Coretan Terbaru KakakeciK

Monday, August 11, 2014

Hari Raya AidilFitri


Assalamualaikum dan Salam AidilFitri
ketupat 
Sudah 2 minggu 1 Syawal berlalu, dan 2 bulan jugak kakakecik tidak update tulis apa2 pun di blog nie..adakah ia akan berkubur, ntah la? Walau ada banyak benda yang nak dikongsikan..tapi mood untuk naip tu hilang ke mana..seumpama MH370 gamaknya.. #prayforMH370

family

Apa pun belum terlambat kakakecik ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..ampun dan maaf dipinta andai salah silap terkasar bahasa bicara dalam penulisan mahupun lisan..Raya tahun nie kakakecik 1 family lebih kepada mengunjung sanak saudara serta ziarah kubur arwah tok dan wan kedua belah pihak ayah n mak pada hari raya pertama..Raya kedua dan berikutnya hanya menanti adik beradik datang ke rumah..Kakakecik sedikit malang sebab mata jadi ketumbit, bibir dan lidah menjadi ulser..So, tak dapat menikmati sangat suasana hari raya..

raya
Tapi apa pun kita harus bersyukur dapat jugak beraya berbanding saudara kita di Gaza yang dikecam oleh Israel..Kalau kita meriah dengan letupan mercun cahayakan bunga api..tetapi mereka sengsara dengan letupan bom.. Doakan Gaza bebas dari Israel, Zionis laknatullah.



Tuesday, June 10, 2014

Perginya Seorang Tok Wan

Assalamualaikum wbt…

3

Sedih sebak dan kadang kala bergenang jugak air mata ini bila dikenang2kan arwah Wan..Rasa macam baru semalam je kakakecik jaganya di hospital walau sejam dua…dan arini genap 1 minggu arwah pegi meninggalkan kami semua..

 

*** kakakecik tak dapat nak teruskan coretan tentang arwah Wan, air mata terus mengalir laju***

al-Fatihah v1

Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Wan yang telah kembali rahmahtullah pada 4 Jun 2014..Semoga Allah mencucuri rahmat ke roh Wan dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Diampunkan segala dosa arwah dan setiap amalan arwah Wan di dunia menjadi bekalan untuk ke Syurga..In sha Allah..Amiin

Tuesday, May 20, 2014

Jom Memasak : Kek Minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama kakakecik sunyi kan, tuntutan kerja hakiki dan sampingan perlu diberi keutamaan. Dalam dok sibuk-sibuk di hari kerja, bila hari cuti memang tak reti nak dok saja melepak kat rumah..harus jugak pegang mixer hehe.. So, jumaat lepas kakakecik cuba membuat kek minyak yang tengah meletopz sekarang nie. Kebetulan kakak kakakecik mintak buatkan 2 biji kek butter untuk jamuan sambutan hari guru dan besday di tadika / taska aiman, aisya n auni..

 

Macam orang mengantuk di sarung bantal la kan..kakakecik guna kan peluang nie untuk mencuba resepi kek minyak yang agak mudah dan senang je. Resepi diperolehi hasil google..menilik dua tiga untuk buat yang terbaik..In Sha Allah…kiranya kakakecik gabung resepi dan teknik nya..hehe

kek minyak

Resepi : Kek Minyak

Bahan - bahan :

  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum naik sendiri
  • 1 st baking powder
  • 1 sb ovalette
  • 1 st esen vanila
  • pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang (dalam 10-15 minit).
  2. Masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
  3. Akhir sekali masuk kan tepung berselang seli dengan minyak. Jika dimulakan dengan tepung diakhiri juga dengan tepung. Gaul hingga rata dan sebati
  4. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
  5. Kemudian bahagiakan adunan kepada beberapa bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. (Kakakecik guna 4 warna pilihan Aisya, Pink, Purple, Peach dan Biru)
  6. Lenser loyang dgn sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
  7. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
  8. Bakar pada suhu 170 celcius selama 45 minit atau sehingga kek masak.

 

Selamat mencuba..kek nie memang sedap gebu lembut je..tak rugi mencuba tau..kakakecik buat 2 biji aritu…