Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Jom jejalan. Show all posts
Showing posts with label Jom jejalan. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Satu Pusingan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Masih lagi di Perak..Kinding Permai..masing-masing bermalasan untuk masak lunch arini..pakat tido yang tinggal berjaga Aisya dan Ateh nya…Mungkin semua nya penat berjalan semalam..1 pusingan daripada Kinding Permai ke Kuala Kangsar ke GreenTown, Ipoh ke Rapat Setia dan Kinding Permai..

 

Misi jejalan tu bukan syok2 nak habiskan minyak..tapi nak beli barang. Destinasi pertama kami adalah ke Kuala Kangsar. Ikut jalan bawah je…lebih dekat rasa nya..melalui Pekan Chemor, Sg Siput dan sampai la Kuala Kangsar. Kakakecik tertido selepas Sg Siput..terjaga dah nak sampai Kuala Kangsar. Kami ke Kuala Kangsar untuk tempah doorgift dan mak nak beli pasu-pasu untuk gubahan bunga.

DSCN3246

Memula tu pergi kedai yang dekat jalan besar tu..DwiCitra Craft…tak de apa yang nak dan akak kat situ syorkan pergi WIN Kraf dekat dalam kampung sana…Dah pernah pegi pun kat WIN Kraf tu…

DSCN3252

DSCN3250

Erm, ramai plak kat WIN Kraf nie..ada 1 keluarga nie..dok pilih beli pasu2 dan labu sayong..so, kami tengok2 dulu mana yang berkenan baru deal..setelah puas hati dengan harga yang ditawarkan…tempah la untuk 100 unit..akhir Mei nanti baru ambik..Mak plak sibuk memilih pasu2 yang agak sesuai dengan harganya. 5 biji jugak la yang mak berkenan dan beli…

DSCN3253

Penuh bonet, dah la naik Viva je..tu tak pegi lagi Ipoh..nak beli doorgift lagi…Bila dah beli doorgift tu terpaksa la masuk kan pasu2 mak dalam kereta..nasib baik seat belakang hanya Dik Ilah, Aisya dan Sorfina je..

 

Ipoh….ke GreenTown untuk beli aksesori langsir kat Nagoya..bila ke GM mata nie pasti pandang je baju2 yang banyak jual kat situ…sekali ternampak long dress yang simple dan harga murah la jugak….beli la 2 helai untuk kakakecik, 1 helai untuk adik, dan mak beli jugak sehelai..

 

Dari Greentown…kami ke Rapat Setia, rumah kakak angkat yang dah 3 tahun tak jumpa..bila dah 3 tahun xpergi tu jenuh gak pusing 2-3round nak cari rumah..padahal seingat kakakecik dari jalan besar tu terus je sampai hujung jalan..umah Kak Azizah tu last sekali dan di depan umah nya loji kumbahan….tapi Dik Ilah dok kata ada belok masuk lorong..so ikut je la sebab dia selalu dok pegi…hehehe..dah 2-3x pusing x jumpa2..baru call tanya.hehehe…

 

Haaaa..kan dah betul apa yang kakakecik kata..terus je umah nya…Alhamdulillah dapat la kami bersua muka dan berborak..setelah 3 tahun xjumpa..Nak tahu kak Azizah nie anak angkat family Tok Su sejak Dik Ilah tu umur 6 tahun..sekarang Dik Ilah dah 30 tahun..lama tak hubungan kekeluargaan yang terjalin antara kami..Masih sampai sekarang kami masih berhubung..masa 1 keluarga. Ops, suami kak Azizah nie adalah senior kepada Cikgu Areef Naim..malam tadi borak dengan Abang Faiz banyak pasal blogger la…terutama kisah Cikgu Areef dan Pak Cik Mat Gebu…hehehe. Akak, sedap la ktw goreng dan dessert semalam..nak resepi

 

HAPPY BIRTHDAY kepada KAK AZIZAH, semoga akak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, hidup bahagia di sampai keluarga tersayang dan senantiasa di bawah rahmat Ilahi.

 

psst : segan nak bergambar dengan family kak Azizah dan abang Faiz..

