Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label feeling. Show all posts
Showing posts with label feeling. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Hidup : Senyuman dan Tangisan

 

ainur

Hidup bersilih ganti antara senyuman dan tangisan.
Andai tangisan itu meluah bicara, menangislah.
Andai senyuman itu penawar, senyumlah agar luka itu terubat.

Friday, June 14, 2013

Bride To Be (B2B)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Salam pagi Jumaat..penghulu segala hari. Semoga kehidupan kita dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaik2 yang mungkin boleh. Malam tadi tak dapat nak menengok TV..kalau nak tengok pun di bengkel bunga daun getah mak tak pun kat handphone je. Astro tak bayar..hehhe. So, apa lagi kakakecik mengonlinekan diri la..Internet free kan..kena la guna sepenuhnya.

 

Opss..berkenaan dengan tajuk entry nie, Bride To Be, B2B selalu orang sebut. Bagi sapa2 yang nak kawen la kan, kalau dah kawen jangan dok menggatal nak kata dia tu B2B. Macam kakakecik tak ape la..selagi tak kawen boleh la B2B, nak kawen bila tu tatau la lagi, Jodoh Pertemuan di tangan Allah..dia yang maha mengetahui..

 

Semalaman kakakecik dok usha blog2 B2B nie, bukan la sebelum nie tak pernah jenguk, dah 2tahun kot dok BW kat B2B, sejak Adik Ilah nak kawen dulu. Tapi yang malam tadi memang ada idea-idea baru yang kakakecik dapat dan boleh la nak digunapakai andai ada jodoh untuk kakakecik melangsungkan majlis..hehe..sampai termimpi2 habaq mai..teruk dah kan kakakecik nie…Walau apa pun biar la ia menjadi rahsia dulu..idea yang macam mana yang telah membuat kakakecik terpaut dan jatuh cinta tu. Kalau di izinkan Allah nanti, kahwin la kakakecik..dapat la kakakecik luahkan idea-idea nya. InsyaAllah…Time tu boleh la reg. B2B betul2 kan..B2B from Kedah…hehehee…sekarang nie B2B syok sendiri..hehehe..

kedah_tag

Tuesday, May 7, 2013

Tolak Ansur dan Timbang Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Kita hidup bermasyarakat di muka bumi nie perlu la ada sifat bertolak ansur dan bertimbang rasa..jangan nak pikir untuk kesenangan diri sendiri je..tanpa memikirkan hal orang lain..nak senang cerita buat sesuatu nak mudah sahaja…


Macam malam semalam..kakakecik hantar adik untuk naik bas ke Kajang di Pendang…memandangkan Pendang belum ada stesen bas ekspres,so bas Mara Liner dan Cosmic akan ambik penumpang di deretan kedai bersebelahan Petronas Pendang, kalau bas Persada, Kejora naik kat Stesen Teksi. Kenapa tak ada stesen bas ekpress? ( mungkin lepas nie mintak Tok Man buat stesen bas ekpress di Pendang). Sekarang kat Pendang hanya ada 2-3 syarikat bas je yang menyediakan perkhidmatan bas dari Pendang ke destinasi area KL. Dah stesen bas yang berplatform tak xde lagi..parking pun mesti la tak de kan..kalau ada pun tak banyak..Malam semalam memang ramai sangat orang yang naik / tunggu bas…parking penuh..so kakakecik decide nak parking di dalam kawasan petronas..sekali ada la sebuah kereta iswara nie..parking erm..camne ye nak bagitau..kiri kanan nya lebih banyak.kalau dia parking betul2 boleh masuk sebiji kereta lagi..(EH, sebiji ke sebuah ye penjodoh bilangan untuk kereta...rasa nya kereta..tapi untuk ayat last nie rasa macam lebih sesuai n suka letak sebiji kereta, hehe..mintak ampun cikgu BM)


Bila tengok tuan kereta masih ada…kakakecik pergi la dekat kereta nya dan mintak dia alihkan sedikit kereta dia…nak tahu apa reaksi pakcik tu…dia buat muka blur dan derrrk je..Kakakecik tanya, “Kereta tu kereta sapa, kereta pakcik ke?” Dia mengiyakan…So, kakakecik sekali lagi mintak dia alih sedikit kereta tu..Dia jawab…depan tu tong sampah…alahaaaaaaaai…pakcik oooi tong sampah tu bukan penuh sampah nya…setakat parking keta je pun..bukan nya nak hidu..yang pakcik dok luar kereta tu boleh lak…(ni kakakecik kata dalam hati je la). Bila dia jawab depan tu tong sampah..anak dia menyampuk ‘Ayah, dia nak parking..alih sikit je pun..boleh la dia masuk parking” Last-last pakcik tu masuk kereta dan alih kereta dia…yang akhirnya kereta dia dah tak dok depan tong sampah lagi…kalau sebelum tu kereta dia betul2 di depan tong sampah..


