Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label kek lapis sarawak. Show all posts
Showing posts with label kek lapis sarawak. Show all posts

Monday, February 18, 2013

Jom Memasak : Kek Lapis MPP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Cuti Tahun Baru Cina minggu lepas..kakakecik terpaksa melapis kerana menerima tempahan daripada mertua abang untuk menjadi kek lapis sebagai salah satu hantaran. So nak tak nak kena la melapis..rezeki jangan ditolak kan..dah tu dah lama tak melapis...

 

Plan awal nak buat 2 biji kek lapis..1 untuk hantaran dan 1 lagi untuk makan2 kami sekeluarga serta untuk adik bawak balik ke UKM..tetapi memandangkan kudrat nie macam tak mampu nak melapis 2biji sekaligus..so buat sebiji je la...

 

Untuk kali ini kakakecik buat kek lapis Mocha Pandan Pineapple...itu yang jadi kek lapis MPP bukan MPP Majlis Perwakilan Pelajar ye..hehe...resepi asal nya daripada Dayang Jack...kebetulan Sunah pun pernah wat kek lapis mocha pandan nie utk kak Lydia Miza nya..teringin jugak la kakakecik nak cuba melapis kek ini..

Jom sama-sama kita melapis dengan menggunakan resepi ini..sedaaaaaaaaap habaq mai..


Resepi : Kek Lapis Mocha Pandan Pineapple (MPP)

diolah daripada resepi : DayangJack@Dapurku Sayang

sumber : Selera Sakura

Bahan-bahan : loyang 8" x 8"

  • 10 biji telur gred A
  • 500 g mentega berkualiti tinggi
  • 300 g tepung hongkong (diayak)
  • 150 g gula kastor
  • 100 g serbuk horlicks
  • 150 g serikaya
  • 300 g susu pekat manis
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen pineapple
  • 1 sudu besar pandan paste
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 mocha paste(dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen pineapple, satu bahagian lagi diberi pes pandan dan satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan mocha.
  7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan coklat terlebih dahulu (anggaran 6 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing).
  8. Setelah habis lapisan coklat, tuangkan pula adunan hijau dan bakarlah lapis demi lapis hingga habis. Dan diikuti pula dengan lapisan kosong. Ulangi proses hingga habis.
  9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

 

Cara-cara menyimpan kek :

  • Alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA :

  • Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
  • Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat).
  • Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua.
  • Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" atau 10" x 10" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
  • Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. 
  • Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.

Adik kata kalau ada warna merah lagi cantik...adik ikutkan tu kak dah ambik resepi kek lapis yang 4 rasa tapi saja malas nak basuh bekas yang banyak hahha..boleh tak kasi alasan macam tu..nanti kita wat kek lapis lampu isyarat je la ye...

 

Kek Lapis MPP sipa dijadikan hantaran....opss sekali bila dapat beg doorgift ada kepingan kek lapis MPP nie...adakah family mertua abang teringin nak makan..dorang potong dan tak jadikan 1 biji nie sebagai hantaran..susun susun kepingan aje..kenapa kakakecik kata begini..sebab masa adik ipar abang datang ambik kesemua hantaran..abir kata sedap nya..ingat nak suruh kak shida buat jugak utk dijadikan hantaran daripada pihak perempuan kepada mereka (pihak lelaki)..macam tu boleh ye...

 

psst: sepanjang kakakecik melapis tetamu daripada KL menenami sehingga jam 1 pagi..kecian jugak dorang tak dapat makan kek lapis nie..hanya dapat merasa beberapa keping sahaja tu pun lebihan tepi yang dipotong

Monday, August 27, 2012

AidilFitri #2 : Kek Lapis Prune

Assalamualaikum dan Salam Lebaran

ainur sorfina

 

Sudah menjadi kewajipan untuk kakakecik melapis sejak2 boleh melapis raya tahun lepas..rasa nya macam x sempurna kalau tak melapis..untuk raya tahun nie 4 biji kek lapis kakakecik buat…4-4 biji dalam masa 1 hari..2 biji waktu siang dan 2 biji waktu malam..kalau sebelum nie buat sensorang, tapi tahun nie kerahkan adik untuk sama-sama melapis..evergreen memang kakakecik suruh dia melapis sendiri..sebab tu kek lapis kesukaan dia..vanilla coklat pun adik yang melapis..kakakecik melapis pandan choco berry dan prune je..senang dan mudah kerja..jimat masa kan..

