Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label jom memasak. Show all posts
Showing posts with label jom memasak. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Kek Backhoe untuk Birthday Zairul Afif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Alhamdulillah, atas cabaran daripada besday boy yang nak kek birthdaynya bertemakan backhoe dan lori...Ateh berusaha untuk mendeco setakat mana yang mampu.. 


Taraaaaaaaaa dengan ini Ateh mempersembahkan Kek Backhoe bak permintaan si anak buahku Zairul Afif..Dapat jugak Ateh merealisasikan kek idaman anak teruna Abang On n Kak Tie..Puas mencari set backhoe..takde ini je dapat..lori tak ada...sori ye abang Afif..Khamis Ateh cari tak jupe backhoe yang sesuai untuk deco kek. Di kedai Eco RM2 besar sangat..So, jumaat Ateh kuar cari lagi,  Ateh bajet nak beli yang saiz agak sesuai boleh buat deco dan koleksi truck Afif..beli di kedai mainan Toy Master Tandop..murah je tak mahal mana pun..kalau backhoe comel ada jual Pekan Cina 2 biji RM8.00 tapi warnanya tak real sangat macam yang ni..hehe


Berdebar tu tak upaya la Ateh tak pernah buat kek 2 tingkat...dah terima cabaran kek backhoe so ateh cabarkan diri sendiri wat kek 2 tingkat.. Seronok la dia dapat kek yang diidam2kan..2 biji backhoe yang dijadikan hiasan kek terus dijadikan koleksi truck nya..bukan sahaja koleksi tapi main terus weii...bila Auni bawa keluar mai mengadu kat Ateh...abang Afif abang Afif.. apa pun Ateh suka bila Abang Afif hargainya..




Memasing tak sabar sebenarnya nak tengok hasil kek backhoe tu..Ateh Jumaat malam sabtu tu dah buat kek span untuk dijadikan tapak..Pagi sabtu baru buat kek coklat moist..Bila google dan tanyakan Ayu berkenaan cara membuat kek 2 tingkat terpaksa keluar ke bakery untuk beli papan kek yang saiz kecil untuk kek kedua..egatkan terus letak gitu je rupanya ada tekniknya. Terima kasih sahabatku jauh di selatan Ayu Citarasa Rinduan sudi bagitau teknik untuk buat kek 2 tingkat..Pukul 3 Ateh, Alang dan Achu dah mula start deco..bukan Ateh deco sensorang tau...Alang n Achu jugak bagi idea n tolong Ateh..Thanks Achu n Alang.



Untuk Kek Backhoe ni ateh just buat kek span perasa vanilla dan strawberry sebagai tapak asas..Kek petak 4segi saiz 8.5 x 8.5 dan untuk atas kek coklat moist menggunakan loyang bulat saiz 8. topping n filling Ateh just guna whipping cream rich's yang coklat...sedaaaap..kalau yang plain x makan..hehe.


Birthday boy dengan Abahnya...
ehem nampak si abah yang terlebih excited nak potong kek backhoe itu..




psst : lepas ni turn ummi buat untuk Fateh Uwais.. 





Thursday, January 7, 2016

Resepi Kek Biskut Marie Salut Milo aka Kek Batik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Jangan pula pikir ceq rajin wat kek biskut marie celup milo or koko ni tenghari gini..Ini picture lama, beberapa bulan yang lalu..cuti krismas aritu ada buat dan baru habis je kek tu 3 ari lepas..gambar takde sebab Mr.M muncul time tu..uhuhuhu...kalau Mr.M mai dekat jangan dok kata pe dah..

Kalau buat kek batik ni,kakakecik akan rujuk resepi Cik Epal..mudah je resepi nya. Bahan yang digunakan tu agak banyak tapi berbaloi dengan kesedapannya..kakakecik tak suka kek batik yang lembut tu..suka yang sedang2 tak keras sangat..bila ngap masih ada bunyi kruup kruup biskut marie.

Membebel plak kakakecik ni kan..resepi tak juga share..okey2 jangan la marah sayang.

Bahan2 :
1 bungkus biskut marie -kakakecik guna jenama munchy yg plain (450gm )
1 bungkus kecil milo or choco malt (250gm)
250gm butter or marjerin
1 cawan susu pekat

Cara2nya:
1.Alaskan loyang dengan plastik.
2.Patah2 kan biskut marie..
3.Cairkan butter, masuk kan susu pekat dan serbuk milo.. Kacau lelaju jangan sampai terpeleot tangan plak..bukan pe kacau lelaju tu takmau ia berketul dan keras.
4. Kacau lagi..lagi sampai bunyi bulp blup..agak okey masuk kan biskut marie yang telah dikarate tu..Jangan lama sangat nanti lembik biskut tu.
5. Agak sebati.sekata.keseluruhan biskut telah disalut coklat or milo..masuk kan dalam loyang.tekan bagi padat..
6. Pekemaskan bahagian atas..kalau nak tabur badam cincang ke kekacang ke ikut suka..ada yang terkini depa buh coklat ganache..
7. Simpan dalam peti ais 3jam..kalau tak sabar nak makan tu 2jam pun dah cukup..kalau tak sabar lagi masuk kan dalam peti ais beku tu...hehehe..

Selamat mencuba

pssst : teringat kek batik yana sakura wat di umah Yanty Lee time kenduri Ipah aka Miss Ran...sedaaaaaap




Sunday, February 1, 2015

Jom Memasak : Cucur Jawa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

cucur jawa

Grrrrr..2015 dah masuk bulan kedua..satu entry pun belum ada untuk Januari, syabas shida..syabas…hahaha..sebenarnya ada je yang nak dikongsi di sini..tetapi disebabkan kekangan masa dan kesibukan diri maka bersawang jadinya..demi menyahut cabaran jejaka Bandar Tenggara kakakecik update jugak la hari ini..

 

Emm, mentang2 la dia dok pulun update sampai sehari 2 entry kan…Okey takpe cheq tak pe…ni haaaaaaaaa, kakakecik nak share resepi cucur jawa yang pertama kali kakakecik buat sendiri tiga haribulan dua belas tahun lepas ni…haaaaaaaaaa tengok lama tak lama kan..kihkih..Okey secara jujur nya, kakakecik sebelum ni dok wat cucur jawa tepung mak yang bancuh kan..So, malam tu teringin gak la nak bancuh sendiri..macam biasa google la resepi nya…

 

Ini resepi yang kakakecik guna, ambik dari mana pun dah tak egat..mintak halal ye tuan punya resepi..

