Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label PHS. Show all posts
Showing posts with label PHS. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Pecah Rekod Pandu Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Biasa la kalau hidup tanpa teman kan..semua benda nak kena buat sendiri. Opps bukan selalu la sebab sebelum2 nie dok wat muka mintak simpati kat Abang Mie (satu2 nya abang ipar yang ada) untuk menjadi driver. Kalau dia tak de kerja boleh la dia tunaikan permintaan adik ipar dia nie..tapi kalau ada kerja…sendiri mau pandu la shida oooi..

 Picture 053

Macam weekend lepas la..kakakecik terpaksa memberanikan diri pandu PHS ke Hospital Pulau Pinang dan ke Teluk Intan…Hospital Pulau Pinang memang kakakecik pernah pergi..tapi orang lain drive, kakakecik just penunjuk arah..Penang belah island tu biasa drive ke Bayan Lepas dan Queensbay Mall je..belah2 kanan jambatan tak pernah dok wat berani lagi..Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik melepasi semua nya..walaupun sampai ke Hospital Pulau Pinang tu bukan jalan biasa pergi…ntah di mana silap simpang nya, main baca signboard je..Tak pe janji selamat sampai hospital kan kan..

   adik

Dan untuk ke Teluk Intan memenuhi jemputan majlis kahwin adik angkat yang kahwin dengan orang sana, kakakecik sekali lagi memberanikan diri dan yakin kepada keupayaan sendiri untuk memandu ke sana, sememangnya kakakecik tak pernah drive ke sana..pernah pergi sekali je Teluk Intan tu masa zaman studi dulu..tahun 2000..itu pun pergi naik bas dari KL…so, kalau dah tatau jalan tu jangan plak memandai je pergi,tanya la pakcik google map dan sesapa yang berkenaan dah biasa di sana kan..Alhamdulillah dengan bantuan pakcik google map (kanan, kanan, kiri kiri) dan rerakan yang memberi tunjuk arah, sampai pun umah kenduri di Padang Tembak dan dapat berjumpa dengan pengantin nya…

 Picture 056

Selamat Pengantin Baru kepada Fadhilah dan Faizal..Semoga kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya..InsyaAllah.

 

 

 

pssst : kalau tak mencuba mana nak tahu boleh ke idak kan…terima kasih jugak adik yang sudi jadi driver dr Taiping-Kinding Permai, Kinding Permai - Perda…percaya la adik drive jauh utk kali ini..

Nyawa Baru PHS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

01 Julai..hari pertama selepas setengah tahun…cepat nya masa berlalu..dan pada pagi 1 Julai tadi juga kereta kakakecik tak boleh nak start, dok bunyi hon je…terus buka bonet depan..tengok bateri, memang dah syak bateri dah kong nie…selama ni dok sedap ingatkan Abang On dah tukar time kenduri Izzuan, rupa2nya aritu masa kenduri Izzuan bateri okey lagi..yang tak okey timing belt…Okey…blur sebentar sebab tak nampak kelibat ayah…dah la ujan..camne nak g kerja nie…tak kan bawak keta ayah yang panjang tu..dengan kaki tak berapa nak sampai tekan pedal kelas n minyak…

 

Eh, tak lama lepas cubaan kedua menghidupkan enjin…hon berbunyi lagi…tup2 ayah muncul..senyum…terus ayah jumper..ayah bagitau la pergi kedai sekian-sekian dan kalau boleh ayah suruh tukar ke bateri basah…Alahai ayah…anak dara ayah nie bukan rajin sangat nak kelebek check air kat bateri tu…beli yang kering dah la ye…

 

Sampai je kedai berdekatan dengan tempat kerja nie…uncle tu check dulu untuk tentusahkan samada masalah bateri or masalah lain..Okey MEMANG SAH MASALAH BATERI…so, dia tanya la nak tukar ke…Ayoooo, uncle mesti la nak tukar..dah 3 tahun 1 bulan ma…Bila tanya harga..dia bagitau nak yang elok ke yang pertengahan…kalau yang elok RM185.00…Alamak, nak yang mana nie..Biasa la apa lagi tak reti nak buat keputusan sendiri..Abang Mie la tempat untuk bertanya..Abang Mie suruh ambik yang elok..Tup2 mamat cina tu tunjuk ada 2 nak yang mana 1…jenama BK or YOKOHAMA, mesti la YOKOHAMA kan…BK tu tak pernah dengar la…

battery 

Bateri lama kalau tolak ke depa, depa ambik dengan harga RM15.00..tolak je la kan..nak simpan buat apa…jual kat keling botol pun ntah berapa je dia ambik..

