Coretan Terbaru KakakeciK

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Penyatuan Dua Hati : Siti Hasunah & Soleh Ahmad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

adysunah1

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat dan adik yang kakakecik kenal di dunia blog ini telah melangkah ke hadapan sebagai suami isteri. Alhamdulillah Sunah dan Ady Soleh telah disatukan pada hari penuh keberkatan, Jumaat 13Disember 2013 di Kampung Baru, Bintulu.. Tepat jam 2.55petang, Siti Hasunah bt Mohammad sah menjadi isteri kepada Mohd Soleh b. Ahmad dengan sekali lafaz…Kakakecik menjadi saksi majlis pernikahan mereka berdua.. ye la pagi jumaat tu, kakakecik dan rakan2 blogger lain dah sampai di Bintulu…Pertama kali kot ke sana..Selamat pun kami sampai walau berbagai rintangan yang terpaksa tempuhi (apa tu, tunggu next entry).

sunah ady

     adysunahakad

Selesai sudah majlis akad nikah, kakakecik dan rerakan lain ke Kidurong tempat inapan kami selama di sana…Rehat2 kan badan dan malam nya kakakecik, Iffah, Finaz dan Norfa ke rumah Sunah kembali untuk tolong apa yang patut…pada malam tu juga ada majlis bergendang, berjoget dan berpantun (spontan) untuk menghiburkan orang kampung / sanak saudara yang bekerja / memasak bagi majlis esok nya.

 1526655_527966877299683_729889737_n

Esoknya, majlis kenduri kami sampai elok orang dah susun kerusi..hehehe..terlewat kah kami sedangkan waktu kami sampai tu baru pukul 12 tghri…Oooo sana makan awal, pukul 9 pagi dah start majlis nya..tak apa la janji dapat hadirkan diri pun dah memadai..macam biasa la mesti nak bergambar dengan pengantin kan..dalam syok dok bergambar berbagai pose, pengantin paksa kami makan nasi dulu..riso nanti orang kemas habis..hahaha..Sapi masak kicap memang sedap sangat2..rasa mcam nak mintak tapau je…hehe..

1460991_767874459893627_498955101_n

with ady sunah

adysunahkenduri

reramai

Selain, nasi dan lauk pauk yang sedap nie..ada jugak dihidangkan kek..ada kek pandan, kek marble,bingka pandan, dan yang paling istimewa tu kek lapis perigi pink air tangan Puan pengantin sendiri..sedap sangat2…berulang berkeping2 makan nya…

1520759_527726713990366_1154012610_n

Kepada Sunah dan Ady Soleh, akak sekali lagi ucapkan Tahniah..semoga ikatan yang terbina ini akan kekal bahagia hingga ke jannah..Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh mawaddah, sakinah warahmah.In Sha Allah..


“Barakallahu lakuma, wa baraka ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fi khair”

(maksud: Semoga Allah memberkati kalian berdua dan memberkati atas kalian berdua, dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan).

..Amen..

Tuesday, September 10, 2013

Selamat Pengantin Baru Ruzz & Fadil Penyu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 1236981_10201331655607892_1319292860_n

Seorang demi seorang adik2 yang kakakecik kenal dari dunia blogger mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah jodoh dorang dah sampai kan..jodoh kakakecik masih lagi menjadi rahsia Allah. 

Picture 011

7 September lebih kurang jam 9.30 malam rasa nya (selepas Isyak) Fadil telah sah menjadi suami kepada penggemar warna merah Ruzz Ezani. Kakakecik tak kesempatan melihat majlis akadnya sebab masih tercari2 rumah pengantin malam akad berlangsung. Hanya dapat saksi kan Fadil berpelukan sambil menangis si bahu seorang wanita mungkin emaknya. Tetiba kakakecik pun terasa sebak di saat ini…

ruzzpadil

 nikah

nikah ruzz padil

Kepada Ruzz dan Fadil..tahniah untuk kalian, semoga bahagia dan kasih sayang tidak akan pudar hingga ke syurga. Jadi la suami dan isteri yang terbaik antara satu sama lain…

Picture 009

Mintak maaf ye akak tak dapat menghadirkan diri di hari majlis persandingan/perkahwinan korang berdua…Hanya di malam akad nikah sahaja akak dapat hadirkan diri…itupun nasib baik ke KL..eh kalau tak ke KL mungkin akak ada kot Ahad tu..hehe…

1208939_10201331497763946_1505907485_nJangan la gigih mencari kakakecik di dalam gambar reramai tu..kan dah kabo kakakecik tak de hari kenduri..huuuuuh…

1235339_10201331545605142_1350668444_n

KBU’s bersama pengantin…

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH….