 

(entry di taip ketika masih di perak, tapi x ok baru arini dapat post)

Monday, February 18, 2013

Seharian Bersama…Berdua Lebih Baik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ahad lepas di Tahun Baru Cina..kakakecik dapat habiskan masa seharian bersama-sama dengan nya hingga ke malam…hilang rasa rindu untuk berdua bersama-sama seperti dahulu..13 tahun yang lepas kami seperti belangkas…di mana ada dia di situ jugak ada diri kakakecik…berdua lebih baik gitu kan…

Bila dah berdua tu macam-macam la yang kami luahkan dari hati ke hati..ikutkan hati nak je bermalam di Penang tu boleh la borak sampai ke pagi..apa kan daya masing2 tak bawak persalinan…tak kan nak masuk hotel sehelai sepinggang je kan…

Hampir 12 jam jugak la kakakecik bersama dengan nya..perjalanan kami berdua bermula dengan memenuhi walimah opismate nya di Padang Serai..selepas kenduri dia bagitau teringin nak ke Queensbay, Pulau Pinang…aik tak kan tak pernah pergi lagi kot…dia kata tak pernah..so kakakecik pun bawak la dia ke sana..eh dia yang drive keta..kakakecik tunjuk jalan je…walaupun pada awal tu rasa macam nak ubah plan..riso jalan jammed..

pp
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami berdua ke pulau mutiara..lancar je takde jammed sangat pun..biasa2 aje..sampai je kat Queensbay kami terpaksa pusing 2-3 kali untuk mencari parking yang sesuai memandangkan kami berdua nak lepak2 tepi laut sambil borak makan dan menikmati keindahan alam..

qb

Nak sangat sangat bergambar kat sini..sekali lagi kami berdua membuat kerja yang mungkin jarang orang buat di situ…jalan kaki dalam keadaan panas dan berbaju kurung…ada kami kesah janji kami berdua dapat bergambar kenangan di situ dan bukti kami dah sampai Queensbay kan..

QB3 
Bebayang kami berdua…auuuuuuuuuuuuuuw…sweet sangat saat nie…selamba je kami berlaga bahu dan kepala..niat di hati nak wat bentuk LOVE tapi tak dapat….huhuhu..aippp aipp jangan wat gossip liar ye…hehe

Sebenarnya kakakecik pergi ke Queensbay nie bukan la dengan BF tapi dengan BFF kakakecik…Miss Fauziah

QB ber2
Bergambar sudah di bawah panas terik..kami berdua jalan kaki lagi ke gerai2 lori di tepi laut untuk membeli rojak dan jagung bakar sebagai kudapan kami lepak di situ..
 QB4
Kami berdua tak pandai makan jagung bakar…huhu..tapi Miss Fauziah habis jugak dimakan nya..kakakecik hanya 1/4 je makan…malam tu dan-dan kembung perut..mengeras je perut di buatnya..

all
Dari jauh kelihatan jambatan Pulau Pinang..di laut kelihatan bot kecil ke Pulau Jerejak..Di awan burung2 berterbangan dan kapal terbang terbang rendah….

QB5
Harus la ada gambar kami berdua di tepi laut…ramai jugak yang datang lepak di tepi laut di hari tersebut…kami berdua relax je dengan berbaju kurung dan long dress tenggek kat atas batu tu…sambil2 borak tak sedar dah nak senja..huhuhu..apa lagi cepat2 la ke Queensbay Mall untuk solat asar dan seterusnya maghrib….

Selepas selesai solat..jejalan dalam mall konon nak beli kasut dan handbag tapi tak de plak yang berkenan dan sesuai..masing2 balik dengan tangan kosong je..
QB6Miss Fauziah tersenyum riang dapat jugak jejak kaki ke Queensbay…

QB7
Sebelum balik bergambar kenangan CNY di Queensbay Mall..terpaksa mintak tolong amoi yang datang beraya di Queensbay Mall…gambar jauh pun tak apa la..janji ada gambar kami berdua kan..

p/s : terima kasih Miss Fauziah kerana sudi menjadi sahabat kak shida sejak dari tahun 2000 lagi…kak shida menghargai persahabatan yang terjalin antara kita berdua ini..semoga apa yang dihajati oleh kita berdua akan dipermudahkan..