bateri

Harap bateri YOKOHAMA dapat la memberi nyawa untuk PHS bernafas dengan sempurna untuk 3 tahun ini ye..sebagaimana dengan bateri yang sebelum ini..ngam ngam 3 tahun 1 bulan…

 

pssst : Alhamdulillah syukur sangat ia menjadi ketika di rumah, kalau jadi di tempat awam ntah bagaimana la gabra nya diri nie..da la weekend lepas ke Penang dan Perak…

Thursday, February 7, 2013

Memandu Sambil Menonton

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Memandu sambil menonton..ada yang pernah buat tak?

Kakakecik pernah buat..semua nya akibat terkena tempias drama bersiri 'Setia Hujung Nyawa'...Jangan tiru aksi kakakecik ini ketika korang memandu ye..membahayakan...kakakecik pun berani tak berani je ni..bukan selalu kakakecik buat keja gila macam nie...15minit je kakakecik akan menonton ketika mandu nie...Ye la kadang-kadang keja banyak tak sempat nak balik sebelum pukul 7..pukul 7 baru nak gerak balik..memang tengok dalam kereta la..


Kereta apa la ye kakakecik guna pakai nie kan...TV kat dashboard plak tu....huhu...tak de la nie guna handphone murah je...tak sampai RM200.00 tapi ada TV clear lagi utk siaran TV3...

Terima kasih abg mie belikan handphone nie..walau pun pada awal nya beli untuk ayah...thanks ayah sebab tatau guna..boleh la cheq ambik..hehehe



p/s :  harini ada chatlive dengan pelakon Setia Hujung Nyawa pukul 5-6 petang di web TV3...dan harini jugak last untuk drama nie...pagi tadi dah tgok dorang kat MHI TV3


pssst : El dan Zain bahagia akhirnya dorang dikurniakan 3 orang anak..iaitu Zaina Zain, Anuar Zain dan Maher Zain hahahaha




Wednesday, December 12, 2012

Belai Manja PHSku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Disember hampir ke pertengahan bulan bermakna tak lama lagi meningkat 1 angka usia ku..begitu jugak dengan PHS, bila usia makin meningkat nak sangat la manja2 dibelai ye tak PHS.

 phs

Akhir bulan lepas sebelum Kak Ja dan Abang Mie ke KL,Melaka dan Cameron terpaksa tukar keempat-empat tayar PHS…tukar tayar sekali dengan rim nya sekali…bape harga nya…free je rasa nya..sebab rim dan tayar tu abang mie punya..kalau nak bayar pun bayar kat dia je la..nanti2 la kira dengan dia…kalau dia kasi free lagi bagus…hehehe…bila tukar rim PHS tu ramai la yang tegur..myb nampak lain kot…

mycar

Dan hari ini..12.12.12 PHS tukar timing belt..dah xberani nak drive jauh lagi sebab sepatutnya timing belt nie kena tukar masa 100,000km…tp kakakecik nie bukan nya tau apa…bila abg mie dok tanya baru la kelam kabut…dah le skrg nie km kat PHS tu 125ribu lebih dah….terpaksa jugak la buat sebab dik ilah nak balik Perak…risau la jugak kan..dah le semua nya perempuan je nak ke Perak tu…esok or Jumaat kakakecik ke Perak..hantar Viva adik ilah dan ambik balik PHS…sambil2 tu boleh la holiday kat Perak kan…

 

 

 

Monday, October 8, 2012

PHS dan Feri

Assalamulaikum dan Selamat Petang…

DSCN9916

Ini kisah kakakecik, fienaz, PHS dan Feri Pulau Pinang…Jumaat aritu kan kami berdua terkejut tergempar pergi Pulau Pinang…alahai entry tak sat nie..xbaca pun…nah nah KLIK nie..

