Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di hari terakhir Syawal, masih ada biskut baru yang kakakecik buat untuk raya aritu belum sempat kongsi di sini. So, hari ni ambik la masa sedikit untuk sama2 berkongsi resepi Tart Nyonya.. Resepi yang kakakecik perolehi daripada blog PCM Tiffin Biru, Kak Fauziah Samad, Kak Azlita Masam Manis, dan Lydia Miza…Erm, kakakecik sendiri pernah merasai kegebuan tart ini yang dikirimkan oleh Lydia Miza…memang sedap sangat… Tekad dalam hati mesti cuba buat tart nyonya ni..Siap beli acuan macam kak Ita dan PCM lagi yang love2 tu..hehehe..
Apa lagi, kakakecik pun buat la 1 adunan, tetapi agak kecewa kenapa tart nyonya kakakecik tak segebu tart yang Lydia Miza buat..huhuhu..terus lelaju PM dia, akhirnya dapat la tahu punca nya..Bakar biskut ni just api bawah sahaja…grrrrrrrrrrrrr…nak jugak cuba, buat la 1 adunan lagi bagi memenuhi tempahan, Alhamdulillah menjadi. So, tak nak membazir tart nyonya yang hampir sebalang tu, kakakecik korek kuarkan jem nenas yang buat 1 adunan sebelum ni dan gentel2 kan jem nenas baru, letak atas tart dan bakar sekejap..baru boleh makan kalau tak liat jem tu sebelum ni..HAHAHAHA…INGAT YE BAKAR API BAWAH SAHAJA
Resepi : Tart Nyonya
Bahan-bahan :
- 300 gms tepung gandum
- 4 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu gula ising
- 200 gms butter
- 2 kuning telor sahaja
- Jem nenas
Cara-caranya :
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas.
- Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
- Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai seolah-olah macam serbuk roti gitu.Kemudian masukkan telur dan satukan menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk.
- Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . (Petua daripada Kak Jee : Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.)
- Kemudian terap adunan tadi dgn terap untuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.
- Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar.
- Ambil jem nenas dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
- Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. (API BAWAH SAHAJA)
- Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.
Cuba jangan tak cuba, jem kakakecik beli hat readymade…. tapi jem tu x sesedap jem readymade nona..huhu…kuciwa jugak la…lepas nie buat sendiri je la ye..Opsss.. sampai ke minggu terakhir pun masih berbaki lagi tart nyonya dan sedap makan yang serdak2 tu sambil tengok TV…(buruk perangai kan :P )