Thursday, January 31, 2013

Johor Trip : Ribuan Jutaan Terima Kasih Sunah Sakura

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Jika di minggu lepas..di kala waktu ini di hari Maulidur Rasul kakakecik masih berada di rumah CMG Adnan Ibrahim...dah seminggu kan...tetapi entry trip kakakecik ke Johor masih lagi belum berakhir...dan ada yang bertanya kenapa kat entry kakakecik tak de gambar-gambar pantai makanan macam di entry Sunah Sakura ini...


Dik...akak punya belum sampai ke part itu...akak kena buat by part kalau rangkum semua dalam 1 entry jenuh kot nak membaca...hehe


Di pagi Sabtu selepas Sunah siap membuat Kek Karamel Aisyah, kami ke Taman U untuk bersarapan di Cafeteria Noor dengan blogger UTM (ini plan Sunah). Kakakecik ingat kan ManYusoef dan Nazri sahaj..tetiba ada lagi 2 blogger UPM yang turut serta..Kebetulan Raziq dan Wan XXX (kenapa Wan XXX kakakecik pun tanya la Aima...menurut Aima, dia tak kasi letak nama nya, Oh ok) datang ke Johor jugak dengan tujuan lebih kurang macam kakakecik dan Aima la melawat sahabat blogger....



Sarapan pagi kami dibelanja oleh seorang kakak yang hampir 8 tahun kakakecik tidak berjumpa..


Jangan ditanya kenapa kakakecik tiada dalam gambar ini dan di mana kakakecik menghilang?Yang pasti bukan kakakecik yang snap picture ini okey



Konon nya nak balik selepas sarapan pagi di Cafetaria Noor..tetapi setelah Sunah memujuk rayu akhirnya Kakakecik dan Aima tangguh pemulangan kami..kecian jugak dengan Sunah tak sempat untuk jejalan dengan kami...So, selepas bersarapan..kami pulang semula ke rumah sewa Sunah, selesaikan apa yang patut dan bersiap2 untuk hantar kek yang ditempah.


Tengahari kami lunch dengan restoran apa ntah area2 U Mall tu...tapi memang kena dengan selera kakakecik..habis licin makan.. Kami singgah sebentar di Benang Hijau..kakakecik dan Aima kongsi beli kain sepasang untuk membuat baju. Seterusnya kami ke Perling Mall untuk menghantar kek Karamel Aisyah dan ke Bakery Shop..temankan Sunah beli bahan kek..kakakecik nyaris2 nak beli acuan coklat dan lolypop stick...tapi dorang kata mahal..so letak balik nanti pergi survey di AS..kalau mahal di AS suruh Sunah tolong belikan di Perling..


Selesai urusan jual beli...Sunah tanya nak ke mana..alamak dik jangan la tanya...Aima dok nak p Desaru..jauh cheq oooi...tapi pantai kalau cantik memang belah2 mersing sana la..Akhirnya Sunah decide bawak kami ke KUKUP...ingatkan nak ke Pulau Kukup...sekali cebek sebab kami sampai dah petang..pukul 4.15 mcm tu...Pulau Kukup dah tutup time tu..last boat dari Pulau Kukup pun pukul 4 petang..Nak buat macam mana kan..xde rezeki kami untuk ke sana.....




Tak dapat ke Pulau Kukup kita bergambar dah le sebagai bukti dah sampai ke kawasan Kukup kan..hehehe. apa2 je la kakakecik oooi.