 Resepi : Cucur Jawa

Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • sedikit garam

Cara-caranya:

  1. Masak gula pasir dan gula merah dengan air hingga larut. Biarkan sejuk.
  2. Tapis dan tuangkan dalam bekas tepung dan garam. Kacau hingga sebati.
  3. Perap semalaman
  4. Esok pagi, panaskan minyak (tak perlu banyak, cukup untuk goreng sebiji cucur je)
  5. Senduk kan adunan dalam minyak dan goreng hingga bahagian tengah tu menggelumbang jdi macam topi baru terbalik kan.
  6. Goreng satu per satu hingga habis

cucur jawa

Memang sedap, manis cukup2 rasa, tak manis sangat..rugi tak cuba,kalau tak jadi topi tu bukan salah kakakecik ye..

 

Selamat Mencuba

Wednesday, September 24, 2014

Jom Memasak : Potato Fritters

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  potato fritters

Pedia plak potato fritters nie kan…senang cite coq kentang sagat, yang telah menjadi viral di group FB Resepi Ringkas…Dan sememangnya kakakecik gila kentang tak lagi kalau tak cuba buat..Gigih beli kentang dan telur semata-mata nak buat potato fritters nie..

bhn

Resepi nya yang seperti mana depa kongsi di group RR :

Bahan-bahan :

  • 3 biji ubi kentang
  • 1 biji telur
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • lada sulah
  • daun bawang
  • garam secukup rasa
  • cabai besar (ini kakakecik sendiri tambah untuk penyeri nya)

Cara-caranya :

  1. Ubi kentang dikupas kulit dan disagat
  2. Satukan ubi kentang dan bahan-bahan lain (tepung jagung, tepung gandum, telur, lada sulah, garam, daun bawang). Gaul sebati
  3. Panaskan minyak, sudukan dan goreng agak-agak leper, balik-balikan dan tunggu hingga masak keperangan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Sedap dimakan dengan sos pencicah.
  6. Goreng dalam minyak panas..

 

Selamat mencuba

Tuesday, August 26, 2014

Biskut Raya : Tart Nyonya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Di hari terakhir Syawal, masih ada biskut baru yang kakakecik buat untuk raya aritu belum sempat kongsi di sini. So, hari ni ambik la masa sedikit untuk sama2 berkongsi resepi Tart Nyonya.. Resepi yang kakakecik perolehi daripada blog PCM Tiffin Biru, Kak Fauziah Samad, Kak Azlita Masam Manis, dan Lydia Miza…Erm, kakakecik sendiri pernah merasai kegebuan tart ini yang dikirimkan oleh Lydia Miza…memang sedap sangat… Tekad dalam hati mesti cuba buat tart nyonya ni..Siap beli acuan macam kak Ita dan PCM lagi yang love2 tu..hehehe..

 

Apa lagi, kakakecik pun buat la 1 adunan, tetapi agak kecewa kenapa tart nyonya kakakecik tak segebu tart yang Lydia Miza buat..huhuhu..terus lelaju PM dia, akhirnya dapat la tahu punca nya..Bakar biskut ni just api bawah sahaja…grrrrrrrrrrrrr…nak jugak cuba, buat la 1 adunan lagi bagi memenuhi tempahan, Alhamdulillah menjadi. So, tak nak membazir tart nyonya yang hampir sebalang tu, kakakecik korek kuarkan jem nenas yang buat 1 adunan sebelum ni dan gentel2 kan jem nenas baru, letak atas tart dan bakar sekejap..baru boleh makan kalau tak liat jem tu sebelum ni..HAHAHAHA…INGAT YE BAKAR API BAWAH SAHAJA

tart nyonya

Resepi : Tart Nyonya

Bahan-bahan :

  • 300 gms tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu gula ising
  • 200 gms butter
  • 2 kuning telor sahaja
  • Jem nenas

Cara-caranya :

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
  2. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
  3. Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai seolah-olah macam serbuk roti gitu.Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk.
  4. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . (Petua daripada Kak Jee : Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.)
  5. Kemudian terap adunan tadi dgn terap untuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
  6. Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
  7. Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
  8. Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. (API BAWAH SAHAJA)
  9. Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

Cuba jangan tak cuba, jem kakakecik beli hat readymade…. tapi jem tu x sesedap jem readymade nona..huhu…kuciwa jugak la…lepas nie buat sendiri je la ye..Opsss.. sampai ke minggu terakhir pun masih berbaki lagi tart nyonya dan sedap makan yang serdak2 tu sambil tengok TV…(buruk perangai kan :P )

Monday, August 11, 2014

Resepi Samperit Susu

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk pertama kalinya kakakecik cuba buat samperit susu yang ramai kaum ibu para anak dara tengah gila mengukisnya..terutama kat group FB resepi ringkas..boleh dikatakan sepanjang Ramadhan mahupun sebelum Ramadhan setiap ari ada 2-3orang post gambar dorang buat samperit…aiiiiiiiiiiiiiiiiiii rasa tercabar jugak la..nak nak adik ilah pun dah try buat…

 

Janji kuatkan hati..raya nie mesti ada samperit susu bukan hat biasa plain color tu..nak color lagi…jangan terkejut kalau tengok samperit susu kakakecik suwiit sangat dan rasanya memang sweet pun (lepas nie kena kurangkan susu)

samperit susu

Okey bahan untuk samperit susu nie tak banyak..3 barang je digunakan…mudah kan…

BISKUT SAMPERIT SUSU

Bahan:

  • 1 cawan susu pekat (manis bagi kakakecik)
  • 250gm butter
  • 550gm tepung jagung

Cara:

  1. Sebati kan susu pekat dan butter. Kakakecik tak pukul pun just gaul2 dengan jejari yang comel nie…Kalau nak pukul tu jangan pukul sampai kembang atau putih gebu ye.
  2. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. Ikut lembut kalau ikutkan resepi asal 600gm tapi bagi kakakecik 550gm tu dah molek tak de la terlalu keras.
  3. Untuk jadikan tone color macam kakakecik tu, bahagikan adunan kepada dua..warnakan ikut warna apa yang nak
  4. Masukkan kedua warna dalam acuan bekas samperit. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
  5. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan. (bakar api bawah sahaja

Tips yang kakakecik dapat daripada pembacaan komen2 di group RR :

**Untuk dapatkan hasil kelopak yang cantik dan tak jatuh masa bakar tu, kita biarkan dulu adunan yang telah dipaip dalam 15-30minit sebelum bakar.