  kek lapis

Tapi kakakecik nak share kek lapis prune je..kek lapis yang lain tu dah banyak kali buat..so korang boleh la cari label kek lapis untuk resepi nya ye..kakakecik pun x sempat nak merasa sangat keempat-empat kek lapis nie..terutama kek lapis prune..huhu.dah habis kira sedap la kan..saja tahun nie nak buat kek lapis prune sebab ada buah prune yang Puan Nuraini bagi kat adik masa melawat adik di hospital ada lagi..x baik membazir kan..

 

kek lapis prune

Jom kita semak resepi kek lapis prune..resepi nie kakakecik dapat kat MyResepi..

Resepi : Kek Lapis Prune

Sumber : MyResepi

Bahan-bahan ( 1 biji loyang 8''x8'' )

  • 10 biji telur gred A (asingkan telur kuning dan telur putih)
  • 450gm butter
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 180gm tepung hongkong
  • 220gm gula kastor
  • pewarna kuning
  • pitted prune (slice)
  • 50gm horlicks (kakakecik tambah sendiri)

Cara-cara

  1. Pukul butter n susu pekat, ketepikan (A)
  2. Pukul kuning telur, telur penuh n gula (B)
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam B. (C)
  4. Campurkan adunan A dengan adunan C, pukul hingga sebati. masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
  5. masukkan 5 sudu adunan ke dalam loyang dan susun/tabur prune mengikut citarasa dan bakar menggunakan api atas bawah hingga keperangan, anggaran dalam 5-10 minit.
  6. Lapisan kedua dan seterusnya masukkan 5 sudu dan bakar menggunakan api atas sahaja.

**Prune diletak selang seli supaya tidak terlalu 'crowded'

Selamat mencuba

 

pssst : dapat berkongsi kek lapis nie dengan orang lain..puas hati beri dengan hasil air tangan sendiri

Monday, March 5, 2012

Jom Memasak : Kek Lapis Vanilla Coklat Berlapis-lapis2 COKLAT nya

 

Assalamualaikum…melapis dah menjadi rutin bulanan bagi kakakecik…kalau dulu sekali buat 1 adunan utk loyang 8 x 8 tapi sekarang nie dah makin mantop sekali buat 2 adunan sekali gus…20 biji telur, 1 kg butter, 2 tin susu pekat semua nya sekali adun….tapi part yang tak best nya mixer kat umah tu x boleh muat utk 2 adunan…tapi kakakecik nie hati waja bantai je buat dalam mixer tu…bila sampai part nak masukkan tepung kakakecik tukar ke bekas lain yang lebih besar dan guna mixer yang biasa punya..pegang sendiri…janji masa nak bagi butter n telur kembang tu kakakecik tak perlu tunggu n pegang mixer….boleh la buat kerja lain kan…

 

Sebenarnya kakakecik buat kek lapis vanilla coklat nie utk bawak ke event KBU..BBQ @Titi Hayun n Tawan Gunung Jerai… 1 biji memang khas utk KBU dan 1 biji lagi semestinya utk makan2 di rumah la…tapi malam tadi kakakecik hantar sedikit kepada Pejabat Giatmara Negeri Kedah…macam biasa la kan kakakecik masih setia menggunakan adunan yang telah kakakecik jatuh cinta sejak kali pertama menyentuh nya…adunan kek lapis pandan choco berry by Sunah Sakura (sampaikan mak masa makan kek lapis vanilla coklat masih lagi dok kata mak suka kek lapis yang ada wana hijau, merah,kuning tu…huhuhu sah2 la pandan choco berry….mak adunan nya sama je…just rasa je lain….dah tu mak kata x bau rasa horlick lak hahaha…macam2 la mak nie..makan je la :P )

 