Dah hajat di hati nak melihat laut/pantai..kami mencari2 destinasi pantai yang terdekat..kebetulan tangan kakakecik gatal pergi ambik brochure yang terdapat di Terminal Feri Antarabangsa Kukup...so belek punya belek ternampak la Pantai Rambah...mintak la Sunah bawak kan kami ke sana..cari dari GPS xde plak Pantai Rambah...yang ada Taman Rekreasi Sg Rambah...tak pe set je la janji ada Rambah tu betul la kot...dapat jugak la kami melihat menikmati laut, sunset dan hujan tengah laut di Pantai Rambah...sambil menikmati keindahan alam makan kuaci..kakakecik memang tak pandai makan kuaci..gigit2 kulit isi nya jatuh ke bawah...so tolong pegang untuk dorang berdua je la..saya kan kakak duduk plak di tengah2..antara Aima dan Sunah






Hari semakin senja..tak elok anak dara jalan kan time2 senja nie..hehehe...Sunah terus kan pemanduan dengan Sakura Ungu ke JB..singgah di Angsana sebab Aima nak tengok2 tudung..tetapi masuk je pintu Angsana tu..terus ternampak 1 kedai nie..bukan kedai tudung tapi kedai kamera...saja la kakakecik tanyakan harga kamera nikon tu..berapa..harga yang diberikan agak berpatutan..tanya la berapa boleh kurang..dia turun RM20.00 je...Aima macam berminat jugak...so proses tawar menawarkan berjalan sehingga la persetujuan kedua-dua pihak, ops ketiga2 pihak la..kakakecik, aima dan sales man tu...harga yang diberi kurang RM110.00 jugak la...dah tu kakakecik dan aima ambik model yang sama dan color design pun sama...dah beli camera nya..mesti la nak screen protecter...dia syorkan yang mahal yang elok la..mintak kurang lagi..dia x berapa nak bagi banyak..bila bagitau nak ambik tiga..dia kira punya kira dapat la harga yang agak buat kami senyum..tapi kakakecik nie nak jugak kurang lagi...ambik mesin kira dia..campur tambah kali semua..kakakecik tolak lagi RM 10.00 genapkan RM700.00 je semua nya..untuk 2 biji camera compact nikon dan 3 keping screen protecter...lepas nie tak de lagi la camera edisi terhad tu ye CMG..hahahaha.. Dalam sekejap je dah susut RM700.00..cash xde..debit card je la..hehehe..



Dari Angsana ini, Sunah bawak kami ke Warung Pusaka Wak Radol...simpang sana sini juga la...kakakecik macam tak percaya je Sunah secekap ini memandu...dah la nak ke Warung Wak Radol tu jalan nya sempit aje...



Di Warung Pusaka Wak Radol ini paling pemes dengar2nya Satay...dan semestinya la kami makan Satay malam itu...selain satay ada jugak masakan  yang lain serta ikan bakar dan yong tau fu..Kakakecik dah lapar sangat dan bukan penggemar sate..so kakakecik pilih bihun soto..Sunah, nasi goreng cina..Aima, satay ayam 10 cucuk saya punya..padahal kami dah pesan kot 15 cucuk satay daging+ayam..campur...





Puas jugak la nak tunggu satay nie...sampai dah separuh gelas minum air dan  makan habis soto serta nasi tu pun belum tentu sampai lagi satay nya...tapi apa pun memang sedap sataynya..terutama satay daging lembut je...




Nak habiskan 25 cucuk satay tu..jenuh jugak la dok tolak hang aku...kakakecik awal2 lagi dah angkat tangan...bukan sebab nak satay tu..dah xmau..sebab kakakecik habis kuat pun sekali makan 5 cucuk satay saja...memang bukan penggemar tegar satay...walaupun begitu alhamdulillah semua habis licin..




Perut dah kenyang...terima kasih Aima belanja kami makan malam tu...



Alang2 dah lewat..kami berhenti singgah di Danga Bay untuk bawak Aima jalan-jalan di sana..kakakecik dah 2kali ke Danga Bay..jadi nya tak de la teruja sangat lagi..hehe..memula jejalan je..ambil gambar berlatarkan cruise..

Jalan punya jalan...sampai la ke pertengahan kawasan Danga Bay ada tren untuk keliling Danga Bay...kakakecik dah biasa naik dah tren ni..so nak jugak la bagi Aima dan Sunah naik...kakakecik tanya la Aima dan Sunah nak naik tak..dorang macam nak angguk tak angguk...xpe kak belanja...ye la RM5.00 je seorang..bukan selalu pun...okey apa lagi terus lompat naik tren la...