** bakar dengan api bawah sahaja

Tuesday, May 20, 2014

Jom Memasak : Kek Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama kakakecik sunyi kan, tuntutan kerja hakiki dan sampingan perlu diberi keutamaan. Dalam dok sibuk-sibuk di hari kerja, bila hari cuti memang tak reti nak dok saja melepak kat rumah..harus jugak pegang mixer hehe.. So, jumaat lepas kakakecik cuba membuat kek minyak yang tengah meletopz sekarang nie. Kebetulan kakak kakakecik mintak buatkan 2 biji kek butter untuk jamuan sambutan hari guru dan besday di tadika / taska aiman, aisya n auni..

 

Macam orang mengantuk di sarung bantal la kan..kakakecik guna kan peluang nie untuk mencuba resepi kek minyak yang agak mudah dan senang je. Resepi diperolehi hasil google..menilik dua tiga untuk buat yang terbaik..In Sha Allah…kiranya kakakecik gabung resepi dan teknik nya..hehe

kek minyak

Resepi : Kek Minyak

Bahan - bahan :

  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalette
  • 1 st esen vanila
  • pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 10-15 minit).
  2. Masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
  3. Akhir sekali masuk kan tepung berselang seli dengan minyak. Jika dimulakan dengan tepung diakhiri juga dengan tepung. Gaul hingga rata dan sebati
  4. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Kemudian bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. (Kakakecik guna 4 warna pilihan Aisya, Pink, Purple, Peach dan Biru)
  6. Lenser loyang dgn sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
  7. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
  8. Bakar pada suhu 170 celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.

 

Selamat mencuba..kek nie memang sedap gebu lembut je..tak rugi mencuba tau..kakakecik buat 2 biji aritu…

Wednesday, April 9, 2014

Jom Memasak : Pavlova

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Pavlova!!! erm bukan kesukaan dan kegemaran kakakecik..sebab apa semuanya berasaskan warna putih…hehe kakakecik memang tak makan benda alah berwarna putih..kalau makan pun kena tengok cara dan rasanya dulu…pavlova memang sah2 reject awal lagi..Aiman kata pavlova nie macam mashmallow…ye ke?

 

Habis tu dah tak makan awat p wat plak…ooh nie nak memenuhi hajat permintaan kakak ipar kakakecik sorang tu..dah berulang kali tanya reti buat tak pavlova..dia teringin sangat sejak tengok program masakan di TV…Kak Tie, cheq nie buat tu tak pernah tapi kalau resepi ada boleh je buat..tak salah mencuba kan..kebetulan buah strawbery dan anggur masih ada lebih..

 

Okey..nak buat tu kakakecik ON..tapi memandang whipping cream tak de stok dan kedai bakery di Pendang pun tutup ari Jumaat, so kalau Kak Tie nak makan juga..kena p beli di Alor Setar la..hahaha Kak Tie pun ON je..kakakecik ikut jugak tapi Kak Tie yang driver nya..kekonon nak beli whipping cream je..biasa la dah masuk kedai bahan bakery ada je benda lain dia nampak yang nak beli..grrrrr…abaikan kisah itu…

pavlova

Resepi pavlova nie kakakecik google je..rata2 sama je resepi nya

RESEPI : PAVLOVA

Bahan-bahan untuk membuat meringue pavlova:

  • 4 putih telur
  • 1 cawan gula halus (tapi ramai yang kata manis so kakakecik kurangkan jadi 3/4 cawan)
  • 1 camca besar tepung jagung
  • 1 camca teh cuka makan
  • 1 camca teh esen vanilla

*** BAB PUTIH TELUR jangan sampai ada sikit pun kuning telur....kalau ada kuning telur tu memang tak jadi...so kena hati-hati... pastu bekas mixer ke yang besi putar tu ke semua kena kering...takleh ada air sikit pun...lap kering-kering dulu ye...

Untuk Topping

  • 1 cawan whipping cream (kakakecik beli jenama rich’s) – pukul hingga kembang dan kental
  • Buah2an segar seperti strawbery, kiwi, peach, anggur, dan buah2 yang ada la.hehe

Cara-cara membuatnya :

  1. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  2. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata.
  3. Sediakan loyang yang telah dialas baking paper dan lakar bentuk bulatan.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit..Turunkan suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit hingga warna coklat keperangan, guna api atas bawah...kena pastikan bahagian luar dah garing dan bahagian dalam dah masak... kadang tu luar dah garing tapi dalam tak masak pulak... ada pulak tu kadang dalam dah masak tapi luar masih tak garing... kalau masih tak garing korang tambahkan lagi masa...
  5. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  6. Pavlova dah sejuk..alihkan atas pinggan yang sesuai dan tuang/ pipe la whipping cream yang telah diputar tadi. Hias/susun dengan potongan buah2 segar

Monday, April 7, 2014

Jom Memasak : Kek Karamel Coklat Moist

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dah lama kakakecik simpan peram resepi kek karamel coklat moist nie, tak dibuat pun kek nya..Bila tengok Sunah dan Kiera buat nampak macam sedap je..Kebetulan jumaat pakat kami adik beradik berkumpul..ada di rumah mak, so kakakecik pun terasa nak mencuba juga la buat kek karamel coklat ini..Lagipun sorang kak ipar kakakecik tu mintak buat kan pavlova dia teringin benar nak makan..Okey memang cantik sangat la..pavlova guna telur putih dan kek karamel coklat nie plak ada lebihan telur putih yang tak akan digunakan..tak baik membazir kan..

 

Resepi kakakecik print scrn je dari blog Kiera, bawak hp ke dapur..sambil wat sambil tengok..memang hp kakakecik tu bekerak jugak la.. kihkih..nasib la kan

kek karamel coklat

RESEPI : KEK KARAMEL COKLAT MOIST

# Karamel

  • 2 sudu besar gula pasir.

- Masak atas api. cairkan gula pasir dalam loyang 8x8, ratakan gula ke seluruh permukaan loyang. dah siap biarkan seketika.