Cer tengok aisya makan okey je….aisya skrg dah suka makan kek…dan dia suka tengok kakakecik masak…harap nanti dia boleh tolong kakakecik…

DSCN8200

 

DSCN8205 Kek Lapis Vanilla Coklat utk BBQ KBU…4 x 8 jugak la muat dalam bekas nie…

 

DSCN8196Ini semestinya untuk stok makan2 di rumah…pagi tadi hanya tinggal 1 ketul yang size 2 x 4 je lagi…

 

Resepi leh semak DI SINI…tetapi untuk kali ini kakakecik ubah sedikit susunan lapisan nya….(bukan sengaja) tak sengaja nie..terlebih bahagi adunan coklat tu banding vanilla…tengah2 melapis…sambil sukat2 la adunan nie…erm cmne nie adunan coklat terlebih plak..tanya kakak, dia kata sama je adunan tu…tapi kakakecik yakin adunan coklat tu lebih…terpikir la cmne nak buat nie…kalau tak nanti membazir dan tak cukup plak ketinggian nya…so terjadi la lapisan coklat di tengah2 tu 4 lapis…tapi ok la kan…lain skit..rasa still sama lagi…apa pun kita kena berani mencuba..yakin je masa buat…

 

SELAMAT MENCUBA

 

pssst : tak perlu kata apa2…melapis je kerja kakakecik…makan kek sokmo badan pun dah rasa kembang semacam..huhu

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #30

keklapis

WORDLESS WEDNESDAY #29

IMG_2213

Jom Memasak : Kek Lapis Vanilla Coklat

 choc

 

Assalamualaikum….kek lapis Vanilla Coklat  adalah kek lapis ke-3 yang kakakecik buat utk doorgift majlis perkahwinan Eliani dan Iqbal…kek lapis nie sebenarnya jalan serentak 2 oven dengan kek lapis pandan ceri…senang jimat masa…4 jam terus dapat 2biji kek lapis 8 x 8…tunggu sekali tu je…kakakecik tak guna lagi oven besar yang kakakecik dapat tu…tatau la bila nak guna…adakah jumaat, sabtu nie….ada sahabat di Pahang tempah 2 jenis kek lapis nie…tak kan kakakecik nak pinjam oven kak ani lagi utk buat 2 biji kek lapis dlm 1 masa yang sama…nanti2 la kakakecik pikir…sebab tak biasa lagi guna oven besar tu..nak kena manja2 dulu dengan oven tu…nanti tetiba ia tidak romantik dengan kakakecik habis la 20biji telur kan

 

Jom kita semak resepi kakakecik untuk kek lapis Vanilla  Coklat nie.

 

Bahan-Bahan:

  • 500 gm mentega
  • 10 biji telur saiz besar
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar ovellette
  • 1 tin susu pekat manis
  • 260 gm tepung Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 4 sudu chocolate emulco
  • 1 sudu serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu esen vanilla

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih menggunakan kelajuan maksimum
  2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  3. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, pukul dengan speed perlahan.
  4. Masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu adunan lagi masukkan chocolate emulco dan serbuk koko yang telah dibancuh.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama – plain…bakar menggunakan api atas bawah.
  8. Lapisan kedua…coklat, bakar menggunakan lapisan atas sahaja.
  9. Ulangi proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

Selamat Mencuba..

 

pssst : 2 biji kakakecik buat kek lapis  Vanilla Coklat  nie..1 biji utk dijadikan doorgift dan 1biji lagi untuk makan-makan..yang utk makan-makan nie dalam adunan plain kakakecik masukkan sedikit jem strawberry…saja nak bikin kelainan.

Monday, January 9, 2012

Jom Memasak : Kek Lapis Pandan Ceri

pandan ceri 

Assalamualaikum…di entry jom memasak kali ini kakakecik nak share resepi kek lapis pandan ceri yang dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan eliani pada sabtu 31hb disember lalu…sebenarnya 3 jenis kek lapis kakakecik buat untuk dijadikan doorgift…pandan ceri adalah salah satu daripada nya…seperti kek lapis blue berry jugak..kakakecik masih mengekalkan adunan asas kek lapis (pada pemikiran kakakecik la) yang menggunakan 10biji telur gred A, 500gm, mentega, 260gm tepung hongkong, 100gm horlicks, 1 tin kecil susu pekat, 150gm gula halus dan 1 sudu ovellate.