SELAMAT PENGANTIN BARU RUZZ dan FADIL..

 

pssst : next pasangan blogger mana plak ye yang akan mengikut jejak Ruzz&Fadil. Kiera&Nadh..cinta blogger belaka nie…

Gambar pengantin di hari majlis cilok dari group Blogger Perak…crdt to Reez Foto Cinta

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday # D.I.Y : Hantaran Oren Pink

DSCN4041

DSCN4021

_DSC0208

_DSC0216

DSCN4029

DSCN4018

_DSC0207

DSCN4023

_DSC0212

DSCN4020

DSCN4025

DSCN4048

DSCN4040

Butik Pengantin..Jangan Haloba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Erm….dok fikir jugak nak kongsi ke tak pengalaman kami sekeluarga dengan butik pengantin yang kami ambik untuk majlis perkahwinan Izzuan dan Syu dua tiga hari lepas…Tapi memandangkan kami memang tak puas hati dengan servis nya tak salah untuk kakakecik kongsi di sini..bukan bermaksud nak menutup periuk nasi nya. So, tak perlu la nak glamorkan nama butik nya, kalau nak tau boleh je kita soksek di inbox.

Kami booking untuk ambik pakej dengan butik dot dot ini pada bulan dua lagi..bulan dua okey…empat bulan sebelum majlis…pakej yang kami ambik cover baju pengantin lelaki dan perempuan (baju baru), pelamin, meja makan dan akan dapat la aksesori, pintu gerbang dan kek 2 tingkat serta hiasan meja kek yang mana meja kami kena sedia sendiri..caj pengangkutan dikenakan sebab majlis di Sik..butik nie di Sungai Petani…

Yang kami tak puas hati tu…ada ke patut mai pasang hias pelamin dan meja makan pukul empat pagi…empat pagi okey bukan empat petang…tak pernah dibuat orang mai ketuk dinding nak pasang pelamin bagai pukul empat pagi, nasib baik pelamin buat di luar umah dan kami tak ambik bilik tido..kalau tak camne nak tido kan..time gitu semua orang nak tido la…Kakakecik memang tak boleh tido la sepanjang malam tu…dok tunggu dia datang tak sampai-sampai…Dah la pagi Sabtu sehari sebelum majlis call tak dapat…sampaikan izzuan dah nyaris2 nak pergi butik dia..kalau dia tak mai jugak memang akan report polis la..ye la duit semua dah bayar habis…elok da dapat call, dia kata tunggu nanti dia sampai..2-3x call x sampai2 jugak apa lagi kakakecik perli la…”Dok mana nie, tak sampai2 lagi..tak kan cari umah tak jumpa kot” ambik ang…tu baru skit kena..hahaha…Bila dia sampai, kakakecik kata orang nak tido la waktu macam nie…Dia balas..”Kira awal lagi ni kak oooi kami mai nie, ada yang kami p subuh” Tu hampa punya pasal..jangan ngek sangat dalam buat kerja…