 

# Puding Karamel

  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur (putih + kuning)

- kacau semua bahan-bahan kat atas perlahan-lahan, jangan sampai berbuih. guna whisk supaya bahan mudah larut dan sebati.

- tapis bahan dan tuang atas karamel yang dalam loyang tadi.

- bakar puding karamel menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C  selama 15 minit. sementara tue siapkan kek coklat moist pulak.

**********

# Bahan A

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu segar atau susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak

- satukan semua bahan dalam periuk, masak atas api. kacau perlahan-lahan guna whisk agar bahan mudah larut dan sebati. guna api perlahan. bila semua bahan dah larut. tutup api dan biar dia rehat sekejap.

# Bahan B

  • 3/4cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

- semua bahan di atas di ayak

# Bahan C

  • 4 biji telur : Blender je..mudah kan.

**********

# Cara-cara Buat :

  1. Satukan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara selang seli dan gaul dengan whisk sampai sebati.
  2. Tuang adunan dalam loyang karamel yang dah siap bakar tadi.
  3. Bakar menggunakan kaedah steam bake pada suhu 180C selama sejam atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
  4. Dah masak sejukkan kek. biar kek merenggang sendiri dari loyang. Dah renggang terbalikkan dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat Mencuba

 

psst : Memang moist..tapi itu la kakakecik ni dah tak boleh terima lagi kek karamel..huhu..

Thursday, March 27, 2014

Jom Memasak : Agar-agar Kering Berperisa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Di musim kemarau panas terik molek rasanya kalau buat agar-agar kering. Idea untuk jadikan agar-agar kering sebagai Doorgift kenduri Aidy tercetus pabila Jumaat seminggu sebelum majlis, kakakecik dengan mak dan kak Ja ke rumah Mak Teh ada balang2 kaca yang dihias belum terisi dan mak teh tatau nak isi apa dalam balang tu..

agar2 kering

So, bila bagitau Dik Ilah dia cadang isi agar-agar kering..Tanya dia mana nak beli, dia suruh beli di Pekan Rabu Alor Setar, bape kilo kan nak beli untuk 30 balang..Dia kata, apa kata ang buat je..ang kan pandai..cheh sempat lak dok puji kak dia nie.. Kakakecik memang tak pernah buat..tengok orang buat pun tak pernah.. Apa lagi terus google cari resepi agar-agar kering..Dapat la 2-3 resepi yang hampir sama. terus SMS mak untuk beli barang2 nya. Alahai apa la sangat barang-barang untuk buat agar-agar kering ni kan…agar-agar tali dah memang wajib,gula batu jugak diperlukan (fungsi nya tatau gak, mayb untuk bagi kilat kot)

 

Resepi : Agar-Agar Kering

Bahan-bahannya :

  • 30 gm agar-agar tali
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 cawan air
  • Perasa/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-caranya :

  1. Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
  3. Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
  4. Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.

  5. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. (yang ni kakakecik tersilap p potong comel2 gitu hehe)
  6. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.

   agar2

Opps…agar-agar kering resepi pertama kakakecik tidak mendapat kelulusan MyMum..dia kata kurang manis..dan kakakecik potong nipis n kecik..So, kakakecik buat lagi guna resepi yang sama just gula tu kakakecik lebih kan..cakap orang tua yang berpengalaman dulu-dulu kena dengar gak..hehe..tak pasal2 kena perli dengan mak..ye la mak hanya gtau buat agar2 kering nie kena manis dan keras..sukatan nya ngak ada..dah la tak pernah tengok mak buat pun sebelum nie..hahaha..mak kata dia dok wat zaman dok di kampung dulu..hooo aloooh memang tak pernah tengok sungguh la macam tu…kihkih

jemur

Yang best tu elok je sudah masak agar-agar, hujan turun dengan lebatnya…tak dapat la jemur…Alhamdulilllah ari Isnin baru boleh jemur betul-betul, Ahad sebelum tu pun redup je cuaca..mak ayah jenuh dok angkut jemur n bawak masuk balik talam bila nak hujan..

 

p/s : nak buat agar2 ni kena banyak2 sabar, sebab agar-agar nie kena jemur dulu bagi kering dan keras dan jemur kena alih2kan supaya kering elok semua nya..nasib baik yang nie mak yang buat..mak kan dah pro..”dah jual berkilo-kilo pun agar2 nie” hehe

Wednesday, March 5, 2014

Jom Memasak : Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rvc1

Huuuuurm…hampir bersawang jugak la rumah maya kakakecik nie..baru 6 entry sahaja yang ada bagi 2014..mood kureng sikit nak sembang2 di sini memandangkan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan..memang banyak jugak dengan sharing di rumah maya nie…Mohon mood yang ntah hilang ke mana itu datang kembali bersama kakakecik…

 

Okey okey tak nak bebel panjang lah…petang semalam tadi kakakecik bosan di kedai..Syafinaz suruh balik awal buat red velvet yang tak kesampaian kakakecik nak buat sehari sebelum itu dek kerana susu full cream yang kakakecik beli untuk buat kek tu telah diminum oleh Aisya.. So,petang semalam kakakecik berusaha usung HP ke dapur baca resepi..main print scrn je resepi x sempat nak print out..Hahaha…

 

Resepi nya kakakecik peroleh daripada Zalin Zalina dan IrmadiLondon…sebelum2 ni kakakecik memang ada belek resepi2 red velvet nie tapi tak yakin nak buat..tapi bila tengok entry Zalin Zalina ada step by step rasa macam mudah dan senang je nak buat nie.bahan2 pun tak banyak sangat…Cuma tang topping tu je la mahal skit sebab guna cream cheese dan whipping cream..dan sah2 kakakecik tak makan…

rvc

Resepi : Red Velvet Cake

Bahan A - Untuk diayak bersama.

  • 250 gm tepung gandum 
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1/2 sudu kecik garam halus
  • 2 sudu kecik serbuk koko

Bahan B -campur dan kacau sebati. Biarkan 10minit sebelum digunakan

  • 240 ml susu full cream
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 3 sudu kecik pewarna merah(kakakecik guna red bright jugak mcm ZZ)

Bahan C

  • 113 gram butter –dipotong kecil
  • 300 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Bahan D

  • 1 tsp cuka masakan
  • 1 tsp baking soda

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul butter selama 2-3 minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih.
  3. Masukkan telur satu persatu. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.
  4. Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit. Kacau bahagian tepi mangkuk guna spatula plastik
  5. Masukkan bahan A (tepung)  dan bahan B (susu) secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.
  6. Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  7. Susun bekas cupcake dalam dulang..Paip kan adunan... kakakecik guna sudu je untuk masukkan adunan dalam bekas cupcake..Kalau guna bekas cupcake ni letak adunan separuh aje..kurang daripada separuh pun takpe.. ikut suka korang...
  8. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 30 minit..ini bergantung kepada oven masing2 ye.
  9. Selepas menutup suhu oven, kakakecik biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

rvc2

Topping - Cream Cheese Frosting.