 

Feri..dah setahun lebih kot kakakecik tak naik..PHS pun sama dah lama x menapak kat dalam feri tu…Sebelum nak sampai terminal boleh plak silap lorong..sepatutnya kena lorong kiri…fienaz p dok lorong tengah..nak belok ke kiri naik ke atas…tak boleh walau dah bagi signal..bas dok hon dan tak bagi laluan..hampeh betul kan bas tu…bertolak ansur la skit…tak pasal2 terpaksa u-turn untuk terminal feri semula…

 

Elok dah sampai terminal…alahai banyak plak kereta nak naik feri tengahari nie…PHS di lorong kedua kiri…dalam hati dok mintak2 la dapat naik atas…2 line kanan kami ke atas…kereta line sebelah kiri dan kanan ke bawah….Agak-agak la dapat tak erk kami naik bahagian atas…

 feri

Fienaz..kita nie ke atas ke bawah ye…mintak2 la atas kan..baru best…dalam dok bajet2 tu...dup dap dup dap..sekali abang jaga line tu datang depan PHS..sambil pegang kon…kakakecik konon2 la wat tunjuk kat atas…sekali dia perasan dan dia anggukan..YEEES YESSS…senyum simpul la kakakecik dan deknasz…

IMG_7644

Sabar ye la kan kami berdua nie…apa pun happy sesangat Jumaat tu…semua nya tak dirancang..tapi kerana izin Allah akhirnya apa yang kami nak..terlaksana…

 

pssst : best tau kalau naik feri dapat lak bahagian atas…angiiin pergh..bukan lagi sepoi2 bahasa…

Thursday, September 27, 2012

Banjir oh Banjir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Semalam balik je dari kerja…memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati..ye la hujan kan..gila ke apa nak bawak laju2..sampai je kat jalan masuk kampung..tengok kiri kanan jalan..bendang semua air dah penuh…bila pandang ke depan..alamak dah banjir…boleh tahan jugak tinggi dia…kebetulan ada kereta dan motor dari arah bertentangan terpaksa la berhenti dulu…dah berhenti terus snap picture la…

DSCN9819

Amboi bukan main suka lagi bebudak kampung melepak kat dalam air banjir tu..yang muda belia ambik peluang basuh motor…arrrrh lantak ampa la aku redah je…janji kereta jangan mampus tengah2 banjir tu dah la…bukan 1 tempat je banjir..3 tempat banjir…terpaksa la redah..kecian jugak kat rumah dorang tu..sebelum nie banjir pun xde la teruk sampai masuk ke rumah..eh rumah kakakecik memang x akan kena banjir..umah atas bukit skit…so selamat la..kalau umah kakakecik banjir tenggelam satu kedah kot..hehehe..(teringat dulu2 time tadika..cikgu tadika bawak p tengok banjir..teruja sangat…padahal banjir kat jalan kg tu jugak..dah nama pun budak2 kan..)

 

Pagi tadi, ingat air dah surut..tapi masih sama..ye la malam tadi kan ujan jugak..pagi tadi pun hujan..tetapi pagi tadi memang mencabar skit la sebab bawak keta kancil..manual plak tu..dah bertahun kot tak bawak kancil ke sana ke mari…sampai kat tempat last tu ada la motor 2-3 biji..si mamat tu buat isyarat apa ntah…tak paham…sekali kakakecik redah mcm tu je..habis dorang terkena air simbahan dari kereta…oppps sori bro, kereta i manual..i tak berani nak slow..mati kat dalam air nie..ampa nak tolong ke..hhehehe..kecian pun ada..tapi masih boleh dok gelak kat depa..jahat kan…

 

pssst: Harap2 air dah surut la..sekarang pun dah panas..dah nampak sinar matahari

P/S : url blog akan bertukar ke url asal masa 1st time berblog

Tuesday, September 25, 2012

Sudah Boleh Bergerak Bebas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Yuhuuuuuuuuuuu..Kakakecik sudah boleh bergerak bebas ke mana-mana saja yang hendak pergi…tak perlu lagi risau dan takut…almaklum la lesen dah renew…dah boleh la nak merata pun janji jangan wat something yang menyalahi undang-undang dah la..xpasal2 bapaknya polisi bagi surat cinta….