Jom kita semak resepi kek lapis pandan ceri yang kakakecik buat baru2 nie…

Bahan-Bahan:

  • 500 gm mentega
  • 10 biji telur saiz besar (gred A)
  • 150 gm gula
  • 1 sudu besar ovellette
  • 1 tin susu pekat manis
  • 260 gm tepung Hong Kong
  • 100 gm horlicks
  • 4 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • ceri yang telah dipotong dadu secukupnya

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh pewarna hijau dan pes pandan
  5. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  6. Lapisan pertama – plain…bakar menggunakan api atas bawah…Lapisan kedua…tabur ceri yang telah dipotong dadu…dan masukkan adunan plain. Bakar menggunakan lapisan atas sahaja.Antara kedua-dua lapisan plain akan diletakkan ceri…pandan
  7. Lapisan ketiga dan keempat..Hijau…
  8. Ulangi proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

 

pssst : sori baru dpat update entry…byk sangat benda berlaku di awal tahun 2012

Thursday, December 29, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Blueberry

Assalamuaikum dan selamat hujung tahun…

2-3 malam lepas kakakecik melapis untuk dijadikan doorgift VIP kenduri sepupu Sabtu penghujung tahun 2011…bluberry paste masih lagi banyak..so dengan menggunakan adunan asas untuk kek lapis dan dikurang ditambah mandai kakakecik..so jadi la kek lapis bluberry…

bluberry

Bahan-bahan yang digunakan :

500 gm mentega

100 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

50 gm jem buah-buahan (kakakecik guna jem strawberry…yang nie yang ada pun…kalau ada jem blueberry TERBAIK)

3-4 sudu teh paste blueberry

2 sudu teh pewarna purple

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.

  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.

  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung  serta jem lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.

  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan kosong..plain dan 1 bahagian lagi masukkan blueberry paste.

  5. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)

  6. Lapisan pertama plain..lapisan kedua purple danulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.

  7. Selamat Mencuba

 

bb

 

pssst : kakakecik guna mixer baru..best…laju je dia pukul…jimat masa…

Wednesday, November 30, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis D’Kapit

Assalamualaikum…melapis lagi…boleh dikatakan setiap minggu shida akan melapis…dah gila melapis shida sekarang nie…jumaat lepas shida melapis lagi…sebenarnya shida tatau nak letak nama apa kek lapis ini…shida reka-reka lapis belang mcm nie..ala-ala macam Sunah melapis kek lapis tembikai susuKek lapis D’Kapit terlintas di benak fikiran shida semasa tengah asyik melapis dan kebetulan masa shida tanya di Fb tadi, Aima syorkan nama ini jugak…reason kami sama…sebab perasa coklat kapit susunan lapisan pink(strawberry) dan cream (orange)…apa pun alasan yang lebih untuk mengukuhkan kek lapis ini kek lapis sarawak…ada nama KAPIT kan di Sarawak….hehehe..

 

Shida masih lagi menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry sebagai asasnya..adunan kek lapis ini telah menjadi kegemaran kami sekeluarga kecuali 2 orang kakak iparku….kakak-kakak ipar shida suka kek lapis batik kenyalang

 

kek lapis 

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar chocolate emulco

2 sudu teh paste coklat

2 sudu besar Strawberry Emulco

2 sudu teh pewarna pink

2 sudu besar paste orange

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 6 senduk diletakkan paste coklat dan chocolate emulco..2 bahagian lagi orange dan strawberry paste.
  5. Masukkan warna plain dan merah pink ke dalam botol sos yang berasingan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Guna api atas bawah untuk lapisan pertama..dan bagi lapisan berikutnya api atas sahaja)
  7. Lapisan pertama hingga ke tiga –coklat..setiap lapisan 2 senduk.
  8. Kemudian pancitkan warna plain dan merah jambu berselang-seli dan bakar hingga masak..(sila rujuk di sini tekniknya)
  9. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  10. Untuk 3 lapisan terakhir ulangi LANGKAH 7
  11. Selamat Mencuba

 

psttt : Ibu Mengandung yang tengah sarat pun melapis jugak la…..