Kakakecik, adik dan kak cik yg dalam kereta nie..nak tergelak pun ada..eh memang dah gelak pun kat dia…hehehhe….ok kakakecik bukan jenis yang tak reti nak ucap terima kasih…Bila adik kuar nak beli jajan di Mesra Petronas..kakakecik suruh adik ucapkan terima kasih kat pakcik tu…Nie lagi satu hal..pakcik nie bila adik ucap terima kasih dia leh wat bodoh…bini dia yang kata sama-sama…tak paham betul la dengan pakcik tu….psiko ke apa…


p/s : jangan terlalu mementingkan diri sendiri



Monday, April 22, 2013

Email Yang Tak Dijangka!!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Hari nie terasa lambat sangat masa berlalu….ada macam boring jugak duduk sorang-sorang nie..tetiba teringat dah lama tak buka email yahoo..password dah hampir terlupa..3-4x masuk kan password yang selalu guna tak jugak betul…Elok kakakecik mintak tolong dengan pakcik Yahoo…teringat mungkin password ini..kakakecik pun mencuba la sekali lagi.. Yes, Alhamdulillah betul pun password tu…

 

Banyak email-email yang tak dibaca..hampir 1 tahun jugak tak buka email yahoo shida_nss tu..so, proses delete email-email yang tak berkenaan dijalankan..mark all je and delete..tapi bila terpandang 1 email nie..terkejut la jugak…tak jangka plak ada email begitu akan ada dalam inbox kakakecik..

 

Haiiip bukan email yang merapu tu ye…jangan kuning sangat otak tu…cuba bersih skit…

email

Sebenarnya ada seorang pengirim email nie mohon resepi kek karamel pelangi…Ya Allah kakakecik tak sangka sama sekali ada orang akan email tanyakan resepi kek karamel pelangi… Kecian plak kakakecik kepada Nurul Cahayaku ini sebab email nya bertarikh 7 April 2013, tetapi baru hari nie kakakecik baru baca dan balas email nya. Harap Nurul Cahayaku dapat resepi kek karamel yang kakakecik kongsi di blog ini ye..Cari je Label KEK KARAMEL..untuk buatkan pelangi tu Nurul letak 6 warna pelangi, iaitu merah, kuning, oren, hijau, ungu dan biru…kalau nak letak perasa kepada setiap warna tu pun boleh jugak..if tak de perasa..just pewarna dan essen vanilla da memadai..

 

pssst : terasa nak baking je malam nie…nak rasmi acuan loyang baru…choc moist cake pun boleh nie…selain dari baking caramel cake yang Hadi tempah

Monday, April 15, 2013

Untung Suami, Mertua Sayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ehem ehem ehem kakakecik nie da bersuami dan punya mak mertua ke…Eh eh tak lah..mana ada lagi semua tu (opps kenapa kencang je jantung nie berdegup bila menaip entry nie, Ya Allah permudahkan la urusan ku) tapi kalian kalian berdoa la ye semoga kakakecik ditemukan jodoh.

 

Ya Allah..masih dup dap dup dap lagi nie..perlu ke berhenti taip entry nie…cool shida cool..tarik nafas hembus…

 

Sebenarnya kakakecik pun segan bukan malas tapi malu bila ada sahabat, jiran, sedara yang berkata “Untung suami nanti bila kawin, mak mertua mesti sayang sebab pandai rajin masak macam-macam”. Dan pagi tadi bila terbaca komen Cik Zai kat entry Karipap Ranggup & Gebu kakakecik senyum-senyum kambing, malu-malu kucing gitu.

komen

Erm, jawapan kakakecik mudah sahaja…. “Untung la sangat, riso suami marah je asyik masak itu ini dah tu suruh dia yang pegi beli barang..dan mak mertua plak nanti bebel merungut bila tengok dapur dia berkecah, hehehe”  Tapi, seandainya, bakal suami dan mertua nanti, suka dan sayang dengan kakakecik disebabkan kakakecik boleh memasak walau tak secekap dan sesedap mana tapi boleh la untuk bagi family dan sedara mara makan, itu adalah satu bonus untuk kakakecik. Kakakecik hargai kasih sayang yang mereka berikan..Janji mereka boleh terima kakakecik seadanya, kakakecik pun banyak kekurangan pada diri ini. Itu sahaja. Siapa suami kakakecik pun tatau. Ia masih menjadi Rahsia Allah.

Thursday, April 11, 2013

Emosi dan Tidak Puas Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Mood hari nie tak berapa nak okey sangat..emosi semacam je..ye la malam tadi memuding sekali rasa ketidakpuasan hati dengan hasil puding2 yang dibuat..bukan sedikit banyak kot….80 bekas dadih..Walau apa pun kena jugak terima la.ikutkan hati nak je buat lain..tapi kakak kata tak apa la..okey je, Alhamdulullah..

