Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label koleksi hevea. Show all posts
Showing posts with label koleksi hevea. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

16 Jun 2012 : Dekat Di Hati…

 

Assalamualaikum dah selamat malam…

 

Ada yang tengah menonton cerekarama TV3 “Begitulah Sayang”….kakakecik jeling jeling je sebab dok online..bukan selalu nak online malam hari…arini….program DEKAT DIHATI telah berjaya diadakan di SK Malau, Jitra…program nie lebih khusus kepada penduduk setempat sahaja..DUN JITRA..tetapi kakakecik ni kira special la sebab dari Pendang boleh lak berada kat program tu…alahai sapa pun leh je pergi kan…

 

EH EH kakakecik bukan pergi saja2 ok…pergi jual produk kat sana..produk apa…kek karamel memang sah sah kakakecik tak jual..sebab nya..baca la kat SINI

 

Dah tak jual kek karamel..kakakecik jual Decoupage ke….bukan jugak..habis tu apa..hahahha…suka je kan buat korang tertanya2…erm kakakecik pergi jual bunga daun getah yang mak kakakecik buat tu…

DSCN9106

Kali nie kakakecik pergi jual dengan adik bongsu tanpa mak..mak kan x sihat..esok pun mak de checkup dengan Dr.Chan kat PMC..Alhamdulilah ada jugak rezeki kami kat program tersebut…adik2 pelatih PLKN Kem Sintok yang banyak beli..puas melayan dorang..adik yang 1st time ikut kakakecik menjual terkejut gak kakakecik agak peramah melayan customer…hehehe..biasa la adik..cari makan…

DSCN9108

 

Macam-macam aktiviti yang diadakan..tapi apakan daya bila kita jaga gerai…tak dapat la pergi ke sana ke mari….hanya sempat tengok abang2 askar buat demo gerak tempur tanpa senjata..sebab masa tu masih awal dalam pukul 10 lebih macam tu..customer pun tak mai beli apa lagi..semua pakat dok tengok abang2 askar kita nie wat demo..tapi lepas je habis demo..ada adik PLKN beli bunga yang dalam casing tu berduyun duyun plak adik2 PLKN yang datang membeli..siap ada 1 group nie beli hampir 20 kuntum utk dihadiahkan kepada kawan dorang sempena birthday..bagus jugak budak2 tu…share duit dah beli bunga sebagai kenangan..

 

DSCN9098

Aksi abang abang askar yang menarik perhatian ramai pengunjung..

 

psst : mata dah tak boleh nak celik..nak masuk tido dah..esok nak bawak mak pegi PMC lak…boleh jugak ziarah kwan YM kakakecik yang operation…

Sunday, April 22, 2012

Persiapan Terakhir Ke Morocco

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

Sepanjang minggu lepas kami sekeluarga (espc. myMum) sibuk dengan persiapan ke Morocco…dan semalam adalah hari terakhir untuk semua selesaikan kerja-kerja yang perlu untuk memudahkan segala urusan penghantaran ke Morocco..sampaikan adik yang masih dalam perjalanan balik ke rumah dari Ipoh pun mak awal-awal lagi dah pesam.. “adik esok kena bangun awal tau” tapi tadi kakakecik kuar dari umah pun dia masih belum bangun…

 

Memang kami tido agak lewat malam tadi…dengan harapan nak selesaikan semua tetapi masih ada yang belum mencukupi…kakakecik buat sorang-sorang..sambil layan Menara Cinta dan perlawanan bola antara Kedah vs Kelantan malam tadi…pagi nie awal-awal lagi mak, ayah dan Kak Hah siapkan apa yang perlu..tu belum lagi Kak Mah..jiran datang tolong jugak…

 

Erm…korang mesti terkejut kan..tup tup tak ada angin yang khabar kan..tetiba kami semua nak g Morocco…ada sapa nak pesan ole-ole tak…opps sori kakakecik tak terima pesanan anda semua ye…sebab yang pergi nya bukan kakakecik sekeluarga…

 

Tetapi…

 