Wordless Wednesday #22 : Kek Lapis Ibu Mengandung

kek lapis ibu

Sunday, November 20, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis BerSisik Versi Derhaka

Assalamualaikum dan selamat tengahari bertemu lagi kita di tarikh yang cantik susunan nombor nya 20.11.2011… sempena tarikh yang cantik ini shida nak kongsi resepi kek lapis bersisik versi derhaka yang shida buat ari jumaat yang lepas..Kek lapis bersisik…jangan terkejut ye kalau korang semua tak biasa dengar nama kek lapis ini…mungkin korang biasa dengar Kek Lapis Sisik Ikan..mcm yang Ha Sue buat..tetapi shida pandai-pandai letak nama sendiri…KEK LAPIS BERSISIK…disebabkan derhaka yang amat terlampau..dah le tak guna adunan asal…pastu wrna warni ala-ala ikan emas plak…rosak resepi kek lapis sarawak bila orang kedah “terlebih” pandai buat kek lapis…

 

Actually shida menggunakan adunan kek lapis pandan choco berry..dan menggabungkan teknik susunan sisik ikan..itu yang tukar nama sedikit..tak kisah janji sedap kan… Resepi asal kek lapis sisik ikan Ha Sue ----> KLIK DI SINI (shida tak guna adunan ini disebabkan letak kaya..mak tak berapa suka, mak lebih suka adunan pandan choco berry)

sisik ikan derhaka

 

RESEPI KEK LAPIS BERSISIK VERSI DERHAKA

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

1 sudu teh strawberry emulco, paste rose, essen strawberry

1 sudu teh paste pandan, 1 sudu teh pewarna hijau

Kepingan Asam Manis

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu  dibubuh strawberry emulco, paste rose & esen strawbery dan yang akhir dibubuh pewarna hijau & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, sebanyak 3 lapisan..setiap lapisan 2 senduk..pada lapisan ke dua cucuk2 dan susun kepingan asam manis. (cer tengok betapa buruk nya shida cucuk susun kepingan asam manis…jangan tiru cara ini ok) sisik
  8. Ulangi langkah 7 untuk warna hijau dan merah
  9. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan, sila tukar guna gunakan api bawah dalam 10 minit

SELAMAT MENCUBA…

 

TIPS : untuk menampak kan kepingan asam manis bercorak kena potong lawan arus susunan kepingan asam tersebut…

 

psssst : jika korang perasan untuk lapisan wana merah (strawberry) kepingan asam manis dah xde… "darling”, kak ja  dok pulun makan…elok mak nak makan shida larang suruh makan kepingan 4 segi yang besar….sekali…kak ja kata dah habis…demmmn tak cukup untuk lapisan terakhir..hahahahaha..satu lagi baru shida tau tepung hong kong cepat rosak dan perlu di simpan dalam peti ais..(patut CMG nya peti ais penuh mcm peti ais TESCO hehehehe)

Sunday, November 13, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Evergreen

Assalamualaikum…

Evergreen…bukan kontena yang korang nampak di jalan keretapi atau di penang port…walaupun sekali tengok warnanya sama..sebab ada perkataan GREEN tak kan warna MERAH plak kan….EVERGREEN yang shida maksudnya di entry ini adalah kek lapis evergreen…shida mencuba untuk melapis evergreen pada hari jumaat 2 minggu lepas (nampak sangat entry basi) sebelum hari raya aidiladha…shida buat pun setengah adunan…dah tu guna lak tepung gandum…(nak tau apa beza nya guna tepung gandum dan tepung hongkong) jawapan bernas (BUKAN KILANG BERNAS) punya…padahal tepung hongkong tak cukup…