 PRK

Mau tak mencabar kesabaran kakakecik, pagi tadi sebelum datang kerja buat Puding Roti Karamel yang masih belum mencukupi, ingatkan untuk 40 bekas tu just guna 4 adunan sahaja..tetapi di luar jangkaan..1 adunan hanya boleh 8 bekas sahaja, nak tak nak kena buat 5 adunan. Awal tu dah susun bekas dadih dalam pengukus besar mak, ok cantik muat-muat 20 bekas..Apa lagi semangat kakakecik mengukus puding roti tu…tetapi alangkah kecewa nya bila buka pengukus, ada dekat 10 bekas puding terbuka penutup nya dan kejadian nya amat mengecewakan..Terpaksa la tambah adunan lagi,mak pun tumpang susah hati tengok kakakecik kelam kabut, dalam diam2 mak kol ayah mintak belikan telur sebab telur kat rumah dah habis..terima kasih mak…Kukusan kedua dan ketiga okey menjadi selepas kakakecik tidak menutup bekas dadih tu..Tetapi, kukusan terakhir terlebih masa dalam 5 minit, hancus lagi puding tu…boleh je makan tapi tak sempurna sangat kejadian nya..tak sama seperti yang dikehendaki..tu yang buat pagi tadi lagi 1 adunan..

 

Okey..done puding roti karamel nie..kakakecik pun masak la lauk untuk lunch hari ni, tengok dalam  peti ais dah ada nyoq yang ayah mesin siap2..kakakecik pun nak buat la masak lemak kuning ikan kembung, sekali bila rasa masak lemak tu rasa macam lain je..terus panggil mak suruh rasa sebelum tu ada gitau mak yang masak lemak manis je rasa..Huhuhu..bila mak tengok dan rasa masak lemak tu..mak kata manis sebab terlebih santan..lemak sangat..uwaaaaaaaa…kakakecik terus tak de feel nak bawak masak lemak tu..nasib baik kakakecik de jugak buat ayam goreng kunyit…

 

Tapi…….satu lagi hal wat kakakecik rasa spoil…nasi mak tak masak lagi…dah la masa tu dah pukul 9.30 lebih..huhuhu…apa lagi cepat2 la basuh beras dan tanak nasi kat periuk elektrik tu 45 minit jugak baru masak..lewat la masuk keja arini..huhuhu…

 

pssst : bila emosi kurang stabil nie memang jangan sapa pun dok jolok ye satg tak pasal2 ye yang dok elok2 tu terus tak de mood..hehhe…eh bukan sebab PMS ye

Wednesday, March 27, 2013

Telekom Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Tarik nafaaaaaaaaaaaaaaaas dalam-dalam..update cepat2 entry sementara line internet okey..mana tau kejap lagi dia tenat kembali…entry nie lebih kepada luahan emosi yang terlampau GERAM, MARAH dengan servis Telekom Malaysia (TM)..

 

Camne nak mula kan ye….begini la nak dipendek kan cerita…tempat kakakecik mencari rezeki nie dah dekat 3 minggu mengalami gangguan internet dan talian telefon…sekejap ada sekejap tak….kekadang ada waktu pagi…petang je dalam pukul 3 dah tak de line internet nya..So, setelah beberapa hari line internet dan telefon masih tak molek, 18hb pukul 1.27pm kakakecik terpaksa la call service centre TM guna HP…call 1300888123 dari handphone number celcom…(kerana takde kena la topup sebab dorang akan caj 1 panggilan RM2). Setelah masuk kan nombor telefon dan bla..bla..bla dengar iklan TM tu..baru la disambungkan dengan pegawai perunding perkhidmatan dorang…kakakecik pun cerita la, eh buat la aduan tentang masalah yang dihadapi…kira nya kakakecik dah open report la..dengan janji dalam tempoh 24jam akan diselesaikan..

 

19hb, 20hb..sabar lagi menunggu walau masalah tetap sama…masuk 21hb memang dah tak boleh sabar lagi..nak buat kerja pun xboleh…sekali lagi kakakecik terpaksa call 1300888123 guna handphone..melayang lagi kredit aku….just refer no report sebelum nie..tak lama selepas kakakecik call 1300888123 tu..ada pihak TM call ke Hp..tanya status masalah kakakecik..dia bagaitau bahawa pihak kontraktor kata dah selesai masalah nie pada 20hb..dia ada tanya..ada tak pihak kontraktor call ke apa…kakakecik jawab tak ada pun..call tidak datang lagi la tak..so, dia kata akan hubungi semula technician TM Pendang untuk selesaikan masalah yang kakakecik alami..

 

Kakakecik pun tunggu jugak la panggilan daripada pihak TM berhubung kes nie..tapi tak ada..buat andaian cuti sehingga semalam..5 hari masalah nie akan selesai…bila datang kerja..still sama..line internet dan telefon tak okey…check kredit handphone masih mencukupi untuk buat panggilan ke 1300888123…tetapi malang nya nasib kakakecik bila tersilap tekan button untuk report tertekan button pertanyaan bil..nak kembali ke menu utama dah tak boleh..bila dapat bercakap dengan pegawai perundingan bahagian bil mintak dia sambungkan ke bahagian teknikal..sebelum tu dia bagitau yang report sebelum nie dorang dah tutup…apa pun dia kata dia akan sambung ke bahagian teknikal untuk bantuan selanjutnya..pekak kan telinga lagi untuk dengar iklan TM..sampai terputus talian tak dapat cakap dengan bahagian teknikal…

 

