Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label Kami Blogger Utara (KBU). Show all posts
Showing posts with label Kami Blogger Utara (KBU). Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Iftar #18 : Kami Blogger Utagha (KBU)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kalau Jumaat iftar bersama dengan adik2/rakan2 sekelas PJSK…Sabtu plak kakakecik iftar bersama adik2 KBU…Alhamdulillah setelah dirancang oleh Mak KBU, Cik GKSB akhirnya Restoran Tepi Sungai, Alor Setar menjadi lokasi iftar Kami Blogger Utagha bagi tahun ini…

 

Sama jugak macam iftar ex-PJSK, last year kakakecik tak dapat join iftar KBU di Sg Petani disebabkan tuntutan tanggungjawab kepada keluarga (menjaga adik di hospital). Tahun nie kakakecik ambik la peluang yang ada sementara bujang belum kahwin. Kalau da kahwin nanti kena bawak suami tak pun mintak izin suami, kalau dia kasi baru boleh join. Hehehe…Itu kata mak la bila jiran tegur setiap kali dia datang umah 3x kakakecik berbuka puasa di luar..nasib baik mak bekap baik punya…

 

Sekali lagi lokasi restoran kakakecik tatau jugak…hahaha…makin teruk la kakakecik nie banyak restoran yang kakakecik tatau kan…never mind..janji da jumpa pun..Kakakecik sampai tak de la lewat sangat..pukul 7.15 macam tu..saja keluar umah lewat skit kekonon nak bagi kek karamel yang bawak tu sejuk lagi waktu berbuka..hehe…

 kbu

Antara yang hadir..Pakcu, Cik GKSB, Solihin Zubir, Kartunis Damas & sahabatnya, Oshin, Naqiah & sahabatnya, Kiera & Nadh laki bini, Tunang Cik GKSB, Sani MAYC Perlis sekeluarga..

kbu8

Menu…sama jugak macam iftar ex-PJSK..just tak de sotong goreng tepung..yang lain-lain sama..Ikan Siakap 3 rasa, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam, dan telur dadar..Air fresh oranger..3 set untuk kami semua…Tapi kakakecik tak makan pun makanan nie semua..tatau la sedap ke idak..tapi GK kata sedap..kalau tak sedap tak kan dia tak mintak mana yang dorang makan tak habis kan (lariiiiii laju nanti GK cepok)

kbu6

Kakakecik special order…ktw tomyam, sotong goreng tepung dan air laici. Sotong goreng tepung nya sedap….tomyam tu kalau dia bagi lambat skit memang meleleh la..walau tak de sayur…huhuhu…

kek karamel pelangi

Untuk berlaku adil, untuk KBU pun kakakecik bawak kan sebiji kek karamel pelangi…alhamdulillah dorang dapat la merasa sorang skit…kalau nak banyak kena la tempah ye dak..hehehe…

 

Selesai iftar…kami gerak ke Masjid Zahir untuk solat maghrib dan seterusnya sesi beramah mesra serta bergambar….sambil tu tunggu Syaliza untuk bagi sedikit kek karamel yang tertinggal untuk nya..Liza sori tau, ikutkan kak dah siap potong da untuk liza di rumah tapi anak buah akak suka kek nie..dia nampak terus sebut kek ayang..tak sampai hati lak x kasi..hehee..

kbu1

Sekali tengok gambar nie macam kumpulan nasyid..tangan semua sama je…tapi kan di dalam gambar nie terserlah kerendahan kakakecik bila SZ berdiri di sebelah…huhuhu..dah tu baju kakakecik tetiba macam baju orang mengandung nampak nya…uwaaaaaaaaaaaaa..tak suka tak suka..kami lepak tak lama pun di sini..elok Syaliza sampai gomoi2 sat dengan Iman..semua pakat balik..Kakakecik de tanya Pakcu ada nak p mana2 tak sebab kakakecik nak ke Tesco beli barang skit…tapi semua pakat on..eh tak semua..pakcu, kiera, nadh, Sz da oshin je..Lagipun Nadh nak tunjuk kedai nasi arab di stargate tu..tup2 kedai tu dah nak tutup..tak dapat la beli untuk mak…

 