Okey..habis bab pasang pelamin dan hiasan meja makan yang ntah apa2 tu..tanpa hiasan bunga di panel…memang tak puas hati la…biar la nak buat camne dah mai buat time orang da nak tido..suruh ketuk pintu bila dah sudah tak dengar plak ketukan nya..Nak jugak la tengok hasil nya dan komplen mana yang tak puas hati kan…tapi kakakecik terjaga pukul 6 pagi selepas 1 jam tido tengok dorang dah tak de…hampeh betul..
syu n iwan
Mai hari kenduri, Izzuan p berdua je dengan Syu kat butik tu…tup2 pengantin 10 orang kot dok tunggu turn nak mekap…ooooooooi, apa kes nie bila tanya aritu kata dalam 5-6 orang je..ni sampai 10 orang..memang sah sah tak dan..dia hanya mekap eyeshadow, letak bulu mata dan lipstik….eye liner n blusher syu letak sendiri…nasib baik syu pandai gak touch up nie,kalau bagi kakakecik memang dok macam tu la..keras tangan situ la nak pakai eye liner n sapu blusher…dah la mintak duit balik dalam RM100 tak kasi balik…nyah ooooo nyah kalau nak untung pun jangan haloba sangat…Dah la kena mekap sendiri, pilih kasut dan bunga pegang sendiri, payung pun tak dapat, kipas pun xde, pintu gerbang pun tak de..kata nya pintu gerbang tu ada orang tak hantar lagi…wakluuuu nyah oooi, dah tau ada dalam pakej kami ang la kena p ambik…tak kan tunggu orang hantar kot…aiiiiiiiiiiiiiiii nahas gak nyah ni….Kek pun pengantin kena p ambik sendiri di kedai kek…apa ke heeeeeeeeeeee nya nie…

Malam selepas kenduri, budak yang mai pasang pelamin n meja makan datang dengan 2 orang lagi untuk ambik barang2 pelamin..kakakecik malas nak layan, biar je..tapi time serah baju kakakecik kata “Apa yang dot dot dot buat macam nie, dengan mekap yang tak sempurna, kena mekap sendiri..mintak duit balik tak bagi” Budak tu jawab… “tu kami tatau, kami hanya mai ambik n hantar pelamin je”…Kakakecik sambung g…”Awat dia tak mai sendiri, takut ke” terus berlalu sambil tutup pintu..bukan nak kurang ajar tapi nak ajar sikit depa…lagipun kekutu banyak malam tu..penuh rumah…habis pelamin depa dengan bulu sayap kekutu…

Memang sah sah butik pengantin nie kakakecik tak akan suggest kepada adik beradik…walau apa pun team timie jugak yang kami puas hati..itu la nak buat camne dah timie tak cover sampai Sik, dah puas pujuk tapi tak leh gak..

**** KALAU RASA TAK MAMPU NAK HANDLE DAN MANAGE JANGAN LA TAMAK HALOBA, BOLEH TAMAK TAPI MEMADAI LA..CARI LA JURUMEKAP PART TIME, TUKANG PASANG PELAMIN PART TIME…BARU LA OKEY TAK DE LA SAMPAI KE SUBUH DOK P UMAH ORANG ****

p/s : macam2 cerita yang kami dapat dengar dari pengantin lain berkenaan butik tu, baju tak dapat di hari kenduri, terpaksa tangguh waktu akad nikah sebab baju tak siap…yg baju syu pakai ari ahad tu..tup2 ari isnin tu dah de pengantin yang pakai..oooooooi, tak basuh ke baju tu..kalau syu hantar ari isnin memang pengantin tu kena pakai baju lain la…


pssst : Lokasi butik ini di depan INTAN Sg Petani...nak tau lebih lanjut email ke kakakecik di shida5062@gmail.com





Monday, May 27, 2013

Da Kawen Sepupu-sepupuku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah dalam tempoh dua hari, dua orang sepupu kakakecik selamat menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing-masing. Izzuan selamat menjadi suami kepada Syu pada Jumaat, malam Sabtu dengan sekali lafaz..DSCN4060

DSCN4062

izzuan syu

iwan

Najmeen selamat menjadi isteri kepada Azim pada Sabtu malam Ahad..(Kakakecik tak pergi pun majlis Akad Nikah nya sebab baru sampai balik dr Perak)

DSCN4088

najmeen

DSCN4092

Tahniah kepada mereka dan pasangan semoga masjid yang dibina akan kekal dan berbahagia hingga ke syurga.

