Coretan Terbaru KakakeciK

Friday, February 19, 2016

Titie

Pagi tadi menerima perkhabaran tentang pemergian si Titie..laju je air mata ni mengalir...terkejut rakan sekursus..kakakecik terasa pemergiannya..akui memang walaupun bukan kakakecik yang jaga dan belainya tapi hati sebak terutama melihat kesakitan nazaknya tarik ekor kaki, berak tak  sedar dah sepertimana kita manusia juga.

2 minggu lepas titie tak de selera makan minum..si ibu tak pedulikan yang masih perlukan kasih sayang..Ahad   7hb adik dah bawa ke klinik haiwan yang kerajaan di Pendang..aktif sehari dua..lepas tu tak bermaya semula

Rabu 17hb, titie cirit dan muntah...So malam ni takmau tangguh2 lagi takut menyesal kemudian hari..terus membuat carian klinik haiwan di Alor Setar kat facebook.. Alhamdulillah klinik haiwan AS Ecovet Jalan Langgar buka hingga pukul 9malam..apalagi pukul 8 pecut kereta ke Alor Setar..dengan kereta tetiba signal bermasalah tapi dek kerana titie kakakecik dan adik akan berusaha sebaik mungkin...

Kami buat keputusan untuk tinggalkan titie di klinik bagi tujuan rawatan susulan dan penjagaan yang lebih sempurna dengan harapan titie cepat sembuh..doktor bagitau titie kena virus dan memang pucat muka nya....tak pe kita ikhtiar setakat yang mampu..

Tapi pagi tadi di hari jumaat hari penuh keberkatan titie pergi buat selama2nya..damai dan tenang lah titie di sana.

Untuk rawatan haiwan di klinik AS Ecovet,perlu isi borang pendaftaran dan haiwan akan ada rekod serta kad rujukan macam bila kita sakit p klinik macam tu jugak la..rm15 sehari untuk kos penjagaan

Monday, February 15, 2016

Shopping di LAZADA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Selepas lunch.eh selepas lunch hour tapi diri sendiri tak lunch pun tadi, kakakecik jamu mata je tak jamu perut pun..hahaha..sebab pe kakakecik kata jamu mata sebab dok tengok barang2 yang dok idam2 selama ni di Lazada dan Go Shop.. 

Memang nak sesangat dah barang tu sejak tahun lepas..so tadi dah ternampak TRIO Steamer di Lazada agak murah berbanding di Go Shop, apa lagi terus la nak membeli. Time nak beli dah klik itu ini keliru plak nak pilih yang dijual dan diurus sendiri oleh Lazada atau dari Seller. Kalau dari Seller harga RM214 tak ada caj penghantaran dan barang dijangka akan dapat pada 19-22hb, yang LAZADA plak harga RM214.90 dan ada caj penghantaran, barang dijangka sampai awal sehari dari seller, dan katanya boleh COD huhuhu.


Mau tak mau terpaksa post di FB tanya rakan2 yang mana biasa beli di Lazada..Alhamdulillah dengan bantuan pendapat dan pandangan depa, kakakecik pun beli la Trio Steamer yang seller jual sebab harga lebih murah banding yang diurus jual oleh Lazada dan yang Lazada tu pun sebenarnya tak boleh COD di kawasan kakakecik..kena bayar online banking juga..Kita kena la harus bijak memilih dan pandai membeli kan..Kena jimat...takpe la memana pun janji barang tu sampai nanti untuk dijadikan koleksi Kekda Kitchen..hehehe..


So sesapa yang nak beli tu boleh la ke LAZADA sementara dok murah tu.


psst : duit BR1M cepat la masuk nak cover balik duit bayar steamer tadi

Thursday, January 28, 2016

Setahun yang Lalu

28 Januari 2015

Buat pertama kali nya, terpaksa dipaksa paksa rela menggunakan inhaler kerana selalu sangat athma 



Selama ini selalu elak bila di tanya oleh doktor nak guna inhaler tak...cepat-cepat tak nak sebab klinik / hospital swasta..tapi bila di klinik / hospital kerajaan mau tak mau kena juga ambik inhaler..bukan untuk sesapa tapi untuk diri sendiri la..kalau jadi tengah malam tak perlu terkejar2 atau tunggu cerah bagi nak ke hospital..



Alhamdulillah sepanjang setahun kakakecik dibekalkan inhaler ni, baru masuk yang ke3...tak de la teruk sangat kan athma ku..kihkih...namun, wat masa sekarang kakakecik tengah amalkan minum cuka kurma (dah masuk botol kedua yang 1liter sebelum ni 500ml je) setiap pagi dan malam..semoga dengan ini athma dan kesihatan diri ini bertambah baik hendakNya...in sha Allah...