Elok kami sampai tesco, Sz call Nadh…tanya di mana..rupa2nya dorang silap tesco..kami di tesco star gate tandop..dia n oshin kat tesco mergong..last2 kami p burger bakar kat mergong…dah la tatau tang mana..main serbu dalam gelap je kat iman ktw..hahaha..sekali burger bakar depan lagi…hahahaa…lawak kot…

kbu10

Kat burger bakar nie..memang candle lite moreh la…letrik takdak..hahaha..ayaq pun boleh order 3 jenis sahaja…burger lak..burger bakar biasa n meatball…okey janji bakar tu ada..sampai kertas meatball pun terbakar…part tak leh lupa tu…pakat dok tunggu bagi ketiga-tiga lilin atas meja tu habis baru kami nak balik..elok habis 1, brader burger bakar nak letak yang baru..kami kata…xpe xpe tak payah sebab kami tunggu lilin nie padam habis je kami nak balik hahahahhaa….tapi kami xde la wat mcam nie sebab mak Oshin call dan kakakecik pun dah nak balik pendangpukul 11.20 kami blah dari burger bakar…Alhamdulillah sebelum jarum jam berhimpun kakakecik sampai umah..

 

Walau apa pun terima kasih semua yang buat kakakecik rindu saat2 kita bersama malam tu…insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye….raya nanti kita konvoi raya nak tak selepas kenduri kawen tatia pada raya ke4??

 

psst : terkilan sebab tak dapat beli nasi arab untuk mak dan ayah..huhu

Thursday, April 18, 2013

Akhirnya Kami Berjumpa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Kakakecik masih lagi berada di “Paris” tugas hari nie agak padat…2 in 1…bibik dan supir..Tengahari tadi selepas siap masak simple untuk kami anak beranak makan..kakakecik pun siap nak g ambik Afiq dan Athirah yang balik sekolah pukul 1.40 dan elok kuar dari taman kak Niroh kol, bagitau Angah pun dah kuar..so sekali harung la budak 3 orang tu..

 

Plan lepas ambik dorang kat sekolah terus ke IPG Perlis coz nak jumpa sorang adik blogger dari group KBU..tapi bila dapat tau Angah ada training pukul 4 petang..terpaksa tukar plan hantar Angah balik umah dulu..kecian dengan dia tak cukup rehat.. Afiq n Athirah nak ikut jugak ke maktab..

DSCN3609

Akhirnya..dapat jugak kakakecik bertentang mata dan berpelukan kali pertama dengan bakal cikgu ni..walaupun kami dok kawasan sebelah menyebelah je di Kedah..tapi tak pernah kesempatan untuk berjumpa…Kalau nak ikutkan sepatutnya semalam time nak datang Kangar nie kakakecik nak singgah jumpa Rodhiah untuk bagi kek karamel, donut dan karipap..tapi tak de rezeki dia untuk semua tu…Just donut je la kakakecik bagi kat dia… Sori ye Diah…

 

Sejam jugak la kami berborak..kalau ikutkan tak bawak Afiq tu mesti sekarang baru balik rasa nya..Macam-macam di borak nya..Yang lawak Diah teka umur kakakecik.dia ingat tua setahun dua dari dia…Diah ooooi.kak nie tua 11 tahun tau dari kamu..hehehehe…Insya Allah next time kita jumpa lagi..time balik kampung ke..kita pekena nasi ayam di Guar Chempedak…

 

 

pssst : dah lama tak jumpa adik2 blogger nie

Monday, October 8, 2012

Pulau Pinang : Dirancang, Tidak Dirancang dan Tertunai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa punya tajuk la kan..dirancang, tidak dirancang dan tertunai..destinasi Pulau Pinang plak tu..Apa yang dirancang, apa yang tidak dirancang dan tertunai tu..huhuhu..berbelit-belit eh...kalau nak di ikutkan 2-3 hari sebelum tu dalam kepala otak kakakecik nie dah dok nampak-nampak Pulau Pinang…dok bayangkan kat atas puncak Penang Hill orang kampung kata..kalau omputih panggil Penang Hill tu Bukit Bendera…bukan je Bukit Bendera je,Taman Rama-rama la…konon la nak ikut Abg Mie dan Kak Ja join rombongan tadika Aiman…(Eh, xde makna nya nak g naik bas dengan budak2 tu)

Tapi…semua tu hanya tinggal angan-angan sahaja..sehingga jam 3.30 petang

 

Kenapa plak sehingga jam 3.30 petang…HAHAHAHA, ini la di namakan yang tidak dirancang dan tertunai…Fienaz tetiba mesej kakakecik dalam kul 10 pagi..apa yang kami berdua sms

Fienaz : Kak, jom p bukit bendera..

