Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebulan yang lalu kakakecik berkampung hampir satu minggu di Putra Medical Centre(PMC). Bukan sebab kakakecik yang sakit tapi jaga mak kakakecik yang tak berapa nak sihat. Seawal jam 3 pagi kakakecik,abang on dan ayah bawak mak ke PMC kerana keadaan mak yang tak berapa nak okey bila nafas, asyik batuk tapi xde kuar kahak sampai semput..nyawa hap hap dah..
Abang On yang nak bawak mak ke PMC katanya cepat dan kita boleh mintak duduk sana. Bagus la abang on nie..dia yang bawak, dia bayar deposit yang kena tunggu kakakecik. Dah tu suruh kakakecik mintak dengan doktor untuk mak masuk wad..tak mau bagi balik..biar rehat kat wad semalam dua…tapi bila dah dok sana..bukan saja semalam dua..tapi bermalam2..5 hari jugak la di sana..Sampaikan kakakecik pun terkena tekanan darah rendah…Ops melalut sudah..sebenarnya kakakecik nak kongsi apa yang kakakecik dapat selama di PMC tu..
Setiap ari samada pagi atau petang selepas NEB, mak akan dibuat fisio untuk mengeluarkan kahak. Pada awal fisioterapi tu tak kasi kami adik beradik tengok dan ajari kakakecik walau doktor dah suruh kakakecik tengok dan mohon dia ajarkan. Bila esoknya doktor tanya dah pandai ke adik tepuk mak, kakakecik bagitau la yang jurufisio tu tak ajar..last2 dia amik sekeping kertas tulis Note lekat file mak..Hahaha..terbaik la Dr.Chan Jit Wooi nie..
Untuk keluarkan kahak yang hinggap di bahagian paru-paru,mak perlu NEB(ini pun dah pandai pasangkan semua, nurse hanya mai masuk kan ubat pastu nanti buat sendiri) tapi sebelum dan selepas NEB tu kena wat ujian tahap penafasan..sedut dan hembus benda bernombor..kalau normal 300 lebih boleh pergi..kalau macam dok semput je dalam seratus lebih gitu sahaja.
Bila dah selesai NEB, tunggu la sejam begitu jurufisio akan mai tepuk2 belakang depan untuk keluarkan kahak..Cara yang kakakecik dapat lebih kurang begini la
- Dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Badan tu seeloknya selimutkan.
- Pastu tepuk belakang dari bawah ke atas(bahu), bukan tepuk biasa tu tau…tapak tangan tu lengkungkan macam nak tadah air, baru boleh tepuk kuat2 bukan slow. Jangan riso tak sakit, kalau tangan kita flat macam biasa tu baru sakit, so jangan flatkan tangan. Bukannya tepuk kat tulang belakang, tapi kat tepi. Time tepuk nie mungkin akan terbatuk dan kuar kahak..kuarkan je..
- Kena ulang tepuk nie, memula belah kanan, pastu belah kiri.
- Bagi bahagian depan, letak bantal pinggul, tepuk kat bahagian pada buah dada..
- Vibration pun ada jugak buat, caranya jari jemari tangan kanan letak di celah jari tangan kiri sebelah atas…tolak dan sapu di bahagian belakang n depan badan…bukan tekan tau, teknik nie kena guna kekuatan tangan yang kuat..memang susah nak buat (tapi sedap jugak bila ada fisio tu try buat kat badan nie..hahha)
NEB sudah, tepuk pun sudah..kena belajar hembus nafas plak..tarik nafas perlahan ikut hidung pastu hembus ikut mulut…buat dalam 3x..pastu kena lagi tarik nafas, tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam, tahan nafas selama 10 saat dan hembus nafas dengan bunyi heeeeeeeeeeeeeeeeeeh…mungkin lepas tu batuk…buat 3x jugak…Memang kahak akan kuar banyak..ini apa yang terjadi kat mak kakakecik la..lain orang mungkin lain hasilnya..
psst : video tepuk tu ada tapi x dapat nak upload plak..huhu
3 comments:
kalau baby tak boleh kuarkan kahak boleh ke buat cam tue jugak ye kak? huuuuu
@Kira Sakura boleh kiera...memang kalau g klinik pun doktor akan wat teknik yang lebih kurang mcm nie..kiera boleh search cara2 nya...
semoga cepat sembuh......
Post a Comment