DSCN9775

 

23/12/2013 – nanti sila ingatkan kakakecik ye..lesen expired….setahun lebih lagi nie..uwaaaa tarikh tu umur dah 33…dah tua…hehehe..kakakecik renew kat pejabat pos je…malas nak drive ke JPJ Alor Setar (nak mampus drive p sana dengan lesen dah expired tu, dari nak kena kuarkan RM 32 kena saman bayar RM300.00, padan muka ang)

 

pssst : pagi tadi baru teringat dengan lesen yang expired nie kakakecik 2x pergi Perak rasa nya..last 25 Ogos aritu..huhu..sabaq je la

Sunday, September 23, 2012

Lesen Memandu..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ya Allah, nasib baik sepanjang 4 bulan nie kakakecik ke sana ke mari tak de roadblock..kalau ada confirm kena SAMAN…mau nya tak lesen memandu tamat tempoh 19 Mei 2012, dan Jumaat lepas 21 Sept. 2012 baru kakakecik tahu lesen dah mati…tu pun nasib baik dok susun2 kad dalam dompet lain..(eh, kita ambil dompet mak je..masih elok.utk mak dah beli yang baru sebelum nie) kalau la tak tukar dompet tu, sampai kena saman la baru tau lesen dah expired….sabo je la kan..Pada hal sebelum nie merata kot ke Penang la, Alor Setar tu lagi la seminggu sekali ada la…huhuhu..

DSCN9698

Bila dah tau lesen expired dah tak berani la nak drive..Jumaat tu dah janji dengan Kiera dan Anith nak p umah Hanie kat Megat Dewa…waaah camne nie..kol Dek Nazs, dia plak xde kereta dari Semeling..kalau tak boleh la tumpang dia..Tapi atas hasutan Dek Nazs, kakakecik beranikan diri drive sampai Alor Setar, ikut highway..dan suruh Kiera ambik kakakecik dan Anith kat parking Tesco Star Gate…hahaa..nak drive sampai Megat Dewa tak berani la jugak…

 

Alhamdulillah sepanjang drive dengan lesen yang telah tamat tempoh nie tak kena saman..al-maklum la umur dah tua..lupa la..dok ingat roadtax je..lesen selalunya renew utk 2 tahun sekali..last year p renew setahun je….

 

pssst : lepas nie senang la ingat, exp time birthday..hahha…

Thursday, May 24, 2012

Slownya…Laju La Sikit

 

Setiap hari kakakecik drive ke tempat keje…jarak dalam 10-15km…10 minit je perjalanan kalau tak de apa2…tapi hari ni kalau x silap lebih dari spuluh minit baru sampai…hati geram memberontak je masa drive pagi tadi bila ada pemandu kereta satria yang makan angin..boleh dia bawak 30/kmj…rasa nya motor lagi laju dari satria dia…huuuuuuuuuuuuuh sabar je la..bukan nya ada kenderaan lain pun depan dia…lain la kalau ada lori tanah ke backhoe ke…lain cite…tahu la hujan malam tadi jalan x licin mana sangat pun rasa nya tapi tak payah la slow kemut kemut sangat…kita yang belakang dia terpaksa la follow je…depan kakakecik keta MYvi…asyik dok break je…kejap ke tengah skit..dia pun macam kakakecik nak potong tak boleh double line…

 

Tapi kakakecik bila nampak je peluang ada ruang untuk potong..terus bagi signal ziiiiiiiiiiaaaaaaaaaap potong 2biji sekali…Myvi n Satria…alhamdulillah selamat pun masuk lorong kembali…bila tengok je cermin pandang belakang….berderet2 kereta lain potong satria tu…dia tak pikir ke yang dia bawak slow yang teramat sangat…pikir lain orang lain yang memandu jugak…jangan anggap jalan tu kita sorang je…bukan la kata kakakecik nie kaki pecut…#Eh memang kaki pecut gak kot….sapa biasa naik kereta dengan kakakecik tahu la bape kmj kakakecik bawak PHS tu

 

pssst : macam mana la yang driver2 di kl dan bandar2 yang sibuk mesti tekanan kan…setiap ari berdepan dengan jammed…ada kawan kakakecik siap leh bfst lagi dalam kereta….hahah..jangan tertido da le yer

Thursday, April 12, 2012

10 April….Selesai Segala Urusan…

 

10 April 2012 : Selasa

Boleh dikategorikan sebagai hari yang penuh dengan urusan yang mencengkam gerakan kaki dan tangan..