Okey..bebai….terpaksa tebalkan muka pergi kedai sebelah..mintak nak guna telefon dorang call 100..bukan kena bayar pun kalau call 100 dari talian tetap…lama jugak menunggu untuk disambungkan…MAAF PEGAWAI KAMI MASIH SIBUK…SILA TUNGGU..berulang kali dok dengar..bila dah dapat kakakecik cerita bla bla bla..bagi nombor report dan tarikh sebelum nie…SAH report kakakecik sebelum ni dah tutup..kira dah selesai la…kakakecik dah bengang la..selesai apa nya kalau masalah still sama…dia kata di sini dorang kata tukar socket..kakakecik tanya la tukar socket di mana…di tempat saya or di mana..technician tu dah tak boleh jawab..kakakecik kata saya tunggu pihak TM call tapi tak ada..sekarang nie bukan sehari tunggu bukan 24jam…cik cuba tengok tarikh harini dah berapa haribulan..dan berapa saya buat report…dah 10 hari kan..bukan 10 jam ye…kecian tu ada jugak la kat budak perempuan tu..tapi lantak la…kita pun ada sabar jugak..bila dia tanya..ada apa2 lagi boleh saya bantu…”saya hanya mohon selesaikan masalah saya ini dengan segera dan jangan sampai saya email report tentang kes ini” dia kata… ”itu hak cik nak report sebagai pelanggan..kami tidak boleh halang”. Hehehe…kakakecik nak tergelak pun ada jugak..xpe la kita tengok je la sampai bila line internet nie akan okey…line internet dah okey..tapi line telefon masih belum okey..tunggu la esok2 kakakecik p Alor Setar terus g TM..report pulak di sana…

 

psst : kejap lagi nak karang email untuk TM dan karang entry untuk 1 lagi syarikat telekomunikasi…hahahha

Thursday, February 7, 2013

Bersuami Lelaki Muda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tetiba ternampak Bro Framestone post status di Page nya yang buat kakakecik like 23x (bro pinjam 23x kejap ye..sebab 23 tu mybesday)


Agak-agak la apa yang post Bro tu sampaikan kakakecik nak like sampai 23x hehehe..


Hahaha..baru malam tadi kot mak dok sembangkan berkenaan lelaki muda untuk dijadikan suami..tadi pun ada tersilap post status "Mak dah bagi kebenaran lelaki muda..dulu mak tak bagi dengan lelaki muda" kat group KBU..almaklum la arini kat KBU rancak dorang borak bab perkahwinan...sabo je la kan..


Mak kata....tak apa lelaki muda dari kita pun janji dia nampak matang dan matang pada sebenar2nya...boleh jaga kita..pimpin kita...semua nya dah okey...


Eh mak nie..sapa la nak anak mak yang dah umo dah 30 lebih nie..huhuhu..dulu bukan main tak bagi lagi kalau dengar kawan dengan lelaki muda...Mak nie bukan apa mesti kes Cik Salina kan..bakal suami Cik Salina muda 4 tahun...Dah jodoh dorang kan..


pssssssst : Ehem ehem siapa la suami kakakecik ye...muda ke tua ke?





Monday, February 4, 2013

Kakakecik Terkena...Opps..Silap Nombor...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Pagi tadi dah lewat nak pegi kerja...tengah siap2 nak pakai tudung terdengar telefon bunyi di dalam bilik..terus berlari2 ke bilik..riso customer call..ye la dah lewat setengah jam kot...sekali nombor tak dikenali..jawab je la...mungkin urgent...


Ok ok senang cite..kakakecik buat dialog ye antara Pemanggil (P) dan Kakakecik (K)...mudah skit korang paham hehehe...


P : Assalamualaikum..ni Puan Shida ke?

K : dalam hati...grrrrrrrrrrrr panggil aku puan plak..malas nak betulkan kepada CIK..."Nie sapa ye?

P : Puan Shida ke nie?

K : Nie sapa ye? (sekali lagi kakakecik tanya siapa dia)

P : Saya dari XXXXX Homestay.

K : Ye..ada apa?

P : Ni cek yang puan bagi cek tendang la..bank bagitau.

K : udah blur aku dibuatnya " Cek apa plak nie"

P : Cek yang RM3,000.00 tu la yang Puan bagi kepada kami..(banyak nya aku kasi duit kat dia)

K : Bila masa plak saya bagi cek tu...saya tak pernah pun dok kat homestay di situ..saya dok homestay lain.itu pun dah lama..dah habis 1 semester pun.. (dah lama aku tak bagi cek kat orang nie)

P : Puan ada bagi kepada kami pada hari Khamis..dan bank bagitau saya pada ari jumaat cek tu ditendang

K : Saya tak pernah bagi cek pun...sebab saya haritu berurusan tunai...

P : Puan...saya ada nombor kereta dan saya akan buat laporan polis

K : Okey bagitau saya nombor kereta tersebut...sebab saya memang tak ada bagi cek pun...

P : Okey 

Pemanggil terus letak telefon....Eh kenapa lak dia tak bagitau nombor kereta tu...dia takut ke apa...terlupa plak nak tanya cek tu atas nama sapa di kaki cek..selalu nya kakakecik guna cek syarikat je...


Kakakecik waktu nie berpikir...aku nie terkena panggilan hangat ke...sapa nak wat Da&%%^ kat aku nie....memang dulu pernah berurusan dengan homestay di kawasan berkenaan time nak pergi hantar adik....Dalam hati dok pikir pemilik homestay yang pekena kakakecik dan family tu...