Bahan-bahan Cream Cheese Frosting

  • 250 gm Cream Cheese
  • 100 ml atau 1/2 cawan Whipping Cream
  • 100 gm atau 1/2 cawan Gula Kastor (kalau suka kurang manis boleh kurangkan sukatan gula)

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese

  • Pukul semua bahan menggunakan mixer...kena tahu konsistensi cream cheese frosting ni...kalau rasa nak deko atas cupcake, konsistensi krimnya kena kental sikit...maknanya tak lembik sangat... nak kental krimnya takleh pukul lama sangat...kalau rasa dah terpukul lama dan terlembik, korang masukkan dalam peti ais dulu... lebih kurang dah agak kental baru kita deko kan cupcake tu...kalau lembik sangat nanti tak cantik lak deko cupcake tu...tapi kalau korang rasa nak sapu aje atas cupcake tu atau nak biar meleleh takpe la kalau lembik pun... terpulang okey...
  • Paipkan atas cupcakes guna nozle yang berkenan..kakakecik tak de nozle bagai so just masukkan dalam plastik bag dan paip deco comot2 dan tabur manik halus warna warni..

 

rvc3   

Alhamdulillah hasilnya kakakecik puas hati dan kakakecik telah jatuh cinta dengan rasa red velvet nie…Ini la pertama kali kakakecik buat dan merasai kesedapan nya..Seronok habaq mai…Dan kek ni jugak lulus ujian cipta rasa untuk dijadikan hantaran majlis tunang Sabtu nanti..Senyum lebar la kakakecik :)

 

Selamat Mencuba

Wednesday, December 11, 2013

Meroti Tanpa Bibik Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

roti1 

Hati meronta2 hendak meroti..keinginan nya sangat tinggi telah dipendam lama..hajat di hati nak jugak aku miliki bibik malaysia..(BM= Bread Mixer)…Harapan ada la orang hadiah kan untuk besday yang tinggal beberapa hari lagi..Cemburu juga di buku hati nie melihat sahabat2 lain meroti. Takkala menjoinkan diri di dalam group FB Kelab Roti (KR)..pelbagai resepi, ilmu, petua untuk membuat roti perolehi..

 

Perancangan awal hendak buat weekend last week…dah siap semua beli bahan tapi bila mood tak de hanya keinginan sahaja basi di situ la..roti tak juga nampak rupa..Shida sampai bila nak macam tu..cer cuba…Okey..malam tadi dengan semangat buat water roux..campur bahan semua..tup2 bread improver xde..susu tepung sah sah la tak de kat umah tu..buat je la..ikutkan resepi letak butter tapi dek sayang butter yang belum dibuka balutan bungkusan nya..kakakecik derhaka letak shortening (lemak sayur)..ko mampu (alamak terikut ayat diva AA di dalam Masterchef plak)..

roti

Alhamdulillah, ini la hasil kakakecik meroti malam tadi..tak de la segebu dan secantik tekstur roti orang lain..Tapi kakakecik rasa bahagia bila dapat bagi mak ayah makan dengan hasil air tangan sendiri..ikut kan mak suruh bagi garing lagi..hehehe..Next time la ye mak..kita letak inti dalam nya..dah buat teknik doh yang kak Ilah Jy bagitau. Untuk mendapat doh roti yang cantik urat2 dlmnya ..bila koyak dia memanjang... kena buat begini, BULAT KAN KEMUDIAN LEPERKAN... LPS TU GULUNG.. LPS TU BULATKAN SEMULA DAN PERAM. terima kasih akak atas perkongsian teknik tu..moga hasilnya lebih baik bila shida buat nanti kena tunggu kerajinan tu datang semula..

 

Resepi roti nie kakakecik dapat di KR, ramai yang buat guna resepi nie cantik hasil kejadian roti nya…khabarnya dari Isma Maisarah resepi tu..

 

Bahan-bahan :

  • 500gm tepung gandum
  • 11 gm yis segera
  • 1/2 cwn gula halus
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 220 ml air suam
  • 2 sudu besar mentega/marjerin


Cara-cara :

  1. Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. (kakakecik masuk kan dalam mixer biasa tu guna cangkuk dough..jenuh jugak la dok tunggu di mixer tu yang asyik asyik stop pusing)
  2. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
  3. Setelah doh naik..tumbuk2 doh.
  4. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..
  5. Sapu butter atau kuning telur (kakakecik renjis2 air dan tabur gula atas nya) bila dah siap bakar, keluar je dari oven sapu butter )
  6. Bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux

  • 1/4 cwn tepung gandum
  • 250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nak guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Selamat mencuba.

Tuesday, December 3, 2013

Jom Memasak : Tom Yam Putih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ini kali kedua kakakecik buat tom yam putih..kalau tak silap tahun lepas kot pertama kali nya buat, so pagi tadi merealisasikan apa yang dibual dengan Kiera di FB, dia yang kenalkan resepi tomyam putih nie ke kakakecik. Ingat2 lupa da..seingat kakakecik tomyam nie kena letak lengkuas dan sedikit santan. Malam tadi godek2 la resepi nya..dapat di MyR, sama jugak macam kiera share di blog nya..

tomyam putih

Resepi : Tom Yam Putih

Bahan-bahan :