Pagi-pagi selesaikan urusan di rumah…ada kerja yang perlu diselesaikan sebelum pergi kerja luar

phs

10.45pagi…memulakan kerja luar..ke Pusat Latihan KEDA..bajet sampai sana pukul 12.00 tghri..alhamdulillah kakakecik sampai sana dalam pukul 12.05tghri…hanya tersasar 5 minit…target akan bergerak dari Sik ke rumah dalam pukul 12.30 mcm tu….dipermudahkan urusan olehNya…kakakecik bergerak balik dalam lingkungan jam berkenaan…masa nie minyak tinggal 1 takat..kakakecik dok bajet boleh sampai umah la..tetapi msih lagi dalam daerah Sik..dah naik lampu minyak…aduuuuuuuuuuus..tak kan nak isi kat Jeniang jadi jauh balik nie…yakin kan diri teruskan pemanduan walau hati agak gusar…minyak habis di tengah perjalanan…dah la ikut jalan kampung..kiri kanan kebuh getah…tengahari2 mana ada orang noreh…mata tak lepas2 dari memandang batu kilometer di tepi jalan..TARGET nak isi minyak kat Caltex Kg, Baru…Alhamdulillah selamat pun sampai caltex Kg Baru..kalau ikut kan hati degil ni mau je terus balik umah..tapi degil2 takut gak..tak pasal2 nanti menyusahkan orang dan melambatkan kerja..rugi masa..masa itu emas ma..

 

Sampai rumah pukul 1.15 ptg…janji dengan mak pukul 1.30 nak gerak ke Alor Setar…sekali mak tak siap lagi…oppps Puan Nooraini ada kat umah..mak ada tetamu..ok ok xpe…boleh la kakakecik nak rehat2 (sempat ke rehat..xsempat pun hahahaha…sempat makan nasi je)

 

1.45 ptg : baru kakakecik, emak dan tok cik gerak pergi alor setar…masa dalam kampung ni kakakecik dah terlupa nak amik Kak Hah..pembantu mak yang dok wat bunga..tengok belakang..tak de kenderaan..undur kereta…masuk lorong umah dia…teruskan perjalanan…5 minit perjalanan…mak gtau dia terlupa bawak dompet dia…alahai xpe mak…x perlu pun duit tu..heehehe…x kan kakakecik nak patah balik kan….teruskan je perjalanan..dalam hati tu tau mak nak mintak kakakecik patah balik amik dompet dia….tup2 kakakecik teringat geran keta motor tak amik..ada dlm bilik atas katil…demn….memang kena patah balik la..sebab pergi Alor Setar tu salah satu tujuan nya nak renew insurans dan roadtax PHS dan RF…

 

2.45 ptg : Sampai Risda Negeri Kedah..kakakecik anta mak, kak hah, tok cik dan kak shamsiah…kakakecik selamba je turun nak ke CIMB Teluk Wanjah bangunan sebelah Risda..sekali dah pindah…alamak..kat mana lak aku nak amik duit nie..tak kan nak masuk pekan kot…risau je tak sempat dengan kaunter JPJ nie..sempat tak sempat pun sempat lagi kakakecik singgah PERKESO..bayar caruman lewat..hahahahaha..lepas selesai di Perkeso baru kakakecik pergi Kurnia…untuk renew PHS…

 

Kurnia Insurans : Akak, setahun sekali la kan kita jumpa…tegur kakakecik dengan kakak di kaunter tu…hehehe..akak sini terima cek tak.."tak terima la dik…” alamak camne nie..saya tak sure cukup ke tunai yang ada nie…akak try la check bape kena bayar..kalau bawah RM600 boleh la…nasib baik kena bayar RM 567.00 sahaja… masa nie jam dah kul 3.15 petang…tanya la kaunter JPJ tutup pukul bape..kakak tu gtau kul 4.30..sempat lagi kot…misi seterusnya mencari ATM CIMB untuk kuarkan wang bayaran insurans motor RF …TARGET ATM kawasan perindustrian Mergong…sekali dah ATM tu dah ditutup..masa nie dah buntu..nak terus ke SHahab Perdana atau patah balik ke UOB  bangunan EMUM tu…ntah apa yang rasuk kakakecik patah balik ke Bangunan EMUM…sekali kat UOB kena caj RM 4.00 mahal nya…dengan pemanduan yang agak berhemah la kan..kakakecik pergi ke Shahab…walau ATM CIMB xde..Bank Islam nya ATM ada…caj RM1.00 je..Alhamdulillah…