Kakakecik tak puas hati dan terus ke bengkel bagitau dengan mak...dan nanti nak kol owner tu sendiri...tapi mak tak senang duduk..suruh kakakecik kol waktu tu jugak...ye la mak kata..kita tak pernah dok wat naya kat orang tak pernah nak tipu-tipu orang pun selama ni..

Kakakecik mencari nombor telefon owner homestay XXXXX (OH)...nasib baik masih simpan...eh kalau Era or HotFM dorang yang buat panggilan semula kan..tapi nie kakakecik yang tak puas hati terus membuat panggilan kepada Owner Homestay...

K : Assalamualaikum...ni XXXXX Homestay ke?

OH : wasalam...kejap (dia bagi telefon kepada orang lain..)

K : Assalamualaikum ni puan XXXXX ke...Saya shida dari Kedah..ingat tak? yang pernah sewa homestay di XXXXX tu....

OH : Shida..shida mana ye..

K : Ada yang 2 biji kereta sewa di XXXX tu...tadi saya ada dapat 1 panggilan dari nombor 012XXXXXXX dia kata dia dari XXXX Homestay..

OH : oooooo, ok ye

K : Kata pemanggil tu saya ada kasi cek RM3,000.00 dan bank tendang...sedangkan saya mana ada masuk pun homestay puan...

OH : shida, mak cik mintak maaf....sebenarnya dah tersilap nombor..ada dua orang penyewa yang nama shida...ejaan je lain..dia ada masuk sewa...cek dia bagi tu tendang..silap nombor la...mintak maaf la ye...

K : Bukan apa...dia kata nak report polis semua...(masa nie dah sebak mengigil tangan dah..huhu..biasa la kakakecik kan macam nie)

OH : shida, mak cik mintak maaf sangat tau...

K : okey la kalau macam tu...assalamualaikum...


Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...pemanggil dari XXXX homestay memang buat kakakecik berdebar2 tau..ye la nak wat report polis bagai..dah tu da nombor kereta..kalau ye pun bukan la kereta kakakecik sendiri time tu..kereta abg din dan shahir...riso jugak la kan...


Tapi Alhamdulillah....semua nya gara2 tersilap nombor...huhu...kakakecik terus sms kat nombor yang buat panggilan tu.... "Salam, encik dah salah orang la..saya hanya pernah inap di XXXXX itupun 5 bulan lepas.berurusan tunai dengan Puan XXXXXX sendiri. Tq"


15 minit lepas tu baru kakakecik dapat sms daripada nombor tadi "Salam, saya pohon kemaafan dari Puan. Orang yang sebenarnya telah dapat saya hubungi. Maaf sekali lagi. Terima Kasih. XXXXXXX"


Huhuhu....sabar je la..gara2 tersilap nombor nie kakakecik masuk keje pukul 11 pagi..waktu dok kalut nie jugak la adik mintak ajar dia buat coklat...sabar je la...


pssst : agak2 kalau nanti kakakecik pergi sewa homestay dorang dapat diskaun tak..tak pun dapat dok free ke...best jugak kan..hehehe



Thursday, January 31, 2013

Johor Trip # Cafeteria Noor : Pertemuan Kembali

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kakakecik ke Johor minggu lepas bukan semata2 berjumpa dengan sahabat2 yang kakakecik kenal di alam maya...tetapi jugak dengan izin daripada Allah kakakecik dapat bertemu kembali dengan orang yang kakakecik begitu rapat pada suatu ketika dahulu..


Cafeteria Noor menjadi saksi pertemuan kami...bermula dengan Kak Azie sekeluarga..Kak Azie adalah sahabat kepada kakak Kakakecik..mereka mengenali antara satu sama lain pada tahun 1998 semasa masing2 belajar di Kolej Negeri..walaupun kak Azie sahabat kepada Kak Ja..tetapi kakakecik juga rapat dengan nya...hampir 8 tahun jugak kami tidak bertemu..seingat kakakecik kali terakhir kami bertemu adalah pada majlis perkahwinan Kak Ja pada tahun 2005..sekarang dah di tahun 2013.

 Ada yang mengatakan muka kami seiras..seperti dua beradik...

Bergambar kenangan dengan family Kak Azie dan Abg Rizal...sudah 4 orang pun anak kak Azie..tapi maintain mcm anak dara lagi


Kak Azie terima kasih kerana sanggup datang dari Bukit Indah untuk berjumpa dengan Shida..walaupun sekejap tetapi ia amat2 membuatkan shida sebak dan sedih sehingga mengalirkan air mata...tatau kenapa Shida rasa sedih sangat saat itu..mungkin antara kita sudah seperti adik dan kakak..(sebak plak bila menulis kembali saat itu)...Terima kasih jugak kerana belanja shida dan kekawan sarapan pagi tu dan buah tangan strawberry cheese tart serta kek lapis berempah itu..