Habis tu sapa yang pergi sampaikan kami sekeluarga kelam kabut semacam je….issssssh buat kecoh je kakakecik nie…

 

Erm…janji jangan marah ye….puji tak pe…kalau nak tempah lagi lagi la di alu2kan

 

Untuk pengetahuan semua…mak kakakecik antara pengusaha produk bunga daun getah di bawah bimbingan RISDA yang telah dipilih untuk membekal bunga bagi tujuan promosi di Morocco…mak kakakecik buat 3 jenis bunga saja… Warna biru nie memang dah ditetapkan oleh pihak pengurusan RISDA…setiap negeri ada warna sendiri…YANG PERGI MOROCCO HANYA LA BUNGA DAUN GETAH

1. Bunga Ros Gulung (Mini)

DSCN8661

 

2. Bunga Ros Bude (Ros Kudup)

DSCN8669 

3. Hevea Rose…(yang nie sejibik mcm bunga ros kelopak dia)

DSCN8657

DSCN8655 Sebahagian Hevea Rose yang akan berlepas ke Morocco….paling ramai yang suka bunga pattern nie..

 

Siapakah tulang belakang dalam menghasilkan bunga-bunga nie…jom kakakecik kenalkan mereka semua…

 

DSCN8664Mak…semestinya la mak orang yang paling penting dalam hasilkan bunga-bunga nie semua…mak buat semua nie…agak2 apa yang myMum buat tu…sebenarnya mak sedang memilih kepingan daun-daun getah yang telah diproses untuk dijadikan daun bunga…last minit daun untuk dipasang pasang bunga tak cukup..terpaksa la memilih daun yang sesuai dengan saiz yang ditetapkan

 

DSCN8670 Kak Solhah…pembantu mak yang setia..siang malam la dia kena datang buat kerja-kerja terakhir nie…esok dah nak hantar ke KL…

 

DSCN8662 Jangan tak percaya…ayah pun dah tunjuk skill yang selama nie disimpan..selama mak buat bunga daun getah hampir 10 tahun, ayah tak pernah tolong mak buat kerja-kerja asas mcm nie..ayah lebih kepada kerja-kerja lain..caya la ayah…hehehehe

 

DSCN8653Keadaan bengkel myMum yang penuh dengan bunga…ntah2 sekarang nie tengah penuh dengan kotak2 yang telah di isi bunga siap

 

DSCN8660

Kakakecik macam dah jatuh cinta dengan Hevea Rose nie…eh warna dia..bunga mmg dah lama berkenan…warna nie mcm menarik..kalau wat bunga bekas hantaran pun lawa nie…#maknantikalaucheqtunangnakcolornielehdak (mood gatai)

 

pssst : kalau sapa2 berkenan nak tempah ke apa ctc la kakakecik yer…kalau nak tengok bunga2 lain yang myMum hasilkan sila ke SINI

Sunday, January 29, 2012

Jualan & Pameran di RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat petang…9 hari kakakecik tidak mengonlinekan diri…hanya ada 2 entry je rasa nya yang autopublish…

 

26-01-2012 kakakecik diberi kesempatan dan peluang oleh Risda untuk mengadakan jualan dan pameran di RTC (Pusat Transformasi Luar Bandar) Gopeng sempena Majlis Perhimpunan Pemaju Masyarakat Risda (PMR) peringkat nasional yang dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (Datuk Mohd Shafie Apdal). Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh kakakecik sebagai salah seorang peserta kursus Decoupage anjuran Risda untuk mempromosikan produk yang dihasilkan..sememangnya kakakecik rasa tidak puas sebab terlalu singkat jangkamasa waktu pameran dan jualan…kalau la diadakan 2-3 hari agak berbaloi la…tapi tak apa la kan nak wat cmne..lagipun pengangkutan, penginapan 2 malam di Tower Regency Hotel, Ipoh dan makan minum sepanjang majlis ini disediakan..