 

psst : Najmeen sepupu sebelah ayah..Izzuan plak sepupu sebelah mak…

Wednesday, May 22, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis # Design Ke-2 Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

DSCN3983

Di minggu-minggu terakhir persiapan majlis, tetiba printer HP laserjet kakakecik buat hal plak..baru dok puji kata xde wat sangat..elok bila nak 100 keping terakhir printer dah tak leh sedut kertas..habis toner dok keluar..Alahai kena pegi repair la..tunggu minggu depan je la hantar repair..

DSCN3984 

So, printer laserjet tak boleh sedut kertas,mau tak mau kena fikirkan alternatif lain. Nasib baik ada printer deskjet canon, extra tank…boleh la print color kan…Apa lagi, guna pakai design pertama yang memula kakakecik plan la..Print out design atas kertas A4 dan pelekat kat paper bag tu..

DSCN4000

Plan awal memang nak buat design macam nie..tapi fikirkan kos kertas dan masa terbuang begitu.Tu yang boleh print out terus atas paper bag macam yang sebelum nie. Nie, dah terdesak sangat 73 keping je lagi paper bag yang tak leh sedut print keluar.Boleh la guna design nie..lawa jugak kan..(pooraah puji hasil kerja sendiri). Dah tak boleh guna design nie untuk deco paper bag sendiri..hehehe..

 

--> D.I.Y Brown Paper Bag #design 1 by kakakecik

 

psst : kos repair printer boleh kot ye claim dengan pengantin dan kerja2 pelekat nie nanti serah kpd Kak Teh adik pengantin lelaki la buat…hehe

Monday, May 20, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Brown Paper Bag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Sekarang kakakecik tengah sibuk uruskan persiapan majlis kahwin. Bukan majlis kahwin kakakecik ye, tapi majlis kawen sepupu kakakecik yang agak rapat antara kami. Mak dan Makcik(mak bakal pengantin) adalah dua beradik perempuan 1 mak 1 ayah. Mak kakakecik seperti tok bagi sepupu (anak2 makcik). Mak cik sebelum kahwin memang duduk dengan mak, kenduri kawen makcik dulu pun buat di rumah mak. So, sendiri pikir la bagaimana rapat nya kami.

 

Memandangkan bakal pengantin duduk nun jauh di Melaka, susah la nak uruskan apa yang patut. Sebagai kakak sepupu  yang baik dan sementara belum kawen nie boleh la tolong skit mana yang mampu. Salah satu nya adalah paper bag untuk tetamu. Memang dari awal perancangan lagi kakakecik dah bagitau Mak Cik dan Pak Cik..paper bag untuk orang ramai, takpe cheq uruskan..

Picture 216

Untuk majlis sepupu nie kakakecik siapkan 2000 paper bag..brown paper..beli kat Mydin. Murah je..RM3.10 sepeket yang ada 100 keping tu. Kalau beli tak sampai 10 peket RM3.20..Dah sediakan 2000 keping, kena la beli 20 pekat. Total keseluruhan duit yang keluar untuk paper bag adalah RM62.00. Plan awal nak letak dolly paper..tapi bila di congak congak…dolly paper mahal..sekali ganda harga paper bag. So, kakakecik decide print out je design ke atas paper bag tu. Alhamdulillah printer laserjet HP kakakecik nie boleh print tak de buat kelaku sangat…Syukur sangat2. Dah siap print pun 1500. ada lagi 500 yang menunggu giliran.  

Picture 229

Kakakecik ada wat 2 design untuk print out atas paper bag nie..design pun guna word je..saiz untuk paper bag nie adalah A5..

Picture 233

Simple je design nya..nanti di dalam paper bag ni akan isi gula2, muffin dan jajan. Dan dilekatkan riben kat atas lipatan bag tu. Riben pun belum cukup 2000 lagi…Grrrrrrrr..InsyaAllah mampu siapkan sebelum majlis,2 minggu lagi..