Kek lapis dan cheese tart tu Kak Azie buat sendiri..dia ada bisnes Home Bakery...macam2 juga dijual..kalau sama berminat nak mencuba air tangan kak Azie boleh ke Rizziees Bakery House (Kak Azie jugak adalah jiran kepada blogger Sis Lin)



Tak lama selepas kak Azie balik...kakakecik sempat la berborak kejap dengan adik2 blogger lelaki tu...pastu datang plak seorang adik junior yang kakakecik kenal masa study dulu..kira rapat la dengan dia..selalu pegi bilik dia lepak makan tido kat bilik nya...last kakakecik jumpa Alin, pada tahun 2009..time kenduri kawen dia..itu la kali pertama kakakecik ke Johor...naik kapal terbang lagi sorang2 plak tu...


Dan pada 26 Januari 2013, Sabtu lalu kami bertemu kembali...kalau dulu Alin sebagai pengantin baru..tetapi kali ini alin bakal seorang ibu..walaupun tengah sarat mengandung Alin tetap datang jumpa kakak dia seorang ni...terima kasih Alin...


Sebenarnya kakakecik ingat nak jumpa alin kat area umah nya di Kulai..tetapi tak tau yang dari Sedenak ke Sg Sayong akan lalu depan taman umah alin...so tak dapat la jumpa di Kulai...apa pun akak memang tak sangka alin akan datang jumpa dengan akak..walau kejap...Alin..akak doakan semoga urusan kelahiran cahayamata pertama kamu dan Jani akan dipermudahkan..dengar2nya baby boy..elok sangat la..mak kan xde anak lelaki..mesti akan jadi cucu kesayangan punya lah...


Alhamdulillah dengan takdir Ilahi kakakecik dapat bertemu dengan orang-orang yang kakakecik rapat..walaupun ada lagi seorang dua yang belum punya jodoh untuk bertemu...insyaAllah nanti kita bertemu ye...



p/s : masih terkenang2 trip ke johor....



Thursday, January 10, 2013

Spontaneous Thursday # MARRIAGE


When two girls talking bout their ultimate dream
 ♥ ♥ ♥ m.a.r.r.i.a.g.e ♥ ♥ ♥ 
mcm2 dok imejin..nak tu..nak ni..kan kan.. 

Monday, January 7, 2013

Sri Diah : Dedikasi Untuk Wanita

Dedikasi Untuk Semua Wanita Yang Hatinya Belum Dimiliki 

Bukanlah daya wanita untuk melamar jodoh
Melainkan ia hadir bersulam cinta, demi kasih
Lalu lelaki itu diangkat menjadi suami

Yang pada bahunya ada tanggungjawab
Yang pada dadanya ada kerjasama
Yang pada hatinya ada jujur dan setia
Yang dalam dirinya ada adil dan kasih sayang
Yang pada suaranya ada impian dan wawasan

Jodoh dan lelaki bagai layang-layang
Dihulur tali dia pergi, jauh dan makin jauh
Wanita bukan sengaja menolak menjadi isteri
Sebaliknya, layang-layang dihujung jari
Selalu sahaja terputus tali....



Dedikasi oleh Sri Diah di helaian terakhir novel Doa Buat Suamiku..terima kasih Sri Diah dedikasi ini dan di atas perkongsian plot cerita Doa Buat Suamiku yang menarik. Ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada kakakecik dalam pencarian dan perjuangan ini...jangan putus asa..jodoh itu telah ditetapkan untuk kita sejak dari lohmahfuz nya lagi...selagi itu la jodoh tetap akan ada walau di lewat usia...


Monday, December 10, 2012

Kalau Malas…Jangan Disuruh

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Malas…malas dan malas…itu la alasan yang kakakecik dok bagi bila orang suruh wat itu ini…tatau la kenapa 2-3hari nie malas je..rasa lemau badan nie..Jumaat seharian tido..eh bukan seharian sepagian tido…sampai masak tengahari pun mak yang masak..selalu ari Jumaat kakakecik yang masak..tp Jumaat lepas..tido punya pasal mak masak sorang2 di dapur..sori ye mak..nak buat camne bukan selalu jadi mcam nie..sebulan sekali pun susah…tatau la kenapa bulan nie jadi macam ni…sabar je la..

 

Semalam..konon cuti la..adik beradik balik kampung..rumah penuh dengan semua adik beradik kecuali adik bongsu…cuti sendiri sebab masa nie la nak borak sakan dan kebetulan mak nak buat bubur asyura…boleh la tolong mak buat..sekali kakakecik dok ngadap TV tengok cite hindustan Love U Mr Kalakaar…ooops bukan MR KELAKAR tp MR KALAKAR…memang bunyi nya kelakar tp MR KALAKAAR bermaksud Encik Artis…(wah belajar cakap hindustani plak)..Layan Mr Kalakaar punya pasal dengan dok bermalasan baring ngadap TV…sekali sekala je pegi jengok mak, kak hah, ngah nah, kak timah dan mak ngah dok kacau bubur asyura…dorang dah tau sebab pe kakakecik jadi malas macam tu…selalu nya kakakecik bukan malas sangat bukan rajin sangat tapi ada gak la tolong kan…tapi elok habis je Mr Kalakaar..kakakecik pergi luar tengok2 dah masak pun bubur asyura..kakakecik tolong senduk kan masuk dalam talam je la..