Kakakecik : Jom, bila nak p?

Fienaz : Arini la…

Kakakecik : biaq betul deknazs nie…

Fienaz : Betul la kak…fienaz dah plan dengan kawan2 tp depa last minit xjadi p plak..fienaz mmg nak sangat naik bukit bendera tu..jom la ajak sesapa lagi..kalau ramai best skit

Kakakecik : tak pun mai je la pendang..kita jejalan sini

Fienaz : ala, kat mana je..(amboi dia dok wat peleceh pendang plak)

Kakakecik : tak pun kita p padang besar ke, bukit kayu hitam ke, ladang anggur beris ke (dalam hati dok kata perabis duit semua tempat tu)

Fienaz : ntah, nak naik bkt bendera

Kakakecik : ok g ke nak p la ni..lau deknaz nak p gak jom ar

Fienaz : Ok je..nanti petang roger geng2 penang lepak sana depa abis keja. akak dtg amek finaz nanti kita tong2 minyak n fnz belanja ferry

Kakakecik : erm ok kak nak siap dulu…

Fienaz : Yeay!! syg akak!!

 

Lepas je sms macam tu terus lari masuk umah..iron baju tudung semua..zup zap siap..pukul 12 tghri kuar dari umah tekan pedal minyak menuju ke Semeling..terkejut plak Fienaz bila kakakecik cepat siap…Sampai je umah Fienaz jumpa mama kejap..borak-borak terus ke terminal feri butterworth…ikut jalan bawah..opps fienaz la bawak PHS tu…hehehe..kakakecik relax je kat sebelah..

 

Alhamdulillah lebih kurang jam 3.20 petang kami berdua sampai ke kaki Penang Hill..

 DSCN9922

Sebelum beli tiket kita bergambar dulu sekeping dua..sebagai kenang kenangan..

 DSCN9925

Fienaz sedaya upaya mengeluarkan Mykad.konon guna studentcard x perlu la tunjuk ic..nak harga murah punya pasal…(student2 kalau nak naik bukit bendera jangan lupa bawak kad matrik ye..dapat separuh harga tau..harga kanak-kanak, HAHAHHA)

341049_505788562766501_1145639810_o 

Dah dapat tiket naik tren dok apa lagi….jom jom cepat naik tren..

DSCN9930

Akhirnya kakakecik dah fienaz dapat pun menjejak kaki ke puncak Bukit Bendera..Setelah hampir dan melebihi 10 tahun..semua nya dirancang...tidak dirancang..akhirnya dengan izin Allah ia tertunai jugak walau pun hanya kami berdua.....berdua lebih baik.hehhee

 IMG_7670

Dengan cuaca yang redup…elok benar untuk kami menikmati keindahan ciptaan Allah SWT…Alhamdulillah..

  IMG_7664

Pemandangan Pulau Pinang dari puncak Penang Hill…nampak jambatan dan jugak jambatan kedua yang masih dalam pembinaan…kalau sapa2 nak tengok dengan lebih jelas..boleh masuk kan syiling 50sen 2 keping dalam teropong yang disediakan..(berapa minit tak pasti coz kakakecik dan fienaz tak teropong pun, kalau teropong tu leh nampak pendang dan semeling tak ek)

 penang hill

Tahun depan genap la usia Penang Hill yang ke 90…

IMG_7686

Iklan Twister..RM 4.00 sebotol..jangan tak percaya..mahal gila bapak tu…ingatkan 2 botol RM4.00 rupa2nya sebotol RM4.00 lepas nie sesapa nak jejalan kat atas puncak tu..beli la siap2 jajan dan air sebab kat atas sana tu harga kalah di KL dan jajan pun xde jual…

 

Setelah 2 jam kami lepak di puncak…borak-borak sambil jejalan sampai lenguh kaki…akhirnya kami turun balik..time turun terpaksa tunggu tren…ramai plak orang…

ckt2

(bersama dengan bakal suami orang..lepas nie dia tu kalau datang mesti berdua dengan isteri nya la…hehe)

Sebelum balik Kedah..singgah makan kat CKT Adam, Permatang Pauh…sejam jugak menunggu 2 orang sahabat KBU nie…sementara tunggu dorang, kami jamah dulu nasi lemak..lapar kot tak makan semata2 bukit bendera…hehehhe

 

pssst : lepas nie tatau la bila lagi akan menjejak kaki ke puncak Penang Hill..thanks fienaz atas sms terkejut itu

Sunday, October 2, 2011

Sakan Raya Tahun Nie!!!!

