Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

BerSatay Semeling

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Satay Semeling…biar betul ang nie Kak Shida nak p Semeling makan satay…itu kata Dik Ilah bila dia ajak keluar makan satay di Pendang tapi kakakecik ajak p Semeling..

 

Semeling..kat mana tu…ada ke satay waktu2 malam macam nie…Ini plak pertanyaan Abang Mie bila call bagitau tukar tempat nak makan satay…


So malam Selasa tu, kakakecik terpaksa la jadi pandu arah..tak pandu pun…tunjuk arah je untuk ke Semeling..sebab kakakecik sorang je yang pernah pegi sana…kan pernah review sebelum nie JJCM Satay Semeling. Nak pekena satay sangat pukul 9 malam baru bergerak dari Pendang..mau tak mau dekat pukul 10 baru sampai…Masing2 pakat cuak riso kedai satay tu dah tutup..kalau tak buka dorang suruh kakakecik belanja satay di tempat lain…Tat Nasi Ayam ke apa ntah…

 

Fuuuh nasib baik masih buka lagi time kami sampai tu walaupun pakcik kedai tu dah lipat2 alas meja dan susun meja kerusi nya..Dik Ilah cepat2 suruh kakakecik turun tanya dah nak tutup ke apa…Kakakecik kelam kabut turun dari kereta nasib baik tak jatuh dalam longkang..ingkatkan semua nya bertutup longkang tu..huhuhu…Weeei, buka lagi la..pakcik tu kata yang luar je dia kemas…hehe…tu haaaaaa ada 1 tong lagi satay dia…Tapi rasa2 kakakecik kan..kalau kami tak singgah makan tu mesti pakcik tu dah tutup kedai dia time tu sebab nya…satay yang kami makan tak ada dah bawang dan timun..hahahaha..bara api dah tak berasap sangat…

DSCN3913

Abaikan Aiman yang tengah merajuk….Kan…hanya ada satay dan kuah nya sahaja…untuk malam tu kami makan 30 cucuk satay ayam, 10 cucuk satay daging, 2 penyepit kepak ayam…dapat la 4 ketul, dan 1 peyepit hati ayam…ada 5 ketul kot….Opss..terlupa nak bagitau, selain apa yang kami makan nie..ada jugak bontot ke cenonet ayam, dada ayam yang telah di bakar..nasi himpit (ketupat nasi) pun ada tak termasuk dalam pakej harga satay ye…kira lain itu…kami ambik seketul malam tu untuk auni makan..sorfina dan aisya tido..aiman wat perangai tak mau makan…

DSCN3912

  DSCN3915

Menyelerakan kepak ayam tu..walau tak elok di makan..nak jugak makan…dah le 4 ketul je ada..kami nie 5 orang…so gegurl kena la kongsi..hehe…kena jaga driver…Berapa semua nya yang kami makan nie…Hanya RM24.50..tapi adik tu kasi diskaun RM24.00 sahaja..makan tak habis kami tapau…kakakecik sampai demam keesokan harinya…kalau tak demam tak da maknanya nak makan meggi tomyam ala chef pepagi buta dan tido sepanjang hari…

 

 

p/s : lepas nie finaz suruh gtau awal2 kalau nak g semeling..dia nak sediakan satay yehaaaaaaaaaaa

 

psst : tetiba teringat kesedapan dan kelembutan Satay Wak Radol di Johor…5 bulan lalu makan bersama dengan Aima dan Sunah..ntah bila dapat ke sana lagi…

Sunday, March 17, 2013

JJCM : Restoran Ciku-ciku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Malam tadi singgah makan di Restoran Ciku-ciku di area Ulu Chepor, Perak. Selama nie Dik Ilah dan Shahir selalu bawak mak dan adik g makan kat situ kalau dorang datang Kinding Permai. So, malam tadi mak awal-awal lagi kat rumah dah bagitau kat Dik Ilah nak makan kat Ciku-ciku. Dalam pukul 10 lebih macam tu kami sampai kat Ciku-ciku. Dik Ilah anak beranak tak sampai lagi dari Mydin Meru Jaya. Kakakecik, mak dan Aisya tunggu la di Ciku-ciku tu. Terus dak pelayan mai tanya order…Tak apa dik..kejap lagi ye.

