Coretan Terbaru KakakeciK

Tuesday, July 2, 2013

Kunjungan Shireen Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Ahad 2-3 hari lepas, kakakecik sekeluarga menerima kunjungan anak angkat emak ayah, Shireen bersama suami dan anak2nya. Hampir setahun kami tak berjumpa dan dah dekat 2 tahun lebih Shireen tak datang Kedah. Alhamdulillah, Ahad aritu kami ketemu..Kebetulan Shireen ada kerja di Bukit Kayu Hitam, alang-alang dah datang Kedah angkut 1 family la kan kan. Plan awal Shireen nak bermalam di rumah pada Jumaat tu..tetapi dah sampai lewat malam dia terus ke Darulaman. Mak ayah, Kak Ja Abang On semua menunggu juga la Shireen di rumah..Kakakecik siap pesan dengan Kak Ja…balik tidur di rumah..boleh la anak2 Shireen main dengan Aisya, Aiman n Auni…Yaya, Yan dan Wan sebaya je dengan anak2 Kak Ja..

 

Tak apa la nak buat camne kan dah Shireen tak dapat bermalam di rumah..Makan tenghari di rumah sebelum pulang ke KL mesti WAJIB kena..kalau tak…terkilan habaq mai..hehe…Pagi2 Ahad mak ayah awal lagi dah ke kedai beli ikan untuk masak tenghari..Tak de masak special sangat pun..biasa2 je..Ikan Siakap Kukus, Kari / Gulai Ikan Nyok2 + Bendi, Sayur Goreng Tauge, Kerabu Buah Beka (tak sangka Fathee makan buah beka, mak siap bagi buah beka yang belum dibuat kerabu lagi), Udang Goreng Kunyit dan Ikan Keli Goreng Garing…ikan keli tu nak penuhi hajat Shireen..Bila mak tanya, Shireen nak makan lauk apa..Ikan Keli jawab nya…memandangkan ikan keli tak de kat umah, mak tak beli..so ayah cepat2 pegi beli…

 

Oppss, tenghari tu mak yang banyak masak..kakakecik just goreng tauge je..sebab nya kakakecik dok sibuk buat kek karamel..Yaya tengok je Ateh nya buat kek karamel tu..Bila tanya nak letak warna apa..malu2 plak dia…last2 bagitau nak warna purple..pink…Ok, Ateh buatkan untuk Yaya kek karamel wana pink (strawbery), purple (Yam) dan Biru (Blueberry) bagi Shireen bawak balik ke KL..untuk makan2 di rumah macam biasa la Pandan+Oren.

 

Selesai makan, mandi dan solat…rehat2 diri sekejap sementara nak bertolak balik ke KL.. 

3sYaya, Yan dan Wan main di ruang tamu menanti mama dan baba bersiap…habis berbogel bebear tu..hehe

 

Kebetulan sekarang nie rambutan tengah merah di pokok..rezeki Shireen anak beranak la..dapat bawak balik dan makan buah rambutan fresh..siap makan bawah pokok lagi..Yang seronok nya si anak-anak la…berlari bermain ke sana ke mari bebas je..terutama si Wan tu..hehehe..Yaya banyak tolong tok wan dia gunting buah rambutan..Yan plak tolong kutip..Tengok la aksi-aksi tiga beradik KL nie bila berada di kampung…(Siti jangan jeles ye awak)

Picture 096

Picture 087

gelagat 3s

wan
Mama, Baba, Ateh dan Tok dok sedap je kat bangku..sambil borak, makan kek karamel dan buah rambutan..Biar anak2 yang buat kerja..hehe..bukan selalu dorang berpeluang macam nie..

anak2

Saat nak berpisah…Yaya awal-awal lagi masuk kereta, dapat lihat dari riak wajah nya dia sedih..mungkin belum puas bermesra bermain di kampung…Ye la dulu dia datang masa umur 4 tahun..masih malu-malu..sekarang ni dah nak sampai tinggi dengan Ateh da…Yaya, lepas nie ajak mama n baba datang lagi Kedah tau..duduk lama-lama lagipun Baba dah janji dengan Tok nak masak nasi arab…Best nya Fathee nak masak nasi arab..siap tanya mak ada tak dapur gas dan periuk besar..tak sabar la nak tunggu saat tu nak makan nasi arab dari tukang masak Mekah tu…

 

Terima kasih Shireen, Fathee dan anak-anak sudi kunjung ke rumah..Semoga hubungan antara kita akan kekal buat selama-lamanya…

Monday, July 1, 2013

Pecah Rekod Pandu Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

Biasa la kalau hidup tanpa teman kan..semua benda nak kena buat sendiri. Opps bukan selalu la sebab sebelum2 nie dok wat muka mintak simpati kat Abang Mie (satu2 nya abang ipar yang ada) untuk menjadi driver. Kalau dia tak de kerja boleh la dia tunaikan permintaan adik ipar dia nie..tapi kalau ada kerja…sendiri mau pandu la shida oooi..