Assalamualaikum….

Perghhh tajuk bukan main lagi….macam kena perli je tu…

Ye shida puas raya tahun nie…bukan sahaja beraya dengan keluarga, sahabat handai tetapi jugak dengan blogger…

Bukan sahaja di utara shida beraya..ke selatan…di KL pun shida beraya…

Mesti ada yang kata shida pulun kan…arghhhhhhhhhhh dorang jeles dengan shida la tu….

Bermula dari utara pada awal aidilfitri dan berakhir di KL…pada entry yang lepas mesti dah tau kan ke mana shida pergi pada 17 September (bagi yang baca la)Dari selatan kami singgah di KL…untuk beraya di rumah sahabat blogger yang lain….kebetulan 18 September , seorang blogger iaitu teacher suhaili sarif (kalau dulu lebih dikenali dengan pearl jade) menjemput kami ke rumah terbuka keluarga beliau di Setiawangsa…so makan free kan..sapa tak nak…kami dengan perut yang lapo tanpa sarapan pagi…terus mencari Menara Sri Mahang, nasib ada driver yang tau skit-skit jalan area situ….sampai je kami kat pintu masuk Menara Sri Mahang…datang sorang mat rempit senyum simpul..al maklum dapat jumpa buah hati kesayangan…..ingat Kirin yang dekat sampai awal…tapi hampeh dia sampai lewat dr kami….ok ok x nak gaduh2 jom kita cari lif nak naik tingkat 15 tu…..eh eh kalau lif rosak nak ke ampa semua naik ke tingkat 15 tu…kurus la depa tu kan….

  311525_285053601507268_171556019523694_1313960_1871514995_n (1)

Kuih- Muih dan Kerepek yang dihidangkan sementara menunggu lauk pauk untuk dimakan bersama dengan nasi lemak siap

318480_285053844840577_171556019523694_1313969_826665159_n

Masak lemak lontong….shida x makan dengan nasi impit tp makan saja..meratah…..jangan marah ye elly

311731_285053804840581_171556019523694_1313968_1341817975_n

Sambal udang + petai dan sambal ikan keli….pergh kena lak dengan nasi lemak time hujan memang meleleh la….sedaaaaaaaaaaap sangat…kirin mana gambo rendang kerang erk….

293424_285053971507231_171556019523694_1313973_695347122_n305000_285053991507229_171556019523694_1313974_1852961653_n    Tuan Rumah…..yang duduk bersimpuh itu anak…teacher suhaili..yang berdiri itu ibu nya….thanks Mak Cik….terlupa la nak tanya nama ibu Elly…apa pun memang gamat rumah elly aritu…Kirin kena bahan sokmo..sabar ye kirin

umah ely

Eh eh si lesung batu nie dok sms dengan sapa plak tu….opps bukan sms tapi BBM…untung la depa

Sambil makan-makan tu si Kirin ada gtau yang rumah Kyerul Si Raksasa Berjanggut area-area umah elly sahaja…so kami semua decide nak p beraya umah kyerul…masa nie dok tunggu respon dari Papa Khai..salah seorang blogger dari KBU..tp dia tak de respon…tak nak buang masa kami terus meredah hujan lebat dan banjir kilat ke rumah raksasa di wangsa maju….ish jauh jugak tu…cmne kirin leh kata dekat erk…kami sampai je umah kyerul…si kirin buat mcm rumah sendiri…si kyerul plak malu-malu kucing (banyak oooo kucing rumah dia..sampai ada org kena jadi guard x bagi kucing masuk)…kat rumah kyerul ada sesuatu yang agak melucukan kami….lucu bagi kami semua tapi cuak bagi orang tu…itu la cakap besar sangat…masa orang tegur baik-baik duduk macam tu…sekali 2 orang lain bangun…haaaaaaaa amik terangat kot sofa tu…HHAHAHHAHAHA…agak2 korang tau x sapa yang cuak tu…

Kami tak lama di rumah kyerul sebab dia pun nak gerak balik ke Ipoh petang tu….sebelum kami berangkat pulang dan menuju ke Klang…tak sah la kan kalau x bergambar ramai-ramai dengan raksasa berjanggut nie..