 

10-15 minit kemudian, Dik Ilah dan Shahir sampai..kakakecik pun panggil dak restoran tu buat la isyarat suruh ambik order..tak datang pun..lepas tu Shahir lak panggil, tak jugak datang..kakakecik angkat tangan terus ke cashier nya..Cashier tu angguk tanda ok…tunggu lagi…eh tak datang lagi…yang pelik tu dorang dok sibuk angkat pinggan gelas yang orang baru bangun…Hey, diiiik ooi..meja banyak g kosong andai datang 10 kereta pun boleh lagi dorang duduk..yang dok tunggu order nie tak jugak datang ke meja…Kali ke-empat Shahir angkat lagi tangan…baru nak datang..

DSCN3216

So, kami pun order la..kakakecik : nasi goreng cina, ayam masak halia, mak : nasi goreng kampung, Dik Ilah : keow teow ladna, Shahir : bihun sup.Satay ayam 10 cucuk utk Aisya ngan Sorfina

DSCN3222

Satay sampai dulu…so kakakecik merasa la 1 cucuk…boleh la..tapi sedap lagi satay kat Johor aritu dan kat Semeling.

DSCN3234

Tak lama lepas tu sampai la makanan yang kami order..sekali tengok ayam dah pelik macam ayam goreng kunyit..Kakakecik nie jenis ringan mulut..tanya la..dik nie ayam masak apa ye? Ayam goreng kunyit. Oh..ok, tapi tadi order ayam masak halia..

DSCN3223

DSCN3226

DSCN3228

DSCN3231

Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai pun ayam masak halia..nak kata dorang terlupa 2 x kot mai tanya..tapi dapur dah sunyi sepi..semua pekerja pakat relax je..kakakecik sekali lagi angkat tangan..gamit suruh datang ke meja..tanya mana ayam masak halia, tadi de order tak sampai2 lagi..kalau tak buat lagi xpe la..tak payah buat tak pun kalau nak buat bungkus je… Haaaaaaaaaaaaa, lepas tu baru dengar semula dorang masak di dapur…mulut nie ringan je la dok bebel…huhu..dalam 5 minit sampai la ayam masak halia yang telah dibungkus..brader yang datang hantar tu macam serba salah..nak letak tak letak je bungkusan tu…dia kata kalau nak makan dia nak letak dalam pinggan..Kakakecik memang dah frust sangat..terus kata xapa la…kalau letak dalam pinggan pun nak makan dengan apa lagi..nasi dah nak habis tu..Kakakecik just ucap terima kasih dan ambik 2 ketul untuk merasai ayam masak halia tu..boleh la…

 

pssst : secara jujur nya bagi kakakecik restoran ciku-ciku nie tak berapa nak serasi ngam dengan kakakecik…huhu..masakan makanan nya pun biasa2 je..tak best mana..hehe