Sebelum nie shda dah pernah makan kek lapis evergreen yang Sunah berikan…dan dah ambil resepi nya untuk buat hari raya aidilfitri yang lalu…memandangkan telur yang banyak perlu guna pakai….shida KIV…sehingga la masa shida jalan-jalan jumpa resepi Kek Lapis Evergreen kat blog HaSue..shida memberanikan diri untuk melapis Evergreen Derhaka..Jom tengok resepi yang dikongsi bersama oleh HaSue

evergreen

Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara Membuatnya:

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

HaSue jugak ada bagi untuk setengah adunan punya…lagi senang la kan kerja shida…

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara menyimpan kek jugak HaSue kongsi dengan kita semua memang terbaik la kan, apa yang perlu kita buat…alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

 

pssst : cuba korang tengok kek lapis evergreen shida dengan yang HaSue dan Sunah…beza kan? tekstur kek lapisnya..kalau guna tepung hongkong lebih lembut dan bila guna tepung gandum nie nampak padat..tapi family shida makan je…sedap jugak kata dorang…alhamdulillah….

Wednesday, November 9, 2011

Jom Memasak : Kek Lapis Batik Kenyalang

Assalamualaikum….masih lagi dalam mood jalan-jalan ke Bumi Kenyalang…terutama nya sebelum menjelang aidiladha yang lalu…singgah saja ke mana saja yang menyajikan kek lapis…beraneka kek lapis shida ambil…salah satu nya adalah Kek Lapis Batik Kenyalang yang shida jumpa di blog DayangJack…tetapi shida tak paham teknik nya…so shida pergi la ke blog Bro Rozzan…..oooh baru la shida paham bila BR tunjuk teknik nya.…shida tertarik dengan teknik lapisannya yang menyerong…sebelum ini shida pernah dapat cabaran daripada abg ipar dan sepupu untuk buat kek lapis menegak..tak mau lapisan nya sama sahaja macam sebelum-sebelum ini….bila jumpa kek lapis batik kenyalang ini terus shida cuba nak membuatnya…

batik knyalang

Jom kita semak resepi Batik Kenyalang yang shida dapat dari blog Bro ROzzan


Bahan-Bahan
500 gm mentega
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (shida gunakan jem strawberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna purple
1 sudu kecil pewarna biru
1 sudu kecil pewarna pink


Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
  2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
  3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
  4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
  5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. (SHIDA HANYA ASINGKAN 8 SENDUK SAHAJA sebab buat 2 lapisan sahaja untuk atas bawah)..
  6. Yang selebihnya, shida bahagikan kpd 3 bahagian- pink, biru dan purple.
  7. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 8” x 8" yg telah dialas kertas dan digris. Bakar sehingga 2 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
  8. Masukkan adunan pink, biru & purple ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan pink berselang-seli dgn purple dan biru sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
  9. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi dan tekan2kan agar ianya rata semula.
  10. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai
  11. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 4 senduk tadi utk membuat 2 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.

Selamat Mencuba..

 

psst : shida tak berapa gemar kek lapis batik kenyalang ini sebab dia rasa lemak2 begitu..macam kuat je bau susu nya…shida kan tak makan susu..tapi kak ipar dan 2-3 orang sepupu shida suka…alhamdulillah…erm…tak nampak sangat kan selang seli susunan nya sebab shida potong tak berapa nak kena…1st time buat kata kan…..

Jom Memasak : Kek Lapis Pandan Choco Berry

Assalamualaikum…

Alamak baru shida perasan yang 3 entry berturut-turut Wordless Wednesday…tak nak la jamu pembaca dengan wordless wednesday je…meh sini shida nak kongsi resepi kek lapis pandan choco berry yang shida buat sehari sebelum aidiladha baru-baru ini…sekarang family shida semua nya dah suka kek lapis…dah tak pandang lagi kek coklat….sabo je la….sabo nak melapis la…..sebelum nie shida hanya buat kek lapis choco berry…untuk aidiladha nie shida wat 3 jenis kek lapis…apa pun jom kita semak dulu resepi kek lapis pandan choco berry yang shida ambil dari Selera Sakura

kek lapis

Bahan-Bahan:

500 gm mentega

150 gm gula

1 sudu besar ovellette

10 biji telur saiz besar

1 tin susu pekat manis

260 gm tepung Hong Kong

100 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco ( shida guna paste sahaja….emulco habis )