317177_285054151507213_171556019523694_1313980_403161313_nKyerul terpaksa kena tunduk…kalau x nampak sangat kami yang lain TINGGI…..

Thanks ye kyerul layan kami dan hidangkan air yang kami tatau perasa apa…tapi memang sedap air tu….

Keramat …DONE

Wangsa Maju… DONE

KLANG….Destinasi terakhir kami….ke rumah sapa…rumah kembo cheq la….dah lama berhajat nak jupe kembo nie….tapi x dapat jumpa..memandangkan kali ini naik kereta sendiri dapat la pergi…walau jauh di Johan Setia Klang sanggup ku redahi kerana kembo…alhamdulillah akhirnya dapat jugak kita berjumpa kan kembo…macam tak percaya sahaja…..memang kembo shida nie kurus..suai sangat dengan panggil KAKAKURUS….

 kembo1juadah yang disediakan untuk kami….kalau depa yang lain dok pulun pasta dan nasi impit + kuah kacang….shida plak dok pulun yang lain…nampak x 2 ketul ayam pencen yang dibuat rendang dalam piring tu…tu shida punya la yer….tak pandang yang lain dah…tak percaya tengok gambo di bawahkembo

mata pandang kembo..mulut dok sembang..tangan dok dalam piring…..sabo je la kan

UMAH KEMBO

Kami bergambo kenangan dengan kembo….gambo family gitu…

 kembaq  

Di manakah yang menyebabkan kami kembar…muka tak seiras…Tapi pada nama SHIDA  membuatkan kembo kami….

Shida Anwar dan Adish  Shida….…nama sama selain umur kami yang sebaya…

sorang kecik sorang kurus….KAKAKECIK dan KAKAKURUS untuk elak kekeliruan terutama dia KBU…

Thanks Kembo…..Rendang Ayam Pencen tu memang sedaaaaaaaaaaap….tak aci janji nak tapau…tapi tak de pun…

Dah puas beraya di Selatan dan KL…..malam nya shida bergerak balik secara solo dari KL ke Kedah…(eh eh singgah bermalam di Ipoh, Perak)

Alhamdulillah semua dah selamat…harap kita akan jumpa lagi di masa akan datang…dan ukhwah yang terjalin akan terus kekal hingga akhir hayat…

 

 

………………………THE END………….

 

 

pssst : sori ye Atiq akak dan lain-lain xdapat pergi open house umah atiq…kekangan masa..next time i’allah kami akan sampai

Monday, August 22, 2011

Ramadhan 1432 # 20 : Iftar @ Masjid Al-Sakinah, Kg Padang Melangit, Perlis

Assalamualaikum…

20 Ramadhan bagi tahun 1432H….shida dan adik beradik Kami Blogger Utagha berbuka puasa  di Masjid Al-Sakinah, Kg Padang Melangit sempena Program Kembara Ramadhan yang mana KBU telah menjalankan kerja amal dengan memberi sumbangan kepada warga emas dan anak yatim..juadah untuk berbuka disediakan oleh pihak MAYC Kg Padang Melangit…Alhamdulillah kami berkongsi rezeki dengan warga emas, anak yatim dan belia di sana…

juadah Ringan-ringan dulu….kuih lopes dan roti jala sardin

berbukabukan sahaja dalam polistren  shida makan tetapi yang dalam pinggan meja VIP pun shida rembat….hehhee..sedap kot roti jala sardin tu….x pandang dah yang lain

20 selera dorang makan nasi…selepas solat maghrib..tunduk tak angkat2 kepala dah

 

pssst :gambo semua cilok dari cmra orang….