 

 gubahan 

Gubahan bunga daripada daun getah yang telah diproses (bunga matahari tu hasil tangan myMum) untuk diberikan kepada Menteri

 

DSCN7817

Booth No. 8 milik kakakecik..

tapi kakakecik tak suka tak suka sebab nama kakakecik dorang eja silap NOR…NUR la…huhu

 

all

Produk Decoupage yang kakakecik jual dan pamerkan sempena majlis di RTC

 

menteri Lawatan Menteri KKLW (datuk Mohd Shafie Apdal) dan KP RISDA (Datuk Wan Mohd Zuki Mohamad)  ke gerai…cer tengok mata Datuk Shafie Apdal tepat je dia memandang kakakecik bagi penerangan…waaaah sampai berkerut2 muka nya

 

Semasa lawatan Menteri KKLW ke gerai, ada sesuatu yang membuatkan kakakecik terharu dia macam tak percaya kakakecik baru je pergi kursus Julai 2011, tapi dah boleh buat produk…Datuk Menteri..alhmdlah nie kali ke3 Risda bagi kepercayaan kepada saya untuk membuat mempromosi dan membuat jualan…TAHNIAH dan SYABAS Datuk Menteri ucapkan kepada Kakakecik…insyaAllah dengan kepercayaan dan kerjasama yang diberikan oleh RISDA dan KKLW untuk kakakecik akan kakakecik teruskan decoupage ini…

 

terima kasih RISDA atas kepercayaan anda kepada kakakecik

Sunday, June 12, 2011

Koleksi Hevea : Terkejut Puan Isteri

last last last….tak leh tangguh untuk entry ini…nak gak cerita malam nie…hahahaha…..ari khamis dapat 1 panggilan daripada KL ingat kan pak we mana kol mak….sekali ada seorang suami req anta bunga kepada isteri nya di kedah…setelah di terangkan bahawa kami hanya sediakan bunga daun getah bukan fresh flower dia dah blur….dia tatau bunga daun getah tu camne…dia kata x kisah la janji bunga……

Mintak masa 30 minit daripada pemanggil sebab nak tanya mak dulu boleh x gubah bunga sekarang sebab nak kena hantar hari tu jugak…mak kata ok on….so mak pun mula sesi cucuk menyucuk….tapi shida macam x puas hati….suruh mak gubah lain..tapi adik2 cabar shida suruh gubah hahahahaha….shida gubah 1st step je….yang lain2 mak sambung….alangkah malang nyer nasib ku bila pemanggil tu pilih gubahan pertama..hehehehe…

nak tengok ke….sila lihat gambar di bawah lawa x…..lawa kan….

BUNGA ISRAQ Bunga daripada Israq kepada Farah Dina…so sweet…..“SAYANG, i LOVE You…From Hubby”

Alhamdulillah kami selamat hantar bunga yang ditempah dan dipilih oleh Israq kepada isteri tersayang..terkejut jugak dina dan family nyer…sebab kami gtau kawan tapi dorang tak kenal kami…bila shida hulurkan bunga terkejut….apa yang kuar dr mulut dina “Mak, Is bagi bunga nie”….dina tanya arini ari apa…adik dia jawab ari khamis..hehehe….comey je jawapan adik dia…shida gtau tarikh 9jun…shida tanya anniversary ke? Dina kata x…dah lama lepas…tapi dina gtau mmg selalu en suami nyer si Israq wat supprise macam nie..hantar bunga ke opis…alahai macam Nora Elena plak (padahal tak pernah tengok pun Nora Elena)..kalau nak tau sebenarnya esok nya (hari jumaat tu Israq dah nak balik kg..ambil isteri n baby yang balik bercuti) patut dia nak gak kami hantar ari khamis tu…hehehe….

Thanks Israq….semoga Dina suka dengan bunga ini….

 

psssst : masa nak hantar bunga nie…shida ketaq2 tangan sebab 1st time wat keje macam nie..hahahaha….romantik nya israq nie kan….ehhehee..adik ilah n kak niroh dah berangan kalau la en suami depa wat mcm tu best nyer…hahahhaa