  • Daun limau purut setangkai (jgn banyak2 nnt pahit)
  • Lengkuas dua potong (wajib!)
  • Stok ayam atau kiub ayam (kalau stok ayam, guna la 3 4 sudu , kalau guna kiub, guna la empat kiub ayam) – ini kakakecik tak de letak, stok pun xbuat, kiub ayam pun xde
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 6-8 biji limau nipis (Perah airnya)
  • 10 biji cili padi  (tumbuk jgn sampai hancur)
  • Air dalam dua mangkuk tiga mangkuk
  • garam secubit dua(secukup rasa)
  • Daun Sup – x letak jugak terlupa hahaha
  • Ayam beberapa ketul (kalau guna sotong dan lain2 tambah je, kakakecik tambah udang)
  • Kubis, Carrot, Tomato – jika suka
  • 1 sudu Santan / Susu segar (ramuan rahsia)
Cara-cara
  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam jugak
  2. Selepas tu, masukkan stok ayam atau kiub ayam(jangan guna kiub tomyam putih,tak sedap) ke dalam periuk
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis.  Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan sayuran dan santan / susu segar.
  5. Siap! hidang guna daun sup. Boleh jugak tambah 3 titik minyak ikan(tapi ada orang xsuka)

 

Selamat Mencuba

Monday, December 2, 2013

Jom Memasak : Rendang Udang Kiera Sakura

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rendang udang 1

Pagi tadi dalam keadaan sudah terlewat masuk kerja, kakakecik tetap nak jugak masak untuk dibawa bekal untuk makan tengahari..tak nak jadi macam semalam..tahan lapar sampai ke petang…dok makan keropok, gula2 n air kosong je..(tak nak lagi cari alasan untuk malas masak)

 

Nak kata kelam kabut sangat tu tak la di dapur sebab nasi mak dah siap tanak, ikan, udang, ayam semua dah disejuk kan..So lagi mudah la kerja kakakecik di dapur..Cari ‘nyok’ yang dah parut xde plak dalam peti ais…Terpaksa la kopek dan mesin sendiri..Dah suntuk sangat masa tu, kakakecik mesin ikut setakat mana yang nak sahaja…HAHAHA teruk tak perangai selebihnya tinggal je biar ayah sambung mesin tak pun mak kukur bila dia nak guna masak..

 

Agak sudah lama kakakecik tak buat rendang udang nie..resepi nya kakakecik dapat dari Kiera, tu yang nama entry nie Rendang Udang Kiera Sakura..selalu ayam or daging je kan orang buat rendang…ini kiera buat rendang udang habaq mai…tapi untuk pagi nie kakakecik dah olah skit bahan dan cara2 nya berbanding yang sebelum nie..

rendang2  

RENDANG UDANG KIERA SAKURA

Bahan-bahan :

  • 200gm Udang
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 inci halia (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 cawan santan
  • 1 keping asam gelugur (hiris halus)
  • daun kunyit (hiris halus)
  • daun limau purut (hiris halus)** kakakecik tambah
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

rendang5

Cara-caranya:

  1. Bersih kan udang..
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga halus
  3. Panaskan kuali tanpa minyak. Masuk kan bahan kisar, santan, cili kisar, asam gelugur, serbuk kunyit.
  4. Biarkan bahan-bahan mendidih hingga masak. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan udang , hirisan daun kunyit serta daun limau purut.
  5. Masak hingga kuah agak kering sedikit,if nak berkuah pun boleh jugak.tengok udang sudah masak jangan sampai kecut sangat tutup api..
  6. Siap…sedia di makan dengan nasi putih panas.

 

psst : kakakecik masak ikut kata hati dan masak dengan ikhlas penuh kasih sayang..air tangan sendiri memang sedap..walau tak de pro mana, sijil masak memasak pun tak de tapi pengalaman masak di dapur dengan mak itu lebih berharga dan bernilai bagi kakakecik..belajar dari pengalaman dan kita praktik kan. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana bagi semua ini.

Thursday, November 21, 2013

Jom Memasak : Roti Puri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 roti puri 

Semalam dan hari ni…redup nyaman je cuaca di kawasan kakakecik..semalam hujan sepanjang hari membasahi bumi…manja2 je turun nya…kalau hujan2 nie makan roti cicah kari sedap jugak kan..Kakakecik teringat gulai ayam yang mak buat tu masih ada..elok lagi tak basi…apa lagi google la resepi roti puri…kakakecik dapat 2-3 resepi yang berlainan..tapi kakakecik cuba resepi yang dikongsi di MyResepi…

 

Kalau dulu setiap kali bulan posa..bila buka posa ramai2 belah family ayah..Mak Teh Ah akan buat..sekilo tepung..berebut2 kadang kala tak cukup…Itu dulu je la..sekarang tak de lagi buka posa ramai2 gitu..Pastu kalau pergi Perlis..sure g makan di gerai depan Taman Guru Kangar..taman selepas TNB kat roundabout tu…Nie dah dapat resepi cuba la buat sendiri…Alhamdulillah menjadi.

 

RESEPI ROTI PURI

Resepi Asal: Yatiezaini (myR)

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (boleh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air (jika perlu)
  • Minyak utk mengoreng

step roti puri

Cara-cara membuatnya :
  1. Satukan tepung gandum dan yis ke dalam satu bekas yang besar. Kemudian gaul rata.Ketepikan
  2. Satukan garam, gula, minyak masak dan air ke dalam periuk kecil. Panaskan atas api hingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan itu ke dalam tepung (Sedikit demi sedikit) Gaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. Dengan mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti (breadcrumb)
  5. Jika perlu, tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tangan dan menjadi doh
  6. Tutup doh dengan kain bersih yang dilembabkan terlebih dahulu.Perap doh selama 30min.Doh akan kembang sekali ganda dari saiz asal.
  7. Pastu boleh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil. Agak2 la saiz tu berapa ya.
  8. Canai doh seperti canai doh kuih karipap. Canai hingga habes doh dahulu.Barulah start menggoreng.
  9. Siap utk digoreng.....goreng sebijik sebijik ok...Gorengan dimulakan dengan doh yang pertama dicanai. Barulah roti sempat mengembang sementara menunggu turn untuk digoreng.

