan janji si dia pun suka…jangan terlalu memaksa diri.
pssst:apa maksud andai barang kenangan masih disimpan sekian lama
JANJI sekarang LUKA kemudian
Setiap orang mesti pernah buat JANJI kan…tak kira la kepada orang lain ataupun kepada diri sendiri…dari kita kecil lagi kot dah dididik dengan janji…
Sebaik2nya janji perlu ditunaikan…direalisasikan..jangan JANJI hanya tinggal JANJI…kalau janji pada diri sendiri..mungkin diri kita sendiri yang akan terasa bahana akibat tidak tertunai janji itu…bagaimana plak kalau janji tu kita berikan kepada insan lain…kepada individu lain..apa agak nya insan tersebut akan merasai apabila janji yang ditunggu diharapkan selama ini hanya JANJI KOSONG…kalau janji tersebut dilunaskan seperti yang diharapkan pasti insan itu akan senyum lebar kan…gembira dalam hati tiada siapa yang tahu..
Sama-sama la kita mengingati kembali…ada tak janji-janji yang belum kita lunaskan…risau janji yang kita buat sekarang akan menyebabkan luka di hati insan lain kemudian hari…so jangan mudah kita tabur janji itu ini sana sini andai terasa diri tak mampu untuk tunaikan…
Seeloknya…kita katakan gantikan dengan “InsyaAllah”
#manusiapegangkepadajanji…sayamasihadajanjiyangbelumtunaikan..
Thursday, February 16, 2012
MANDI BUNGA…Perlu Ke?
Assalamualaikum……
MANDI BUNGA…pernah tak korang mandi bunga? Perlu ke mandi bunga untuk seseorang terutama anak gadis / dara / wanita yang akan mendiri rumahtangga… Selalunya bagi perempuan yang lambat berkahwin, usia makin meningkat…ada saja suara di luar sana mengesyorkan supaya mandi bunga…bukan saja mengesyorkan….malahan kadang-kadang masih ramai orang tua-tua yang memaksa anak dara untuk mandi bunga.
Kenapa yer masyarakat kita masih terikat dengan mandi bunga? Apa keistimewaan, kelebihan mandi bunga ini ?
Ada pendapat yang mengatakan mandi bunga untuk menaik kan seri wajah, oooh kalau macam tu bila dah mandi bunga…muka kita nie akan berseri-seri la yer orang pandang…ramai la yang berkenan dan akan masuk meminang..macam tu pun boleh erk? Tapi pasal untuk membuang sial, mengurangkan dan merawat penyakit berpunca daripada sihir dan makhlus halus macam mana pula…sapa nak jawab tu…
Persoalannya ?
Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.
Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.
Sebenarnya mandi bunga nie adalah untuk mengharumkan badan dan tujuan kebersihan adalah diharuskan tetapi sekiranya mandi bunga itu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan jampi serapah yang tidak difahami, maka ia adalah dilarang sama sekali kerana boleh membawa kepada unsur syirik yang merosakkan akidah.Sekiranya mandi bunga dengan menggunakan doa daripada ayat-ayat al-Qur'an, maka ia adalah diharuskan.
Antara jenis bunga yang biasa digunakan :
- Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
- Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
- Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
- Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
- Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
- Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
- Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
- Limau susu - melembutkan kulit.
pssssst : mandi bunga di malam / hari Selasa…
Monday, November 21, 2011
Program Tergendala Kerana Harimau Muda
Assalamualaikum…
Wah dah ramai yang tukar DP FB dengan Harimau Malaya (termasuk kakakecik hahaha)…semangat kuat tu mau ada…..harap malam nie pemain2 Harimau Muda berjuang habis-habisan membahamGaruda bagi Final Bola Sepak Sukan SEA…

Kerana final ini jugak la banyak program yang tergendala…siaran TV pun bertukar waktu siaran…Kakakecik pun terkena bias nya..plan awal sebelum separuh akhir sabtu lalu…petang isnin nak p Penang, jumpa kawan lama, beli barang dan angkut barang-barang adik yang akan habis pengajian nya di PSP…tetiba disebabkan dek final bola malam nie…tak jadi la kakakecik pergi penang..tunda keesokan harinya…nasib baik adik ok je..x push kakakecik ambik barang dia…
Pssst : ehem ehem ada orang kata semangat nyer tukar gambar profile FB….semestinya…malam nie akan tengok bola dengan family je kat umah…wah wah