Pukul 12 lebih kot  baru la kami beredar balik dari Danga Bay...memasing dah mengantuk..sampai je umah sewa Sunah...pakat2 la merehatkan diri (sempat lagi online) dan bermalam la kami semalam lagi di Sri Putri menemani Sunah..


Esok nya...Ahad...bas pukul 8.30 pagi..8.30 pagi tu baru nak gerak keluar daripada rumah..kalau tertinggal bas...semalam lagi la stay kat johor tu...tapi kata Sunah..selalu nya waktu di tiket tu adalah waktu bertolak dari Larkin..lega rasa nya...lama jugak kami menunggu bas KBES tu...saat berpisah tu amat memilukan, nasib baik lepas salam peluk cium..terus lari2 ke bas..sebab kakakecik dan Aima je naik kat Sri Putri...Dalam bas tidoooooooooooooooooo..


Apa pun kakakecik nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada adik blogger selatan yang telah hampir atau lebih 2 tahun kakakecik mengenali..dia la insan pertama yang kakakecik kenali apabila join program2 segmen ben dahulu kala...dia la blogger pertama yang kakakecik add di FB dan YM..disangka kan dia seorang lelaki..rupa2nya beliau seorang anak gadis yang sopan dan ayu...Sunah, terima kasih kerana kamu telah bersusah payah untuk percutian akak ke Johor kali ini...walaupun kamu kerja..sanggup luangkan masa bersama2 dengan akak dan aima sepanjang 4 hari kami di sana..bahkan menyediakan tempat tido selama 2 malam..akak sangat2 terharu dan hargai pengorbanan awak..akak tahu awak penat tapi awak tetap  gagahi jugak...terima kasih Sunah...


p/s :sebahagian gambar daripada Sunah Sakura




Johor Trip : Terima Kasih Cikgu Azaref Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Trip ke Johor diteruskan jejalan dan makan di sekitar Skudai dan JB...


Petang Jumaat..seperti dijanjikan pukul 4.30 petang kami bertiga (Kakakecik, Aima dan Sunah) akan berjumpa dengan Cikgu Areef di Restoran Bibik Taman U..untuk menikmati nasi ayam penyet...Tetapi biasa la kan anak dara bersiap..pukul 5 ptg baru kami sampai sana...kecian cikgu Areef terpaksa menunggu kami lebih kurang 15 minit....Ini adalah kali kedua kakakecik dan Aima bertemu dengan cikgu Areef..segan malu ada la jugak...


Nasi Ayam Penyet Bibik...boleh la nasi dia banyak sangat...kakakecik share nasi dengan Sunah....ayam je mintak extra 1..tapi kakakecik pelik kenapa tak de tempe (walau kakakecik tak makan), tauhu goreng dan terung berlada..Opss...apa benda ye atas ayam tu...sedap sangat...kakakecik kutip sampai habis kot...


Memandangkan Sunah masuk kerja 6ptg hingga 10 malam..tugas membawa kami jejalan diserahkan kepada Cikgu Areef...Masa nak naik kereta Cikgu Areef, kakakecik dah Aima dok lawan tolak dah..sapa nak dok depan..segan kot..tak biasa sangat dengan cikgu Areef nie..kami kenal pun di Fb dan blog dok balas komen selepas jumpa di umah CMG dulu ni....bukan yang baru2 nie..biasa la Aima kuat mengelat..awal2 lagi dia dah naik dok belakang..kata nya KAKAK kena la dok depan..uwaaaaaaaaa...


Alang-alang dah dok area Skudai nak jugak la masuk UTM...kebetulan Cikgu Areef nak solat Asar..so Cikgu Areef decide pegi Masjid UTM je...Masjid UTM di tengah2 antara bangunan Perpustakaan dan Dewan Besar UTM..


Selepas menunaikan kewajipan..Cikgu Areef menanyakan kami..nak ke mana...kakakecik laju je bagitau Aima nak ke Pantai Lido..Stulang..katanya nak tengok tempat nie sebab pengaruh novel zaman sekolah dulu..zaman 90an....