1 sudu teh pewarna coklat (tak guna ni, sebab takde kat rumah)

50 gm jem strawberry (shida letak walau ada jem…guna esen strawbery je)

1 sudu teh pewarna merah (takde gak..hahaha…shida Strawberry Emulco )

50 gm seri kaya

1/2 sudu teh pes pandan

1 sudu teh pewarna hijau (tak de..hehe)

 

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  5. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, coklat paste, satu lagi dibubuh strawberry emulco & esen strawbery dan yang akhir dibubuh seri kaya & paste pandan.
  6. Dengan menggunakan loyang 8" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar.
  7. Lapisan pertama -plain, kedua -pandan, ketiga -coklat dan yang akhir merah.Akan jadi la…Pandan Choco Berry…Setiap lapisan shida guna 2 senduk.Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  8. Bakar api atas sahaja…untuk yang lapisan  terakhir…apabila dah keperangan…gunakan api bawah dalam 10 minit

Selamat Mencuba

Tuesday, September 13, 2011

Jom Memasak : Saya Gila Melapis…

Assalamualaikum…

Mesti ada yang perasan Shida pernah wat kek lapis dan menangis kerana kek lapis…shida tak salahkan Sunah…tetapi shida berterima kasih kepada Sunah kerana beliau yang menyebab kan shida GILA MELAPIS…Baru-baru ini shida ada buat kek lapis choco chip untuk bagi adik beradik KBU yang berkumpul di CKT Permatang Pauh merasai kek lapis kakakecik mereka buat…untuk kali ini sehabis2nya shida derhaka…shida hanya wat setengah adunan…jom semak resepi derhaka shida daripada resepi asalnya


Bahan-Bahan:

250 gm mentega

75gm gula

1/2 sudu besar ovellette

5 biji telur saiz besar

1/2 tin susu pekat manis

130 gm tepung Hong Kong

50 gm horlicks

2 sudu besar serbuk koko (dibancuh dgn 2-3 sudu besar air panas)

1 sudu besar chocolate emulco (saya guna perisa coklat je)

coklat chip

Cara-cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang dan putih. Masukkan telur sebiji-sebiji dan terus pukul.
  2. Masukkan pula susu pekat manis dan ovellate, lalu dipukul dengan speed perlahan.
  3. Seterusnya, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul terus dengan kelajuan yang rendah sehingga menjadi adunan yang licin dan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain, satu dibubuh koko, choc emulco
  5. Dengan menggunakan loyang 4" x 8" yg telah dialas kertas dan digris, mulalah proses membakar. Lapisan pertama : plain (tabur coklat chip) dan lapisan kedua : coklat 
  6. Ulangilah proses membakar ini sehingga selesai kesemua adunan.
  7. Setiap lapisan shida menggunakan 2 senduk kecil kerana untuk menampakkan coklat chip. kalau x percaya jom tengok gambo di bawah

chocochip

** MAAF KUALITI GAMBAR KURANG MEMUASKAN..GUNA HP..KAMERA DAH ROSAK**

Wednesday, September 7, 2011

Menangis Kerana Kek Lapis…

Assalamualaikum….

Kerana kek lapis shida mengamuk di malam raya ketiga…dah la mengamuk di rumah..mau tau mengamuk…balik je dari beraya di rumah sahabat time belajar dlu di taman mahsuri, bdr darulaman….terus terjah peti ais…buka2 je…dah tak nampak kek lapis yang shida buat sendiri dan yang shida beli dengan sunah…tanya mak…mana habis kek lapis nie…mak gtau td kakak ada jamu ipar dia….tu diaaaaaaaaaa eh x kan habis semua tu dia jamu..mak suruh pergi cari kat ruang tamu mana tau masih ada baki nya…shida pun dengan sebal pergi la ke ruang tamu…tetapi alangkah kecewa nya…kat 2-2 meja yang hidang biskut raya tak ada pun sekeping kek lapis..yang ada kek coklat sahaja…