 

****Tips utk menggoreng :
Gunakan api yg kecil / sederhana, orang cakap kena pandai main api..kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mengelembong / naik kembong
Semasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

 

psst : kalau di pasir salak katanya panggil tepung tempek…tapi roti puri nie sama je kan dengan roti arab

Jom Memasak : Bihun Sup Ayam Bersambal Cili Merah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Terpaksa naip semua entry bihun sup ayam nie..petang semalam dah siap taip panjang berjela pun siap dengan resepi bagai..just nak masuk kan gambar sahaja lagi..Tup2 letrik xde…ingatkan akan ada dalam peti draft..rupa2nya tak de…uwaaaaaaa..nak tak nak arini kena la tekan keyboard semula…takmau biar tertangguh…nanti basi plak bihun sup tu..

bhun sup

Gara-gara bihun sup ayam..dah hampir 40jam kakakecik tak jamah nasi…asyik dok ulang makan bihun sup aje…last makan nasi ari buat sambal telur rebus goreng tu…tak pasal2 arini dok muntah angin..padan muka ang shida… Sebenarnya, kakakecik dah teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah nie..sampai ke Tanjung Dawai kakakecik jejaki..tapi itu la setakat boleh lepaskan keinginan sahaja..tak cukup lengkap bahan nya..makan tetap habis…sluuuurp sluuurp..Nak puas hati buat sendiri kan…So apa lagi 2 malam lepas kakakecik start la kerja gila wat sup ayam di malam hari..hahahaha..bila panggil kazen mai makan..dia kata beli ke.ye la mana de orang wat bihun sup malam2 kan…itu la nama nya kalau dah mengidam tu..cukup bahan jalan je…

  bhun sup tjg dawai

Bihun Sup Tanjung Dawai

 

Okey resepi nya…anggaran je ye…sup nya pun simple2 aje…lebih kurang orang lain buat jugak..

RESEPI : BIHUN SUP AYAM BERSAMBAL CILI MERAH

BAHAN A : BIHUN

  • 1 bungkus bihun
  • 2 sudu makan serbuk kunyit / pewarna kuning
  • Air secukupnya

Cara menyediakan bihun :

  1. Didihkan air untuk merebus bihun. Masuk kan pewarna kuning atau serbuk kunyit.
  2. Apabila air sudah mendidih masukkan bihun dan kacau-kacau sikit bagi bihun masak rata. Tutup api, biarkan sekejap bihun terendam dalam air tapi jangan terlalu lama nanti bihun lembik.
  3. Bial bihun dah masak, lembut. Toskan bihun sambik jirus dengan air paip. Balik2kan bihun dan biarkan bihun ditos hungga dihidang (supaya bihun tidak bergumpal dan mudah dileraikan apabila nak makan)

 

BAHAN B : KUAH SUP

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1 batang daun sup (potong kasar)
  • 2 inci halia ***
  • 3 ulas bawang putih ***
  • 3 biji bawang merah ***
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga

Cara2 Membuatnya:

  1. Bahan-bahan yang tanda *** diketuk2 manja (tak halus tak kasar, biasa2 sahaja hasilnya) untuk dijadikan bahan tumis.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis bersama bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang keperangan dan wangi.
  3. Masukkan air  dan sup bunjut.
  4. Masukkan ayam dan tutup periuk biarkan ia mendidih. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Bila ayam hampir empuk..masukkan daun sup dan perasakan dengan garam serta perasa secukupnya..biar merenih & ayam benar2 empuk.. tutup api..

**Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga ayam empuk..baru tabur bawang goreng dan daun sup.

 

BAHAN C : SAMBAL CILI MERAH

  • 1 bungkus kecil serbuk cili
  • 1 cawan air (kakakecik ambik kuah sup)
  • 2 sudu gula
  • sedikit minyak utk menumis.

Cara-cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak api perlahan,masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
  2. Masukkan air dan gula.
  3. Kacau hingga sebati jangan ada yangg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit.
  4. Bila dah nampak pecah minyak.Tutup api, sedia untuk dihidangkan dengan bihun sup.
bawang goreng

 

BAHAN C : UNTUK HIASAN / TABUR

  • Ayam yang siap dipotong kecil (ambil dari kuah sup)
  • Daun bawang (hiris)
  • Cili merah (hiris)
  • Lobak masin hancur (dicuci & goreng sekejap)
  • Bawang goreng (lagi sedap kalau goreng sendiri…wangi)
  • Tauhu (goreng dan potong dadu)
  • Sambal Cili

 

Okey dah  siap semua, apa lagi amik mangkuk..isi bihun dan ayam yang telah dipotong. Hiaskan dengan bahan tabur. Masukkan kuah. Hidangkan dengan kuah sambal merah. Jangan lupa baca Bismillah dan doa makan.

 

Mesti ada yang tertanya2 kenapa yang kakakecik teringin benar nak makan bihun sup ayam bersambal cili merah ye….eh ke tak da yang nak tau pun sebabnya..hahaha,perasan plak macam orang nak tau…tak kisah la..nak jugak bagitau..Dulu, zaman kakakecik sekolah rendah dan menengah…lewat tahun 80an dan awal tahun 90an gitu, kat kampung kakakecik ada 1 gerai yang jual bihun sup ayam…Boleh kata selalu jugak la kakakecik dan kawan2 dok makan di situ…sambil makan borak…biasa la budak2 kan time tu..seronok je keja nya..lepas makan g main…memang sedap la bihun sup ayam Chop Pam tu..asal lak bihun sup Chop Pam…hahaha..arwah pakcik nie dulu keja kat loji air di kampung…depa dok kuarters..itu yang orang kampung panggil dia chop pam…Al-Fatihah untuk arwah yang telah kembali ke Rahmahtullah pada Awal Muharam baru2 nie…

 

Itu dulu selalu dapat makan, tapi sekarang nie susah nak cari kedai yang jual bihun sup ayam bersambal cili merah…kebanyakan jual bihun sup daging…kalau ada yang jual bihun sup ayam sambal merah pun..kekadang bahan tabur nya tak cukup..sokmo depa letak daun bawang dan bawang goreng..kalau ada yang letak tauhu goreng atau lobak asin tu…1bonus la mangkuk bihun sup tu….Itu yang boleh kakakecik buat sendiri dengan bawang goreng yang digoreng sendiri wangi je time hirup sup tu..puas makan berulang2…Okey Selamat Mencuba ye..

 

psst : esok holiday di seberang laut..