Kota Singa kelihatan sangat dekat...Aima dok kata Penang pun dekat jugak...sekali dia tengok nampak trang tang tang bangunan di Kota Singa...baru tau jauh ke dekat antara johor dengan singapore..



Pantai Lido di waktu senja...dah tak ada lagi Pantai Lido..sebab dah ditambak...Cikgu Areef terpaksa berhenti kereta tepi jalan untuk bagi peluang kami menikmati keindahan Pantai Lido...(Eh, banyak plak tikus2 bermain di kaki pantai nie)


Sementara mentari belum berlabuh...cikgu Areef bawa kami ronda2 di kawasan The Zone, Stulang, Danga Bay, Zoo Negeri....lalu depan Pekan Rabu, Pasar Karat (Nak singgah dah nak maghrib..so bagi kenal tempat je la)Oppps Mentari dah berlabuh....Maghrib di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar...


Cikgu Areef nak belanja kami makan western murah kata nya di Taman Hutan Bandar...jom kita cuba..tak kisah la..time kami sampai di Taman Hutan Bandar tak ramai sangat orang..masih ada meja kosong...menurut cerita Cikgu Areef kalau pepagi kedai di bahagian atas tu jual beraneka sarapan pagi tradisi Johor...sebelum ke Hutan Bandar Cikgu Areef menunjukkan kepada kami Makam Mahmodiah rasa nya di depan rumah sewa lama nya masa praktikal di MAIJ..kakakecik tak perasan sangat sebab time tu Athirah anak sedara kol Ateh nya di mana..
.


Kalau datang Johor tak sah la kan kalau tak makan Otak-otak..yang kami makan malam tu kakakecik tak sure otak-otak kempas ke apa..tapi warna nya agak kekuningan dan tak merah macam selalu yang kakakecik makan...kuning kuning pun boleh tahan jugak rasa nya...kalau tak silap kakakecik makan 2 keping..


Ini la Chicken Chop kakakecik...RM5.00 je cikgu Areef kata...banyak keping plak tu ayam nya..makan tak habis kot...tapau bawak balik konon nak makan la..kalau x pun bagi Mulan makan..



Cikgu Areef dan Aima makan Lamb Chop..kakakecik terpaksa la ambik bau sampai tekak dah rasa lain...gatal2 je rasa badan nie...harga Lamb Chop ni kakakecik tak sure berapa...sebab cikgu Areef yang bayo kan....


Borak punya borak..tak sedar dah pukul 9 lebih...janji dengan Sunah pukul 9.30 nak pergi tempat kerja nya di U-Mall..hehehe..biasa la kalau dah borak tu mana boleh stop kan..dari awal naik kereta sampai la nak turun kereta masih lagi borak..rasa macam tak percaya plak kami bertiga boleh borak kongsi cerita itu ini sampai gelak terbahak2...Aima la yang paling banyak gelak..terutama kat part cerita Cikgu Areef yang dia takde cite dengan orang lain waima kat blog sekali pun dia tak cerita kisah nya itu..hanya kakakecik dan Aima je dapat dengar dari mulut nya sendiri..special kan kami....HEHHEHE...


Cikgu Areef, terima kasih kerana belanja makan nasi ayam dan chicken chop ye...sudi menumpangkan kami Avanza Putih yang KM nya belum sampai 20K.bawak jejalan pusing JB walaupun pokcik sendiri tak berapa tau jalan di sana..sama2 la kita baca signboard dan mencuba jalan baru...hehe...minta maaf andai ada salah silap terkasar bahasa gelak dalam kita borak2 sepanjang 3-4jam itu...


pssst : bila lagi nak datang utara kasi gegar sini plak

Wednesday, January 30, 2013

Johor Trip # Citarasa Rinduan : Terima Kasih Ayu Sekeluarga

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Sambung semula entry di Felda Sg Sayong...kami bermalam di sana..di teratak keluarga Ayu Citarasa Rinduan...Alhamdulillah perjalanan kakakecik dan Aima dipermudahkan kerana Ayu menawarkan kepada kami untuk bermalam di rumah nya...syukur...save bajet kos penginapan kan..