Monday, March 4, 2013

JJCM : Restoran Arabian Mendy Lagenda Heights

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hehhehe…senyum gelak dulu..sebenar nya kan dah hampir sebulan kakakecik pergi makan nasi arab di Restoran Arabian Mendy kat Lagenda Heights Sungai Petani nie..tapi baru hari nie ada mood nak kongsi di sini…
DSCN2385
Kakakecik pergi makan kat situ dengan 2 orang sepupu dan mak cik masa cuti raya cina aritu, kebetulan kami ke Seberang Jaya nak beli barang2 perkahwinan sepupu sorang tu..tapi kedai tutup. So time nak balik singgah kat SP untuk beli langsir di Nagoya. Bila Izzuan, si bakal pengantin tanya, “Kak Shida, nak makan apa?” terus jawab..Nasi Arab..padahal tatau pun kat mana lokasi sebenar restoran mendy nie…main terjah je la..Nasib jumpa…masuk je terus duduk dan order..
DSCN2357
Kami berempat tak makan kambing..so mudah la…ambil nasi mendy ayam 2 + 1 dan pinggan extra…hehe…kakakecik bukan nak makan banyak sangat pun..nak merasa je..
DSCN2360
Sambil tunggu borak la kan..bla bla bla, bila sampai je nasi arab tu…kakakecik tengok pelik je nasi arab dia..terutama kat ayam tu cer tengok ayam kat atas tu…uwaaaaaaaaaaa  x sama seperti yang dibayangkan..nak yang macam Fathee buat jugak..nak kena KL la mcam nie..chef original made in Makkah. Kalau yang Fathee masak ayam dia kemerah2an…macam ayam tandori tu…huhu
DSCN2363EH, orang arab makan air asam jugak ke..hehe
DSCN2364Tak sure apa nama nya nie..nak kata sup pun xrasa sup..memang tak berapa nak kena dengan tekak kakakecik..tp izzati mykazen..melimpah dia letak dalam nasi nya…
DSCN2365 Jemput makan semua…..nyum nyum..
DSCN2381
Erm….licin smeua nya yang tinggal tulang-tulang sahaja….Alhamdulillah…
DSCN2384
Total yang kami makan tu RM35.50..semua nya ditanggung beres oleh Izzuan bakal pengantin..kami makan aje..tak habis pun dia habiskan..membazir amalan syaitan kata nya..hehe
DSCN2386
Best ke makanan kat restoran tu iwan…sori la kak shida pun baru pertama kali nak try makan kat situ..dok baca dalam blog entry kawan2 depa kata sedap..hehee…Eh, tapi sekali tengok gambar izzuan tu macam gambar orang baru menang kereta je..hahahaha..sori la ye iwan melawak je..terima kasih belanja…lain kali belanja lagi…

Thursday, January 31, 2013

Johor Trip : Ribuan Jutaan Terima Kasih Sunah Sakura

Assalamualaikum dan Selamat Petang


Jika di minggu lepas..di kala waktu ini di hari Maulidur Rasul kakakecik masih berada di rumah CMG Adnan Ibrahim...dah seminggu kan...tetapi entry trip kakakecik ke Johor masih lagi belum berakhir...dan ada yang bertanya kenapa kat entry kakakecik tak de gambar-gambar pantai makanan macam di entry Sunah Sakura ini...


Dik...akak punya belum sampai ke part itu...akak kena buat by part kalau rangkum semua dalam 1 entry jenuh kot nak membaca...hehe


Di pagi Sabtu selepas Sunah siap membuat Kek Karamel Aisyah, kami ke Taman U untuk bersarapan di Cafeteria Noor dengan blogger UTM (ini plan Sunah). Kakakecik ingat kan ManYusoef dan Nazri sahaj..tetiba ada lagi 2 blogger UPM yang turut serta..Kebetulan Raziq dan Wan XXX (kenapa Wan XXX kakakecik pun tanya la Aima...menurut Aima, dia tak kasi letak nama nya, Oh ok) datang ke Johor jugak dengan tujuan lebih kurang macam kakakecik dan Aima la melawat sahabat blogger....



Sarapan pagi kami dibelanja oleh seorang kakak yang hampir 8 tahun kakakecik tidak berjumpa..


Jangan ditanya kenapa kakakecik tiada dalam gambar ini dan di mana kakakecik menghilang?Yang pasti bukan kakakecik yang snap picture ini okey



Konon nya nak balik selepas sarapan pagi di Cafetaria Noor..tetapi setelah Sunah memujuk rayu akhirnya Kakakecik dan Aima tangguh pemulangan kami..kecian jugak dengan Sunah tak sempat untuk jejalan dengan kami...So, selepas bersarapan..kami pulang semula ke rumah sewa Sunah, selesaikan apa yang patut dan bersiap2 untuk hantar kek yang ditempah.


Tengahari kami lunch dengan restoran apa ntah area2 U Mall tu...tapi memang kena dengan selera kakakecik..habis licin makan.. Kami singgah sebentar di Benang Hijau..kakakecik dan Aima kongsi beli kain sepasang untuk membuat baju. Seterusnya kami ke Perling Mall untuk menghantar kek Karamel Aisyah dan ke Bakery Shop..temankan Sunah beli bahan kek..kakakecik nyaris2 nak beli acuan coklat dan lolypop stick...tapi dorang kata mahal..so letak balik nanti pergi survey di AS..kalau mahal di AS suruh Sunah tolong belikan di Perling..