Terus masuk bilik…kol adik blogger si wany..…shida tak de niat pun nak nangis masa kol tu…just kol nak gtau yang kek lapis dah habis…tetiba terus sebak…setelah pikir shida hanya makan sekeping dua…pastu egtkan nak jamu dek nasz dan aima yang akan datang beraya pada hari ke-3 keesokan harinya…tetapi bila shida gtau kek lapis habis di rumah terus mengalir laju je air mata ini….wany siap pujuk lagi…xpe esok wany bawak….masa tu terharu sangat2…dah boleh senyum….melawak…

Tapi..senyum itu tak lama…bila ady ambil telefon dari wany….kes shida tuntut kek lapis oreo…ady plak tanya..kenapa sedih je nie…uwaaaaaaaaaaa..shida nangis sekali lagi….tak malu nya shida….arghhhhhhhhhhh tak kisah la…sebelum2 nie pun shida dah biasa nangis..dorang dah tahu yang kakakecik depa nie sensitif….

kek lapis 

Keesokan harinya…raya ke3 wany datang beraya di rumah..bawak kek lapis pandan choc berry..bukan sepotong 2 tapi setengah dari yang dia beli dengan Sunah….shida potong skit utk simpan bagi aima dan dek nasz…tetapi wany nie betul2 baik hati dia bagi je semua kek lapis tu kat shida….sayaaaaaaaaaang wany ketat2…insyaAllah nanti kak buat kek lapis kak bagi wany ye….

Thanks wany….

 

pssst : bukan sahaja kol wany..tp sms sunah jugak melaporkan kejadian ini…huhu

Kek Lapis Coklat Chip Derhaka

KEK LAPIS

Ya Allah macam shida tak percaya tahun ni shida buat kek lapis bukan kek gulung yer..ini kek lapis yang kena melapis setiap lapisan tu…ini pun sebab teringin sangat2 nak mencuba buat kek lapis..memandangkan Sunah dan cmg Adnan Ibrahim mencabar untuk orang kedah buat kek lapis resepi orang sarawak…so shida rasa cabaran dorang berdua nie sebagai semangat untuk shida membuat kek lapis sarawak…tetapi shida hampir putus asa bila fikir barang-barang yang diperlukan tak ada..egatkan kat pendang tak de jual barang2 bahan kuih raya…sekali ada jiran bagitau kedai MADA hadapan Pejabat MADA Pendang ada jual barang keperluan…pagi khamis shida terjah kedai tersebut…beli la segala bahan untuk membuat kek lapis..

Resepi asal kek lapis coklat chip nie adalah resepi kek lapis pandan choc berry..tetapi shida tak de loyang 8 x 8…so shida buat 2 versi kek lapis menggunakan loyang 4 x 8…1 adunan…leh dapat 2 kek lapis…kek lapis strawberry tapi itu tidak menjadi sangat lapisan nya sebab guna oven yang tak boleh set api atas bawah….hanya kek lapis coklat chip ini sahaja yang ok bagi shida…hahahahaha…dah le sambil melapis boleh dok sms tanya sifu kek lapis..thanks sunah…

 

psssssssst : ada cerita yang lucu bagi dorang tapi sedih bagi shida..berkenaan kek lapis

Thursday, August 4, 2011

Acik Fidah Pun Baca Sunah Suka Sakura

 

Assalamualaikum….

Tiada ku duga sedara ku tertarik dengan entry Sunah Suka Sakura dot com….memang tak disangka dek akal fikiran nie Acik Fidah yang menetap di JB baca entry Sunah….agak2 korang entry mana yang membuatkan Acik Fidah tertarik dan siap post kat wall FB nya…

Ayat di wall Acik Fidah berbunyi macam nie :

Noor Afidah Abdullah  : Saya bukan penggemar kek lapis sarawak TETAPI tertarik untuk berkongsi maklumat....

acik pida

Alhmdulillah acik fidah suka dan tertarik untuk berkongsi maklumat tentang ini dan yang paling PENTING entry dari adikecik kakakecik yang comey itu….

acik

psssssssssssst : Sunah…teruskan penulisan mu ye adikecik…bak kata kak elly kamu…sunah kan boleh jadi duta sarawak