 

p/s: kalau dah malas tu kan memang kakakecik tak masak..sebab nanti kalau msak dengan hati yang tak ikhlas dok bebai je..masakan tu jadi x sedap..itu yang penting nya keIKHLASan dalam masakan..tengok mak mak kita masak yang simple pun anak2 makan sampai jilat jari..sebab mak masak dengan ikhlas untuk anak2 nya

Thursday, November 1, 2012

Spontaneus Thursday # 13

 

“Aku tak nak paksa mata nie..aku sayang sepasang mata yang rabun sejak 20 tahun lalu”

Thursday, October 4, 2012

Marah…Senyum Dulu Boleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Manusia…biasa la kan tak kira jantina, umur mesti akan ada je rasa sakit hati, geram dan dendam..seterusnya akan mencetuskan api kemarahan..tapi kita kena la pandai mengawalnya..tak kan suka hati main sembur je…ye tak..tak pasal2 nanti kena sembur semula terduduk kot…

 

Kalau la rasa nak marah sangat tu kan..apa kata cuba tanya kat diri tu, kenapa nak marah sangat nie..besar sangat ke masalah tu dan akan selesai ke masalah tu kalau kita marah…erm, apa tak dapat jawapan nya…makin membuak-buak marahnya ye dan tak boleh tahan sangat dah…cuba la buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan tu…yang perempuan dapat pergi shopping hilang la amarah tu..yang lelaki…kalau yang kaki jenis layan game tu…pergi la main game..lepas perasaan marah kat situ..jangan dihempuk nya alat permainan tu dah le…yang paling utama jangan anggap masalah tu adalah masalah…buat bodoh je..jangan dok pikir sangat..kalau dok pikir setiap minit setiap jam memang boleh meletup…

 

Opps memang tak tahan sangat dah..marah la..kalau itu yang boleh kan hati dan jangan lupa sebelum nak lepaskan amarah tu senyum dulu boleh tak..bukan nya sebab apa..senyuman boleh membuatkan kita akan lebih tenang dan segar..dan yang penting beristighfar la banyak-banyak..bagi sejuk hati tu..tak de la nanti kuar perkataan yang tak sepatutnya…

 

pssst : jangan melepaskan marah anda tak tentu pasal…pikirkan hati orang lain sama.jangan strees sangat, kakakecik lak kalau tak tahan sangat geram marah sangat2 sampai leh nangis tu..huhu

Spontaneus Thursday #12

“Camar yang hilang tak akan kembali ke sarangnya semula”

-semoga dia tabah-

Wednesday, September 26, 2012

Sedih..Kecewa..OH TIDAK

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

 

Hujan boleh dikatakan sepanjang minggu..nie tanda nya dah bermula musim tengkujuh..kalau orang lain hujan-hujan nie dikatakan best la tido kan..kakakecik kalau hujan, susah hati bukan takut banjir..tapi datin athma akan datang la..dah 2-3pagi tidur tak berapa nak selesa..kekadang tu sampai selimut 2lapis..bergulung je dalam selimut…

 

Ok ok..dah dah tak mau dok cerita bab dalam bilik kat sini…tengahari tadi agak sedih dan kecewa la jugak..adik ilah yang dok kat Perak kol bagitau dia mungkin tak jadi balik sebab adik kat UKM ada kelas ke apa ntah minggu nie..kalau ikutkan hati dia nak je balik dengan Sorfina..tapi husband dia macam risau, disuruhnya kakakecik pergi Ipoh naik bas jumaat lepas habis kerja balik kedah dengan dia..Ahad balik semula Ipoh dengan dia…amboooooooooooi bagus betul adik sorang tu…bila Dik Ilah tanyakan adik dah ambik ke kek…masa nie dah semacam..ye la adik takde bagitau apa2 tentang barang yang kakakecik pos tu..entah boleh makan atau tatau la…

 

Last-last bila contact adik..tanya la dah ambik ke barang kat opis..dia kata dah ambik semua..tapi dia tak berani nak makan..tengok kat tudung tupperware tu berwap, tapi xde la jadi kulat ke apa lagi kat makanan tu..suruh dia pegang melekit tak..kata nya ada skit…kakakecik tak puas hati suruh dia rasa plak..dia kata ok dia rasa makan skit..kalau sakit perut kena la..uwaaaaaaaaaaaa…adik nie..ok ok kalau macam tu tak payah makan..nanti buat lain..ingatkan nak pos la lagi guna alamat umah kawan dia..tapi dia tak nak..dia kata tunggu dia balik nanti buat untuk nya…okey adik..(tapi bila nya adik nak balik, huhu), sedih tau bila kita pos makanan tetapi lambat sampai..akhirnya makanan tu masuk tong sampah je…sayang kan…bukan rezeki adik la tu…tu la nak sangat buat suprise..padan muka.

 

pssst : minggu nie macam malas je masak untuk wat bekal lunch..arini terlebih kreatif..nasi goreng mak buat utk bfst..kakakecik p buat nasi grg pattaya..hehehe

Tuesday, September 25, 2012

Nak Sangat Buat Suprise!!!!