Selesai urusan jual beli...Sunah tanya nak ke mana..alamak dik jangan la tanya...Aima dok nak p Desaru..jauh cheq oooi...tapi pantai kalau cantik memang belah2 mersing sana la..Akhirnya Sunah decide bawak kami ke KUKUP...ingatkan nak ke Pulau Kukup...sekali cebek sebab kami sampai dah petang..pukul 4.15 mcm tu...Pulau Kukup dah tutup time tu..last boat dari Pulau Kukup pun pukul 4 petang..Nak buat macam mana kan..xde rezeki kami untuk ke sana.....




Tak dapat ke Pulau Kukup kita bergambar dah le sebagai bukti dah sampai ke kawasan Kukup kan..hehehe. apa2 je la kakakecik oooi.


Dah hajat di hati nak melihat laut/pantai..kami mencari2 destinasi pantai yang terdekat..kebetulan tangan kakakecik gatal pergi ambik brochure yang terdapat di Terminal Feri Antarabangsa Kukup...so belek punya belek ternampak la Pantai Rambah...mintak la Sunah bawak kan kami ke sana..cari dari GPS xde plak Pantai Rambah...yang ada Taman Rekreasi Sg Rambah...tak pe set je la janji ada Rambah tu betul la kot...dapat jugak la kami melihat menikmati laut, sunset dan hujan tengah laut di Pantai Rambah...sambil menikmati keindahan alam makan kuaci..kakakecik memang tak pandai makan kuaci..gigit2 kulit isi nya jatuh ke bawah...so tolong pegang untuk dorang berdua je la..saya kan kakak duduk plak di tengah2..antara Aima dan Sunah






Hari semakin senja..tak elok anak dara jalan kan time2 senja nie..hehehe...Sunah terus kan pemanduan dengan Sakura Ungu ke JB..singgah di Angsana sebab Aima nak tengok2 tudung..tetapi masuk je pintu Angsana tu..terus ternampak 1 kedai nie..bukan kedai tudung tapi kedai kamera...saja la kakakecik tanyakan harga kamera nikon tu..berapa..harga yang diberikan agak berpatutan..tanya la berapa boleh kurang..dia turun RM20.00 je...Aima macam berminat jugak...so proses tawar menawarkan berjalan sehingga la persetujuan kedua-dua pihak, ops ketiga2 pihak la..kakakecik, aima dan sales man tu...harga yang diberi kurang RM110.00 jugak la...dah tu kakakecik dan aima ambik model yang sama dan color design pun sama...dah beli camera nya..mesti la nak screen protecter...dia syorkan yang mahal yang elok la..mintak kurang lagi..dia x berapa nak bagi banyak..bila bagitau nak ambik tiga..dia kira punya kira dapat la harga yang agak buat kami senyum..tapi kakakecik nie nak jugak kurang lagi...ambik mesin kira dia..campur tambah kali semua..kakakecik tolak lagi RM 10.00 genapkan RM700.00 je semua nya..untuk 2 biji camera compact nikon dan 3 keping screen protecter...lepas nie tak de lagi la camera edisi terhad tu ye CMG..hahahaha.. Dalam sekejap je dah susut RM700.00..cash xde..debit card je la..hehehe..



Dari Angsana ini, Sunah bawak kami ke Warung Pusaka Wak Radol...simpang sana sini juga la...kakakecik macam tak percaya je Sunah secekap ini memandu...dah la nak ke Warung Wak Radol tu jalan nya sempit aje...



Di Warung Pusaka Wak Radol ini paling pemes dengar2nya Satay...dan semestinya la kami makan Satay malam itu...selain satay ada jugak masakan  yang lain serta ikan bakar dan yong tau fu..Kakakecik dah lapar sangat dan bukan penggemar sate..so kakakecik pilih bihun soto..Sunah, nasi goreng cina..Aima, satay ayam 10 cucuk saya punya..padahal kami dah pesan kot 15 cucuk satay daging+ayam..campur...





