Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Huuuuurm…hampir bersawang jugak la rumah maya kakakecik nie..baru 6 entry sahaja yang ada bagi 2014..mood kureng sikit nak sembang2 di sini memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..memang banyak jugak dengan sharing di rumah maya nie…Mohon mood yang ntah hilang ke mana itu datang kembali bersama kakakecik…
Okey okey tak nak bebel panjang lah…petang semalam tadi kakakecik bosan di kedai..Syafinaz suruh balik awal buat red velvet yang tak kesampaian kakakecik nak buat sehari sebelum itu dek kerana susu full cream yang kakakecik beli untuk buat kek tu telah diminum oleh Aisya.. So,petang semalam kakakecik berusaha usung HP ke dapur baca resepi..main print scrn je resepi x sempat nak print out..Hahaha…
Resepi nya kakakecik peroleh daripada Zalin Zalina dan IrmadiLondon…sebelum2 ni kakakecik memang ada belek resepi2 red velvet nie tapi tak yakin nak buat..tapi bila tengok entry Zalin Zalina ada step by step rasa macam mudah dan senang je nak buat nie.bahan2 pun tak banyak sangat…Cuma tang topping tu je la mahal skit sebab guna cream cheese dan whipping cream..dan sah2 kakakecik tak makan…
Resepi : Red Velvet Cake
Bahan A - Untuk diayak bersama.
- 250 gm tepung gandum
- 1 sudu kecik baking powder
- 1/2 sudu kecik garam halus
- 2 sudu kecik serbuk koko
Bahan B -campur dan kacau sebati. Biarkan 10minit sebelum digunakan
- 240 ml susu full cream
- 1 sudu kecil cuka makan
- 3 sudu kecik pewarna merah(kakakecik guna red bright jugak mcm ZZ)
Bahan C
- 113 gram butter –dipotong kecil
- 300 gram gula kastor
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan D
- 1 tsp cuka masakan
- 1 tsp baking soda
Cara-cara membuatnya :
- Pukul butter selama 2-3 minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
- Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih.
- Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
- Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. Kacau bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik
- Masukkan bahan A (tepung) dan bahan B (susu) secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
- Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
- Susun bekas cupcake dalam dulang..Paip kan adunan... kakakecik guna sudu je untuk masukkan adunan dalam bekas cupcake..Kalau guna bekas cupcake ni letak adunan separuh aje..kurang daripada separuh pun takpe.. ikut suka korang...
- Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit..ini bergantung kepada oven masing2 ye.
- Selepas menutup suhu oven, kakakecik biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.
Topping - Cream Cheese Frosting.
Bahan-bahan Cream Cheese Frosting
- 250 gm Cream Cheese
- 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
- 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese
- Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam peti ais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...
- Paipkan atas cupcakes guna nozle yang berkenan..kakakecik tak de nozle bagai so just masukkan dalam plastik bag dan paip deco comot2 dan tabur manik halus warna warni..
Alhamdulillah hasilnya kakakecik puas hati dan kakakecik telah jatuh cinta dengan rasa red velvet nie…Ini la pertama kali kakakecik buat dan merasai kesedapan nya..Seronok habaq mai…Dan kek ni jugak lulus ujian cipta rasa untuk dijadikan hantaran majlis tunang Sabtu nanti..Senyum lebar la kakakecik :)
Selamat Mencuba
9 comments:
its awesome red velvet cupcake!! hehe..
tengok je pun gua da leleh kak...haha..
bestnyaaaa...akak da buat dah...kita tak buat lagiii...huhuhuhu...bab cream2 atas tu cam malas jee..nak buat kek dia aje boleh tak..hahahah
@Ana AuNi hahaha....akak 1st time kot merasa terus jatuh cinta..masam2 manis gtu...
@Sunah Sakura boleh je yunk kalau nak wat kek aja...lagi mudah dr kek karamel kita wat tau...caiyok caiyok..
terliuq tgk topping dia....aaaaaa....
red velvet nie kira tak berapa kenan pasal topping dia la. rasa nk muak
nampak sedap.. lama dh x bt redvelvet... huhuh
sedapnya kak shida...cuti sem nie nk try la buat...mairaqueen back to blog..
Kalau tk guna wiping cream xpe ke?
Post a Comment