HAHAHAHAHAHA..gelak jahat

Ambik ko shida…nak sangat buat suprise kat adik…konon biar dia terkejut dan tak sangka la akan dapat benda yang dia nak tu..sekarang ni tak pasal2 ko yang menggelabah shida..riso tak tentu arah dah…uwaaaaaaaaaaaaa..mana la tahu  arini ada PilihanRaya Kampus (PRK)…tensen, tensen nya….

DSCN9816

Daripada nak bagi adik terkejut…alih-alih kita lak yang kena bebel dengan dia..huhuhu..sabar je la…EH dah pukul 5 lebih nie…PRK mesti dah habis kan…adik cepat serbu opis KRK..tengok ada x bungkusan dari kakakmu ini…..kalau dah rosak…mintak maaf la ye..nanti kak buat lain..hehehe.sure kak ilah bertambah2 jeles nya…

 

pssst : nak suprise sangat sampaikan blok dan no bilik adik inap pun silap…pastu terpaksa kol tanya dia utk confirm. poskod pulun cari buku2 rujukan 10 tahun lalu..hehe…gigih tak kakak dia nie

Monday, September 24, 2012

Mengai Di Bendang

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

“MENGAI DI BENDANG”  apa ke benda la tu ye..tak paham kami nie…okey jom kita belajar loghat Kedah..lain negeri lain loghat nya tak gitu ke…Kalau di Kedah Mengai tu maksud nya memancing, Bendang plak sawah padi…ada jugak sawah padi tu orang panggil “Padang” kalau x silap orang belah2 kawasan laut sana..belah Alor Janggus, betul x Munet..hehehe..

DSCN9762

 

Petang Sabtu, sedang menjamu mak dan kekawan nya makan Lontong, kakakecik terdengar dorang dok bercerita nak p mengai ikan..beli umpan lah…so kakakecik menyampuk la..”Nak ikut, nak ikut Kak Timah p mengai gak, cheq dah lama teringin nak mengai tau..tapi x pernah pun dapat..ingat2 masa zaman budak2 dulu umo 8-9 taun mengai guna batang bemban kat umah tok” kecewa nya kakakecik bila Kak Timah tanya…”Ang nak p naik apa..?” Uwaaaaaaaaaa macam nak nangis je..walaupun ada je lesen motor..kakakecik dah x berapa nak berani bawak motor biasa mau2 jalan bendang…buat muka 2kupang..last2 Kak Cik Da bersuara..”Jom, kak cik naik motor sendiri…shida naik dengan Kak Timah” Yehaaaaaaaa seronok tak sangga..Kak Timah kata “Kalau nak p cepat siap p tukar pakai suar, tak kan nak pakai kain batik kot, pastu bawak bekai sama” Dezuuuuuuuuuuuuup terus masuk dalam umah salin pakai trek suit….time nie la Si Aisya dok sibuk tanya..”Ateh nak p mana ateh..”alahai aisya nie kalau nak ikut jom la…

    DSCN9768

 

So membonceng la kakakecik….pergh dah lama kot tak bendang belah kampung lama tu…dah la naik motor..gayat jugak….sebelum jumpa port nak mengai nie…ada la jumpa orang-orang kampung…dorang terkejut kot tengok Kak Timah bawak kakakecik nie…haaha..kak timah lak dok jaja nie..”Nie budak nie pukul 6.30 pun dok ajak gak mai mengai” Grrrrrrrrrr….tak kisah janji leh pegang batang kail dan umpan ikan makan….

DSCN9761

 

Yeeeeeeees…dalam seminit dua je letak batang kail…tersentap…yes yes ikan makan…dengan teruja nya cepat2 angkat batang kail…yesssss ikan haruan…sekali dia terjatuh balik dlm bendang…rasa nya kakakecik menjerit seronok masa bagitau kak timah semua orang dengar kot…aaaaah tak kisah la…tunggu punya tunggu dalam setengah jam hanya 3 ekor ikan puyu yang makan umpan kakakecik…2x ikan mempermainkan kakakecik..huhu…sabar je la…apa pun ini pengalaman yang baru bagi kakakecik..

DSCN9764

Ikan puyu yang telah makan umpan (dalam bulatan)….eh tu Kak Cik Da..dia la banyak bantu…buh umpan dan ambik ikan dari mata kail..hehe

 

pssst : Jumaat nie macam nak ikut kak timah dan kak cik da p mengai lagi la..mak plak siap kata nak beli batang kail hahaa..nak p mengai gak..mak sapa nak bawak motor…huhu..

Wednesday, July 4, 2012

Irma dan Redza : Hampir Menitis Airmataku

Sesejuk keadaan di luar yang hujan..begitu jugak sejuk mata nie melihat video Majlis Akad Nikah Irma dan Redza serta video Pre-Wedding mereka….Alhamdulillah jodoh mereka..Semoga ikatan pernikahan mereka kekal hingga akhir hayat…serta mendapat keberkatan daripadaNya

 

Bahagia nya melihat mereka berdua…sweet sangat2…

 

Majlis Pernikahan yang sempurna…hampir menitis air mata kakakecik bila melihatnya..

 

pssst :bilaagaknyaturnkakakeciknie..