Puas jugak la nak tunggu satay nie...sampai dah separuh gelas minum air dan  makan habis soto serta nasi tu pun belum tentu sampai lagi satay nya...tapi apa pun memang sedap sataynya..terutama satay daging lembut je...




Nak habiskan 25 cucuk satay tu..jenuh jugak la dok tolak hang aku...kakakecik awal2 lagi dah angkat tangan...bukan sebab nak satay tu..dah xmau..sebab kakakecik habis kuat pun sekali makan 5 cucuk satay saja...memang bukan penggemar tegar satay...walaupun begitu alhamdulillah semua habis licin..




Perut dah kenyang...terima kasih Aima belanja kami makan malam tu...



Alang2 dah lewat..kami berhenti singgah di Danga Bay untuk bawak Aima jalan-jalan di sana..kakakecik dah 2kali ke Danga Bay..jadi nya tak de la teruja sangat lagi..hehe..memula jejalan je..ambil gambar berlatarkan cruise..

Jalan punya jalan...sampai la ke pertengahan kawasan Danga Bay ada tren untuk keliling Danga Bay...kakakecik dah biasa naik dah tren ni..so nak jugak la bagi Aima dan Sunah naik...kakakecik tanya la Aima dan Sunah nak naik tak..dorang macam nak angguk tak angguk...xpe kak belanja...ye la RM5.00 je seorang..bukan selalu pun...okey apa lagi terus lompat naik tren la...





Pukul 12 lebih kot  baru la kami beredar balik dari Danga Bay...memasing dah mengantuk..sampai je umah sewa Sunah...pakat2 la merehatkan diri (sempat lagi online) dan bermalam la kami semalam lagi di Sri Putri menemani Sunah..


Esok nya...Ahad...bas pukul 8.30 pagi..8.30 pagi tu baru nak gerak keluar daripada rumah..kalau tertinggal bas...semalam lagi la stay kat johor tu...tapi kata Sunah..selalu nya waktu di tiket tu adalah waktu bertolak dari Larkin..lega rasa nya...lama jugak kami menunggu bas KBES tu...saat berpisah tu amat memilukan, nasib baik lepas salam peluk cium..terus lari2 ke bas..sebab kakakecik dan Aima je naik kat Sri Putri...Dalam bas tidoooooooooooooooooo..


Apa pun kakakecik nak ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada adik blogger selatan yang telah hampir atau lebih 2 tahun kakakecik mengenali..dia la insan pertama yang kakakecik kenali apabila join program2 segmen ben dahulu kala...dia la blogger pertama yang kakakecik add di FB dan YM..disangka kan dia seorang lelaki..rupa2nya beliau seorang anak gadis yang sopan dan ayu...Sunah, terima kasih kerana kamu telah bersusah payah untuk percutian akak ke Johor kali ini...walaupun kamu kerja..sanggup luangkan masa bersama2 dengan akak dan aima sepanjang 4 hari kami di sana..bahkan menyediakan tempat tido selama 2 malam..akak sangat2 terharu dan hargai pengorbanan awak..akak tahu awak penat tapi awak tetap  gagahi jugak...terima kasih Sunah...


p/s :sebahagian gambar daripada Sunah Sakura




Johor Trip : Terima Kasih Cikgu Azaref Naim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Trip ke Johor diteruskan jejalan dan makan di sekitar Skudai dan JB...


Petang Jumaat..seperti dijanjikan pukul 4.30 petang kami bertiga (Kakakecik, Aima dan Sunah) akan berjumpa dengan Cikgu Areef di Restoran Bibik Taman U..untuk menikmati nasi ayam penyet...Tetapi biasa la kan anak dara bersiap..pukul 5 ptg baru kami sampai sana...kecian cikgu Areef terpaksa menunggu kami lebih kurang 15 minit....Ini adalah kali kedua kakakecik dan Aima bertemu dengan cikgu Areef..segan malu ada la jugak...