Wednesday, May 15, 2013

D.I.Y : Persiapan Majlis #Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Dalam tempoh tak sampai sebulan je lagi, InsyaAllah majlis akan berlangsung..Bukan je bakal pengantin yang menghitung hari dan riso berdebar, kakakecik yang konon-kononya dikatakan oleh bakal pengantin adalah “WP” majlis nya pun naik riso, mahu nya tak sebelum pilihanraya masing-masing sibuk…persiapan apa pun tak de buat lagi..kalau ada pun hanya 30% sahaja…Tapi, dah tekad dalam hati, selepas je PRU#13 akan bermula la persiapan majlis nya..semoga Allah permudahkan…

 

Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik pergi beli brown paper bag dan barang-barang untuk membuat hantaran. Macam biasa la hasil kerjasama antara kakakecik dan Kak Ja..Dalam masa 1 hari dekorasi bekas hantaran dan siap pun. Beli barang hari Jumaat, pagi Sabtu kakakecik deco bekas hantaran, petang Kak Ja balik dia la gubah bunga. Hasilnya tengok la gambar di bawah..

Picture 227

Erm…tak nampak ye hasil kerja nya…okey okey saja la nak kasi suprise bakal pengantin…blurkan…jenuh dia menilik.. Kakakecik dan Kak Ja hanya mendeco bekas dulang hantaran daripada pihak perempuan masa bertunang dulu. Opps terpaksa black white coz tak nak bakal pengantin perempuan tahu warna nya..jahat tak? alahai tunggu je minggu depan tengok bila dah de depan mata ye…jangan marah syu…

 

#bakal pengantin lelaki jangan riso..semua beres.siap ongkos je ye..hehe

Tuesday, February 19, 2013

DIY : Hantaran Biru Turqouse di CNY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

CNY yang lalu..adik ipar abang..yakni adik kepada kakak ipar kakakecik telah melangsung perkahwinan nya. Seperti biasa dan macam tahun lalu la..mak mertua abang suruh kami (kakakecik dah kak ja) buatkan hantaran.

Kalau CNY tahun lalu masa kenduri Khilkan abang kepada Farid warna temanya Purple/Ungu..untuk Farid plak warna temanya adalah Biru Turqouse. Dulang semua nya Mak Ngah Chom dah beli..so tugas kakakecik dan kak ja hanya beli bahan-bahan aksesori lain..100% diserahkan kepada kami dua beradik..Mak Ngah bagi ongkos je..hehe..persiapan bekas hantaran nie start buat 20 Januari lagi…tapi bahan tak cukup..stop sat..2-3 hari lagi nak kenduri baru sambung buat semula..
hantaran asalKalau diikutkan sebenarnya gambar di atas adalah warna asal bunga  untuk hantaran nie…peach+cream…nampak soft gitu…tetapi bila dapat tau pihak perempuan silap buat hantaran warna tema turqouse jugak, maka mak ngah chom selaku emak pengantin mohon kami buat hantaran ada warna merah(sepatutnya pihak perempuan buat hantaran tema merah)..alamak camne nie…nasib baik mak ada mesin air brush..so spray je la di tengahh2 bunga tu…jadi la begini seperti gambar-gambar hantaran di bawah
bks 0Bekas kosong yang belum di isi apa-apa pun
htrn all Antara sebahagian hantaran untuk pihak perempuan
Jom kita zoooooooooooooom dekat-dekat hantaran yang telah siap
htrn6
htrn2
htrn7      htrn10
htrn1  htrn4
htrn3 htrn5
htrn8
htrn9
htrn12
htrn11
Lawa tak…lawa kan…hahaha puji sendiri nampak kakakecik.masuk lif tekan sendiri ye..Berapa kos untuk buat semua nie…lebih dari RM400.00 jugak la…huhu..tempahan..alamak tak biasa ambik tempahan la..just buat untuk sedara mara je..itu pun kalau dorang mintak tolong buatkan…upah tu kira ikut dorang bagi je…tak kisah sangat..Mei nanti ada lagi hantaran yang perlu dibuat untuk wedding mykazen…tatau lagi design macam mana nak buat nya…

psst:asyik buat hantaran orang je..hantaran sendiri bila plak nak buatnya…itu la selalunya akan kakakecik kena bila dok pulun wat hantaran2 nie