 


3.50ptg : Takaful Ikhlas, Tambang Badak…nasib xde orang..cepat la urusan…selesai semua urusan pukul 4 lebih  skit rasa nya…tanya lagi adik di kaunter tu JPJ tutup kul bape..dia gtau kul 4.30…sempat la kan…adik tu suggest pergi ke Pejabat Pos…alamak kena caj rm2.00 sekeping roadtax..nak masuk pekan lak..x boleh tak boleh…teruskan je macam plan asal..ke JPJ Suka Menanti…

 jpj

4.20 ptg : JPJ Kedah…Alhamdulillah…kuanter tiket masih menerima….rasa2nya kakakecik antara 10 orang terakhir…4.40ptg baru giliran kakakecik…lega rasa hati nie…selesai semua urusan kakakecik dengan JPJ, sempat jugak beramah mesra dengan kakak kaunter…suka susun atur JPJ baru ini..mesra pelanggan

 

5.00 ptg : Taman Jubli EMas…menunggu kedatangan kakak blogger..KakD…borak2 sembang sat dengan dia..tak leh lama sebab mak dah habis meeting..

  DSCN8571

 DSCN8572

Thanks KakD bagi buah tangan nie…cheq x minum g kopi2 nie…cantik la tupperware tu…hehehe

 

6.30 ptg : Tandop – ambik barang2 jahitan GiatMara Pendang…selesai sudah urusan kakakecik pada 10 April 2012.. walau agak kelam kabut..ke sana ke mari…suka alhamdulillah semua nya dipermudahkan..walaupun kadang2 terpikir jugak takut sesuatu yang tak elok akan berlaku bila kita kelam kabut kan..

 

 

pssst : esok genap la 4 tahun PHS berjasa kepada kakakecik…tqsm…

Thursday, January 19, 2012

Bila Memandu….PALING BENCI dan TIDAK SUKA….

Assalamualaikum…

Boleh dikatakan setiap hari kakakecik drive kereta begitu jugak anda semua kan…tak kira memandu kereta ke, tunggang motorsikal ke..setiap hari di antara kita akan berada di jalan raya…samada jalan raya yang lenggang atau yang sesak teruk, tempat kakakecik jarang sekali jem teruk kecuali musim raya @ ada kemalangan.

 

Tapi bila kakakecik memandu samada di jalan raya yang tenang atau di lebuhraya…ada part-part yang PALING kakakecik TIDAK SUKA, antaranya :

  • KERETA SIGNAL MERAH – macam semalam kakakecik follow VIVA Biru (geng VOC) tetiba dia bagi brek dan signal, signal nya warna merah sewarna senada dengan brek….sakit je mata kakakecik menengok…geram je..nasib kakakecik perasan signal tu..so kepada pemilik-pemilik kenderaan di luar sana…jangan la terlalu nak canggihkan lampu signal tu dari warna kuning (asal) ke warna merah….cuba la fikir pemandu kenderaan lain dibelakang kenderaan anda….kalau orang sondol kereta korang tak pasal2 je
download

 

  • LAMPU HADAPAN WARNA PUTIH – ini lagi satu yang kakakecik tak suka dan menyirap je rasa bila memandu waktu malam ada plak kereta yang lampu hadapan warna putih. kalau selisih tu ok lagi la kan sebab kejap je kita akan berhadapan dengan lampu putihnya tetapi yang dok ikut dari belakang…mau-mau lak yang dok cucuk rapat bontot…silau mata ooooo..kereta2 mewah yang terkini kebanyakkan di datangkn dgn aksesori lampu putih yang melepasi piawaian yang telak ditetapkn JPJ......tapi harap maklum bagi kereta anda bukan datang dari kilang bersama lampu putih...anda mungkin kene tahan ehehehe....tak pasal2 kena saman nanti…jangan la memandai nak tukar pasang lampu putih yer..