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan 1432 # 19 : Iftar @ Menara Alor Setar

Assalamualaikum…pada 19 Ramadhan, jumaat sehari sebelum berlangsungnya program kembara ramadhan di perlis…shida, syakira, anith, wany telah berbuka di Menara Alor Setar….fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh sapa yang sponsor kami erk…xde sapa pun sponsor…tajaan sendirian berhad tetapi di ajak oleh Adam Kiut

Mahal ke tidak harga berbuka di Menara Alor Setar korang tengok la sendiri gambar-gambar dari camera pink milik syakira juru kira-kira KBU

 298881_247864381915246_100000750588211_789761_3553095_nsebelum berbuka

310766_247864328581918_100000750588211_789760_1675892_nmenunggu azan berkumandang…..kami 1st group membentang tikar dan menghidang juadah sekali senduk, sudu x bawak.,..demn cmne nak amik kuah sardin… kenangan betul..

309221_247864421915242_100000750588211_789762_7552750_njemput makan semua….simple2 sahaja tetapi berselera…sardin + kentang, telur dadar, ayam berjalan tetapi digolek musim bulan puasa, kuih muih, air ribena

298056_247864475248570_100000750588211_789763_3373060_n 5 ahli KBU…berbuka di Menara ditemani oleh Shah Rizal, Wahida dan Adik Angkat Shah Rizal

 

psssssssssst : amacam gempak x kami makan bersila di bawah Menara Alor Setar…siap pakai baju tshrt Blogger Perak tu

Monday, August 15, 2011

Ramadhan 1432 # 13 : Iftar With KBU @Kuala Perlis

Assalamualaikum…

13 Ogos 2011 : Sabtu…shida dan adik beradik KBU telah berbuka di Kuala Perlis…tidak sangka sekali ramai yang menghadirkan diri..ingat dalam sepuluh orang sahaja…tup tup pagi sabtu CIK GKSB khabarkan dalam 21 orang akan pergi Majlis Berbuka di Kuala Perlis..sebenarnya bukan suka suki je shida pergi berbuka di sana,kebetulan ada perjumpaan dengan pihak MAYC untuk bincang program Kembara Ramadhan yang akan diadakan pada hari Sabtu berikutnya (20 Ogos) di Masjid Kampung Padang Melangit.

292390_1791198914179_1665822561_1415667_4790726_n 

Bergambar dahulu sementara menanti teman blogger dari Penang sampai

262520_1791201074233_1665822561_1415671_7435572_n

Konon ke tandas…eh eh memang pergi tandas pun…tapi waktu berbuka masih ada 1 jam…kebetulan 2 orang adik KBU tu bawak plak kamera besaq depa…so apa lagi bergambar la…….jangan marah ye yang lain-lain..cantik view kat sini

185459_1791204114309_1665822561_1415677_6766562_n

Syakira tekun menyadur kelapa parut

291795_1791202114259_1665822561_1415673_6201586_n 

Sabar menanti waktu berbuka

293995_1791207594396_1665822561_1415681_8092902_n

Bersusun-susun pinggan…tengok depan sapa paling banyak

294860_1791228394916_1665822561_1415702_4187960_n294130_1791226834877_1665822561_1415701_6544653_n

Sebelum balik…..wajib dan tak sah kalau x bergambar

 

Meriah tak kami berbuka puasa….best sangat dapat berkumpul ramai2 buka bersama-sama…kalau nak kenal sapa yang join mai klik SINI

Menu berbuka pada 13 Ramadhan tersebut adalah Nasi Putih,Telur Dadar, Ikan Siakap Bakar, Kangkung Goreng Belacan, Sotong Goreng Tepung dan Tomyam Campur..tak terkecuali kuih babau, kasui, puding laici GKSB, Trifle Hidir, Puding Pelangi Jucy…

 

 

 

pssssssssst : hari 13 adalah hari pertama shida berbuka di luar tanpa family mak ayah…tetapi dengan family kbu pun meriah jugak mcm family sendiri…walau ada yang pertama kami berjumpa…kakakecik cayunk ampa semua ketat2

Program Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang

Assalamualaikum….

kbu-latest

Kami Blogger Utagha akan mengadakan program Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang seperti yang dipaparkan di banner di atas. Program ini adalah kerjasama KBU dan MAYC Kampung Padang Melangit, Perlis.

