Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 11, 2014

Resepi Samperit Susu

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pertama kalinya kakakecik cuba buat samperit susu yang ramai kaum ibu para anak dara tengah gila mengukisnya..terutama kat group FB resepi ringkas..boleh dikatakan sepanjang Ramadhan mahupun sebelum Ramadhan setiap ari ada 2-3orang post gambar dorang buat samperit…aiiiiiiiiiiiiiiiiiii rasa tercabar jugak la..nak nak adik ilah pun dah try buat…

 

Janji kuatkan hati..raya nie mesti ada samperit susu bukan hat biasa plain color tu..nak color lagi…jangan terkejut kalau tengok samperit susu kakakecik suwiit sangat dan rasanya memang sweet pun (lepas nie kena kurangkan susu)

samperit susu

Okey bahan untuk samperit susu nie tak banyak..3 barang je digunakan…mudah kan…

BISKUT SAMPERIT SUSU

Bahan:

  • 1 cawan susu pekat (manis bagi kakakecik)
  • 250gm butter
  • 550gm tepung jagung

Cara:

  1. Sebati kan susu pekat dan butter. Kakakecik tak pukul pun just gaul2 dengan jejari yang comel nie…Kalau nak pukul tu jangan pukul sampai kembang atau putih gebu ye.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Ikut lembut kalau ikutkan resepi asal 600gm tapi bagi kakakecik 550gm tu dah molek tak de la terlalu keras.
  3. Untuk jadikan tone color macam kakakecik tu, bahagikan adunan kepada dua..warnakan ikut warna apa yang nak
  4. Masukkan kedua warna dalam acuan bekas samperit. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan. (bakar api bawah sahaja

Tips yang kakakecik dapat daripada pembacaan komen2 di group RR :

**Untuk dapatkan hasil kelopak yang cantik dan tak jatuh masa bakar tu, kita biarkan dulu adunan yang telah dipaip dalam 15-30minit sebelum bakar.

** bakar dengan api bawah sahaja

9 comments:

Lydia Miza said... [Reply]

Hihi samalah. Sy punya pun warna ni

Unknown said... [Reply]

saya buat warna merah dan hijau..punya la sakit tangan nak tekan acuan tu..sampai simpan setengah sambung buat esoknya..hheheh sedap2 memang sedap..

Chik Att said... [Reply]

lawa ... manis tak ...

aDisH.sHidA said... [Reply]

@ummi aqilah (LM) sweet je kan nampak color dia..masa raya ramai yang tanya cara nya utk dapat tone color cmtu

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Diana Rashid waaah lagi la menyerlah kalau 2 warna tu bergabung...saya nasib baik tukang tekan ada 2 orang..kakak n adik..tapi acuan ada 1 je..last2 ambik acuan piping icing hahhaa

aDisH.sHidA said... [Reply]

@Chik Att bagi shida manis skit Chik Att..ceq kurang makan manis2 nie..

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) said... [Reply]

chomell...

Anonymous said... [Reply]

tgk resipi senang, tapi bila buat kompom tak jadi - Hanie Saad

Kira Sakura said... [Reply]

samalah kak. rajin copy resepi dri RR. tapi copy jela buatnya idak pun lagi hahahahaha :p