  images

  • IKUT RAPAT &  HIGH LAMP – keadaan nie selalu berlaku kat highway la…kakakecik paling tidak suka kalau kakakecik di lorong kanan (lorong kelajuan) memandu dengan kelajuan yang boleh dikategorikan melebihi had laju yang ditetapkan…tetiba ada kereta ikut rapat dan bagi high lamp….ambooooi ambooooooi tak tengok ke kita pun tengah laju..so paham2 la…x kan tengah2 laju tu terus nak masuk kiri yang kereta tengah berduyun tu…tang mana kakakecik nak selit…pernah kot masa kakakecik drive kat hway dr astar nak balik pendang malam time tu…ada la kereta hamba Allah mana pun tatau dah la ikut rapat dok bg lampu pastu bagi lak lampu wrna warni siap dengan siren…bongek betul la..bila kita bagi laluan usha lak kita dari tepi dan bgi lampu warna warni…hampeh punya driver la

 

  • SLOW TAPI DI LORONG KANAN - Perhatian yer pemandu-pemandu di luar sana, sini nak bagitau yang kakakecik pun tak suka bila ada pemandu-pemandu yang tidak tahu membezakan antara lorong santai (lorong perlahan) dan lorong memotong / memandu dengan laju…kakakecik selalunya kalau pergi mana2 ikut highway memang susah nak drive kat lorong kiri, sokmo di lorong kanan je la…hati membara jugak la bila kita di lorong kanan dan memandu dengan hemah ada plak kereta di depan tu yang drive sambil makan angin di lorong kanan..dah bagi lampu pun tak paham-paham dan tak reti nak tukar lorong…dah tau bawak slow tu drive la kat lorong kiri..ini tak..(pernah kakakecik terpaksa memotong ikut lorong kiri…bahaya tak bahaya dari dok sakit hati dok ikut belakang yang tak tau beza lorong kan)

 

  • PENUNGGANG MOTORSIKAL – bagi penunggang motorsikal yang suka menyelit kiri kanan tengah la dicelah celah kereta tu…haiiiii ini satu hal lagi dah lama kot hidup…huhuhu…terutama penunggang motorsikal berkuasa tinggi….suka hati dorang ye bawak dah le laju pastu kalau boleh nak je kita yang bawak kereta ni bagi laluan kat depa…opppppps sori la kakakecik tak akan bagi..hang motor..lorong motor la..yang dok lagak kat lorong kanan tu sapa suruh…

 

pssst : adakah kakakecik ni merbahaya bila memandu…

 

Tuesday, July 12, 2011

Kerana RM 2.00…Kena Saman

Assalamualaikum…

Disebabkan RM2.00 sahaja seorang blogger nie kena saman….kes apa…nanti shida bicarakan…huhuhu…sabar je la kan…kejadian ini berlaku pada jam 10.55am hari Ahad baru2 ini yang bertarikh 10 Julai 2011…lokasi di petak No 20, Taman Haminah (x pasti) Sungai Petani..yang pasti di hadapan sebuah cyber cafe….betul2 di depan pintu masuk kedai tersebut..

Malang sekali nasib blogger tersebut…baru beberapa langkah sahaja dia memasuki CC tersebut untuk melepaskan kerinduannya…tanpa dia sedari dia telah disaman oleh pihak berkuasa….

saman

Gara2 untuk online…berbekal RM2.00 dia kena saman….dah tu kalau boleh dia tak nak bayar….nak abaikan je saman tu..boleh x macam tu…(oppps sapa2 kat sini yang boleh hapuskan saman ini kan bagus)

Bos….jangan la potong gaji saya ok….tengok saya dah kena saman….alamak kantoi diri sendiri yang kena saman….saman parking…ini adalah kali ke-3 PHS kena saman parking…sabo je la……

 

psssst : nak bayar ke tak erk saman ni…kalau bayar melayang rm30.000 huuhu…kerana rm2.00 je

Monday, April 11, 2011

Muka Monyok Berubah Bila…...

Assalamualaikum…

…Bangun pagi..Gosok gigi..Cuci muka..Terus mandi..Pakai baju..Minum kopi..Keluar rumah..Hati Suka..Kereta Bersih..Siapa Cuci…

Hehehe…tukar lirik daaaaaaaaaaaaaaaa..