Tuesday, November 19, 2013

Jom Memasak : Sambal Telur Rebus Goreng

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sehari dua ni rasa malas je nak ke dapur untuk masak bekalan tengahari di tempat kerja..dah la malas nak masak…malas plak nak keluar pegi beli makan..sanggup tahan lapar sampai sakit kepala..cukup la semalam je buat perangai begitu (padahal last week pun buat gak perangai malas tu). So arini dek tergoda dengan sambal tumis telur pengantin yang PCM buat..sememangnya kakakecik dah lama tak buat sambal telur nie…kakakecik pun pagi tadi buat la sambal telur rebus goreng..kenapa plak rebus goreng? jeng jeng tu kena baca sampai habis la ye…

smbl telur

Resepi tak de la buat ala2 PCM sebab kakakecik tak makan sotong kering..hehee..so nie resepi kakakecik…

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur rebus yang dikupas kulit
  • 1 biji bawang besar, bahagia dua dan potong melintang
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 senduk cili kisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • 5 biji bawang merah kecil (dimayang halus)**
  • 2 ulas bawang putih (dimayang halus) **
  • 1 batang serai (diketuk2 manja) **

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng telur rebus yang telah dikupas kulit hingga keperangan. Ketepikan.(ini la dinamakan telur rebus goreng)
  2. Dengan menggunakan lebihan minyak goreng telur tadi, tumis bahan bertanda ** hingga harum.
  3. Kemudian, cili kisar dan sedikit air. Masak hingga cili garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau dan masak hingga bawang lembut. Curah la atas telur rebus yang dibelah dua..Selamat mencuba

Wednesday, November 13, 2013

Jom Memasak : Cheese Cake Meleleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

IMG_20131108_160623

Mohon ampun dan maaf, dah bermingguan kakakecik tak conteng di sini..Sibuk menjaga mak di hospital selama seminggu…Mood blogging pun menurun sebagaimana mood untuk baking…2 minggu jugak la mixer tak disentuh..oven tak dipanaskan..

 

So khamis dan jumaat lepas kasi warming up skit, kalau tak start memang tak akan jalan la kan..walau ada keinginan..malam jumaat sebelum adik balik kampus wat sherperd pie, mak dok teringin..Alang-alang dah oven dikeluarkan..Jumaat tu kakakecik nak mencuba buat cheese cake..bahan dah beli sebelum raya haji lagi..Kekonon nak buat masa raya haji.tapi tak sempat..Jumaat lepas baru sempat buat..kebetulan Abang On dan Kak Tie buat makan2 skit sempena besday Saffiya…Boleh la bawak ke rumahnya..

 

Resepi..kakakecik ambik kat google je tak ingat ambik dari blog mana…mintak halal ye tuan punya resepi..Abaikan hiasan yang comot tu..

 IMG_20131108_160447

Resepi : Cheese Cake Meleleh

Untuk Kek:

  • 100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
  • 60g tepung jagung*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu besar ovalette
  • 100g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
  • 75g mentega cair

Cara:

  1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
  2. Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

 

Untuk Cream:

  • 250g cream cheese
  • 120g susu pekat manis
  • 50ml UHT Whipping cream

*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair

 

Untuk hiasan:

  • 1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:

  1. Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.
  2. Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
  3. Parutkan cheddar cheese di atas kek.

 

Selamat Mencuba…Jangan tanya kakakecik sedap ke idak sebab kakakecik memang tak makan cheese cake..tapi kakak dan anak buah kata sedap..sedap la kot kalau tak, tak habis la :)

Sunday, October 20, 2013

Jom Mengukis : Biskut Cornflakes Ranggup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

cornflakes ranggup
Bertemu kembali kita..setelah 9 hari cuti sempena AidilAdha, cuti panjang x semestinya duduk saja di rumah..Hanya cuti secara rasmi di tempat kerja..tetapi sebaliknya masih bekerja di dapur rumah..Jumaat dah start baking biskut raya..buat serba sikit supaya balang kuih tak de la kosong sangat..Untuk AidilAdha nie kakakecik buat sorang2 je..tak de sapa tolong pun..anak2 buah semua tak balik..So, biskut simple je la yang mampu buat dan nak habiskan stok bahan yang beli masa raya puasa aritu..

Kebetulan conflakes ada lagi 1 kotak..anak2 abang din dah bagitau tak nak cornflakes madu..dorang dah ubah selera ke cornflakes ranggup..Apa lagi Ateh nya pun mencari la resepi yang sesuai..Raya posa aritu ternampak Ayu Citarasa Rinduan dan Kak Yatie ada buat cornflakes ranggup nie..ambik la resepi daripada blog dorang..
 bskut raya
Resepi : Biskut Cornflakes Ranggup
Sumber : Kak Yatie Sinar Kehidupanku

Bahan-Bahan
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil
Cara-Cara
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA

psst: boleh plak kakakecik makan biskut cornflakes nie..sebelum2 nie memang susah benar nak telan cornflakes. Alhamdulillah dapat jugak merasa nikmat makan cornflakes hehe




Wednesday, October 9, 2013

Jom Memasak : Kek Pisang Emas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CYMERA_20131006_111729

Selalu kalau nak buat kek pisang, korang guna pisang apa ye? Kakakecik guna pisang emas yang ranum tu je..Tak de plak nak cuba pisang lain risau nanti tak nampak urat2 pisang di kek tu..kalau xde urat tu rasa macam xbest je..Sabtu lepas, mak n ayah ada beli pisang emas..elok je 1 sikat rm2.00..mak pun macam nak suruh buat kek pisang..tapi bila kakakecik makan pisang tu sedap nya..sayang plak nak lenyek2 buat kek..So, malam tu selepas hantar kek karamel ke Amal, kakakecik singgah beli pisang emas..siap bagitau adik tu..”kak nak pisang emas yang ranum” pilih punya pilih dapat la yang 1sikat rm1.60..ada dalam 12 biji kot..itu pun kakakecik dah suruh buang pisang yang terlampau ranum..hahaha..rugi la kalau ambik jugak sebab dia timbang pisang tu..

 

Kakakecik masih mengguna resepi yang lama…resepi yang mudah dah sedap hasilnya..jangan derhaka sudah la..sebab kakakecik ada buat sebelum nie derhaka skit kat telur..so hasil nya kurang memuaskan…Untuk kali nie ikut betul2 resepi nya..Alhamdulillah menjadi dengan elok..

CYMERA_20131006_111314

Resepi : Kek Pisang

Bahan-bahannya:-

  • 2 cawan tepung gandum
  • 10 biji pisang emas
  • 3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 cawan gula
  • secubit garam

Cara-caranya :-

  1. Panaskan oven dengan suhu 170C. Lenserkan loyang 8”.
  2. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
  4. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
  5. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Bakar selama 45 minit menggunakan api yang atas bawah.

 

Selamat Mencuba