Nasi Ayam Penyet Bibik...boleh la nasi dia banyak sangat...kakakecik share nasi dengan Sunah....ayam je mintak extra 1..tapi kakakecik pelik kenapa tak de tempe (walau kakakecik tak makan), tauhu goreng dan terung berlada..Opss...apa benda ye atas ayam tu...sedap sangat...kakakecik kutip sampai habis kot...


Memandangkan Sunah masuk kerja 6ptg hingga 10 malam..tugas membawa kami jejalan diserahkan kepada Cikgu Areef...Masa nak naik kereta Cikgu Areef, kakakecik dah Aima dok lawan tolak dah..sapa nak dok depan..segan kot..tak biasa sangat dengan cikgu Areef nie..kami kenal pun di Fb dan blog dok balas komen selepas jumpa di umah CMG dulu ni....bukan yang baru2 nie..biasa la Aima kuat mengelat..awal2 lagi dia dah naik dok belakang..kata nya KAKAK kena la dok depan..uwaaaaaaaaa...


Alang-alang dah dok area Skudai nak jugak la masuk UTM...kebetulan Cikgu Areef nak solat Asar..so Cikgu Areef decide pegi Masjid UTM je...Masjid UTM di tengah2 antara bangunan Perpustakaan dan Dewan Besar UTM..


Selepas menunaikan kewajipan..Cikgu Areef menanyakan kami..nak ke mana...kakakecik laju je bagitau Aima nak ke Pantai Lido..Stulang..katanya nak tengok tempat nie sebab pengaruh novel zaman sekolah dulu..zaman 90an....


Kota Singa kelihatan sangat dekat...Aima dok kata Penang pun dekat jugak...sekali dia tengok nampak trang tang tang bangunan di Kota Singa...baru tau jauh ke dekat antara johor dengan singapore..



Pantai Lido di waktu senja...dah tak ada lagi Pantai Lido..sebab dah ditambak...Cikgu Areef terpaksa berhenti kereta tepi jalan untuk bagi peluang kami menikmati keindahan Pantai Lido...(Eh, banyak plak tikus2 bermain di kaki pantai nie)


Sementara mentari belum berlabuh...cikgu Areef bawa kami ronda2 di kawasan The Zone, Stulang, Danga Bay, Zoo Negeri....lalu depan Pekan Rabu, Pasar Karat (Nak singgah dah nak maghrib..so bagi kenal tempat je la)Oppps Mentari dah berlabuh....Maghrib di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar...


Cikgu Areef nak belanja kami makan western murah kata nya di Taman Hutan Bandar...jom kita cuba..tak kisah la..time kami sampai di Taman Hutan Bandar tak ramai sangat orang..masih ada meja kosong...menurut cerita Cikgu Areef kalau pepagi kedai di bahagian atas tu jual beraneka sarapan pagi tradisi Johor...sebelum ke Hutan Bandar Cikgu Areef menunjukkan kepada kami Makam Mahmodiah rasa nya di depan rumah sewa lama nya masa praktikal di MAIJ..kakakecik tak perasan sangat sebab time tu Athirah anak sedara kol Ateh nya di mana..
.


Kalau datang Johor tak sah la kan kalau tak makan Otak-otak..yang kami makan malam tu kakakecik tak sure otak-otak kempas ke apa..tapi warna nya agak kekuningan dan tak merah macam selalu yang kakakecik makan...kuning kuning pun boleh tahan jugak rasa nya...kalau tak silap kakakecik makan 2 keping..


Ini la Chicken Chop kakakecik...RM5.00 je cikgu Areef kata...banyak keping plak tu ayam nya..makan tak habis kot...tapau bawak balik konon nak makan la..kalau x pun bagi Mulan makan..



Cikgu Areef dan Aima makan Lamb Chop..kakakecik terpaksa la ambik bau sampai tekak dah rasa lain...gatal2 je rasa badan nie...harga Lamb Chop ni kakakecik tak sure berapa...sebab cikgu Areef yang bayo kan....