Tentatif Program adalah seperti berikut :

2.00 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak

3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)

4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri) dan  Konvoi ke Balai Baru

5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit

6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan

7.00 mlm : Ketibaan VVIP

7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)

7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)

8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih

10.00 mlm : Bersurai

 

Pihak KBU juga akan memberi sumbangan kepada warga emas dan anak yatim yang telah dipilih. Alhmdulillah,kami telah mendapat sumbangan peribadi daripada ahli KBU dan juga pihak luar.  Namun begitu, kami jugak berbesar hati sekiranya ada di kalangan blogger tak kira sama ada dari utara, selatan, timur or barat Malaysia yang ikhlas ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban mereka yang kurang bernasib. Kita berharap dengan sumbangan yang diberikan akan memberi seribu keceriaan dan kegembiraan bagi mereka untuk menyambut hari lebaran yang bakal disambut.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun CIMB: 08240004875529 (Nur Syakira binti Yaakub – Bendahari KBU ).

Minimum sumbangan adalah RM10 dan Tarikh Akhir Bayaran: 17 Ogos 2011.

 

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan : 

Admin KBU:

GKSB- 019-4446535

Pakcu Sofi- 019-4406353

Adish Shida- 014-7577561

 

pssst : amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

Saturday, July 2, 2011

We Care : Hulurkan Bantuan Ringankan Beban

 

WE CARE campain

Assalamualaikum….Rakan blogger semua mesti dah sedia maklum kan apa yang telah berlaku dalam keluarga blogger Moon..di mana adik ipar nya Norma menghidap penyakit..Sehubungan dengan itu, di harap rakan blogger yang lain dapat memberi sumbangan untuk membiayai perbelanjaan perubatan Puan Norma… Untuk kisah lanjut anda boleh ke blog Moon

Walaupun bukan ribuan ringgit yang kita hulurkan tetapi bila dikumpulkan insyaAllah ia akan jadi banyak…sekurang2nya ia akan meringankan bebanan kewangan yang dihadapi untuk membiayai kos perubatan Norma…

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya:

“Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari)

Tuesday, June 21, 2011

KBU : Meet Up Blogger 18 Jun 2011


Assalamualaikum.....

Entry agak basi..tapi tak basi di fikiran kami adik beradik KBU....alhamdulillah Meet Up Blogger KBU yang diadakan di Kedah Bowl, Star Parade sabtu lepas happening walaupun hanya 12 orang yang datang menonjolkan diri.(**update gk kata 14)...semua muka2 yang dah biasa jumpa..kecuali Ishak Roroi..

Kalau ikutkan kepenatan shida..memang shida tak pergi meet up ini...tapi bila pikir2 apa salah nya shida pergi untuk menyokong KBU...Pada awal tu macam2 alasan shida bagi...

Kat Cik GKSB.."Kak mungkin p awal dan balik awal jugak..." tak pe la kak..janji mai tunjuk muka....itu respon Cik GK

Kat Pakcu BEN lak..."ampa main bowling tingkat bape..5 ke..kak myb p lewat sebab nak p "makan kenduri"...hahhaha...pak cu nya respon " tingkat 4 kak, tak pe lewat ke apa..janji mai" pada hal masa kol pakcu nie 500 mtr je lagi nak sampai Star Parade....naik2 atas jumpa depa semua kena perli....hampeh betul..tapi tak kisah...janji happy...

Aktiviti kami sepanjang 18 Jun 2011
1. Bowling
2. Lunch + Pecah Ketoi Ais
3. Perbincangan Aktiviti dan Perlantikan AJK Negeri
4. Photo Gediks

Jom Layan Gambar Kami...(krdt to Pakcu dan Munet)

undian
Undian dibuat mcm main kutu plak

gurlz
acara wajib....berphotogediks

pkcu munet
oppps depa dua nie juruphoto kami…eh eh bukan juruphoto tp guna gambar2 kebanyakan guna cmra besaq depa

meetup
gaya dan score board...sori Ishak xde plak pict kamu

IMG_0851
awat tinggi sangat....tp cheq gak menang...hehe

259063_2037628334074_1045211814_32416357_6595337_o
opsssss saya tak pegang pakcu...saya pegang beg dia sahaja...

255684_231315310214393_100000077785350_1010533_1611279_n
lompat lebih tinggi

265721_2039796948288_1045211814_32419584_5645965_o
depa tak nampak pakcu dah masa nie

bye

bye bye.... nak g makan...

pssst :untuk baca lebih terjah sini MIKRO, KOKUS, CIK GKSP