 Picture 053

Macam weekend lepas la..kakakecik terpaksa memberanikan diri pandu PHS ke Hospital Pulau Pinang dan ke Teluk Intan…Hospital Pulau Pinang memang kakakecik pernah pergi..tapi orang lain drive, kakakecik just penunjuk arah..Penang belah island tu biasa drive ke Bayan Lepas dan Queensbay Mall je..belah2 kanan jambatan tak pernah dok wat berani lagi..Alhamdulillah, Jumaat lepas kakakecik melepasi semua nya..walaupun sampai ke Hospital Pulau Pinang tu bukan jalan biasa pergi…ntah di mana silap simpang nya, main baca signboard je..Tak pe janji selamat sampai hospital kan kan..

   adik

Dan untuk ke Teluk Intan memenuhi jemputan majlis kahwin adik angkat yang kahwin dengan orang sana, kakakecik sekali lagi memberanikan diri dan yakin kepada keupayaan sendiri untuk memandu ke sana, sememangnya kakakecik tak pernah drive ke sana..pernah pergi sekali je Teluk Intan tu masa zaman studi dulu..tahun 2000..itu pun pergi naik bas dari KL…so, kalau dah tatau jalan tu jangan plak memandai je pergi,tanya la pakcik google map dan sesapa yang berkenaan dah biasa di sana kan..Alhamdulillah dengan bantuan pakcik google map (kanan, kanan, kiri kiri) dan rerakan yang memberi tunjuk arah, sampai pun umah kenduri di Padang Tembak dan dapat berjumpa dengan pengantin nya…

 Picture 056

Selamat Pengantin Baru kepada Fadhilah dan Faizal..Semoga kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya..InsyaAllah.

 

 

 

pssst : kalau tak mencuba mana nak tahu boleh ke idak kan…terima kasih jugak adik yang sudi jadi driver dr Taiping-Kinding Permai, Kinding Permai - Perda…percaya la adik drive jauh utk kali ini..

Nyawa Baru PHS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 

01 Julai..hari pertama selepas setengah tahun…cepat nya masa berlalu..dan pada pagi 1 Julai tadi juga kereta kakakecik tak boleh nak start, dok bunyi hon je…terus buka bonet depan..tengok bateri, memang dah syak bateri dah kong nie…selama ni dok sedap ingatkan Abang On dah tukar time kenduri Izzuan, rupa2nya aritu masa kenduri Izzuan bateri okey lagi..yang tak okey timing belt…Okey…blur sebentar sebab tak nampak kelibat ayah…dah la ujan..camne nak g kerja nie…tak kan bawak keta ayah yang panjang tu..dengan kaki tak berapa nak sampai tekan pedal kelas n minyak…

 

Eh, tak lama lepas cubaan kedua menghidupkan enjin…hon berbunyi lagi…tup2 ayah muncul..senyum…terus ayah jumper..ayah bagitau la pergi kedai sekian-sekian dan kalau boleh ayah suruh tukar ke bateri basah…Alahai ayah…anak dara ayah nie bukan rajin sangat nak kelebek check air kat bateri tu…beli yang kering dah la ye…

 

Sampai je kedai berdekatan dengan tempat kerja nie…uncle tu check dulu untuk tentusahkan samada masalah bateri or masalah lain..Okey MEMANG SAH MASALAH BATERI…so, dia tanya la nak tukar ke…Ayoooo, uncle mesti la nak tukar..dah 3 tahun 1 bulan ma…Bila tanya harga..dia bagitau nak yang elok ke yang pertengahan…kalau yang elok RM185.00…Alamak, nak yang mana nie..Biasa la apa lagi tak reti nak buat keputusan sendiri..Abang Mie la tempat untuk bertanya..Abang Mie suruh ambik yang elok..Tup2 mamat cina tu tunjuk ada 2 nak yang mana 1…jenama BK or YOKOHAMA, mesti la YOKOHAMA kan…BK tu tak pernah dengar la…

battery 

Bateri lama kalau tolak ke depa, depa ambik dengan harga RM15.00..tolak je la kan..nak simpan buat apa…jual kat keling botol pun ntah berapa je dia ambik..

bateri

Harap bateri YOKOHAMA dapat la memberi nyawa untuk PHS bernafas dengan sempurna untuk 3 tahun ini ye..sebagaimana dengan bateri yang sebelum ini..ngam ngam 3 tahun 1 bulan…

 

pssst : Alhamdulillah syukur sangat ia menjadi ketika di rumah, kalau jadi di tempat awam ntah bagaimana la gabra nya diri nie..da la weekend lepas ke Penang dan Perak…