Pagi tadi awal2 monyok je muka…tak de mood gara2 tak de apa utk di masak sebagai bekal di tempat keja..

Shida jenis masak pagi2 buat bekal..bukan nak jimat tp nak jimat gak la..tapi senang kalau lapar time mana pun boleh makan..tak payah keluar pergi beli…

Siap2 je tadi dah kul 10…dah lewat nie nak g kerja…sekali kuar2 taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kereta

wiper di naik kan..kereta dah bersih…siapa la yang baik hati nie tolong basuh cuci kereta shida…muka yang monyok macam peot awal tadi terus senyum…dalam hati dok kata mesti ayah..sebab ayah tak leh tgok kereta kotor hahaa..anak dara dia nie nak basuh kereta..jgn harap la…patut la pagi tadi dok bising bunyi alarm kereta ngan dok buka pintu pong pang..rupa2nya ayah nak basuh kereta….syok nya….nasib baik dapat ayah yang rajin…thanks ayah…sayaaaaaaaaaaaaaaang ayah…muuuuuuuuuuah

ENTRY PILIHAN

Duhai cik dan incek anon sekalian

Perlukah cinta jika kesudahannya kesakitan??

Tuesday, May 25, 2010

AdaKaH Shida Jadi pEmanDu BErHemah


Salam All.....

Hahahha arini shida jd pemandu berhemah.....ye ke shida nie....kenapa plak kamu kata arinie kamu jadi pemandu berhemah.....Nak tau ke sebab per.....wakakka....shida memandu mengikut HAD LAJU yang ditetapkan kat hway.....110kmj....tara percaya ke....jom kita zoom kat bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
c c
betul x shda drive 110kmj jer....
pstttt.............
tp kalau tgok betul2 mcm lebih skit je 115kmj myb ler..(ala jgn gtau pak trafik or jpj tau)
plzzzzzzzzzzzzz

nie ha.....had laju yg ditetapkan...110kmj....


Tapi kan shida...kamu nie mana leh dikira pemandu yg berhemah sebab kamu tidak memakai tali pinggang keselamatan....pastu dok snap pict lak masa drive...kalau jadi apa2 masa tu camne....Ok lah....shda nak teruskan perjalanan arini ke penang...ambik adik...tatau le bapa yg shda drive jap g.....rasa nyer tak ikut had laju yg ditetapkan dah....k bye2....c u later


Saturday, August 29, 2009

LoRong Tambah Nilai TnG Sg 2.....

ini aku nak post ttg kejadian apa yg berlaku di lorong tambah nilai TnG Tol Sg 2...

ada 3biji kereta ni suka hati dorg je nak menyelit..(teksi, wira, kancil)
org lain pun beratur panjang juga, kancil depan aku bg laluan kat teksi...aku geram jugak..tp nasib baik teksi tu ke lorong tunai....kereta wira sebelah aku ni dah nak himpit..dia egt kancil depan tu nak bg la...nasib baik kancil tu tak bagi...

lori blkg aku pun dah rapat blkg aku...tak mau bg laluan kat kereta wira tu....aku siap pndg2 g driver tu...tau le dia lelaki...egt dia leh wat suka hati ke...ye le knp dia tak boleh ke ikut turn dia....kat belakang sana...aku kalau sama2 di jalan lain...tp ini di tol mmg susah la aku nak bg kerjasama..

teruk ke aku..atau pemandu kereta wira tu yg teruk....

aku masa tu ketar jugak kaki ni...takut pun ada...tp sampai bila nak bagi peluang kat pemandu camtu..kalau dia mencelah jugak myb aku tak teragak2 akan bgi hon kat dia...

tau2 kat depan sana dlm jarak 200m dr tol ada plak kereta kancil nak menyelit..ini driver dia pompuan....aku tgok dia mcm gabra skit..dlm keta plak sorg2....nasib ko la pompuan....mmg aku dan driver2 lain tak bagi...kereta wira tu tau takut masa dia himpit lori..tau pun dia elak....bila aku dah lepas tol aku tgok kancil ngan wira tu dah boleh menyelit...syabas la kat 2-org driver tu.....boleh ke ucapan tu diberikan kepada dorg ek.....tolong jawab