Selepas Ayu meninggalkan kami untuk teman En Zalie ke hospital..kami bertiga apa lagi sambung tido la..(teruk kan tiga orang anak dara nie..tapi ayu dah pesan korang bertiga tido ye..mesti penat kan)... tak sampai dua jam je kami tido dalam pukul 8.30pagi mcm tu dah bangun, dan siap2 turun ke dapur sebab dah teruja dengan gambar nasi lemak yang dihidangkan untuk kami di FB Ayu...

(gambar ambil dari entry Sunah Sakura)

Sebelum makan nasi lemak nie..kami panaskan pizza yang telah siap topping nya oleh Ayu...Ayu..kamu sangat baik hati...terlalu banyak makanan awak sediakan utk kami bertiga..


Jom kita sarapan nasi lemak air tangan Ayu...makan ditemani MIL Ayu..sambil borak bab kesihatan diri..macam2 yang kami kongsi bersama...


Elok je dah sudah makan nasi lemak yang sedap nie..pizza pun siap di bakar..

Pizza sebelum ditatarias oleh Sunah




Walaupun perut masih kenyang..makan jugak pizza yang panas2 nie..sorang sekeping kecil je..Alhamdulillah rezeki kami merasai pizza yang diuli oleh Ayu sendiri...makan dah kenyang..borak pun dah sudah..kebetulan ada jiran datang ke rumah Ayu untuk berborak dengan MIL Ayu..so kami bertiga mintak izin untuk naik ke atas untuk berehat sambil online la...menunggu kepulangan Ayu daripada hospital


Tengah2 rehat dalam pukul 12tghri macam tu kakakecik terdengar bunyi pintu kereta ditutup..terus kakakecik ke tingkap menjenguk ke bawah...hati berbunga gembira apabila nampak Ayu dah balik..hehhee..bagi Ayu rehat dulu shida...kecian Ayu mesti penat...Tak lama lepas tu Ayu naik ke bilik untuk meluangkan masa berborak panjang dengan kami bertiga sebelum kami berangkat pulang ke Skudai...janji dengan seorang lagi blogger untuk berjumpa pada jam 4.30 petang..Pengisian borak kami pada tengahari itu lebih kepada perkongsian peribadi...Ayu..banyak2 kan bersabar ye..jangan mudah putus asa..Shida tahu awak seorang yang kuat semangat...InsyaAllah pasti ada hikmah semuanya...


Apabila jam menunjukkan pukul 3 petang..kami mempersiapkan diri untuk pulang..terasa sayu jugak waktu berpisah dengan Ayu sekeluarga...mengabadikan gambar bersama sebagai kenang-kenangan


Bergambar di ruang makan di teratak citarasa rinduan dan berlatar belakang kan sekolah Cikgu Areef mengajar..hehehe


Opss sebelum tu kakakecik sempat lagi menghirup semangkuk asam pedas...buat hilang ketagihan..sampaikan Aima nak pun kakakecik mcm sayang nak kasi...huhu...teruk kan..memang kakakecik suka asam pedas nie...



Sebagai tanda persahabatan antara kami..Ayu menghadiahkan kepada kami seorang sepasu pokok kaktus untuk dijaga...Umai awal2 lagi dah pecah rahsia ibu nya...Eh, Ayu sepatutnya kena empat la...awak pun kena juga ada..kita tengok sapa yang akan lama pokok kaktus nya bertahan..Okey nanti Ayu beli jugak la untuk Ayu..sweet kan Ayu nie..


Ayu..shida tak pandai la berkaktus kaktus nie..huhu..harapan shida kaktus nie dapat la bertahan lama...insyaAllah Shida akan menjaga nya seperti menjaga persahabatan kita...Saya Sayang Awak...Siti Rahayu Abd Rahman


Kepada Ayu sekeluarga...shida mengucapkan ribuan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi menerima kunjungan kami dan layanan yang diberikan..tak terbalas rasa nya..nanti datang2 la ke Kedah ye..kasi gegar Utara plak...