Borak punya borak..tak sedar dah pukul 9 lebih...janji dengan Sunah pukul 9.30 nak pergi tempat kerja nya di U-Mall..hehehe..biasa la kalau dah borak tu mana boleh stop kan..dari awal naik kereta sampai la nak turun kereta masih lagi borak..rasa macam tak percaya plak kami bertiga boleh borak kongsi cerita itu ini sampai gelak terbahak2...Aima la yang paling banyak gelak..terutama kat part cerita Cikgu Areef yang dia takde cite dengan orang lain waima kat blog sekali pun dia tak cerita kisah nya itu..hanya kakakecik dan Aima je dapat dengar dari mulut nya sendiri..special kan kami....HEHHEHE...


Cikgu Areef, terima kasih kerana belanja makan nasi ayam dan chicken chop ye...sudi menumpangkan kami Avanza Putih yang KM nya belum sampai 20K.bawak jejalan pusing JB walaupun pokcik sendiri tak berapa tau jalan di sana..sama2 la kita baca signboard dan mencuba jalan baru...hehe...minta maaf andai ada salah silap terkasar bahasa gelak dalam kita borak2 sepanjang 3-4jam itu...


pssst : bila lagi nak datang utara kasi gegar sini plak

Thursday, January 17, 2013

JJCM : Old Castle Arabic Food

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah kakakecik baru sudah menikmati lunch untuk hari ini...bukan di Restoran Old Castle ye..makan bekal yang dimasak untuk makan kat tempat keje je..simple2 je masak sebelum datang keje..arini  kari udang+kentang dan siakap stim (gara2 tergoda dengan ikan kukus CMG semalam)


Okey..okey stop bab makanan lunch arini...nie kakakecik nak kongsi salah satu restoran makanan timur tengah (Arabic Food) di Kedah...kalau di Sungai Petani banyak gamaknya restoran2 yang menyajikan Arabic Food tapi kalau di Alor Setar nie susah nak jumpa... memandangkan Jucy dan Anith dah pegi makan kat Old Castle nie..mesti sedap kan makanan nya..kakakecik pun memang dok mengidam nak makan nasi arab nie...so, besday adik aritu kami decide ke Old Castle...


Old Castle nie terletak di Anak Bukit...kalau dari arah bandaraya Alor Setar..kedudukan restoran di sebelah kiri selepas Istana Anak Bukit dan sekiranya dari arah Jitra or airport restoran ini mesti la di sebelah kanan kan...selepas Akademi Polis Anak Bukit..



Kalau korang nampak bangunan yang rupa macam kat atas tu..dan ada tulis OLD CASTLE..memang betul la tu..parking jangan riso..ada kawasan luas jugak la kat sebelah restoran..


Nak duduk boleh pilih nak duduk kat dalam restoran atau pun di luar...nak bersila pun boleh tapi hanya ada 2 tempat je yang boleh dok bersila...kami pada awal nak pegi duduk kat bahagian bersila la..selesa skit dengan ada baby nie kan...tapi ada orang lain yang lebih pantas dari kami..so kami duduk kat luar restoran je la...


Target kakakecik ke situ memang untuk makan nasi arab kan...semestinya la kakakecik order nasi mandhy ayam...harga nya RM12.00 sepinggan...banyak jugak la bagi perut kakakecik nie..ayam boleh tahan lembut nya...tapi kakakecik ingat kan dia akan potong kecik2 almaklum la makan kat umah shireen aritu dah dipotong2....


 Kak Ja pun order nasi mandhy ayam jugak...tapi ayam berempah...sepinggan tu RM12.00 sama je macam nasi mandhy ayam...apa pun ayam rempah ni lagi sedap banding ayam biasa tu...



 Adik dan Abang Mie depa order western food...adik chicken chop (xde gambar nya sebab besday girl dapat je terus makan)


Steak Black Pepper abang mie punya...rasa mcm menarik je dia deco kat bawang tu..hahaha..harga tak pasti la berapa....rasa nya RM12.00 gak pe nie...sebab total kami makan aritu RM70++ setelah dicampur air dan 1 bungkus nasi mandhy ayam..


Opss..kalau mandhy kambing murah..RM8.00 je..patut la anith suka g kat sini...hehehe..anith kan penggemar kambing...


#deco kedai nie memang ala-ala di arab la...tak de gambar sebab kamera bateri habis..sori ye...